Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Perayaan dan kemalangan.

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 Perayaan dan kemalangan. on Tue Sep 08, 2009 5:34 pm

dheadz


Admin
Admin
Bagai aur dengan tebing, bagai ombak dan pantai... perayaan dan kemalangan jalan raya tidak boleh dipisahkan, betulkan begitu? Statistik menunjukkan 18 orang mati setiap hari, masyaallah, ramai tuuu.

--------------------------------------------------------------------------

18 orang warga Malaysia mati dalam kemalangan jalan raya setiap hari.

Transport Minister Ong Tee Keat said statistics showed that, on average, 18 people died on Malaysian roads daily with many more seriously injured.

sekali lagi musim perayaan sampai.
sekali lagi akan diadakan kempen
sekali lagi mayat mayat bergelempangan
sekali lagi nasehat demi nasehat muncul

fatwa demi fatwa lahir
cadangan demi cadangan timbul
pandangan meloncat dan mengambur
tentang lesen tak betul
tentang jalan tak lurus
tentang waktu tak tepat

tapi si pembunuh terlepas bagitu sahaja
mayat bergelempangan senapang dan pistol bersepah sepah
tak ada siapa ambil peduli

mayat bergelimpangan
kereta dan motosikal tersadai
kenapa tak tanya mosikal dan kereta
kenapa tak pernah disoal selidik kereta dan motosikal
inilah pembunuh
inilah yang merobek
inilah pemusnah kehidupan

kenapa pistol diharamkan
kenapa senapang di haramkan
siapa lebih banyak membunuh
pistol atau motosikal

kenapa tidak difatwakan
kereta dan motosikal sebagai pembunuh
mana lebih bahaya konsert rock atau motosikal dan kereta

tak sampai diotak
tak terfikir di kepala
sistem pengangkutan awam
tak terbaca terbaca dibuku

kenapa tidak diselirat negara ini dengan jalan kereta api
kenapa tidak dipenuhi jalan dengan bas
kenapa tidak dilingkari kota dengan tram

bukan kerana laju
setiap hari tersangut sangkut
bukan kerana nak cepat
kerana nak jual kereta dan motosikal
konspirasi kaum pemodal
selagi boleh jual – jual
selagi boleh buat duit – buat

email.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

2 Re: Perayaan dan kemalangan. on Tue Sep 08, 2009 5:49 pm

muzafar


Ahli Aktif
Ahli Aktif
smoga kita dpt tmbhkan kesabaran & lebih berhati2 semasa memandu blk ke kg nanti..
tahun ni cuti jatuh hari mggu...tentu ramai yg berpusu2 d jalanraya..
kena rancang dr awal & kena cukup tidur..
Cool Cool

3 Re: Perayaan dan kemalangan. on Tue Sep 08, 2009 5:58 pm

munira alhashimi


Ahli Aktif
Ahli Aktif
Ini lah yg selalu ibu bimbangi. Setiap kali teringat adik2 memandu jauh dari Utara
ke Selatan... ibu sering berdoa agar selamat semua orang2 yg di kasihi di sepanjang perjalanan..hingga selamat sampai ke rumah.

Jangan lupa baca doa semasa menaiki kenderaan.

4 Re: Perayaan dan kemalangan. on Tue Sep 08, 2009 7:08 pm

dheadz


Admin
Admin
Juga jangan memandu ikut perasaan nak cepat sampai, bawa banyak2 bersabar. Biar lambat asal selamat. Tak lari gunung dikejar, tak lari rumah menanti. Insyaallah selamat sampai.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

5 Re: Perayaan dan kemalangan. on Wed Sep 09, 2009 12:00 am

insyirah


Moderator
Moderator
Assalamu'alaikum.

Selain membaca doa menaiki kenderaan dan tawakkal kepada Allah, minta Allah elakkan kita dari kelalaian orang lain. Kadang2 kita dah hati-hati tapi kerana kelalaian orang, kita menerima tempiasnya. Selalunya, Syirah request pada abi/abang (yang memandu) untuk pasang ayat-ayat Quran berbanding lagu raya. Sebab kalau pasang lagu raya, terover excited pula nak raya. Sambil duduk dalam kereta tu, boleh ikut bacaan Quran. 'Ala bizikrillahi tatma'innal qulub. Wink


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

6 Re: Perayaan dan kemalangan. on Sat Sep 12, 2009 2:03 am

muzafar


Ahli Aktif
Ahli Aktif
Tips Memandu Pulang BerHARI RAYA


Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memandu dengan hati-hati dan selamat.

Untuk tujuan di atas, berikut adalah 8 tips agar perjalanan anda selamat sampai ke destinasi, insyaAllah.

1. Jauhi laluan memotong
2. Liarkan mata anda di hadapan ketika memandu
3. Berhati-hati dengan Blind Spots
4. Memandulah dengan posisi seting pukul 9 dan 3
5. Awasi pemandu lain berdasarkan rupa dan keadaan kenderaannya
6. Tahu had laju anda
7. Servis Kereta Anda
8. Malam adalah masa rehat


Tips 1: Jauhi laluan memotong

Jikalau anda memandu di bahu kiri jalan atau di tengah-tengah laluan, peluang untuk anda tidak terjerebak dengan kemalangan adalah sangat baik. Kajian menunjukkan bahawa kemalangan banyak berlaku di atas laluan memotong (fast lane). Anda juga memperolehi peluang yang tinggi untuk terus menghimpit ke tepi bagi mengelakkan masalah yang besar jikalau berlaku sesuatu di tengah dan kanan jalan.

Tips 2: Liarkan mata anda di hadapan ketika memandu

Liar memberi maksud menjegil. Menjegil memberi maksud yang lebih mendalam dan sesuai dikategorikan sebagai peninjauan serius (serius observation). Anda bukan sahaja perlu melihat nombor plate kereta dihadapan malah anda perlu lihat trafik yang terbentuk dihadapan kereta tersebut juga. Ini dapat membantu anda melihat masalah di hadapan dengan lebih baik dan memberi peluang yang lebih untuk bertindak terhadapnya.

Tips 3: Berhati-hati dengan Blind Spots

Anda perlu perbetulkan cermin sisi (side mirror) dan rearview mirror anda untuk dapatkan pandangan yang betul-betul selesa untuk anda teliti. Anda juga dinasihatkan untuk sesekali untuk memandang ke sisi jalan untuk menampung kekurangan yang ditunjukkan oleh cermin sisi anda. Pemandu yang bijak akan sentiasa mengambil kira 'blind spots' pemandu yang lain terutamanya pemandu trak yang besar.

[blind spot: Terdapat kawasan yg tidak dapat dikesan oleh mata kita]

Tips 4: Memandulah dengan posisi stering pukul 9 dan 3

Mungkin tidak 'macho' dipandang begitu, tetapi teknik asas yang diajar oleh sekolah memandu anda ini mempunyai nilai yang cukup besar dari segi keselamatan memandu. Rahsia disebalik teknik ini ialah anda mampu mengawal kenderaan anda sepenuhnya jikalau berlaku kemalangan secara tiba-tiba.

Tips 5: Awasi pemandu lain berdasarkan rupa dan keadaan kenderaannya.

Jikalau kereta dihadapan anda usang malah kelihatan tidak diservis dengan baik (asap hitam), secara tidak langsung ia menggambarkan ciri-ciri pemandu yang tidak teliti akan aspek keselamatan pemanduannya. Jauhi jugak pemandu yang suka memegang telefon bimbit ketika memandu.

Tips 6: Tahu had laju anda.

Untuk ini, hukum fizik yang dipelajari semasa di peringkat sekolah sangat berguna untuk dijadikan benteng pemanduan yang lebih selamat. Pastikan anda tahu keadaan kenderaan anda memecut dalam setiap keadaan (bagaimana keadaannya jikalau dipandu diselekoh yang tajam dari segi respons stering etc.) dan tidak kurang juga memastikan masa tindak balas brek kereta anda untuk sekian had laju yang dipandu.

Tips 7: Servis kereta anda.

Tayar, enjin dan mana-mana komponen yang sensitif untuk perjalanan yang jauh perlulah di servis sebaik mungkin. Sila dapatkan khidmat nasihat di kedai servis kereta/tayar.

Tips 8: Malam adalah masa rehat.

Hukum yang Tuhan telah tetapkan sangat adil buat pemandu. Malam merupakan masa yang sangat tidak sesuai untuk bermusafir untuk jarak yang jauh. Keletihan dan penumpuan yang lebih oleh mata anda meningkatkan lagi risiko pemanduan yang kurang selamat. Cuba jauhi pemanduan di waktu malam.

Sebagai pemandu yang bijak lagi berhemah, kita perlu tahu bahawa memandu bukanlah kegiatan yang tidak menggunakan otak. Memandu merupakan latihan yang baik untuk disiplin diri sebagai manusia yang mematuhi undang-undang dan teknik memandu yang baik.


Nota kaki - smoga dapat membantu... drive safely !!

7 Re: Perayaan dan kemalangan. on Sat Sep 12, 2009 3:03 am

izyan insyirah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
skg ni, bukan saja kemalangan jalan raya...tapi kemalangan main mercun/....

adik2 tuh, tegahla main mercun yg mbahaya...kesian...baca paper, ada yg buta sbb main mercun....

http://izyaninsyirah.blogspot.com

8 Re: Perayaan dan kemalangan. on Sat Sep 12, 2009 3:43 am

dheadz


Admin
Admin
muzafar wrote:
Tips 8: Malam adalah masa rehat.

Hukum yang Tuhan telah tetapkan sangat adil buat pemandu. Malam merupakan masa yang sangat tidak sesuai untuk bermusafir untuk jarak yang jauh. Keletihan dan penumpuan yang lebih oleh mata anda meningkatkan lagi risiko pemanduan yang kurang selamat. Cuba jauhi pemanduan di waktu malam.
Setuju sangat dengan tips yang satu ni. Malam adalah masa untuk badan rehat, walaupun seseorang telah tidur di siang hari, rasa mengantuk masih terasa di malam hari. Kalau terpaksa juga memandu sebelah malam, bagus jika dapat pastikan ada rakan/pasangan di sebelah untuk berbual. Itu lebih baik daripada melayan perasaan sendiri atau pun mendengar radio.


P/S: Selamat memnadu pada semua. Berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat balik kampung dan selamat kembali. Wink

9 Re: Perayaan dan kemalangan. on Sat Sep 12, 2009 3:43 am

aysarahanan


Moderator
Moderator
kepada ibu2 dan bapa2 yang akan memandu pulang ke kampung halaman,

pastikan kenderaan anda sihat..

berhati di jalan raya,apa2 pun mulakan dengan niat yang baik serta doa..

moga anda selamat sampai di kampung halaman....

(cam dj pulak)...

10 Re: Perayaan dan kemalangan. on Sat Sep 12, 2009 3:50 am

aysarahanan


Moderator
Moderator

11 Re: Perayaan dan kemalangan. on Sun Sep 13, 2009 9:20 am

islamicboy


Ahli Senior
Ahli Senior
ye...kalo naik kapal terbang kena berhati2 gak....

sekarang musim H1N1....

sesape yang balik beraya naik kapal terbang tu berhati2 di atas langit sana...

berhati2 menaiki pesawat..baca doa naik kenderaan...

semuga dapat beraya dengan insan tersayang...

http://azizul.proboards91.com/

12 Re: Perayaan dan kemalangan. Today at 7:30 pm

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum