Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Lailatul Qadr

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 Lailatul Qadr on Fri Sep 04, 2009 1:02 pm

insyirah


Moderator
Moderator
Di ambil dr: Bahrus Shofa

Lailatul Qadr antara hadiah Allah SWT kepada umat ini. Di mana segala amalan yang dilakukan dalam malam tersebut akan digandakan balasannya sehingga melebihi 1000 bulan (bukan sama dengan 1000 bulan tetapi lebih baik daripada itu .... Allahu Allah). Maka hendaklah kita bersungguh - sungguh mencari saat yang teramat berkat ini, janganlah umur kita habis tanpa memperolehi anugerah Allah SWT yang besar ini. Hendaklah kita terima hadiah Allah ini dengan memperbanyakkan amalan-amalan saleh yang diredhai Allah dengan tulus ikhlas semata-mata inginkan keredhaanNya. Telah masyhur Junjungan Nabi SAW menyuruh kita mencarinya pada sepuluh malam yang terakhir dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, terutama sekali pada malam-malam yang ganjil padanya. Juga sebahagian ulama telah membuat rumusan mencari Lailatul Qadr seperti yang ese pernah tulis dahulu. Sesiapa yang berhajat bolehlah klik di sini.

Jika kita mampu menghabiskan malam-malam Ramadhan kita dengan banyak berqiyamullail, jangan pula kita sampai terlalai menghidupkannya walaupun sekadar dua rakaat. Atau setidak-tidaknya, kita menjaga dan memberi perhatian untuk sembahyang Subuh dan Isya` dengan berjemaah. Dan perbanyakkanlah berdoa dengan doa yang diajarkan Junjungan Nabi SAW kepada Sayyidina Mu`adz RA, agar dengannya Allah sudi memberikan kita inayahNya untuk berzikir kepadaNya, bersyukur atas segala ni'mat kurniaanNya serta menjalani ibadah kepadaNya dengan sebaik-baiknya. Sungguh kita hambaNya yang lemah .... Allahu ... Allah. Doa ini Junjungan pesankan kepada Sayyidina Mu`adz RA agar sentiasa diamalkan setiap lepas sholat, sebagaimana sabdaan mulia baginda SAW yang diriwayatkan dengan sanad yang sahih dalam Sunan Abu Daud dan an-Nasaa-i sebagai berikut:-

Bahawasanya Junjungan Rasulullah SAW telah mengambil tanganku dan bersabda: "Wahai Mu`adz, demi Allah aku mengasihimu". Kemudian baginda meneruskan sabdaan: "Aku wasiatkan kepadamu wahai Mu`adz, jangan engkau tinggalkan berdoa selepas setiap sholat dengan doa: Ya Allah, tolonglah aku untuk berzikir kepadaMu, bersyukur kepadaMu dan perbaikkanlah ibadahku kepadaMu."

Tanpa inayah Allah, pasti kebinasaan menunggu kita.... Allahu .. Allah. Sekarang ese nak kongsikan cuplikan dari apa yang tercatat dalam "Kanzun Najaah was Suruur" halaman 102 karya Syaikh 'Abdul Hamid Qudus @ Kudus rahimahUllah, ulama besar Nusantara yang menjadi tenaga pengajar di Masjidil Haram serta menjadi imam bagi pengikut mazhab asy-Syafi`i di Maqam Ibrahim dalam masjid yang mulia tersebut, sebagai berikut:-

Telah diriwayatkan oleh al-Khathib dalam "at-Tawaarikh" daripada hadits Sayyidina Anas RA yang menyatakan bahawa: " Sesiapa yang sembahyang pada malam Lailatul Qadr akan sholat 'Isya` dan sholat Subuh berjemaah, maka dia telah memperolehi bahagian yang banyak daripada Lailatul Qadr (yakni daripada ganjarannya)." Dan Sayyidah `Aishah RA meriwayatkan bahawa beliau telah bertanya kepada Junjungan Nabi SAW: "Wahai Rasulullah, jika aku bertemu dengan Lailatul Qadr, maka dengan apa aku harus bermohon?" Baginda bersabda: "Katakanlah: 'Ya Allah Engkaulah Maha Pemberi Kemaafan, Maha Dermawan, yang suka memberikan kemaafan, maka maafkanlah akan kesalahan kami."

Juga dinyatakan pada halaman 103 - 104 kitab tersebut akan satu faedah daripada al-'Allaamah al-Wanaaie seperti berikut:-

Telah berkata al-Wanaaie: "Telah meriwayatkan Ibnu 'Abbas secara marfu' bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda: " Sesiapa yang mengucapkan 'Tiada tuhan selain Allah yang Maha Penyantun lagi Maha Dermawan, Maha Suci Tuhan yang empunya tujuh petala langit dan arsy yang agung,' (3 kali), maka seumpama dia mendapatkan Lailatul Qadr." Iaitu seseorang yang mengucapkan sedemikian itu pada malam yang disangkanya sebagai Lailatul Qadr dan sangkaannya itu meleset. Sungguhpun meleset, segala amalan saleh yang dikerjakannya pada malam tersebut adalah seolah-olah dikerjakan dalam Lailatul Qadr. Dan telah bersabda Junjungan Nabi SAW: "Seseorang yang membaca Ayatul Kursi pada Lailatul Qadar, lebih disukai Allah ta`ala daripada dia mengkhatamkan keseluruhan al-Quran pada malam-malam selain Lailatul Qadr", ( yakni menunjukkan galakan dan besarnya ganjaran beramal pada malam yang mulia tersebut serta kerugian besar bagi yang meninggalkan beramal dalam malam tersebut).

Idak le ese ketahui kedudukan sabdaan - sabdaan Junjungan SAW tersebut, belum sompek ese mencarinya. Apa-apa pun ese berbaik sangka dengan yang empunya karangan tersebut. Lagipun, tiadalah kesalahan apa-apa mengamalkan sesuatu zikir walaupun tiada warid daripada Junjungan Nabi SAW. Tentang fadhilatnya, terpulanglah kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah, bukan setakat itu berlobih-lobih lagi pun harus di sisiNya. Allahu Akbar.

********************************************************

Nazam Syaikh Abul Hasan mengenai Lailatul Qadr

Wahai yang bertanya
Tentang lailatul qadar bila ada ia
10 terakhir Ramadhan tempatnya dia
Pada yang gasal diharap adanya
Diketahui ia dengan hari Ramadhan bermula
Jika Ahad dan Rabu mula ia, malam ke-29 itulah dia
Jumaat dan Selasa, ke-27 jadi ia
Khamis mula, ke-25 pula
Jika Sabtu hari pertama, ke-23 malam utama
Jika Isnin pula, malam ke-21 jangan lupa
Inilah kaedah dinaqal ia
Dari kalangan ahli sufi zuhud tak cinta dunia


Ramadhan sudah masuk fasa kedua, ayuh terus mujahadah agar tidak terlepas untuk mendapatkan Lailatul Qadr. Ameen, insya Allah. flower


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

2 Re: Lailatul Qadr on Wed Sep 09, 2009 9:57 am

insyirah


Moderator
Moderator
sambungan siri kedua Smile

Di kalangan mereka yang biasa dengan tradisi pengajian pondok dan pesantren, pasti kenal dengan kitab "Hasyiah Ibnul Amir 'ala Ittihaaf al-Murid syarah Jawharah at-Tawhid". Pengarangnya seorang ulama besar bermazhab Maliki dan pengamal thoriqah asy-Syadziliyyah, nama beliau adalah al-'Allaamah asy-Syaikh Abu 'Abdillah Muhammad bin Muhammad bin Ahmad bin 'Abdul Qadir bin 'Abdul 'Aziz al-Azhari rahimahumUllah yang terkenal dengan gelaran al-Amir al-Kabir. Beliau menjadi mufti Maliki di Mesir dari tahun 1201 sehingga 1232H. Dilahirkan pada tahun 1154H dan wafat di Kaherah dalam bulan Dzul Qaedah tahun 1232H. Memiliki banyak karya, sama ada yang telah dicetak atau yang masih berbentuk manuskrip. Antara karya beliau adalah:-

المجموع في الفقه المالكي.1
2. الإكليل شرح مختصر خليل
3. حاشية على مغني اللبيب لإبن قاسم
4. ضوء الشموع على شرح الجموع
5. النخبة البهية في الأحاديث المكذوبة على خير البرية

Ketokohan beliau dalam ilmu mengkagumkan para ulama sezaman. Dalam usia yang belum menjangkau 21 tahun, beliau telah menghasilkan kitab "al-Majmu'" dalam fiqh Maliki. Mari kita hirup sedikit ilmu yang beliau curahkan dalam satu risalah beliau pada mentafsirkan surah al-Qadr, moga ada manfaatnya. Dalam risalah tersebut beliau menyatakan:-

Dan tersebut dalam "Tafsir al-Khatib" {iaitu tafsir "as-Sirajul Munir" karangan Syaikh Khatib asy-Syarbini rahimahUllah} daripada Syaikh Abul Hasan asy-Syadzili yang menyatakan bahawa jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad, maka Lailatul Qadr jatuh pada 29 haribulan; jika awalnya hari Isnin, maka Lailatul Qadr jatuh pada 21 haribulan; jika hari Selasa, Lailatul Qadr jatuh pada 27 haribulan; Jika hari Rabu, Lailatul Qadr jatuh pada 29 haribulan; jika hari Khamis, Lailatul Qadr jatuh pada 25 haribulan; jika hari Jumaat, Lailatul Qadr jatuh pada 27 haribulan; dan jika hari Sabtu, Lailatul Qadr jatuh pada 23 haribulan.

Dan telah warid (hadits yang menyatakan): "Sesiapa yang sholat Maghrib dan Isya` berjemaah, maka dia telah memperolehi bahagian yang besar / banyak daripada Lailatul Qadr". Juga telah warid bahawa: "Sesiapa yang sholat Isya` berjemaah, maka seumpama dia menghidupkan separuh malamnya untuk beribadah (yakni berqiyamullail). Apabila dia sholat Subuh berjemaah, maka seumpama dia telah menyempurnakan keseluruhan malamnya untuk berqiyamullail."

Maka sewajarnya seseorang yang sukar untuk memperbanyakkan qiyamullail, dia memilih beramal dengan bacaan-bacaan yang telah warid ianya menghasilkan pahala besar seperti Ayatul Kursi yang telah warid bahawa ianya ayat al-Quran yang afdhal, membaca 3 atau 2 ayat terakhir surah al-Baqarah yang telah warid bahawa sesiapa yang membacanya nescaya ianya akan mencukupi baginya pada malam tersebut, surah al-Zalzalah yang warid bahawa ianya menyamai separuh al-Quran, surah al-Kafirun yang warid ianya menyamai seperempat al-Quran, surah al-Ikhlash yang menyamai sepertiga al-Quran, surah Yaasin yang warid bahawa ianya hati al-Quran dan ianya dibaca untuk apa yang diniatkan; memperbanyakkan istighfar, tasbih, tahmid, tahlil, berbagai zikir dan bersholawat ke atas Junjungan Nabi SAW; berdoa dengan apa yang disukai bagi dirinya dan orang-orang yang dikasihnya samada yang masih hidup maupun yang telah mati; bersedekah dengan apa yang mudah baginya; dan menjaga segala anggotanya daripada melakukan maksiat. Inilah cara menghidupkan malam Lailatul Qadar yang akan menyebabkan keampunan Allah daripada dosanya dan bukannya dihidupkan malam dengan berhibur - hibur dan bermain-main.

Dan di akhir risalah tersebut, Syaikh al-Amir al-Kabir menukilkan satu lagi faedah berupa zikir yang dikatakan sebagai warid untuk dibaca pada setiap malam dengan harapan memperolehi Lailatul Qadr. Zikir ini adalah serupa dengan apa yang disebut oleh Syaikh Abdul Hamid Qudus @ Kudus dengan sedikit perbezaan. Ianya adalah seperti berikut:-

Dan telah warid (hadits) bahawa : "Sesiapa yang mengucapkan:
لا اله الا الله الحليم الكريم
سبحان الله رب السموات السبع و رب العرش العظيم
tiga (3) kali, maka seolah-olah dia memperolehi Lailatul Qadr." Maka sewajarnya diamalkan bacaan ini pada setiap malam.

Mudah-mudahan kita direzekikan Allah SWT dengan Lailatul Qadr dalam keadaan kita beramal sholeh. Rahmat Allah sentiasa atas kita dan juga atas yang empunya karangan al-Amir al-Kabir dan sekalian para ulama kita yang ikhlas....... al-Fatihah.

Wallahua'lam


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

3 Re: Lailatul Qadr on Fri Sep 11, 2009 7:45 pm

izyan insyirah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
mohon menambah artikel ya dik insyirah;)

mengapa pandang sepi pada lailatul qadr

Oleh: Ustaz Shauqi

Firman Allah dalam Surah al-Qadr maksudnya: Sesungguhnya
Kami (Allah) telah menurunkan al-Quran pada malam al-qadr (lailatul
qadar), dan tahukah kamu apakah lailatul qadar itu?. Lailatul qadar
lebih baik dari seribu bulan
.

Lailatul
qadar merupakan peluang terbaik kita, oleh itu jangan sia-siakan
peluang keemasan ini. Akan tetapi, suatu persoalan yang amat penting,
iaitu mengapakah masih ramai di antara hamba-hamba Allah yang masih
memandang ringan kepada lailatul qadar?

Mungkin antara sebabnya ialah:

1.
Mereka mengidap penyakit lemah iman, mereka kurang jelas tentang
kebesaran dan kemuliaan serta ganjaran pahala pada malam al-qadar,
sebaliknya mereka lebih nampak besar perkara-perkara materialistik yang
boleh didapati dengan segera di dunia ini.

2.
Selalu mengikut hawa nafsu sampai mereka tidak berhajat melakukan
ibadat pada malam-malam sepuluh akhir Ramadan, kerana nafsu ingin
berehat, mahu menonton TV, mahu berbual-bual kosong, mahu bersama-sama
bantal, tilam dan kain selimut. Ada pula yang sibuk membeli-belah untuk
persiapan raya sampai terlupa ganjaran yang disediakan oleh Allah pada
malam al-qadar.

3. Penyakit panjang
angan-angan. Mereka berangan-angan akan hidup seratus tahun lagi yang
menyebabkan mereka membiarkan malam-malam sepuluh terakhir Ramadan
berlalu begitu sahaja tanpa diisi dengan amal ibadat kepada Allah.

Kita mesti mengubati penyakit ini agar ia tidak menjadi semakin parah. Antara yang boleh dilakukan ialah:

1.
Wajib kita menanam penuh keyakinan bahawa ganjaran pahala amal ibadat
pada malam al-qadar memang amat besar yang mesti kita berlumba-lumba
mendapatkannya.

2.Hendaklah kita menanam
keazaman untuk jihad melawan kehendak nafsu agar kita dapat patuh
kepada seruan al-Quran, panggilan surah al-Qadr, serta kita dapat
meneladani ibadat yang pernah dikerjakan oleh junjungan besar Nabi kita
Muhammad s.a.w. pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadan.

3.
Kita mesti membuang penyakit panjang angan-angan, dengan kita sentiasa
ingat bahawa kita mungkin akan berjumpa dengan Malaikat Maut pada
bila-bila masa sahaja. Oleh itu, kita amat perlu kepada persediaan amal
ibadat sebanyak yang mungkin, lebih-lebih lagi amal ibadat pada malam
al-qadar untuk bekalan kita selepas mati.

Marilah
kita sama-sama menerima bonus Allah s.w.t. yang berupa nikmat Lailatul
qadar dengan penuh kesyukuran dan ikhlas hati. Kita menyahut panggilan
surah al-Qadr ini dengan azam untuk kita melaksanakan sebanyak-banyak
ibadat pada sepuluh malam akhir Ramadhan ini dengan melakukan solat
fardu berjemaah, solat sunat terawih dan witir, membanyakkan bacaan
al-Quran, mengulangi membaca surah al-Ikhlas, berdoa, bersedekah,
berzikir dan berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
dengan penuh harapan semoga kita termasuk di dalam golongan hamba-hamba
Allah yang soleh.

http://izyaninsyirah.blogspot.com

4 Re: Lailatul Qadr on Sat Sep 12, 2009 8:28 am

insyirah


Moderator
Moderator
Tanda Lailatul Qadar Smile

Antara tanda-tanda dalam mengetahui Lailatul Qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :

1. Abi Ibnu Ka’ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai Lailatul Qadar yang bermaksud : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). – Hadis riwayat Imam Muslim dalam kitab puasa -

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya tanda-tanda Lailatul Qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. – Hadis riwayat Iam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ubadah bin As-Somit -

3. Dalam Mu’jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa’ daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : "Malam Lailatul Qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram)".

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : "Malam Lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk".

Qadhi ‘Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.

Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda Lailatul Qadar ialah :

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.

b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.

c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.

d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

Wallahua'lam.


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

5 Re: Lailatul Qadr on Sun Sep 13, 2009 1:13 pm

izyan insyirah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
semoga kita berpeluang beribadah sungguh2 pada malam yg mulia itu.....ameenn...

http://izyaninsyirah.blogspot.com

6 Re: Lailatul Qadr on Wed Sep 16, 2009 12:11 am

muzafar


Ahli Aktif
Ahli Aktif
Tiga amalan Nabi 10 malam terakhir


DALAM satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dikatakan bahawa: "Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu."

Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan.

Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya:


# Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi `Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan.

Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi'in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan.

Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan Tabi'in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.


# Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud: “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.”

Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi, mereka bersepakat bahawa Rasulullah melebihkan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.

Ibadat yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin `Ash bermaksud: “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.”

Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting hingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.

Baginda tidak akan melalui ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.

Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan hingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata: “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apa lagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.

Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasul dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bermaksud:”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.”


# Memperbanyak doa.

Rasulullah bersabda doa adalah otak segala ibadat. Doa juga kunci daripada semua ibadat. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan.

Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar.

Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah. Perkara ini seperti doa yang diajarkan Rasulullah kepada Aishah. Doanya berbunyi: “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).”

Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: “Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturahim.”


-berita harian-

7 Re: Lailatul Qadr on Fri Sep 18, 2009 6:34 am

aysarahanan


Moderator
Moderator
ramadhan jangan tinggalkan daku...

sayunya Sad


_________________
"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

8 Re: Lailatul Qadr Today at 7:32 pm

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum