Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Melabur dlm ASB guna loan bank, Untung @ Rugi?

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

dheadz


Admin
Admin
Sekarang ramai juga yang gunakan kaedah ini untuk dapatkan faedah/untung daripada ASB. Bila diteliti penerangan bawah ni, ada juga benarnya. Orang yang menbuat pinjaman dengan bank untuk dapatkan 'untung' dari ASB itu yang rugi sebenarnya. Apa komen anda?

-----------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kalau tak silap saya, belum ada orang yang beri jawapan sama ada untung atau rugi buat ASB loan ini. Jadi izinkan saya berkongsi sedikit pengetahuan saya sama ada elok atau tidak elok buat ASB loan ini.

Analisis yang saya buat ini cuma ringkas saja dan tidak berniat untukmemburuk-burukkan pihak tertentu. Hanya sekadar untuk pertimbangan anda sebelum membuat keputusan untuk membuat ASB Loan (melabur ke ASB dengan duit pinjaman bank).

Dari contoh simpanan ASB RM 100,000 yang terdiri dari Deposit RM 5,000 manakala RM 95,000 pinjaman bank mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9% setahun) ==> Bayaran bulanan RM 731 untuk tempoh 20 tahun.

Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kpd anda.

Contoh:
Dividen 7% setahun, anda akan dapat RM 7,000 setiap tahun. Boleh dibelanjakan apa saja anda suka dan at the end of 20 years, anda akan terima RM100,000 yang boleh digunakan untuk beli rumah, pendidikan anak dan sebagainya.

Cara A – Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman
——————————————————————

Hasil pengiraan saya menggunakan software Optimoney, jika dividen 7% setahun atau RM7,000 itu dibayar semula kpd bank untuk mengurangkan baki pinjaman anda, loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6 bulan dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM 120,82 (termasuk deposit RM5,000 dan dividen RM7,000 yg dibayar semula setiap tahun) Ini bermakna, anda terpaksa membayar RM 120,000 untuk mendapatkan RM100,000 selepas 7 hingga 8 tahun.

Untung atau rugi?

Jika anda labur RM 731 ke dalam ASB setiap bulan selama 8 tahun pun, simpanan anda akan menjadi RM94,260. Campur deposit RM 5,000 yang disimpan utk 8 tahun juga, future value adalah RM 8,590. Total nilai pelaburan anda = RM102,850. Dah lebih RM100,000 dah.

Cara B – Belanjakan Dividen setiap tahun & maintainmembayar bulanan kpd loan
————————————————————————————————

Bagi loan RM 95,000 untuk 20 tahun pada kadar 6.9% setahun, jumlah pembayaran penuh selepas 20 tahunadalah RM 175,359 (kos) Dengan dividen RM 7,000 untuk 20 tahun = RM 140,000 dan duit ASB selepas 20 tahun = RM 100,000 (+) Duit Yang Diterima => RM 240,000

Secara kasar, nampak macam anda untung sebab anda perolehi RM 240,000 Dalam masa 20 tahun sedangkan kos pinjaman anda berjumlah RM 175,359 shj.

Untung pada mata kasar ==> RM 64,64

Tetapi, bila mengambil kira kesediaan dan keupayaan anda maintain Bayaran bulanan RM 731 selama 20 tahun, anda sebenarnya rugi besar. Ini kerana dengan simpanan RM 731 ke dalam ASB untuk tempoh 20 tahun, Nilai pelaburan anda akan menjadi RM 383,018 ! Ini bermakna, oleh kerana anda ambil ASB loan dari bank, anda kehilangan 'potential gain'.

Total Value jika anda simpan sendiri = RM 383,018
Total gain kalau anda ambil loan = – RM 240,000
—————————————————————
Kehilangan Keuntungan RM 143,018

Siapa yang untung sebenarnya? ==> Bank !

Dengan modal pinjaman RM 95,000, bank terima RM175,359 dari anda sepanjang 20 tahun itu. Ini bermakna mereka untung lebih RM 80,000 dari keuntungan ASB yang anda boleh dapat jika anda simpan guna duit sendiri. Masalahnya, bank tidak boleh melabur dalam ASB kerana ASB adal h untuk individu bumiputra. Dengan ASB loan, mereka dapat buat untung hasil dividen ASB yang mereka ambil dari pelaburan anda.

Yang Rugi ==> Anda sebenarnya!!!.

Oleh itu, lebih baik anda simpan ASB menggunakan duit sendiri.

Moralnya, jangan melabur dengan duit hutang.

Terima kasih.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum..
Tuan Dheadz.. betul tu.. basic rule of thumbs... prinsip pelaburan pertama.. belanja.. simpan duit yang mampu kita buat.. kalau tidak baik kita berbelanja sehara berhemah dulu.. simpan seadanya dan baru labur.

http://www.umaruddin.blogspot.com

muzafar


Ahli Aktif
Ahli Aktif
kami jg menyimpan sekadar ape yg ade...
x sggp lg rasanya nak berhutang2 ni...
walaupun ade kelebihannya...yakni dpt modal sedebuk besar jumlahnya...
tp yg sakitnya...nak byr bertahun2...ntah bila lar nak abis...

biasanya...sy nyimpan bila dpt duit bonus tahunan dr company...
bila dpt byk...simpan byk...
bila dpt sikit...simpan ler sikit...
yg penting... TAK BERHUTANG...
pirat pirat

dheadz


Admin
Admin
Betul tu, ada sedikit simpan sedikit, bila ada banyak, bolehlah simpan banyak juga secara sendiri tanpa pinjam dari sapa2. Tapi orang kita ni nak untung (kononnya), dah tu tanpa fikir panjang dengan ajakan kawan, dengan janji2 manis beberapa pihak, terus setuju untuk buat pinjaman bank utk buat pelaburan ASB ni. Untung katanya. Saya diam sahaja, tidak kata apa2. Sekarang, bila dah nampak penjelasan camni, baru nampak dengan jelas apa yang kabur sebelum ni.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum....
Macam ni le.. kalau betul2 nak melabur.. tapi tak mahu buat pinjaman.. dan duit kurang.. saya usulkan kita buat pelaburan gunakan akaun 1 KWSP.. Pelaburan tu dipantau oleh kerajaan.. Cuma ejen2 Amanah saham terpilih untuk saham2 terpilih sahaja oleh dibeli amanah sahamnya.. Kalau simpan kat KWSP pun paling tinggi dalam 5% tapi kalau ikut pukul rata amanah saham terpilih ni.. InsyaAllah dalam 9%.. Nak penjelasan.. Dheadz.. Tuan Muzafar kita jumpa satu hari InsyaAllah.. saya cuba terangkan konsepnya.

http://www.umaruddin.blogspot.com

azizul


Admin
Admin
Assalamualaikum , Very Happy

bagi azizul, pelaburan, ada pelbagai bentuk. pilih instrument pelaburan yang paling sesuai dengan matlamat pelaburan kita. bagi azizul kelemahan kebanyakan daripada kita ialah gagal menilai bentuk pelaburan yang sesuai. bagi azizul antara bentuk pelaburan yang boleh dijadikan alternatif ialah takaful, sebagai sebahagian daripada pengurusan risiko kita.

dalam apa2 cara sekalipun, pastikan ianya bebas daripada element2 yang diharamkan seperti riba', gharar, dan maisir€


_________________
http://al-insyirah.forummotion.com

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum