Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

~ Dilema Memilih Jodoh ~

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

insyirah


Moderator
Moderator
~ Dilema Memilih Jodoh ~

Tulisan : Ustaz Salman

Banyak soalan berkaitan dgn memilih jodoh. Jadi sy tulis berkenaan dgn tajuk ini seperti yg digariskan oleh Islam.

Memilih Jodoh adalah dituntut oleh Islam. Nabi s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu memilih tempat hendak salurkan air mani kamu(isteri)."(Ibnu Majah dan Baihaqi-sahih)

Ciri utama yg perlu ada pada pasangan adalah yg elok akhlak dan agamanya seperti Nabi s.a.w sebut:

"Maka beruntunglah org yg memilih wanita yg beragama."(Bukhari dan Muslim)

"Apabila datang seorang lelaki yg elok agama dan akhlaknya melamar anakmu maka hendaklah kamu kahwini anak perempuan mu dgn dia. Jika kamu tidak kahwininya maka akan menyebabkan kerosakan dan fitnah yg besar akan berlaku."(Hr Tirmizi-hasan sahih)

Ciri2 isteri yg solehah adalah sepertimana Nabi sebut: "Aku hendak memberitahu kepadamu sesuatu yg perlu dimiliki oleh seorang lelaki ialah wanita yg solehah.

Apabila suaminya pandang dia akan rase gembira, bila suaminya suruh dia akan patuh dan bila suaminya keluar dia akan jaga harta dan maruah suaminya."(Hr Abu Daud) Seeloknya hendaklah seorang lelaki itu memilih anak dara.

Jabir brkata: "Aku berkahwin dgn seorang wanita; lalu aku berjumpa dgn Nabi s.a.w. Nabi s.a.w bertanya "Adakah engkau sudah berkahwin?" Aku menjawab "Ya" Nabi bertanya "Dara atau janda?" Aku menjawab "Janda" Nabi s.aw bersabda "Kenapa kamu tidak memilih anak dara yg mana kamu berseronok dgn dia dan dia berseronok dgnmu."(Hr Muslim)

Lelaki juga hendaklah memilih wanita yg penyayang dan banyak melahirkan anak. Nabi s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu berkahwin dgn wanita yg boleh melahirkan banyak anak dan wanita yg penyayang. Maka sesungguhnya aku berbangga dgn banyaknya ummatku"(Hr Abu Daud)

Disunatkan lelaki yg hendak mengahwini seseorang wanita itu melihat muka dan dua tapak tangan. Seorang lelaki memberitahu Nabi s.a.w bahawa dia nak kahwin. Rasulullah bertanya "Adakah engkau sudah melihatnya?" Lelaki itu menjawab "Belum" Lalu Nabi s.a.w bersabda "Pergilah engkau melihatnya."(Hr Muslim)

Imam Nawawi berkata: Sesungguhnya diharuskan melihat ke muka dan tapak tangan sahaja kerana keduanya bukan aurat dan juga kerana muka menunjukkan kecantikan atau sebaliknya; manakala tapak tangan menunjukkan kepada kesuburan tubuh atau sebaliknya.

Ulama mazhab Syafie berkata: sekiranya tidak mampu melihatnya maka disunatkan supaya menghantar seorang wanita yg dipercayai untk melihat wanita yg hendak dikahwini dan memberitahunya. Perkara ini seeloknya sebelum pertunangan.

seloknya menghantar seseorang utk merisik pasangan sperti mana Nabi s.a.w menghantar Ummu Sulaim utk merisik seorang wanita. (Hr Ahmad dan Hakim-sahih) Seeloknya minta tolong dan berbincang dgn org Alim dan soleh mengenai nak memilih jodoh seperti mana Nabi s.a.w telah meminang wanita Ansar bg pihak JUlaibib.(Hr Ahmad-sahih)

Nabi s.a.w telah memberitahu kepada Fatimah binti qis apabila dia dipinang oleh Muawiyah, Abul Jaham dan Usamah bin Zaid "Adapun Muawiyah adalah lelaki yg faqir takde duit, Abu Jaham pula seorang yg banyak memukul wanita dan Usamah la yg perlu engkau pilih." Fatimah berkata "Aku berkahwin dgn Usamah dan aku amat bergembira bersamanya."(Hr Ahmad)

Cubalah pilih yg terbaik mengikut ape yg Islam telah gariskan. Bincangla dgn baik dgn org2 yg dipercayai, guru, org alim dan Ibu Bapa. Bnykkan Istikhoroh dan solat hajat. Mudah2an mendapat pasangan yg terbaik.

rujukan: 1. Misykatul Misbah oleh Tabrizi. 2. Syarh sohih Muslim oleh Nawawi. 3. Bulugul Amani Syeikh Ahmad al-Banna as-Sa'ati. 4. al-Mustasfa oleh seikh Muhammad Sa'id al-Lahji. 5. Manhaj at-Tarbawiyah lit Tifl oleh Muhammad Nur Suwaid.


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.
Share this post on: Excite BookmarksDiggRedditDel.icio.usGoogleLiveSlashdotNetscapeTechnoratiStumbleUponNewsvineFurlYahooSmarking

No Comment.

View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum