Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

    You are not connected. Please login or register

    Bunga Cantik Tapi Tak Wangi

    View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

    1 Bunga Cantik Tapi Tak Wangi on Mon Aug 31, 2009 11:48 am

    insyirah


    Moderator
    Moderator
    "Anda pernah melihat bunga? Tentu sekali pernah. Orang kata bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi. Itulah ibarat kepada seseorang yang cantik tetapi tidak berakhlak dan berbudi.

    Seseorang gadis dipuji dengan kata-kata seperti "Awak cantiklah" , maka akan menguntumlah senyuman di bibir dan berbungalah hatinya . Tersipu-sipulah ia .Ahh! Siapa yang tak seronok apabila dipuji dan dikatakan cantik dan lawa? Itulah resam manusia , seronok bila dipuji dan kecewa bila dikeji. Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang sentiasa merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa diri kerdil apabila berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.

    Wanita cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana menyangka dirinya punya kelebihan . Kata orang juga, wanita cantik banyak yang dimahunya . Apabila diri merasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya . Kalau dia seorang gadis, dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi 'andartu'. Hidup liar bagai merpati, senang didekati tetapi ditangkap lari (tolong baca sampai habis artikel ini).

    Jika dia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikannya maka suami yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan kerenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka dan menjadi hamba kepada kecantikan isterinya . Menyayangi isteri hanya atas dasar kecantikan maka jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayuskan suami. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuanya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau lebih teruk dengan meminta dicerai. Alangkah indahnya jika si isteri menggunakan kecantikannya untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.

    Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada agama dan akhlaknya. Kalau dia seorang isteri, kecantikannya hanya untuk suaminya dan ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah.

    Wanita yang cantik tetapi tidak punya pekerti tinggi, tidak berakhlak adalah ibarat seperti bunga raya. Cantik warnanya tapi keharumannya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak terlalu cantik tapi berakhlak mulia, taat pada Allah dan suami adalah ibarat bunga cempaka. Kecantikannya tidak seberapa tetapi keharumannya memikat jiwa. Antara bunga cempaka dan bunga raya, sudah pasti bunga cempaka diminati dan dipilih orang. Kasihan pada bunga raya kerana tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Kononnya nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar bahawa diri hanya jadi bahan mainan.

    Wanita yang tidak cantik malah tidak berakhlak pula hanya akan menyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula berbau harum dan wangi. Maka tiada apa-apa tarikan dan keindahan padanya. Jadi usah dibangga dengan kecantikan dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia tetapi marilah berlumba-lumba utk menjadi hamba Allah yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya lebih bernilai dan disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.

    Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurnian Allah itu dari dirinya. Bukan jua kerana iri hati dan tidak mahu ada yang menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung timbunan dosa akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka kerana sifat mazmumah sudah membelenggu jiwa akibat daripada kecantikan diri yang dijulang bagai mahkota.

    Bersyukurlah dengan segala nikmat kurniaan Allah. Baik dan buruk, cantik atau hodoh itu semua adalah pemberianNya. Yang berwajah cantik atau hodoh(maknanya kurang cantik) sama-sama perlukan persediaan kerana pasti akan tiba suatu masa di mana yang berwajah cantik atau hodoh dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Adakah pada saat itu masih berguna kecantikan yang ada? Kita semua tahu jawapannya.

    Maksud sabda Rasulullah s.a.w: "sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa paras, tidak melihat pada keturunan, tidak melihat pada harta tetapi Allah melihat pada hati-hati kamu dan amalan kamu"

    "Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allah datangnya, dan bila kamu di timpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl ayat 53

    "Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa diantara kamu(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)..." Al Hujurat ayat 14

    Wallahu a’lam. Semoga kita sentiasa dibimbingNya dalam bermujahadah menjadi orang yang terbaik.


    Komen : Wanita cantik untuk mengurangkan fitnah keatas dirinya dengan segera berkahwin, Wallahu Ta'ala A'lam Smile


    _________________


    "Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

    .:: HaRuMaN MaWaR ::.

    2 Re: Bunga Cantik Tapi Tak Wangi on Tue Sep 01, 2009 5:14 pm

    izyan insyirah


    Ahli Aktif
    Ahli Aktif
    usaha menjadi muslim yg mukmin...
    usah menjadi wangi di mata manusia...mari menjadi cantik dan wangi pada pandangan Allah...itu yang lebih penting....

    sy tertarik dengan komen yang last tuhh....ehehe....mmg nk kawen pun, tapi keadaan sekeliling skg nih menyekat hasrat tersebut...doakan sy kawen cepat ye...

    http://izyaninsyirah.blogspot.com

    3 Re: Bunga Cantik Tapi Tak Wangi on Wed Sep 02, 2009 8:44 am

    muzafar


    Ahli Aktif
    Ahli Aktif
    izyan insyirah wrote:usaha menjadi muslim yg mukmin...
    usah menjadi wangi di mata manusia...mari menjadi cantik dan wangi pada pandangan Allah...itu yang lebih penting....

    sy tertarik dengan komen yang last tuhh....ehehe....mmg nk kawen pun, tapi keadaan sekeliling skg nih menyekat hasrat tersebut...doakan sy kawen cepat ye...

    stuju ngan izyan jua...
    pasal jodoh tu... pd tafsiran sy, insyaAllah jodoh izyan akan smpi sebaik saje lps tamat pengajian izyan...
    Smile Smile

    4 Re: Bunga Cantik Tapi Tak Wangi on Wed Sep 02, 2009 7:03 pm

    izzah_azzahrah


    Ahli Baru
    Ahli Baru
    alhamdulillah msh ada insan2 sebegini dalam dunia serba tenggelam
    ni.alhamdulillah.tersentuh hati sy ketika sedang n slpas mbaca tulisan ni.sedar
    xsedar sy pn agak terleka selama ni.. sy spt tsentak dr lamunan..dr tabiat buruk sy selama ni..(maybe).bukan sbb perasan diri cantik dimata orang lain..ataupun mengakui dan menyedari diri x cantik..tp tulisan ni buatkan sy betul2 'terasa' sbb sy lalai dr mengingati dn melaksanakan kewajipan2 sy selama ni..terima kasih ats peringatan scr xlangsung dr sahabat2 forum.

    memandangkan sy msh baru kt sini, sy harap shbat2 dapat bkongsi pkara2 yg pastinya berfaedah unt kita bersama.

    hidup xselalunya indah..tp ia pasti akan menjadi indah jk kita bjak mengemudi hati I love you Smile I love you

    5 Re: Bunga Cantik Tapi Tak Wangi on Thu Sep 03, 2009 7:00 am

    izyan insyirah


    Ahli Aktif
    Ahli Aktif
    muzafar wrote:
    izyan insyirah wrote:usaha menjadi muslim yg mukmin...
    usah menjadi wangi di mata manusia...mari menjadi cantik dan wangi pada pandangan Allah...itu yang lebih penting....

    sy tertarik dengan komen yang last tuhh....ehehe....mmg nk kawen pun, tapi keadaan sekeliling skg nih menyekat hasrat tersebut...doakan sy kawen cepat ye...

    stuju ngan izyan jua...
    pasal jodoh tu... pd tafsiran sy, insyaAllah jodoh izyan akan smpi sebaik saje lps tamat pengajian izyan...
    Smile Smile

    Ya betul tu betul... Very Happy

    http://izyaninsyirah.blogspot.com

    6 Re: Bunga Cantik Tapi Tak Wangi on Tue Sep 08, 2009 11:19 am

    insyirah


    Moderator
    Moderator
    Assalamu'alaikum

    Kak Izyan: selalu baca doa allahummaj 'alni hubbak wa hubba man ahabbak waj'al hubbaka ahabba ilayya minal maail baridi setiap kali sujud terakhir dalam solat Smile Ini la yang selalu di pesan oleh ustazah. Smile

    Kadang-kadang memang hati nak sangat kawin (bukan saya) tetapi cuba fikirkan sejenak, mungkin disisi Allah empunya diri belum mampu mengemudi rumah tangga. Kalau orang kata Rasulullah nikahi Aisyah r.a. sewaktu kecil pun, iya lah memang betul tetapi lihatlah betapa faqehnya Aisyah r.a. nak dibandingkan dengan kita, umur 21 tahun pun belum lagi menguasai ilmu-ilmu Allah seperti Aisyah r.a. Wallahua'lam. Barangkali juga kerana mak dan ayah belum benar-benar redha untuk melepaskan anaknya berkahwin. Very Happy


    _________________


    "Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

    .:: HaRuMaN MaWaR ::.

    Sponsored content


    View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

    Similar topics

    -

    » I LOVE FLOWERS!!!!!

    Permissions in this forum:
    You cannot reply to topics in this forum