Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Kawan...

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 Kawan... on Fri Aug 28, 2009 1:51 am

muzafar

Ahli Aktif
Ahli Aktif
Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

kita kawan kan????

2 Re: Kawan... on Fri Aug 28, 2009 8:47 am

aysarahanan

Moderator
Moderator
insyaAllah kita kawan..hiihi

susah juga nk cari kawan yang sebenar2 kawan..
kawan semasa suka ramai...
tetapi kawan semasa duka dapat di bilang dengan jari..

apapun sahabat yang kenal erti ukhuwah pasti hargai sesuatu persahabat..

Doa rabitah..

"Ya Allah engkau mengetahui hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihimu,bertemu untuk mematuh perintahMU,bersatu berkumpul memikul beban dakwahMu,hati2 ni telah mengikatkan janji setia untuk mendaulat serta menjunjung syariatMu,maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.kekalkanlah kemesraan hati 2 ini akan jalannNya.penuhkan lah hati kami dengan cahaya RabbaniMu yang tak kunjung malap,lapangkan hati2 ini dengan limpahan iman keyakinan dan keindahan tawakal kepadaMu,hidup suburkan hati2 ini dengan maarifat tentangmu...jika engkau mentakdirkan mati,maka matikanlah pemilik hati2 ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama Mu..Engkaulah sebaik2 sandaran dan penolong...
Ya Allah perkenankanlah permintaan ini.."

3 Re: Kawan... on Fri Aug 28, 2009 8:58 am

insyirah

Moderator
Moderator
Subhanallah...

Tiba-tiba, rasa sedih je baca ayat-ayat atas ni sebab ana ada 2 orang sahabat yang baik sejak dari umur 12 tahun hingga sekarang tetapi bila habis sekolah (SPM) masing-masing bawa haluan sendiri Smile

_________________

"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

4 Re: Kawan... on Wed Sep 02, 2009 3:03 pm

azizul

Admin
Admin
insyirah wrote:Subhanallah...

Tiba-tiba, rasa sedih je baca ayat-ayat atas ni sebab ana ada 2 orang sahabat yang baik sejak dari umur 12 tahun hingga sekarang tetapi bila habis sekolah (SPM) masing-masing bawa haluan sendiri Smile

sabar ya mbak syirah. mungkin masing2 sibuk dengan kuliah2 mereka, perkara ini dialamai oleh ramai orang, malah azizul sendiri pun, mengaku jarang hubungi kawan2 baik. cuma bila waktu cuti, yang kebetulan cuti pada tempoh masa yg sama je sempat bersua. masing2 bz....

Very Happy

_________________
http://al-insyirah.forummotion.com

5 Re: Kawan... on Thu Sep 03, 2009 7:05 am

izyan insyirah

Ahli Aktif
Ahli Aktif
bagaimana mahu mengharap kawan yg terbaik untuk kita, padahal kita tidak pernah berusaha menjadi kawan terbaik untuk kawan2 kita....

alhamdulillah...kwn2 sy semuanya baik2...mereka sahabat terbaik dalam hidupku...

http://izyaninsyirah.blogspot.com

6 Re: Kawan... on Fri Sep 04, 2009 3:03 am

muzafar

Ahli Aktif
Ahli Aktif
izyan insyirah wrote:bagaimana mahu mengharap kawan yg terbaik untuk kita, padahal kita tidak pernah berusaha menjadi kawan terbaik untuk kawan2 kita....

alhamdulillah...kwn2 sy semuanya baik2...mereka sahabat terbaik dalam hidupku...

alhamdulillah...izyan mmg beruntung
bak kata pepatah...buat baik berpada2, buat jahat jgn sekali..
jgn smpi kita hilang kepercayaan kawan..
Wink Wink

7 Re: Kawan... on Fri Sep 04, 2009 12:49 pm

izyan insyirah

Ahli Aktif
Ahli Aktif
buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali----jadi, juatlah jahat berkali-kali....hehehehehe.....guraw2...

yee...sekali org hilang kepercayaan kepada kita, sampai bila2 pun org tak pcaya...jadi, jadilah orang yg jujur....jujur dalaman n jujur luaran...insyaAllah tidak akan timbul pkara hilang kpercayaan n sbgainya...

http://izyaninsyirah.blogspot.com

8 Re: Kawan... on Fri Sep 04, 2009 4:23 pm

munira alhashimi

Ahli Aktif
Ahli Aktif
izyan insyirah wrote:buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali----jadi, juatlah jahat berkali-kali....hehehehehe.....guraw2...

yee...sekali org hilang kepercayaan kepada kita, sampai bila2 pun org tak pcaya...jadi, jadilah orang yg jujur....jujur dalaman n jujur luaran...insyaAllah tidak akan timbul pkara hilang kpercayaan n sbgainya...

Sesungguhnya demikianlah anakku, Izyan.
Namun takdir seseorang itu tidak sama. Adakalanya kejujuran kita dijadikan senjata olih mereka untuk menjatuhkan kita. Ibu sudah berlaku sejujurnya
buat dia. Ibu tidak pernah menghasut sesiapa pun untuk membela diri sendiri.
Hanya memberikan sedikit jawapan kenapa ibu harus meninggalkan 3E dulu.

9 Re: Kawan... on Fri Sep 04, 2009 9:57 pm

izyan insyirah

Ahli Aktif
Ahli Aktif
munira alhashimi wrote:

ya...betul tu ibu...sy tak tau la apa jenis manusia begitu...mempergunakan kejujuran orang lainn untuk kepuasan sendiri...

kita doakanlah mereka sentiasa bahagia....

love u ibuuuuu...

http://izyaninsyirah.blogspot.com

10 Re: Kawan... on Tue Sep 08, 2009 6:20 pm

munira alhashimi

Ahli Aktif
Ahli Aktif
izyan insyirah wrote:

Terima kasih Yan.

11 Re: Kawan... on Wed Sep 09, 2009 2:12 pm

umaruddin

Moderator
Moderator
Assalamualaikum..
InsyaAllah tuan Muzafar.. kita kawan..
Sebagai kawan InsyaAllah saya akan tetap akan jalankan tugas 'Amal Makruf Nahi Mungkar'..

http://www.umaruddin.blogspot.com

12 Re: Kawan... on Wed Sep 09, 2009 3:01 pm

munira alhashimi

Ahli Aktif
Ahli Aktif
Alhamdulillah...moga Umar dan muzafar kekal sebagai kawan/sahabat....
saling berpesan-pesan kearah kebaikan dan kebenaran. Ameen...

13 Re: Kawan... on Wed Sep 09, 2009 4:04 pm

munira alhashimi

Ahli Aktif
Ahli Aktif
Hari ini, ibu munira, rasa gembira sangat.
Dapat berhubung dengan kawan/sahabat lama. Rasa mahu mengalir airmata ketika
berbicara dalam telefon. Dia adalah kawan ibu ketika menuntut di Madrasah, teman
ketika belajar Darjah Khas. Sama2 bercita2 nak jadi guru, dan kami Sama2 pergi temuduga untuk jawatan Guru Agama Negeri Johor. Tapi akhirnya kami rupanya menceburi bidang kerjaya yg berlainan dari cita2. Ketika di Sekolah dialah yg sering mempertahankan ibu jika ada org ambil kesempatan terhadap ibu.

Ketika kami hamil anak ke dua. Kami saling berhubung via telefon. Kami melahirkan
anak pada bulan dan tahun yg sama. Iaitu Bulan March 1991. Hanya beberapa belas hari berbeza usianya. Dia dapat anak perempuan. Ibu dapat anak lelaki.
Kini anak remaja sahabat itu akan Ke Mesir melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Ibu turut rasa terharu dan berbesar hati tehadap kejayaan Ummu Hafiqah. Airmata gembira menitis jua..tumpang gembira. Semoga anakku juga turut berjaya, walaupun belajar dlm Negeri saja. Ameen.

14 Re: Kawan... on Wed Sep 09, 2009 5:43 pm

nurul muslimah

Ahli Junior
Ahli Junior
sy slalu kaitkan kawan2 dgn buah2 buahan...hehe~ Very Happy

http://nurulmuslimah.blogspot.com

15 Re: Kawan... on Fri Sep 11, 2009 2:57 am

izyan insyirah

Ahli Aktif
Ahli Aktif
munira alhashimi wrote:Hari ini, ibu munira, rasa gembira sangat.
Dapat berhubung dengan kawan/sahabat lama. Rasa mahu mengalir airmata ketika
berbicara dalam telefon. Dia adalah kawan ibu ketika menuntut di Madrasah, teman
ketika belajar Darjah Khas. Sama2 bercita2 nak jadi guru, dan kami Sama2 pergi temuduga untuk jawatan Guru Agama Negeri Johor. Tapi akhirnya kami rupanya menceburi bidang kerjaya yg berlainan dari cita2. Ketika di Sekolah dialah yg sering mempertahankan ibu jika ada org ambil kesempatan terhadap ibu.

Ketika kami hamil anak ke dua. Kami saling berhubung via telefon. Kami melahirkan
anak pada bulan dan tahun yg sama. Iaitu Bulan March 1991. Hanya beberapa belas hari berbeza usianya. Dia dapat anak perempuan. Ibu dapat anak lelaki.
Kini anak remaja sahabat itu akan Ke Mesir melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Ibu turut rasa terharu dan berbesar hati tehadap kejayaan Ummu Hafiqah. Airmata gembira menitis jua..tumpang gembira. Semoga anakku juga turut berjaya, walaupun belajar dlm Negeri saja. Ameen.

wahh...seronok...
sy tumpang gembira ibu

hem...insyaAllah lepas raya ni, sy n kwn2 sekolah dulu akan bertemu...tak sabar rasanya..sangat rindukan mereka...

http://izyaninsyirah.blogspot.com

16 Re: Kawan... on Wed Sep 16, 2009 12:24 am

izzah_azzahrah

Ahli Baru
Ahli Baru
kawan?? sahabat??
hmm...
. Question

17 Re: Kawan... on Tue Sep 22, 2009 2:18 am

muzafar

Ahli Aktif
Ahli Aktif
hehe...nape hmmm ni izzah..
ada kenangan silam ke?
Smile Smile

18 Re: Kawan... Today at 8:07 am

Sponsored content

View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum