Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Mas Kahwin 60, 000

+3
aysarahanan
dheadz
insyirah
7 posters

Go to page : 1, 2  Next

Go down  Message [Page 1 of 2]

1Mas Kahwin 60, 000 Empty Mas Kahwin 60, 000 Wed Jul 08, 2009 10:00 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Ditulis oleh : Ust Farid

SATU

Malam itu saya bersama beberapa orang rakan menjejakkan kaki ke rumah Ustaz Aiman yang terletak berhampiran jalan utama ke Mahattah Siberbay. Ustaz Aiman merupakan rakan dikalangan arab Mesir yang saya kenali melalui perantaraan sepupunya Ahmad. Beliau sudah pun mendirikan beberapa tahun yang lalu.

“Berapa jumlah kos enta kahwin semuanya?” Saya cuba mengutarakan soalan setelah beberapa detik berbual dengannya.

Halim dan Fadhil yang turut bersama saya berziarah pada malam itu kelihatan seolah-olah memikirkan sesuatu. Mungkin cuba menyusun persoalan dan ayat barangkali.

“60 ribu semuanya, dan kos ini termasuklah segala barangan yang dibeli untuk melangsungkan majlis perkahwinan..” Jawabnya dengan bahasa fushah yang lancar dan sedap didengari. Mustahil beliau tidak boleh berbahasa arab fushah memandangkan beliau seorang guru lughatul arabiah dalam bidang adab (sastera) dan nahu saraf. Beliau juga berkemahiran mengajar subjek Al-Quran bertajwid.

Beliau pernah menyuarakan hasrat kepada saya dan bercita-cita mahu menabur bakti di Malaysia jika ada peluang pekerjaan dalam bidang pengajaran bahasa Arab dan Al-Quran bertajwid.

“Sittuna alfan genih??!” Saya tersentak sebentar.

Serasa begitu kelat mahu menelan air liur, terhenti dikerongkongan. Kerut dahi tanda menerima kejutan.

“Maknanya setiap kali pembelian apa jua barang untuk perkahwinan mesti senaraikan dalam resit, kemudian diserahkan kepada pihak perempuan sebagai kos mas kahwin..” Tambahnya.

“Oh, macam tu rupanya..” Balas saya seperti tiada sebarang reaksi terkejut.

“Adeeh, kalaulah mas kahwin kena LE60 ribu alamat bujang terlajak sampai tualah saya..” Saya berfikir sendiri. Minda ligat berputar mahu mengaitkan adat perkahwinan Mesir dan Malaysia.

“Ini termasuklah perkara yang wajib dimiliki seperti sebuah rumah, almari besar, perkakasan dapur, katil serta barangan yang lain..” Tegas beliau merancakkan lagi bual bicara.

Saya meneguk segelas air oren yang tersedia dimeja sambil memerhati setiap jihat rumahnya yang sederhana besar itu. Kemas dan rapi susunannya.

“Kalau almari besar tu pihak lelaki perlu beli dan segala barangan di dalamnya akan diisi oleh pihak perempuan..” Ustaz Aiman mengisyaratkan tangan kearah sebuah almari besar yang berada diruang tamu rumah. Di dalamnya indah diisi deretan pinggan mangkuk seramik bercorak kerawang.

Bebola mata tertancap ke arah almari itu.

DUA

Suatu malam di sebuah perkampungan terpencil di Atash, Damanhur. Perkampungan yang terletak di tengah-tengah ladang gandum itu sungguh menyamankan deria rasa. Kisah kembara saya dan beberapa orang rakan ketika menghadiri majlis perkahwinan abang Mithad sebenarnya pernah saya nukilkan dalam entri lepas.

Selepas sahaja berbual-bual di atas sutuh rumah pengantin, kami dibawa turun untuk menyambut pengantin yang akan tiba sejurus kemudiannya. Sedang berjalan melangkah ke halaman rumah, sempat saya mengajukan beberapa persoalan kepada abang Mithad.

“Berapa kos abang (abang sulungnya) enta kahwin?” Tanya saya menduga.

“Semuanya dalam LE54,ooo..” Jawabnya.

“Fuss..muflis lelaki kalau kat Malaysia macamni..” Fikir saya.

Patutlah ramai lelaki arab masyarakat Mesir hidup membujang sehingga tua. Malah ada yang berkahwin lewat usia 40-an dan 50-an ekoran sewaktu muda tidak berkesempatan untuk berkahwin. Sibuk mencari ongkas buat melunaskan bayaran yang berangka puluhan ribu itu.

Kasihan. Saya hulurkan rasa simpati buat mereka.

Antara Adat dan Ibadat

Firman Allah Azzawajalla di dalam surah An-Nisa’ menjadi dalil wajib memberikan mas kahwin di dalam pernikahan:

“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib.” (An-Nisa’: 4)

“Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah dia menjadi isteri kamu), maka berikanlah mas kahwin mereka (dengan sempurna), sebagai satu ketetapan yang diwajibkan oleh Allah.” (An-Nisa’: 24)

Begitu juga terdapat dalil hadis Nabi Muhammad SAW menyebut tentang hal ini:

“Sahal bin Saad r.a berkata: Seorang perempuan datang menemui Nabi SAW dan menyatakan bahawa dia telah menyerahkan urusan dirinya kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Nabi bersabda: Aku tidak mempunyai keperluan terhadap perempuan. Seorang lelaki berkata: Kahwinkanlah aku dengannya. Rasulullah SAW menjawab: Berikanlah kepadanya pakaian. Lelaki itu berkata: Aku tidak memilikinya. Rasulullah SAW berkata: Berikanlah kepadanya walau sebentuk cincin besi. Beliau memberitahu bahawa dia juga tidak memiliki sebentuk cincin besi. Nabi bersabda: Adakah engkau mempunyai Al-Quran? Lelaki itu menjawab: Ada ini dan ini. Rasulullah SAW bersabda: Aku kahwinkan engkau dengan perempuan ini dengan mas kahwinnya Al-Quran yang ada pada engkau.”(Hadis riwayat Bukhari dalam kitab fadilat-fadilat Al-Quran bernombor 4741)

Begitu juga terdapat sebuah hadis lain menyebut bahawa:

Amir bin Rabiah berkata: Seorang perempuan bani Fazarah berkahwin dengan mas kahwin hanya sepasang kasut. Nabi bertanya: Adakah kamu setuju dengan hanya sepasang kasut? Perempuan itu menjawab: Ya. Maka Nabi mengharuskannya.” (Hadis riwayatTirmizi dalam kitab nikah bernombor 1113)

Ramai menyangka bahawa keutamaan dalam meletakkan harga yang tinggi untuk kos mas kahwin adalah perkara utama perlu difikirkan. Mereka seolah-olah melihat mas kahwin merupakan nilai harga bagi seorang perempuan. Ada sesetengah waris seakan merasa hilang maruah bila anaknya mempunyai nilai mas kahwin yang rendah. Tambahan pula jika anak jiran lebih tinggi mas kahwin maka berkobar-kobar lagilah nafsu untuk berlumba. Muncul pula sifat berbangga-bangga akibat mahu mencari publisiti murahan dan mempertahankan kemuliaan keluarga sendiri.

Sedangkan maksud dalam pengertian memberi mas kahwin itu langsung tidak ada kena mengena dengan sifat berbangga dan bermegah-megah mempertahankan adat. Islam meletakkan supaya dengan pemberian mas kahwin oleh golongan lelaki buat para wanita adalah sebagai lambang keinginan untuk berkahwin serta sebagai sebuah pemberian tanda memuliakan wanita itu. Mas kahwin juga menjadi simbolik kepada sebuah ikatan percintaan suci demi membina rumah-tangga yang harmoni.

“Abang ana dulu kahwin mudah ja, tak mahal mana pun..” Cerita kawan saya.

“Yakah? lagumana tu?” Terus saya menyoal tanda berminat untuk mendengar.

“Yalah, abang ana masa tu dia nak pi minang ja..pastu tiba-tiba orang tua suruh pi kahwin terus..selesai macam tu ja..mudah. Bayaq hantaran pun murah ja.”

“Hehehe..” Senyum saya sendiri.

Faktor yang kedua ialah adat. Kata orang biar mati anak jangan mati adat. Wah, sanggup mati anak kerana mempertahankan adat? Andainya adat menyimpang daripada kesyumulan agama bagaimana pula halnya? Islam hampir nazak kini tidak pula mahu mempertahankan. Andai diletakkan anak dan Islam, saya yakin mereka lebih memilih anak dan adat dahulu daripada memilih Islam.

Membicarakan soal adat bukanlah bererti saya menghukum keseluruhannya. Malah, kewujudan adat yang tidak menyimpang dari agama itu tidak menjadi kesalahan besar. Sudah saya jelaskan hal ini dalam entri lepas.

Mahu menjadikannya ibadat atau sekadar pelengkap adat?

Kesan Keterlaluan Dalam Menetapkan Mas Kahwin Yang Tinggi

Manusia tidak pernah fikir tentang kesan baik buruknya sesuatu perkara yang dilakukan. Pernahkah golongan ibu bapa dan wanita berfikir kesannya bila mas kahwin diletakkan pada kadar yang terlalu tinggi?

Saya sengaja bawakan kisah yang terjadi di dalam masyarakat arab Mesir di atas kerana ianya boleh dijadikan batu loncatan dalam bermuhasabah. Apabila sesuatu perkara yang menyimpang daripada agama dan menyusahkan menjadi adat tegar dalam sesebuah masyarakat maka ia pasti mengundang kemudaratan kepada kita. Bukan sahaja menyesakkan dada pihak lelaki, malah wanita itu sendiri akan turut mengalaminya.

Kesan jelas boleh dilihat pada pengamatan mata kasar kini ialah menyebabkan golongan pemuda yang dikategorikan sebagai tidak berkemampuan terhalang daripada mendirikan perkahwinan. Justeru, apabila ini berlaku masyarakat akan melihat bahawa percintaan yang bertunjangkan nafsu semata-mata akan tumbuh melata. Hasilnya, perzinaan berlaku dimana-mana sahaja akibat sukarnya membina rumahtangga. Tidakkah kita celik dengan keadaan yang berlaku kini?

Begitu juga kesan buruk yang berlaku dikalangan wanita akibat penetapan mas kahwin yang terlalu tinggi. Hasilnya, muncul ramai wanita berstatus andartu yang kesepian. Pada bibir mengatakan kesepian itu membawa kedamaian walhal mengundang kedukaan yang berpanjangan. Hati merasa kekosongan kerana berlawanan fitrah insan. Apakah ini memberikan suatu kesan yang positif sedangkan wanita-wanita ini bergolak jiwa dalaman sehingga tidak dapat tidur malam?

Nah, fikirlah ibu bapa yang budiman. Kalian lebih tahu menilai masinnya garam dan manisnya gula!

Dengar dan fahamilah bicara indah Rasulullah SAW dalam memahami naluri kemanusiaan:

“Sesungguhnya perkahwinan yang paling besar keberkatannya ialah yang paling mudah mas kahwinnya.” (Hadis riwayat Ahmad 6/82 daripada Saidatina Aisyah r.a)

“Sebaik-baik perkahwinan ialah yang paling mudah.”(Hadis riwayat Abu Daud dalam kitab nikah.”

Keberkatan yang dikurniakan Allah SWT dalam sesebuah perkahwinan tidak akan muncul jika niatnya hanya semata-mata untuk mendapatkan kekayaan hasil meletakkan harga yang tinggi dan bertujuan untuk berbangga kepada sahabat handai dan masyarakat kampung. Mendirikan masjid itu sunnah, namun jika ada unsur-unsur mengundang kemurkaan bagaimana mahu merasai hakikat sunnah yang diberkati.

Dalam hal ini, adalah makruh menurut perspektif syara’ jika meletakkan kadar mas kahwin yang terlalu tinggi.

“Saidina Umar bin Al-Khattab r.a berkata: Janganlah kamu melampau dalam meletakkan mas kahwin. Sekalipun mereka (perempuan) adalah orang yang dipandang tinggi di dunia, ataupun bertaqwa. Orang yang paling layak kamu contohi ialah Rasulullah SAW. Baginda tidak pernah memberikan mas kahwin kepada isteri-isterinya dan meminta mas kahwin untuk anak-anak perempuannya lebih daripada 12 auqiah (480 dirham).” (Hadis riwayat lima orang pengarang kitab sunan dan disahihkan oleh Tarmizi)

Apakah kita merestui percumanya mendapat zina yang haram sedangkan nikah yang halal begitu tinggi bayaran?

Hati begitu cemburu pada kemungkaran itu.

8:29 AM, 7 Julai 2009,
Siberbay, Tanta.


Apa pendapat kalian, masyarakat di Malaysia juga sekarang 'lebih kurang' saja dengan cerita di atas. Rolling Eyes

2Mas Kahwin 60, 000 Empty Re: Mas Kahwin 60, 000 Wed Jul 08, 2009 11:23 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Kalau kat Malaysia ni, kebanyakan yang meletakkan mas kahwin yang tinggi, biasanya artis. Tapi, ada juga antara mereka ni yang sederhana, tahu apa yg sepatutnya. Tak nak menunjuk-nunjuk sangat walhal mereka ni mampu, yang ni bagus. Alhamdulillah, ada juga yang sedar siri.

Kalau dah sampai 60 ribu, haiiii... mmg tak ramai lah yang kahwin. Yang sanggup pun, mereka2 yang kaya, berpendapatan tinggi jer lah nampaknya. Yang biasa2 ni, hmmm... macam2 yang boleh terjadi. 60 ribu..., boleh beli rumah sebuah, atau kereta sebuah dan beramacam-macam lagi lah.

Kenapa nak tinggi sangat mas kahwin tu, adakah kebahagiaan terletak pada nilai mas kahwin? Tidak, kalau iya pun, mungkin kebetulan.

3Mas Kahwin 60, 000 Empty Re: Mas Kahwin 60, 000 Thu Jul 09, 2009 11:53 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Akhi Dheadz,
Di Malaysia... Mas kawin rendah aje (selalunya ikut negeri) tetapi hantaran yang tinggi. Tetapi di Arab, disebabkan mas kawin tu WAJIB jadi... mas kawin yang tinggi... Rolling Eyes

4Mas Kahwin 60, 000 Empty Re: Mas Kahwin 60, 000 Thu Jul 09, 2009 2:12 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

insyirah wrote:Akhi Dheadz,
Di Malaysia... Mas kawin rendah aje (selalunya ikut negeri) tetapi hantaran yang tinggi.
Ye lah, mmg saya tersilap, sebenarnya nak maksudkan hantaran tapi mas kahwin pulak yang disebut. Terima kasih sebab betulkan. Smile

5Mas Kahwin 60, 000 Empty Re: Mas Kahwin 60, 000 Thu Jul 09, 2009 4:13 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Tetapi kalau MAS KAWIN rendah (ikut negeri) sekalipun apabila hantarannya melambung macam mas kawin gaya Arab, rasanya tetap juga membebankan terutama bagi pihak lelaki lah...

6Mas Kahwin 60, 000 Empty Re: Mas Kahwin 60, 000 Thu Jul 09, 2009 11:10 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Hantaran kat Malaysia tak lah setinggi negara Arab, masih boleh disediakan oleh pihak lelaki. Tapi kalau tak diusahakan untuk sediakannya, hantaran yang biasa pun dikatakan tinggi. Wallahualam.

7Mas Kahwin 60, 000 Empty Re: Mas Kahwin 60, 000 Wed Aug 12, 2009 9:06 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

huhu pening ngn arab ni,ramai juga kawan2 aysa yang duk bercerita hal ni,nak kawen mas kawen die mahal,kene cukup serba serbi,dalam akaun mesti ade duit,pastu kat rumah kene cukup serba serbi perkasasan rumah,mesin basuh,peti sejuk ,perabut dan lain2,kereta mesti ada yang tu wajib,pastu barang kemas,hadiah2 untuk keluarga pihak pengantin perempuan...kesian pengantin lelaki..pening kepala.

bila kita cakap kat malaysia mas kawen murah jer,diorg terkejut..yang hantaran tu bukan wajib,hadiah jer..susah jugakan kalau sesuatu yang senang di susahkan....

pening kepala dengar...
Shocked

8Mas Kahwin 60, 000 Empty Re: Mas Kahwin 60, 000 Wed Aug 12, 2009 10:59 pm

azizul

azizul
Admin
Admin

erm, cakap pasal mas kawin dengan hantaran ini, azizul nak tanya satu soalan bleh? kepada yang dah berkahwin je ye... agak2 belaja perkahwinan sekarang ini berapa? jiran sebelah rumah habis RM 60, 000 berkahwin dengan orang melayu(kami Indonesia, begitu juga jiran) walaupun perempuannya hanya nurse , hantaran RM 20,000 ... Pakcik azizul baru je kahwin, belanja nikah keseluruhan hanya RM 2,000 ... bernikah dengan Indonesia juga... dan azizul... mak dah warn awal2... jgn kahwin dengan orang melayu ..... Sad , tapi kalau Bugis kira lepas kot... Smile

https://al-insyirah.forummotion.com

9Mas Kahwin 60, 000 Empty Re: Mas Kahwin 60, 000 Thu Aug 13, 2009 1:16 am

dheadz

dheadz
Admin
Admin

RM60.00 belanja kawin, humang aih, itu kenduri besar nampak gayanya tu. Tak kisah la, dia nak meriah, nak semua besar, kalau mampu terpulanglah pada keluarga itu.

Belanja kahwin tak tentu Azizul, ikut tempat dan keadaan keluarga yang buat kenduri tu. Bak kata ungkapan popular: tepuk dada, tanya selera.

10Mas Kahwin 60, 000 Empty Re: Mas Kahwin 60, 000 Thu Aug 13, 2009 10:49 am

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Pengalaman sendiri... belanje kenduri sendiri je dah 15 ribu.. tapi memang kenduri Indah hr tu ramai yg dtg sbb anak sulung kan... alhamdulillah.. sebab 2 ekor lembu dan memang sangat ramai jemputannyer.. buat kenduri kat rumah sendiri tp jemputan lebih dr 1000 org... belum mase kenduri tu yang datang sefamily lg..

http://www.shindah.blogspot.com

11Mas Kahwin 60, 000 Empty Re: Mas Kahwin 60, 000 Thu Aug 13, 2009 11:45 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Wah... Ana terpegun dengan semua posting di atas Embarassed

Abang ana bakal bertunang lepas raya nanti, ini bukan kahwin tapi baru bertunang dan rasanya abang dah habis hampir RM 5,000. Itu baru hantaran bertunang. Sebab sebelah perempuan banyak order barang untuk bertunang. E.G:

Jam rolex : RM 1,300
Kasut : RM 300
Baju akad nikah : RM 1,500
Minyak wangi : RM 300 ++
Buah-buah : (reserve strawberry RM50)
Cincin : (cincin risik dan cincin tunang) = RM 1,000 Shocked

entah apa-apa lagi aksesori tapi yang pastinya memang semuanya membuatkan biji mata ana terbeliak. Dah macam hantaran kahwin pulak. Shocked

Bila tengok barang-barang hantaran abang, maka ana pun cakap pada abi;

"Boleh tak kalau orang kalau kawin nanti tak nak hantaran (hantaran barang dan duit) dan mas kahwin semata-mata?"

"Yes, you can. Hantaran ni adat je, lagipun sebelah perempuan yang minta. Dorang nak jaga status juga."

Bakal tunangan abang ana tu kerabat Selangor.

Ana pening kepala tengok barang-barang yang mahal. Rolling Eyes

Mengusik abi, buat lawak selamba.

"Kawin nanti nak pakai jubah jer la. Cari la mana-mana baju yang sesuai, bukannya pengantin (laki) tahu pun baju tu dah pakai ke belum. Kalau susah sangat, kain batik pun jadi la. Asalkan ada ABI... Wali mujbir!" Razz

... sila la jangan tiru ayat ni, silap hari bulan kene sekeh dengan ummi abi Razz

ana memang mengharapkan perkahwinan yang berkat, tidak menyusahkan pihak lelaki dan tidak menyalahi syariat apabila berurusan dengan adat. Smile

Rabbi yassir wala tuassir!

12Mas Kahwin 60, 000 Empty Re: Mas Kahwin 60, 000 Thu Aug 13, 2009 11:50 am

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Memanng boleh pun ...nanti masa kahwin x perlu dah la hantaran... macam akak dulu..masa tunang je hantaran.. masa kahwin.. nikah.. xperlu dah hantaran.. sebenarnya belanja hantaran ni yang membebankan pihak lelaki... cuma atas persetujuan kedua belah pihak je la....

Smile

http://www.shindah.blogspot.com

13Mas Kahwin 60, 000 Empty Re: Mas Kahwin 60, 000 Thu Aug 13, 2009 12:53 pm

azizul

azizul
Admin
Admin

tq2... alang2 nak tanya sat,tau tak yg dalam urusan hantar menghantar nie.. ada bercampur dengan riba?

https://al-insyirah.forummotion.com

14Mas Kahwin 60, 000 Empty Re: Mas Kahwin 60, 000 Thu Aug 13, 2009 2:19 pm

izyan insyirah

izyan insyirah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

masyaAllah.....tu nk hantaran ke jual anak....?kahkahkahkahhh

http://izyaninsyirah.blogspot.com

15Mas Kahwin 60, 000 Empty Re: Mas Kahwin 60, 000 Thu Aug 13, 2009 5:21 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

azizul wrote:tq2... alang2 nak tanya sat,tau tak yg dalam urusan hantar menghantar nie.. ada bercampur dengan riba?

Azizul,

explane please...! Surprised
apa maksud bercampur dengan riba? Tak faham.
Rolling Eyes

16Mas Kahwin 60, 000 Empty Re: Mas Kahwin 60, 000 Thu Aug 13, 2009 9:10 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

impian...kawen nanti nak wat doa selamat dan kenduri meraikan tetamu..tu jer...hehehe..
moga dilimpahi barakah....

17Mas Kahwin 60, 000 Empty Re: Mas Kahwin 60, 000 Fri Aug 14, 2009 4:38 pm

izyan insyirah

izyan insyirah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

mmg nk cmtu aysa tapi kehendak family nie susah nak diketepikan....huhuhuhuu

http://izyaninsyirah.blogspot.com

18Mas Kahwin 60, 000 Empty Re: Mas Kahwin 60, 000 Tue Aug 18, 2009 3:22 pm

azizul

azizul
Admin
Admin

insyirah wrote:
azizul wrote:tq2... alang2 nak tanya sat,tau tak yg dalam urusan hantar menghantar nie.. ada bercampur dengan riba?

Azizul,

explane please...! Surprised
apa maksud bercampur dengan riba? Tak faham.
Rolling Eyes

kita tahu kan kalau hantaran ini lazimnya berbalas

katakan pengantin lelaki hantar 9 dulang, lazimnya pihak perempuan membalas 11 dulang, andai diWAJIBKAN membalas dengan penambahan(lebih 9 dulang) maka ianya riba. itu pendapat Ustaz Zaharuddin. dan azizul bersetuju. x semestinya nilai hantaran itu mesti sama(RM) tapi kalau sama nilainya tetapi bilangan dulangnya berbeza... itu riba. nak selamat ., Jangan Wajibkan...

Wallahu 'alam

https://al-insyirah.forummotion.com

19Mas Kahwin 60, 000 Empty Re: Mas Kahwin 60, 000 Tue Aug 18, 2009 11:23 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Salam'alaik Smile

Syukran Azizul, ana baru tahu je pasal hantaran ni termasuk perkara riba apabila diWAJIBkan. Baru-baru ni ana saja la berdiskusi dengan ummi dan abi, nak dengar pendapat mereka.

"Boleh tak kalau nanti Syirah kawin tak perlu hantaran sama ada barang atau duit?"

Parents pun setuju, lebih-lebih lagi abi. Sebab ianya perkara mudah, jadi jangan disusahkan dengan perkara-perkara macam ni (hantaran adat je) terutama kepada pihak lelaki. Pihak perempuan boleh je demand apa pun. Tapi, bila saja nak 'mengusik' nenek petang tadi maka nenek terus 'melompat';

"Mana boleh tak minta hantaran. Sebelah perempuan pulak tuh..." Surprised

Huhuhu... payah kan dengan veteran ni sebab mereka masih lagi berpegang pada adat, "biar mati anak, jangan mati adat" sedangkan ana bukanlah golongan dr insan-insan yang menjunjung adat-adat ni. Sad Kalau ikut perkahwinan impian ana seperti yang ana harapkan ummi dan abi restu, mungkin orang akan fikir ana ni main-main pula. So.. Ana tunggu Roti Arab dari Azizul yer. Smile

p/s: tengok satu gambar perkahwinan ni subhanallah, sweet sangat3. Pengantin lelaki pakai jubah+kopiah putih, perempuan pula pakai baju kurung+tudung putih. Subhanallah, cantik sangat tanpa secalit alat solek. Smile

p/s/s: gambar kahwin sorang sahabat ni pun lagi la ana sukaaaaaaa Very Happy pengantin perempuan pakai jubah+tudung (niqab) putih dan lelaki pun pakai jubah+kopiah putih. Razz Suka... Suka... Suka!!! cheers

20Mas Kahwin 60, 000 Empty Re: Mas Kahwin 60, 000 Sat Aug 22, 2009 7:14 pm

azizul

azizul
Admin
Admin

yup... ada unsur riba, tapi..dlm banyak2 adat ni, satu adat yg PALING MAHAL (bagi lelaki la...) langgar bendul.. katakan pengantin perempuan ialah adik bongsu, adik ke 12.. ada 6+7 akak tak kawen lagi.. hurm... abis poket pengantin lelaki nie,..

roti arab? macam2 roti ada Smile ... doakan ek...

https://al-insyirah.forummotion.com

21Mas Kahwin 60, 000 Empty Re: Mas Kahwin 60, 000 Mon Aug 24, 2009 12:54 pm

izyan insyirah

izyan insyirah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

azizul wrote:yup... ada unsur riba, tapi..dlm banyak2 adat ni, satu adat yg PALING MAHAL (bagi lelaki la...) langgar bendul.. katakan pengantin perempuan ialah adik bongsu, adik ke 12.. ada 6+7 akak tak kawen lagi.. hurm... abis poket pengantin lelaki nie,..

roti arab? macam2 roti ada Smile ... doakan ek...

semangat mr azizul ye...
hah...!kumpul duit banyak2...ehehehe....

sy anak bongsu gak tapi semua kakak n abang sy dh kawen kecuali seorg abang..ehehehe..selamat bakal suami sy!
Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy

http://izyaninsyirah.blogspot.com

22Mas Kahwin 60, 000 Empty Re: Mas Kahwin 60, 000 Mon Aug 24, 2009 2:58 pm

indah

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

err.. ada ke dan ramai ke lg yang amal langkah2 bendul ni.. hmm... rasenyer mcm x berapa ada sgt zaman skrg ni.... Smile

http://www.shindah.blogspot.com

23Mas Kahwin 60, 000 Empty Re: Mas Kahwin 60, 000 Mon Aug 24, 2009 8:47 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

rasanya dah kurang dengar orang sekarang langkah bendul,,maksudnya da tak kesah walaupun die masih ade kakak yang masih belum berkhawin..kalo ada pun mungkin sesetengah masyarakat jer kan.. Smile

24Mas Kahwin 60, 000 Empty Re: Mas Kahwin 60, 000 Tue Aug 25, 2009 12:34 am

azizul

azizul
Admin
Admin

ada lagi yang amalkan adat ni... agak sukar kot nak dibuang..kan "biar mati anak, jangan mati adat"

https://al-insyirah.forummotion.com

25Mas Kahwin 60, 000 Empty Re: Mas Kahwin 60, 000 Tue Aug 25, 2009 12:14 pm

munira alhashimi


Ahli Aktif
Ahli Aktif

indah wrote:err.. ada ke dan ramai ke lg yang amal langkah2 bendul ni.. hmm... rasenyer mcm x berapa ada sgt zaman skrg ni.... Smile

Di tempat ibu masih ada, tapi sekadar hadiah sepasang persalinan, baju dan tudung sebagai tanda hurmat kepada bakal kakak ipar, bolihlah kiranya.

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 2]

Go to page : 1, 2  Next

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum