Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Slot Bersama Bapa

Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7  Next

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 2 of 7]

1 Slot Bersama Bapa on Mon Aug 24, 2009 12:20 pm

insyirah


Moderator
Moderator
First topic message reminder :

Assalamu'alaikum.

Atas permintaan (siap ada permintaan lagi, mantoppp!) maka ana membuka ruangan "Slot Bersama Bapa" iaitu bersama 3 insan yang hebat:

Cikgu Umaruddin
Pakcik RS
Pakcik Muzafar

untuk memeriahkan kolum ini. Mesti banyak pengalaman yang nak dikongsikan bersama anak-anak disini. Maka, anak-anak semua... Sila la beramah mesra dengan bapa-bapa Al-Insyirah yang penyayang lagi berilmu Smile

~ UkHuWwaH FiLLaH MeMBuRu MaRDhaTiLLaH, Insya Allah ~


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

26 Re: Slot Bersama Bapa on Sat Aug 29, 2009 11:33 pm

insyirah


Moderator
Moderator
umaruddin wrote:Wa Alaikumussalam WHB..
Alhamdulillah.. sebahagian jawapan dah dapat..
Ada lagi satu sebab kita.. manusia dijadikan Allah.. Dalam surah alBaqarah tak silap saya ada.

Assalamu'alaikum ayahanda Umar Smile

Saya masih berfikir untuk jawapan ini. Astaghfirulah hal azhim. Betul-betul tak ingat (kalau jawapan berdasarkan surah al-Baqarah) tetapi cenderung untuk menjawab manusia dijadikan Allah sebagai khalifah... err... Rolling Eyes Masih tak rasa ianya betul-betul tepat, kena semak whole terjemahan surah al-Baqarah untuk cari jawapan tepat. Insya Allah. Embarassed

Bagi klu boleh tak? Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

27 Re: Slot Bersama Bapa on Sun Aug 30, 2009 10:02 am

umaruddin


Moderator
Moderator
insyirah wrote:
umaruddin wrote:Wa Alaikumussalam WHB..
Alhamdulillah.. sebahagian jawapan dah dapat..
Ada lagi satu sebab kita.. manusia dijadikan Allah.. Dalam surah alBaqarah tak silap saya ada.

Assalamu'alaikum ayahanda Umar Smile

Saya masih berfikir untuk jawapan ini. Astaghfirulah hal azhim. Betul-betul tak ingat (kalau jawapan berdasarkan surah al-Baqarah) tetapi cenderung untuk menjawab manusia dijadikan Allah sebagai khalifah... err... Rolling Eyes Masih tak rasa ianya betul-betul tepat, kena semak whole terjemahan surah al-Baqarah untuk cari jawapan tepat. Insya Allah. Embarassed

Bagi klu boleh tak? Smile
WaAlaiKumMusSalamWaRahmatullah..
Alhamdulillah.. betul..
Maha Suci Allah.. Bukan kita dikehendaki mengabdikan diri padaNya.. Pada waktu yang sama.. berikan taraf yang tinggi.. melebihi para Malaikat.. menjadi Khalifah Allah di bumi ni..
Soalan kedua.. Kalau kita kena mengabdikan diri terhadap Allah semata2.. termampukan kita laksanakan semua tugas yang teramat berat tu?

http://www.umaruddin.blogspot.com

28 Re: Slot Bersama Bapa on Wed Sep 02, 2009 7:36 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum...
Senyap aje.. Ulang balik soalan.. kalau kita dijadikan hamba untuk Beribadat terhadapNya semata2.. macam mana kita nak mampu laksanakan?
Kalau tak laksanakan.. bukankah kita dah Derhaka.. Berdosa besar jadinya.. Allah maha Adil.. Maha Bijaksana.. Maha Mengasihani.. Mesti ada caranya untuk sentiasa beribadah terhadapnya..
Sape dapat beri jalan tu?

http://www.umaruddin.blogspot.com

29 Re: Slot Bersama Bapa on Thu Sep 03, 2009 12:09 am

aysarahanan


Moderator
Moderator
aysa bagi pandangan aysa pula ya.
sememangnya kita manusia di jadikan Allah semata2 untuk beribadah kepadanya.
beribadat bukan sahaja ruku` dan sujud sahaja pada Allah ..
tetapi perkara yang lain juga di kira ibadat.
berkerja,beriadah,belajar,berkhawin.. dan lain-lain semua itu di kira ibadah.

bila kita niatkan sesuatu perkara kerana Allah,ia termasuk dalam ketegori ibadah juga.

bekerja didunia dengan ikhlas kerana Allah itu di kira juga sebagai ibadah..
belajar didunia tuntutan dari agama,bila di laksanakan ia juga di kira ibadah..
dan juga lain2.

melaksanakan perkara yang maaruf di atas di dunia ni di kira ibadah..
tapi melakukan kemungkaran..itu bukan ibadah.

firman Allah SWT yang mafhumnya:

"Dan orang-orang yang beriman,lelaki dan perempuan,sebahagian mereka(adalah)menjadi penolong bagi sebahagian yang lain.mereka menyuruh mengerjakan amar maaruf,mencegah dari yang mungkar,mendirikan sembahyang,menunaikan zakat,dan mereka taat kepada Allah.Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi maha bijaksana"

sekian dulu ... nak memasak untuk berbuka.

jika salah minta tolong betulkan.saya budak belajar.

30 Re: Slot Bersama Bapa on Thu Sep 03, 2009 9:53 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum...
Betul.. sebab tu kita disyariatkan untuk mulakan tugasan dengan lafaz Bismillah.. Dengan Nama Allah... Baru setiap kerja yang kita lakukan jadi ibadat..
Ingat juga sumpah kita setiap kali dalam solat.. Masa doa ifthitah..
Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku.. hanya kerana Allah Rabbul Alamin.

Ingat.. Memang benar dalam Islam tiada paksaan.. Allah mensyariatkan.. kita yang sanggup.. siap bersumpah lagi.. kalau tak laksanakan.. MasyaAllah.. Nauzubillah... jatuh kategori derhaka.. berdosa..

Renung2kan.. Dan selamilah.. dan Amalkan sebaik mungkin

http://www.umaruddin.blogspot.com

31 Re: Slot Bersama Bapa on Thu Sep 03, 2009 11:46 pm

izyan insyirah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
umaruddin wrote:
Ingat.. Memang benar dalam Islam tiada paksaan.. Allah mensyariatkan.. kita yang sanggup.. siap bersumpah lagi.. kalau tak laksanakan.. MasyaAllah.. Nauzubillah... jatuh kategori derhaka.. berdosa..

Renung2kan.. Dan selamilah.. dan Amalkan sebaik mungkin

hemmm.....

tidak ada paksaan (bagi orang kafir) untuk memeluk islam...

bila dah jadi muslim, mahu tidak mahu, kena menjadikan islam sebagai al-Din dalam hidupnya..walaupun dia masih mempunyai pilihan sama ada ingin taat ataupun ingkar tetapi dia bakal berhadapan dengan balasan atas perbuatannya...

taat balasannya pahala...pahala balasannya syurga
ingkar balasannya dosa...dosa balasannya neraka....

wahhh....menakutkann....mengerikann....mari sama2 kita menjadi muslim yg taat dan patuh kepadaNYA...

http://izyaninsyirah.blogspot.com

32 Re: Slot Bersama Bapa on Fri Sep 04, 2009 12:45 am

muzafar


Ahli Aktif
Ahli Aktif
syukur alhamdulillah...
pandai2 anakanda dlm ni yer..
kalo mcm tu...ayhanda pun nak bg soklan lar jg...
tp soklan ni simple jer.. jauh simple dr soklan Pak Umar..
ok soklan nyer camni..
dlm avatar insyirah & aysa tu, sape sbnrnya? relative ker?... comel2..
Smile Smile

33 Re: Slot Bersama Bapa on Fri Sep 04, 2009 11:39 am

insyirah


Moderator
Moderator
Avatar sekarang ni sepupu insyirah Smile

Yang seorang tu ummi cakap muka & perangainya
sebiji macam Insyirah masa kecil-kecil dulu, itu yang suka tengok muka dan pe'elnya, mengimbas memori silam. Aiwah! Kadang tergelak tengok keletah dia, "owh macam ni rupanya al-faqir masa kecil dulu" kerana dia sangat la blurrrr Razz


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

34 Re: Slot Bersama Bapa on Fri Sep 04, 2009 12:39 pm

munira alhashimi


Ahli Aktif
Ahli Aktif
Ibu pun nak tanya...
Yang mana satu, perangai dan wajah seperti Syirah ni..?
Kedua2nya comel belaka.

35 Re: Slot Bersama Bapa on Fri Sep 04, 2009 12:54 pm

insyirah


Moderator
Moderator
Hehehehe Embarassed

Malu la pula bila ibu cakap comel (maksudnya ibu cakap insyirah comel - Perasannyaaa Razz) Yang kiri (memeluk) tu namanya Qashrina, anak pak su manakala yang kanan (dipeluk) tu namanya Ayuni, anak pak uda. Dan yang mirip Insyirah tu ialah Ayuni (memandang ke bawah) Smile Tapi itu muka macam syirah kecil, sekarang dah lain --> lagi comel lol!

ibu: jangan percaya tau... ayuni memang comel tapi bukan insyirah Embarassed


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

36 Re: Slot Bersama Bapa on Fri Sep 04, 2009 4:00 pm

munira alhashimi


Ahli Aktif
Ahli Aktif
Yang comel dan malu2 tu Ayuni namanya. Dapat ibu gambarkan indahnya ciptaan Allah,
seindah/cantek Insyirah. Ibu senyum bahagia di hati. Smile

37 Re: Slot Bersama Bapa on Fri Sep 04, 2009 4:42 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum...
Memang elok.. sesama sepupu rapat.. Masa kecil memang rapat.. Didoakan masa dah dewasa nanti masih rapat juga.. Jangan nanti bila dah dewasa.. nak tengok muka pun menyampah.. Nauzubillah

http://www.umaruddin.blogspot.com

38 Re: Slot Bersama Bapa on Fri Sep 04, 2009 4:49 pm

insyirah


Moderator
Moderator
Wa'alaikumussalam ayahanda umar Smile

Alhamdulillah, setakat ni sesama sepupu akrab. Kalau dngar ada yang tak sihat, tak lama kemudian berlaku konvoi berbuah-buah kereta untuk ziarah. Alhamdulillah. Smile Ayuni dan Qashrina tak banyak beza umur, jadi bila di kampung memang mereka rapat (geng) sebab seusia dengan mereka semuanya lelaki (geng gusti).

Ayuni ni lemah lembut tetapi blurrrrr skit, kalau ibunya panggil kelam kabut dia lari; "Nape mak panggil Uni?" Hehehe. Comel betul, kalau start dia bercakap aduih memang tak tahan sebab banyak la pula Smile Sangat cenderung pada perhiasan. Selalu menyeluk ke dalam tudung Insyirah dan check telinga. Sebab Ayuni ada subang jadi dia check telinga semua orang, "ada subang tak?" Laughing Kecil-kecil lagi keperempuanan terserlah --> yang ini tak macam syirah Razz

Sebelah abi, semua sepupu (termasuk adik-beradik syirah) ada 30 orang bila berkumpul macam tadika pun ada juga sebab banyak budak kecil Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

39 Re: Slot Bersama Bapa on Sun Sep 06, 2009 9:30 am

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum..
MasyaAllah.. 30 orang .. ramai tu..
Err tapikan.. kalau saya campur2kan saya punya cuma ada kurang lebih 42 aje.. tu baru belah bapak.. yg masih hidup dan boleh dihubungi.. Alhamdulillah ada yahoogroup boleh update selalu.. ada juga tubuhkan persatuan berdaftar.. kerap juga buat aktiviti bersama.. terakhir sekali.. masa buat kenduri tahlil.. dan kesyukuran sebelum sambut puasa hari tu

http://www.umaruddin.blogspot.com

40 Re: Slot Bersama Bapa on Sun Sep 06, 2009 1:02 pm

muzafar


Ahli Aktif
Ahli Aktif
masa kecil....sy dan sepupu belah terengganu tu...mmg rapat
asal cuti sklh jer...dlm ingatan...nak blk ktrg sbb nak jmpa sepupu tu..
sy sggp naik bas sorg2 ke ktrg tatkala umur baru 12 thn lg

bila dah jmpa sepupu...asyik nak gelak jer..
akrab nyer kami masa dulu2 tu..
smpi skrg kami msh berhbg n tiap kali balik kg...mesti sggh umah die
Smile Smile

41 Re: Slot Bersama Bapa on Mon Sep 07, 2009 1:45 am

nurul muslimah


Ahli Junior
Ahli Junior
assalamualaikum w.b.t.~

hurm..indahnya ukhuwah yg terbina antara ahli keluarga...sy pun ada spupu gak tp kurang rapat..sebelah ayah mostly laki, tp x kisah sgt la x rapat sgt pun..tp sebelah mak sy mosty perempuan..and kurang la jgk rapatnya...dorg ngn akak2 sy ok je...tp ngn sy, sy sndri pun malus2~ Embarassed

hm..cmne ek nk rapatkan ukhuwah antara sepupu sepapat? takut nnt diri dianggap sombong tp tidak begitu.... Sad

*soklan bonus*

http://nurulmuslimah.blogspot.com

42 Re: Slot Bersama Bapa on Mon Sep 07, 2009 2:10 am

dheadz


Admin
Admin
Meh saya jawab soklan bonus Izyan tu. Smile

Nak rapat ukhwah antara sesiapa sahaja pun, tidaklah sebegitu sukar. Murahkan senyuman, ringankan lidah, insyaallah yang lain yang menyusul tidak akan ada masalah. Lain pula kalau seseorang itu buat hal sendiri sahaja, hendak senyum pun susah, haaa itu mmg akan dianggap sombong walaupun si dia berkata tidak. Wink


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

43 Re: Slot Bersama Bapa on Mon Sep 07, 2009 2:50 am

izyan insyirah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
dheadz wrote:Meh saya jawab soklan bonus Izyan tu. Smile

Nak rapat ukhwah antara sesiapa sahaja pun, tidaklah sebegitu sukar. Murahkan senyuman, ringankan lidah, insyaallah yang lain yang menyusul tidak akan ada masalah. Lain pula kalau seseorang itu buat hal sendiri sahaja, hendak senyum pun susah, haaa itu mmg akan dianggap sombong walaupun si dia berkata tidak. Wink

soklan bonus sy?ada ke sy tinggalkan soklan bonus..ehehe..alangkah senang hati bila dapat bonus duit..ehehehe...ngarut je ni..sori2...

hemm....sy lak, tak rapat dengan sepupu sama ada sebelah mak atau ayah.. bila dh besar ni baru nk cari saudara mara n nk rapatkan silaturrahmi...

sebabnya tak rapat..sebab sejarah hitam fmily...faktor geografi...faktor fikrah..dan mcm2 lagi laa...

tu la kdg2 jeles tg family org bkumpul ramai..keluarga besaq lak tuh..yg sy ni, nk kumpul family kecik pun susahh...tk pe la...semuanya ujian minallah... Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy

http://izyaninsyirah.blogspot.com

44 Re: Slot Bersama Bapa on Mon Sep 07, 2009 4:46 am

dheadz


Admin
Admin
Alamak, maaf Izyan, tersilap orang nampaknya... Sebenarnya soalan bonus Nurul Muslimah yang saya maksudkan. Smile


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

45 Re: Slot Bersama Bapa on Mon Sep 07, 2009 9:33 am

insyirah


Moderator
Moderator
Assalamu'alaikum Smile

Di sebelah abi ada 9 beradik dan kesemuanya sudah berkahwin, rasanya kami yang paling ramai (6 beradik) dan yang lain tu 1-5 orang sahaja. Kalau berkumpul (terutama raya) ada yang bangun seawal jam 4 pagi untuk mandi sunat aidilfitri/aidiladha semata-mata nak elakkan 'jammed' untuk masuk ke tandas. Hehe, masa kecil dulu abi bangunkan jam 5.30 pagi untuk mandi, ya Rabbi mesti termenung atas tilam, nak mandi dengan air kolah yang sejuk ke tulang hitam, arghhh... dah bangun tu termenung pula depan pintu tandas, kalau ada orang lain memang suruh orang lain masuk (mandi) dulu. Embarassed Selalunya masa kecil, abi suruh duduk (dengan abang2) kemudian abi siram je dengan air kolah, menggigil2 kami dibuatnya. Razz

Walaupun solat sunat raya dalam jam 8.30 tetapi seawal 7.30 dah ke masjid (maklum la rombongan ramai) Laughing sebab arwah datuk merupakan imam masjid, jadi sebagai pewaris kena la bersemangat mengiringi arwah ke masjid walau hakikatnya arwah ke masjid dengan motornya sendirian. Huhu, tapi sebab arwah dikenali ramai maka bila nampak warisnya, orang akan cakap: "Bagus... awalnya datang" masa kecil-kecil tu seronok je, budak-budak lain nak main kejar-kejar, kami berhalaqah untuk bertakbir dan disulamkan dengan tazkirah dari ummi/makcik yang lain. Smile

Hehehe... Keluarga besar memang seronok Smile
Masa berkumpul, keje yang paling saya suka buat (masa kecil) ialah parut kelapa (secara manual), saya panggil "naik kuda" sebab kene duduk atas papan dan parut kelapa. Kadang-kadang sampai 10-15 biji kelapa untuk rendang dan ketupat. Bila dah dibelah kelapa, yang 10 biji dah jadi 20 belah. Hehehehe. Indahnya zaman kecil dulu... Smile Cuma yang tak best bila orang semua (sepatutnya) di dapur membantu memasak, ada yang jenis tak peduli pun yang di tau lepas semua siap, nak makan. Huk huk... Kemudian complain tentang masakan, wadus... Sad

NurUl Muslimah:

Anti kene duduk di kampung ana duluk, hehehe. Semuanya mesra alam. Kekadang tak kira anak siapa, mengendel ikut suka je. Kalau duduk sebelah Mak Teh ana, orang sangka Mak Teh tu ibu ana. Razz Kalau ana dukung sepupu, duduk pula sebelah pakcik, orang sangka ana ni isteri pakcik Laughing bayangkan la betapa 'kelam kabut' bila berkumpul ramai-ramai. Anak carik mak tak jumpa, melolong menjerit semua cukup. Razz

Sekarang, ramai yang dah besar. Tetapi anak Pak Su dan beberapa pakcik je yang masih kecil, itu pun beza Pak Su dengan Pak Cik 13 tahun. Laughing Pak Su dengan anak-anak sedara (kami) nampak macam sama je sebab beza umur tak banyak. Kira 'sekepala' juga la. Smile Bulan 12 nanti sepupu nak walimah, kiranya buat pertama kali majlis walimah dikalangan sepupu syirah. Bila masing-masing da berkeluarga, mungkin kemeriahan ini tak sehebat dulu kan. Sad Sad


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

46 Re: Slot Bersama Bapa on Mon Sep 07, 2009 11:50 am

nurul muslimah


Ahli Junior
Ahli Junior
salam 'alaikum...

insyirah..mak aii..rmai yer...syok2...ana ni ada 4 org sibling je..klu raya tu mmg agak kurang meriah la...*harap2 dpt suami yg byk adik,abg@kakak...meriah sket...hehehe...gatal lak* Razz

ana cuba berbaik2 dgn spupu..tp cm x msuk je...mungkin beza umo and cara hidup kot yg jd halangan..perhaps..

dorg tend to sembang2 pasal kerja..anak2..suami..huhu..ana? xde pengalaman n xde story utk di storykan.. lol!

so dengar n senyum n angguk je la...then diam seribu bahasa.......(sbb ana x ramah kot) Shocked

http://nurulmuslimah.blogspot.com

47 Re: Slot Bersama Bapa on Mon Sep 07, 2009 7:22 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum...
Baik.. memandangkan dah mula cerita pasal sepupu..
Berapa ramai dari kita kenal pula dengan 2pupu... anak sepupu mak ayah kita?

Kita dengan sepupu Alhamdulillah .. InsyaAllah agak rapat.. nape anak2 kita dengan anak2 sepupu kita tak berapa rapat... apa sebabnya.. apa yang menjarakkannya?

http://www.umaruddin.blogspot.com

48 Re: Slot Bersama Bapa on Mon Sep 07, 2009 7:33 pm

insyirah


Moderator
Moderator
Sepupu saya belum ada yang berkahwin jadi tak ada pengalaman sebegitu. Tetapi sepupu ummi masih akrab dengan ummi dan anaknya dengan ana (kira duapupu lah kan - kupukupu Razz) pun still boleh tidur sebantal juga tapi sejak dah besar ni macam tak ngam sangat (kenapa eh) mungkin disebabkan belajar ke alam IPT, sangat jarang berjumpa. Rolling Eyes Lagi sebab apa yer? Mungkin sepupu pun jarang jumpa (kenduri dan raya la peluang terbaik, selain dari tu masing-masing ada komitmen) macammana duapupu nak akrab. Bila ziarah, yang tetamu duduk ruangtamu yang tuan rumah (anak-anak) syok duduk ruang tengok tv. Rolling Eyes Huhuhu, tapi salunya kalau ada orang ziarah saya akan dengan rela hati buat muka tak malu mintak baby... Razz Hehehehe, itu la permulaan dialog yang paling simple tetapi boleh bersilaturrahim. Smile

Siapa disini yang ada baby ye? Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

49 Re: Slot Bersama Bapa on Tue Sep 08, 2009 1:13 am

nurul muslimah


Ahli Junior
Ahli Junior
kalau dgn 2 pupu..hmm..sy rasa mgkin sbb jarak hubungan tu yg agak jauh..dgn spupu pun, most of them x berada dlm 1 negeri yg sama...klu famly sy, ktorg pun jarang2 jumpa dgn spupu ayah n mak...and most of them dh xde kt dunia ni...yg ada pun ktorg anak2 x knl dan kena la diperkenalkan oleh mak ayah...tu baru spupu mak ayah apatah lg kalau anak2 mereka...ini pendapat sy berdasarkan pengalaman sndri...

ngn spupu2 klu nk jumpa pun, time raya je yg leh kumpul ramai2..and time tu la sy paling segan/malu sekali...hmm.. pale

http://nurulmuslimah.blogspot.com

50 Re: Slot Bersama Bapa on Tue Sep 08, 2009 12:54 pm

dheadz


Admin
Admin
Sepupu pun, kalau berjumpa pun mungkin masa hari raya je, masa saling berkunjungan, atau pun masa kenduri kendara. Masa ni mmg jumpa, bertegur sapa mana yang kenal. Tahu itulah sepupu masing. Tak hairan juga anak2 saya kenal anak2 sepupu saya ini. Yelah, dah mak ayah jumpa sepupu, tentulah anak2 masing pun kenal satu sama lain, 2 pupu lah tu. Tapi kemudian bila dah turun ke generasi seterusnya, 3 pupu... 4 pupu... mmg susah nak kenal. Puncanya, jarak persaudaraan dah semakin jauh, jarang berjumpa. Itupun alhamdulillah kalau masih berjumpa sepupu, 2 pupu... masa raya, kenduri dan sebagainya. Kalau mereka pun buat hal masing2, tinggal jauh lak tu, mmg tak kenal lah... Tup2 satu hari nanti, mereka2 (3, 4 pupu dan seterusnya) ni berkahwin sama lah pula. Masa tu, bila cerita asal usul baru tahu yang mereka2 ni ada tali persaudaraan. Haru juga...

Ada sapa2 mengalami kes macam ni?


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

51 Re: Slot Bersama Bapa Today at 7:34 pm

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 2 of 7]

Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7  Next

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum