Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

Dana Syaqah PMRAM

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 Dana Syaqah PMRAM on Mon Aug 24, 2009 11:44 am

insyirah


Moderator
Moderator
Assalamu'alaikum whb.

Salam Ramadhan al-Mubarak.

Alhamdulillah, Allah sampaikan kita kepada bulan mulia ini. Dengan kemuliaan Ramadhan, suka ana mewar-warkan pada sahabat-sahabat yang dikasihi, andai ingin membuat Saham Akhirat yang menjanjikan sesuatu yang PASTI dari Allah, insya Allah boleh la sama-sama menginfaq kepada Dana Syaqah PMRAM.

PMRAM = Persatuan Melayu Republik Arab Mesir ialah sebuah badan kebajikan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. PMRAM juga membantu pelajar dari Thailand, Brunai, Singapura dan Indonesia. PMRAM sudah ditubuhkan sedari tahun 1970 lagi dan mereka berdaftar dengan Kerajaan Mesir. Smile Para pimpinan PMRAM terdiri di kalangan para pelajar (mahasiswa/mahasiswi Malaysia) yang menuntut di Mesir.

PMRAM berhasrat untuk mengumpul dana sebanyak LE 1 JUTA penghujung tahun ini (dana ini telah lama dilancarkan) untuk membeli syaqah (apartment) bagi menampung pelajar Malaysia di Mesir. Baru-baru ini insyirah berhubung dengan seorang teman yang merupakan insan yang dipertanggungjawabkan menjalankan misi dana syaqah ini dan beliau berharap dengan kemuliaan Ramadhan ini, dapat mencari jalan untuk (menambah dana dari semua insan yang prihatin) menjayakan misi syaqah.

Pelbagai cara dilakukan oleh PMRAM untuk menjayakan dana tersebut seperti penjualan buku, beg, jaket dan sebagainya. Tetapi, barang-barang tersebut hanya dijual di Mesir (maaf saya tak dapat la nak tolong jual barang tersebut pada sahabat-sahabat di sini). Setakat ini, dana yang terkumpul sekitar LE 250++ ribu, baru SUKU dari target yang diharapkan.

Untuk makluman sahabat-sahabat, para pelajar Malaysia di Mesir mencecah 6 ribu orang dan mereka bukanlah dari kalangan orang berada. Kebanyakan dari mereka ke Mesir dengan duit sendiri, anak peneroka, anak penoreh, anak pesawah.

Bagi yang berhajat untuk 'membeli' SAHAM AKHIRAT bolehlah beritahu pada insyirah. Saya boleh kumpulkan dan kemudian bank in sekaligus insya Allah penghujung Ramadhan ini.

Harapan:
Seorang = RM190 = LE300

Tetapi kalau tak dapat nak berikan seperti yang diharapkan, seadanya pun tak mengapa. Insya Allah Smile

Sahabat-sahabat juga boleh ke blog teman yang saya maksudkan:

[1] Dateline Dana Syaqah

[2] Sumbangan Menjayakan Pembelian Apartmen (Syaqah)

Walaupun dateline dah terlepas tetapi dana syaqah MASIH DITERUSKAN. Smile


Disebabkan jumlahnya besar (dengan harapan seorang menyumbangkan RM190 = LE300), mungkin ada yang tak percaya dengan insyirah. Lillahi, saya buat semata-mata untuk membantu pihak PMRAM sahaja. Dan bagi yang berhajat untuk menyumbang (untuk mengelakkan syak wasangka) maka saya akan kepilkan NAMA disini beserta jumlah wang yang disumbangkan. Nanti selepas bank in saya akan scan slip bank dan attach di sini. Insya Allah.

p/s: Pada link (kedua) yang dikepilkan DI ATAS juga terdapat no akaun HSBC, Maybank dan Bank Islam (Ustaz Hairul dan Ustaz Faisal).


Atas Nama : Hairul Nizam bin Mat Husin
HSBC : 001-017193-011

Atas Nama: Faisal Mizan B. Muhammad
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) : 13017020688083
Maybank : 113015136739


Faqir ilallah,
Insyirah.


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Similar topics

-

» Donna Jou

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum