Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

You are not connected. Please login or register

mask / penutup hidung, mulut jadi barang kawalan

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

dheadz


Admin
Admin
Muhyiddin mahu penutup hidung, mulut jadi barang kawalan


BUKIT MERTAJAM 17 Ogos - Penularan wabak selesema khinzir yang semakin membimbangkan menyebabkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan negara kini berada dalam keadaan seakan darurat kesihatan.

Sehubungan itu, beliau mahu supaya penutup hidung dan mulut diwartakan sebagai barang kawalan bagi memastikan ia dapat diperoleh pada harga yang munasabah berikutan pemakaiannya adalah satu keperluan pada ketika ini.

''Setidak-tidaknya kita jadikan penutup hidung dan mulut sebagai barang kawalan sehingga wabak ini berakhir. Dengan itu rakyat akan mudah dapat bekalan dengan harga munasabah.

''Alat itu adalah keperluan sekarang dan maka sepatutnya dalam kesulitan seperti ini, tidak ada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan," katanya pada sidang akhbar ketika menghadiri proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, hari ini.

Turut hadir bersama Muhyiddin pada sidang akhbar tersebut ialah Menteri Kesihatan, Datuk SeriLiow Tiong Lai dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Mereka turut memakai topeng muka pada sepanjang sidang akhbar berkenaan. Rata-rata pemimpin parti politik dan penyokong kedua-dua parti yang bertanding di DUN berkenaan turut memakai penutup hidung dan mulut.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan mengenai penutup hidung dan mulut yang melambung tinggi dengan alasan yang diberi peniaga bahawa bekalan tersebut sukar diperolehi daripada pembekal.

Sementara itu, Muhyiddin mengingatkan para peniaga supaya tidak sesekali melakukan pengambilan untung dengan menjualnya pada harga yang tidak masuk akal.

Katanya, perbuatan mencekik darah dengan menjual penutup hidung dan mulut berlipat kali ganda daripada harganya yang sebenar di saat orang lain berhadapan kesulitan adalah sangat dikesali.

''Saya tak fikir masalah bekalan tak cukup, ini adalah pengambilan untung berlebihan. Harganya yang sebenar sebelum ini hanyalah 30 sen tetapi sekarang ada yang menaikkan sehingga RM4, RM5 seunit.

''Ini sebenarnya mencekik darah. Sebab itu dengan perakuan yang diberi Kementerian Kesihatan maka sudah sepatutnya Akta Kawalan Harga digunakan atas tafsiran keadaan sudah semacam darurat kesihatan untuk memastikan bekalan penutup muka mencukupi dan harga yang dikenakan berpatutan," jelasnya.

Kata Timbalan Perdana Menteri, apabila penutup muka diwartakan sebagai barang kawalan maka tindakan boleh diambil ke atas mana-mana peniaga yang mengambil kesempatan dengan menjualnya melebihi pada harga yang ditetapkan.

''Dan kemudian diadakan sistem pelesenan iaitu siapa nak edar kena ada lesen. Bila habis wabak esok (nanti), kita keluarkanlah dari senarai barang kawalan.

''Ini supaya tiada pihak ambil kesempatan. Mustahak untuk kita pastikan bekalan ada dan harga berpatutan kerana pemakaiannya sudah keperluan untuk dipakai pada ketika ini," ujarnya.


Utusan Malaysia Online.

* Isk, isk... apa nak jadi la diorang ni, nak kaya cepat konon, tapi nyusahkan orang lain. Kalau dah terkena virus ni nanti (banyak sebab), barulah tahu yang duit itu semua dah macam tak bernilai lagi... sedarlah.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

indah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
huhu.. mahalnyer... sampai rm4.. huhu...

http://www.shindah.blogspot.com

dheadz


Admin
Admin
Mahal, berlipat kali ganda dengan harga sebenar. Tapi, untuk kesihatan diri, ada juga yang sanggup beli. Terpaksa pun iye juga.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

aysarahanan


Moderator
Moderator
kene juga berkorban sikitkan...sebagai langkah menjaga kesihatan..kan kan

risau jer ...

moga ada seribu hikmah di ramdhan kali ini....
Smile

avar_counselor


Ahli Senior
Ahli Senior
saya pernah beli mask RM5 tp 5 keping dlm tu. kira rm1 la sekeping..tu sya mmg dah desperate nak beli..ms nk g ari tu..huhuuh Tp x jugak saya pakai..bila org lain slamber je muka...masa tu...mask bolm dikuatkuasa mcm skarang.. dulu blm ada yg mati pun..huuhuhu

dheadz


Admin
Admin
Saya ada ternampak di kedai dekat rumah saya ni, mereka jual RM3.50 utk 5 keping, kira 70 sen sekeping. Ok jugak lagi. Kena berwaspada, pakai mask ni bila berada di kawasan yang padat, ramai orang. Tambah pula sekarang bulan Ramadhan, pasti di mana2 bazar Ramadhan dipenuhi orang ramai. Kena lindungi diri.

Virus, penyakit tidak kenal mangsa. Bak kata satu ayat yang agak popular ni: mencegah lebih baik dari merawat, Jadi, sebelum kena, baik kita sama2 beringat.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

izyan insyirah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
ari tu sy g beli barang kt midvely...punya terkejut....mask sekeping rm6 kt farmasi...
huhuhuuu....

http://izyaninsyirah.blogspot.com

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum