Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Baitul Muslim

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 Baitul Muslim on Thu Aug 13, 2009 10:28 am

insyirah


Moderator
Moderator
Assalamu'alaikum whb Smile

Insya Allah topik ini akan dikhususkan dengan artikel-artikel yang dikumpul melalui pembacaan (internet/buku dsb) mengenai Baitul Muslim (Rumah tangga muslim). Seperti yang kita ketahui, rumahtangga adalah institusi yang PENTING dalam Islam. Melalui rumahtangga, Islam berkembang dan melalui rumahtangga juga Islam kecundang. Walaupun majority pelayar forum Al-Insyirah terdiri dari mereka yang belum berumahtangga tetapi sedikit perkongsian ini kalau tidak dipraktikkan sekarang (bagi yang telah berumahtangga) setidak-tidaknya ia boleh dipanjangkan kepada mereka yang sudah mahupun bakal berumahtangga.

Insya Allah.

Melihat index perceraian yang semakin bertambah, perkahwinan hanya sebagai 'persinggahan' dan tidak dipelihara dengan keindahan Islam, maka... Kualiti rumahtangga muslim era globalisasi sangatlah rapuh, muhasabah diri. Masa depan adalah para pemuda pemudi, ayuh...! Bina jati diri muslim untuk memperkasakan bait muslim yang diredhai Allah. Very Happy


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

2 Re: Baitul Muslim on Thu Aug 13, 2009 10:31 am

insyirah


Moderator
Moderator
Salam Perjuangan,


Coretan saya kali ini berkisar tentang rumahtangga yang diidamkan oleh semua anggota gerakan Islam. Rumahtangga yang dibina atas dasar aqidah Islamiyyah.


Saya merujuk kepada buku karangan Drs Kasmuri Selamat yang bertajuk Panduan Perkahwinan, Kunci Syurga yang terbuang.


Ada 4 ciri yang dinyatakan oleh beliau dalam buku tersebut iaitu :


1-Rumah isteri yang solehah

2-Rumah orang yang mensucikan diri dan sentiasa ingat kepada Allah SWT

3-Rumah orang yang sujud dan rukuk kepada Allah SWT

4-Rumah orang yang menunaikan hak dan kewajipan


Isteri solehah merupakan pendamping dan sahabat yang paling baik bagi si suami. Dialah penenang, pendamai, penyejuk, penolong, pengkobar semangat buat si suami yang berada di medan jihad.


Jika ada kebahagiaan dalam rumah tangga, maka syaitan dapat dicegah untuk masuk ke dalamnya. Sebab ianya merupakan rumah yang didirikan dengan berasaskan iman dan Islam.


Rasulullah SAW bersabda yang ertinya :

“Empat hal yang termasuk kebahagiaan : Isteri yang solehah, tempat tinggal yang lapang, tetangga yang baik, kenderaan yang nyaman. Empat hal yang termasuk kesengsaraan: Isteri yang buruk perangainya, tetangga yang buruk, tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk”. (HR Ibnu Hibban)


Sebaik-baik rumah adalah yang ada di dalamnya isteri yang solehah. Ia mampu membangun keluarga muslim dan mendirikan peradaban umat, serta sebagai ibu yang siap mendidik, membimbing, membiasakan kebaikan, membangunkan anak-anaknya untuk mengerjakan solat dan membantu suami untuk taat kepada Tuhannya.


Rumah yang di dalamnya berterusan didirikan solat fardhu dan sunat adalah rumah yang bercahaya yang dimasuki oleh malaikat. Sementara syaitan akan bertempiaran melarikan diri daripada rumah-rumah yang sentiasa disebut nama Tuhan.


Penghuninya sentiasa bertaubat, membersihkan diri daripada maksiat dan sentiasa berhubung rapat dengan Allah SWT. Inilah rumah yang sentiasa bercahaya dengan cahaya iman dan taqwa.


Seluruh unit ahli dalam rumahtangga khususnya suami & isteri masing-masing memainkan peranan dalam memastikan semua ahli menunaikan perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW. Mereka sewajibnya ingat mengingati antara satu sama lain agar tidak melanggar larangan Allah dan meninggalkan segala perintah Allah SWT.


Alangkah indahnya rumah yang sentiasa bercahaya. Syaitan tidak mampu memporak-perandakan seisi rumah tersebut. Hanyalah Allah tempat mereka memohon pertolongan.


Islam Memimpin Perubahan

Bangunlah dan Berikanlah Peringatan


Amin Al-Kalantani

http://amin1982.wordpress.com

Shah Alam


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum