Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Jawapan Bagi Soalan Dari Orang Bukan Islam

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 Jawapan Bagi Soalan Dari Orang Bukan Islam on Fri Jul 31, 2009 8:31 pm

dheadz


Admin
Admin
Jawapan Bagi Soalan Dari Orang Bukan Islam


Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran? Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa?

Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.


2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan? Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan atau Nabi Isa?

Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.


3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan?

Dalam banyak-banyak kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.


4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?

Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.


5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.


Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.


6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa?

'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ? Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.


7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?


8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?

Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.


9) Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar"

Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?


10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"

Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"


11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit"


Kita jawab "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan? Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.


12) Kan khinzir itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan khinzir?


Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.


13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Kaabah.

Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yang sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!


14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul-betul juga?


Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman. Soalan-soalan yang nyatakan di atas, sebenarnya memang benar-benar ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam. Mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya.


Jadi jawapan yang disampaikan pun tak perlu panjang-panjang cukup sekadar ringkas dan padat. Segala kekurangan dan salah silap harap diperbetul dan dimaafkan..Wallahu'alam.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

2 Re: Jawapan Bagi Soalan Dari Orang Bukan Islam on Fri Aug 07, 2009 11:04 pm

izyan insyirah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
salam dheadz...
dapat dari mana artikel ni?sumbernye?

cm mana pulak, klu kita tanyakan mereka...terutamanya org kristian...
"kenapa mereka anggap Jesus itu tuhan, padahal Jesus tidak pernah mengaku bahawa dia adalah tuhan....??"

http://izyaninsyirah.blogspot.com

3 Re: Jawapan Bagi Soalan Dari Orang Bukan Islam on Sat Aug 08, 2009 12:08 am

dheadz


Admin
Admin
Salam Izyan, dapat artikel ni melalui email. Sekadar ingin berkongsi info ini di sini.

Tentang pertanyaan itu, bagaimana kalau Izyan cuba tanyakan pada penganut agama kristian. Tengok nanti bagaimana reaksi mereka. Mungkin persoalan akan terjawab, dan mungkin juga akan ada soalan2 lain yang akan menyusul selepas itu.

Saya tidak arif mengenai hal2 sebegini, mungkin sahabat lain boleh membantu.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

aysarahanan


Moderator
Moderator
bagus info ni dheadz,aysa suke

leh bersedia bila ada non-muslim tanya soalan sebegitu..

tersenyum jer baca jawapan tu...

yang ada dalam kepala "a`ah btul jugak tu"..hihi

nak berhujah dengan orang bukan muslim perlu guna dalil aqli(akal),mengikut logik..

tapi perlu berhati-hati,aqidah ni bukan perkara main2...

izyan insyirah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
sy pernah berdialog dgn seorg kristian pasal ini...
patahkan hujah mereka dengan menggunakan ayat2 bible...namun mereka ppandai putarbelit..
soalan yg sy nyatakan di atas tu mmg diorg tkleh jawab...
bagus mengkaji pasal inii.
selamatkan akidah kita..selamatkan akidah umat islamm..bawa yg bukan islam kepada islam...

http://izyaninsyirah.blogspot.com

6 Re: Jawapan Bagi Soalan Dari Orang Bukan Islam on Thu Aug 13, 2009 10:37 am

normyislam


Ahli Senior
Ahli Senior
ya, betul izyan, diorang memang pakar bab2 putar belit cerita ni sampai diorang sendiri tak pasti mana satu cerita yang sebenar, huhu. Bila difikir balik, entah kenapa kepercayaan yang terlalu banyak keraguan itu dipertahankan sedangkan ada yang sudah jelas dan nyata, subhanallah. Betapa hidayah itu hanya milik Allah. Andai ditentukan seseorang itu sesat, sesatlah juga.

http://normyislam.blogspot.com

izyan insyirah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
normyislam wrote:ya, betul izyan, diorang memang pakar bab2 putar belit cerita ni sampai diorang sendiri tak pasti mana satu cerita yang sebenar, huhu. Bila difikir balik, entah kenapa kepercayaan yang terlalu banyak keraguan itu dipertahankan sedangkan ada yang sudah jelas dan nyata, subhanallah. Betapa hidayah itu hanya milik Allah. Andai ditentukan seseorang itu sesat, sesatlah juga.

betul tu..sy setuju sesangat

dik normyislam....bagus adik ni...muda2 lagi dah banyak mengkaji pasal

perbandingan agama...teruskan..semoga menjadi pewaris Ahmad Deedat...

akak nak nasihat, klu nk kaji pasal perbandingan agama terutamanya mengkaji pasal kristian, dapatkan bimbingan yg pakar......
Very Happy

http://izyaninsyirah.blogspot.com

aysarahanan


Moderator
Moderator
iyalahkan persoalan aqidah ni bukan perkara yang main2...

orang kristian ni atau selain dari islam ni guna taktik halus jer,

sampai kita pon turut percaya...

dari segi muamalat diorang pon lebih mumtaz dari kita orang islam.

dari segi kebersihan pon begitu juga..

apapun kita doakan lah moga mereka semua di beri hidayah oleh Allah..

"tugas syaitan adalah menyesatkan anak adam sehingga hari kiamat"

9 Re: Jawapan Bagi Soalan Dari Orang Bukan Islam on Thu Aug 13, 2009 10:01 pm

insyirah


Moderator
Moderator
Saya follow jer perbincangan kalian dari 'Medan Diskusi' sampai la ke sini tetapi tak de kekuatan nak balas atau respon Smile Sebabnya perbandingan agama ni bukan satu perkara yang ringan dan kalau bahas perlu dengan ilmiah. Sebab tu la tak berani nak cakap. Smile

Sebabnya, haritu ustaz bentangkan Perbandingan Mazhab Ahli Sunnah (4 mazhab) pun saya dah terpinga-pinga. Lagi satu kalau menuntut ilmu ni, lebih-lebih lagi ilmu yang bersangkutan dengan tauhid, aqidah sangat memerlukan bantuan dan bimbingan dari mereka yang ahli agama. Hati-hati lah yer lebih-lebih lagi kalau sekadar pembacaan dr internet takut unsur-unsur israiliyat dan juga unsur syiah yang kian menular hebat.

Berdakwah bukan sahaja dengan berdebat, kalau ilmu kita banyak dan faqeh sekalipun apabila tidak diamalkan maka... sia-sia je ilmu tu. Dakwah yang paling susah sekali ialah berdakwah dengan akhlaq tetapi itulah dakwah yang paling mudah melentur hati mad'u Very Happy Susah untuk menjaga akhlaq tetapi itulah sebaik-baik hamba Allah, yang paling baik akhlaqnya. Wink


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

10 Re: Jawapan Bagi Soalan Dari Orang Bukan Islam on Fri Aug 14, 2009 11:44 am

normyislam


Ahli Senior
Ahli Senior
dik normyislam....bagus adik ni...muda2 lagi dah banyak mengkaji pasal

perbandingan agama...teruskan..semoga menjadi pewaris Ahmad Deedat...

er.. sebenarnya taklah kaji pun..huhu. cuma ambil tahu sikit2 saja. Banyak pun benda yang tak tahu lagi jahil...huuu mungkin persekitaran yang menjadi faktor penarik kot.???

http://normyislam.blogspot.com

11 Re: Jawapan Bagi Soalan Dari Orang Bukan Islam on Fri Aug 14, 2009 12:15 pm

izyan insyirah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
normyislam wrote:
dik normyislam....bagus adik ni...muda2 lagi dah banyak mengkaji pasal

perbandingan agama...teruskan..semoga menjadi pewaris Ahmad Deedat...

er.. sebenarnya taklah kaji pun..huhu. cuma ambil tahu sikit2 saja. Banyak pun benda yang tak tahu lagi jahil...huuu mungkin persekitaran yang menjadi faktor penarik kot.???

kalau dh minat, baik kaji dalam-dalam. insyaAllah hasil kajian kita akan lebih menambahkan keimanan kita kepadaNYA.

sy mengkaji pasal ni pun atas dorongan persekitaran.. adik tinggal kat area yg campur agama ke? atau ada ahli keluarga yg bukan islam?

http://izyaninsyirah.blogspot.com

12 Re: Jawapan Bagi Soalan Dari Orang Bukan Islam on Fri Aug 14, 2009 12:31 pm

izyan insyirah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
insyirah wrote:Saya follow jer perbincangan kalian dari 'Medan Diskusi' sampai la ke sini tetapi tak de kekuatan nak balas atau respon Smile Sebabnya perbandingan agama ni bukan satu perkara yang ringan dan kalau bahas perlu dengan ilmiah. Sebab tu la tak berani nak cakap. Smile

Sebabnya, haritu ustaz bentangkan Perbandingan Mazhab Ahli Sunnah (4 mazhab) pun saya dah terpinga-pinga. Lagi satu kalau menuntut ilmu ni, lebih-lebih lagi ilmu yang bersangkutan dengan tauhid, aqidah sangat memerlukan bantuan dan bimbingan dari mereka yang ahli agama. Hati-hati lah yer lebih-lebih lagi kalau sekadar pembacaan dr internet takut unsur-unsur israiliyat dan juga unsur syiah yang kian menular hebat.

Berdakwah bukan sahaja dengan berdebat, kalau ilmu kita banyak dan faqeh sekalipun apabila tidak diamalkan maka... sia-sia je ilmu tu. Dakwah yang paling susah sekali ialah berdakwah dengan akhlaq tetapi itulah dakwah yang paling mudah melentur hati mad'u Very Happy Susah untuk menjaga akhlaq tetapi itulah sebaik-baik hamba Allah, yang paling baik akhlaqnya. Wink

wah...bagus adik insyirah ni...Wink

itu baru perbandingan mazhab dalam ahli sunnah wal jamaah...4 mazhab fekah. iaitu dalam kategori ilmu kesyariatan... nnt belajar usuluddin, belajar selain ahli sunnah wal jamaah...aliran2 lain dalam islam...lagi pening kepala..ehehehe...apa2 pun, kita usaha menjadi seorg yg berilmu....sudah tentu org yg berilmu berbeza dengan org jahil...

bgi sy, internet bukan tempat rujukan yg utama...klu nk rujukan utama kena berguru dengan pakar kemudian cari buku2 yg kita tahu penulis n tahu nilai kandungannya... internet itu sebagai tambahan. kalau ada ilmu asas tentang kebenaran, apa2 ilmu yg datang kemudian, kita akan senang nak menilainya. yang penting, jangan terima bulat2 apa yg sampai kepada kita sebelum mengkajinya terlebih dahulu.....sbb tu la perlunya ilmu...

bgi sy, sy wajib mempelajari ilmu perbandingan agama memandangkan keadaan persekitaran yg sangat menuntut sy mencari ilmu ini....doakan agar sy berjaya menarik 'mereka' bersama kita....Wink

http://izyaninsyirah.blogspot.com

13 Re: Jawapan Bagi Soalan Dari Orang Bukan Islam on Mon Aug 17, 2009 10:16 am

normyislam


Ahli Senior
Ahli Senior
Em, sebenarnya yang keja mengkaji bab2 ni ayah saya. Jadi bila dia bercerita kat rumah tu dah terbiasa pula ambil tahu pasal hal macam ni. Kak Izyan ni mesti banyak kan ilmu2 untuk dikongsi..huhuhu Smile Berkenaan ahli keluarga bukan Islam tu, emm... ya, nenek saudara saya berketurunan inggeris, cuma saya tak pasti samada dia masih Islam atau tidak. Sebab dia dah berusia, dan hal2 rumit waktu dia berkahwin dengan atuk saudara saya lama dulu saya tak tahu sangat. Cuma saya agak sedih bila saya perhatikan anak2nya yang saya tak pasti apa pegangannya.. wallahualam. (mereka menetap di New Zealand)

http://normyislam.blogspot.com

14 Re: Jawapan Bagi Soalan Dari Orang Bukan Islam on Tue Aug 18, 2009 3:17 pm

azizul


Admin
Admin
Assalamualaikum,
Sebarang ilmu, andai dicari tanpa asas yang betul, mampu membawa kesesatan kepada kita. yang paling penting dalam mencari ilmu ialah BERGURU. belajar semata - mata tanpa ada bantuan dan didikan guru ibarat belajar dengan iblis sebab kadang kala yang kita baca bukan memberi jawapan, tetapi memberi persoalan yang mampu diperalatkan oleh syaitan2 di dalam diri kita ini. ramai yang membuka firaq2 sesat berasal darpada mereka yang "berilmu" dan kaki buku... kita semua pernah membaca kisah "agama" Bayan, dan pengasasnya.. kita pernah baca kisah Mirza Ghulam Ahmad Qadiani. pengasas "aqama Qadiani" . mereka semua dari golongan yang BERAKAL. tetapi lantaran aqal melepasi iman,......

medan Al-Insyirah ini antara lain, menjadi platform utk kita bermuzakarah. Adalah bonus andai ada yang berkeahlian dalam kalangan kita mampu saling memperbaiki diri kita sendiri. contohnya Izyan, mahasiswa Pendidikan Islam UM mungkin ada yang boleh dikongsi bersama2 dengan kita, begitu juga forumer yang lain.

InsyaAllah jalan yang lurus menjadi laluan kita bersama.


_________________
http://al-insyirah.forummotion.com

15 Re: Jawapan Bagi Soalan Dari Orang Bukan Islam on Sat Aug 22, 2009 11:51 am

aysarahanan


Moderator
Moderator
betul tu azizul,medan bermuzakarah dan berbincang secara ilmiah....
kalau perbicangan mengenai persoalan akidah perlu berhati2 dan berwaspada..
atau mengenai aliran mazhab dan fahaman..

cuma sekali sekala tak salah kita bincangkan tentang persoalan sebegini hanya sekadar maklumat..

tetapi bukan di bahaskan.
Smile

16 Re: Jawapan Bagi Soalan Dari Orang Bukan Islam on Mon Aug 24, 2009 12:39 pm

izyan insyirah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
azizul wrote:Assalamualaikum,
Sebarang ilmu, andai dicari tanpa asas yang betul, mampu membawa kesesatan kepada kita. yang paling penting dalam mencari ilmu ialah BERGURU. belajar semata - mata tanpa ada bantuan dan didikan guru ibarat belajar dengan iblis sebab kadang kala yang kita baca bukan memberi jawapan, tetapi memberi persoalan yang mampu diperalatkan oleh syaitan2 di dalam diri kita ini. ramai yang membuka firaq2 sesat berasal darpada mereka yang "berilmu" dan kaki buku... kita semua pernah membaca kisah "agama" Bayan, dan pengasasnya.. kita pernah baca kisah Mirza Ghulam Ahmad Qadiani. pengasas "aqama Qadiani" . mereka semua dari golongan yang BERAKAL. tetapi lantaran aqal melepasi iman,......

medan Al-Insyirah ini antara lain, menjadi platform utk kita bermuzakarah. Adalah bonus andai ada yang berkeahlian dalam kalangan kita mampu saling memperbaiki diri kita sendiri. contohnya Izyan, mahasiswa Pendidikan Islam UM mungkin ada yang boleh dikongsi bersama2 dengan kita, begitu juga forumer yang lain.

InsyaAllah jalan yang lurus menjadi laluan kita bersama.

adehh....mr azizul...apsal detail sangat tuh...siap bgtau lokasi sy lak....haiyaa...

http://izyaninsyirah.blogspot.com

17 Re: Jawapan Bagi Soalan Dari Orang Bukan Islam on Mon Aug 24, 2009 12:43 pm

izyan insyirah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
normyislam wrote:Em, sebenarnya yang keja mengkaji bab2 ni ayah saya. Jadi bila dia bercerita kat rumah tu dah terbiasa pula ambil tahu pasal hal macam ni. Kak Izyan ni mesti banyak kan ilmu2 untuk dikongsi..huhuhu Smile Berkenaan ahli keluarga bukan Islam tu, emm... ya, nenek saudara saya berketurunan inggeris, cuma saya tak pasti samada dia masih Islam atau tidak. Sebab dia dah berusia, dan hal2 rumit waktu dia berkahwin dengan atuk saudara saya lama dulu saya tak tahu sangat. Cuma saya agak sedih bila saya perhatikan anak2nya yang saya tak pasti apa pegangannya.. wallahualam. (mereka menetap di New Zealand)

salam dik normyislam....
ayah mengkaji perbandingan agama ye? baguslah boleh minta tunjuk ajar drinya...bgus bgus...

akak hidup dalam suasana percampuran agama..tu sbbnya rasa bertanggungjawab nk blajar pasal ni..nk bgtau 'diorg' ttg kebenaran yg mereka tak nampak...

semoga mereka diberi hidayah oleh Allah..dan dihimpunkan bersama2 di jannah abadi..ssungguhnya sy begitu sayangkan mereka kerana mereka itu darah dagingku sendiri...doakan yaa.....

http://izyaninsyirah.blogspot.com

18 Re: Jawapan Bagi Soalan Dari Orang Bukan Islam on Tue Aug 25, 2009 1:13 am

azizul


Admin
Admin
aysarahanan wrote:betul tu azizul,medan bermuzakarah dan berbincang secara ilmiah....
kalau perbicangan mengenai persoalan akidah perlu berhati2 dan berwaspada..
atau mengenai aliran mazhab dan fahaman..

cuma sekali sekala tak salah kita bincangkan tentang persoalan sebegini hanya sekadar maklumat..

tetapi bukan di bahaskan.
Smile
Betul, bukan untuk dibahaskan. mungkin ada hikmahnya penulis artikel islam inklusif (rujuk thread sebelum ini) gagal membalas email ana, sebenarnya takut juga, akhi adnan beri pesanan ringkas--> jgn sampai niat nak menyoal, kita pula yang dipersoalkan.

Perbahasan perlu ilmu yang dipasak oleh iman yang kukuh, aqal yang kuat gagal menemui kebenaran tanpa iman sebagai petanya.


_________________
http://al-insyirah.forummotion.com

19 Re: Jawapan Bagi Soalan Dari Orang Bukan Islam on Tue Aug 25, 2009 10:00 am

normyislam


Ahli Senior
Ahli Senior
akak hidup dalam suasana percampuran agama..tu sbbnya rasa bertanggungjawab nk blajar pasal ni..nk bgtau 'diorg' ttg kebenaran yg mereka tak nampak...

semoga mereka diberi hidayah oleh Allah..dan dihimpunkan bersama2 di jannah abadi..ssungguhnya sy begitu sayangkan mereka kerana mereka itu darah dagingku sendiri...doakan yaa.....

owh, gitu ka.. InsyaAllah saya doakan. Moga dikuatkan hati dan tak berputus asa..semoga berjaya:)

http://normyislam.blogspot.com

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum