Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Salam dan bersalaman.

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 Salam dan bersalaman. on Thu Jul 30, 2009 11:46 pm

dheadz


Admin
Admin
Salam dan bersalaman.

Salam dan bersalaman (berjabat tangan) memainkan peranan yang penting dalam kehidupan. Ia boleh mengeratkan bagi hubungan silaturrahim dan ukhuwah antara umat, lebih-lebih lagi amalan tersebut adalah salah satu amalan Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam dan para sahabat. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al Imam Abu Daud, Nabi Sallallahu alaihi wassalam bersabda.

Maksudnya : "Daripada Abu Hurairah katanya : "Apabila kamu bertemu dengan saudara kamu (sesama Islam) berilah salam keatasnya "

Hukum bagi orang yang memberi salam itu adalah sunat dan bagi orang yang menjawabnya pula adalah wajib. Manakala hukum bersalaman (berjabat tangan) itu pula terbahagi kepada tiga bahagian :

i. Bersalaman antara sesama jenis (jantina)
Bersalaman antara seorang lelaki dengan lelaki atau seorang perempuan dengan perempuan yang lain adalah sunat. Malah ianya adalah dituntut oleh agama setiap kali pertemuan. Bagi pertemuan yang jarang berlaku atau ketika balik dari belayar kita juga dianjurkan bersalaman dengan cara berpelukan.

ii. Bersalaman antara lelaki dengan perempuan asing (ajnabiah)
Bersalaman antara lelaki dengan perempuan ajnabiah adalah haram, bahawa Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam tidak pernah berjabat tangan dengan perempuan.

iii. Bersalaman antara lelaki dengan mahramnya
Hukum bersalaman di antara seorang lelaki dengan mahramnya atau seorang perempuan dengan mahramnya adalah sama dengan hukum bersalaman antara sesama jenis iaitu sunat. Islam juga menganjurkan malah disunatkan kita mencium tangan kedua ibubapa ketika bersalaman dengan mereka. Begitu juga disunatkan mencium tangan orang alim, sultan atau raja yang adil.

Apa yang berlaku di kalangan segelintir masyarakat kita sekarang ini, ada yang beranggapan bersalaman dengan keluarga yang hampir seperti sepupu, isteri bapa saudara, adik ipar atau kakak ipar dan lain-lain yang tidak bersangkut paut dengan mahram. Ini adalah keliru, kerana hukumnya tetap ajnabiah haram bersentuhan.

Menurut para ulama, lafaz memberi salam ialah seperti berikut :



Maksud : "Salam sejahtera dan rahmat Allah serta keberkatan keatasmu."

Sementara lafaz bagi menjawabnya pula ialah :



Maksud : "Ke atas kamu salam sejahtera dan rahmat Allah satu keberkatan keatasmu".

Amalan bersalaman (berjabat tangan) sudah menjadi lumrah tetapi mungkin sedikit sahaja yang mengetahui akan kelebihan di sebalik di galakkan itu. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud menyatakan :

Maksudnya : "Daripada Barra katanya : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu 'alahi wasallam : "Tidaklah bertemu dua orang Islam, lalu berjabat tangan, melainkan diampunkan dosa bagi keduanya sebelum keduanya itu berpisah."

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud maksudnya : Daripada Imran bin Husain katanya : "Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah Sallallahu `alaihi wasallam lalu mengucapkan "" kemudian duduk, maka Baginda bersabda :"Sepuluh kebajikan" kemudian datang pula seorang lagi lalu mengucapkan "" lalu duduk, maka Baginda bersabda" Dua puluh kebajikan". Kemudian datang pula seorang lagi lalu mengucapkan "" lalu duduk, seterusnya Baginda bersabda : "tiga puluh kebajikan".

(Riwayat al-Imam Abu Daud)

Macamana pula kalau ada orang berkirim salam ? Jika seseorang berkirim salam kepada seseorang yang lain maka kita yang menerima salam itu menjawabnya dan disunatkan berdo`a untuk pembawa salam tersebut dengan lafaz :



Maksudnya : "Ke atasmu dan keatasnya salam sejahtera".

Dalam sebuah hadis lain :

Maksudnya : Ayahku telah mengutusku untuk menemui Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dia berkata : "Datanglah Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam maka sampaikanlah kepadanya salamku, "maka aku pun datang kepadanya, lalu aku berkata : "Sesungguhnya ayahku mengucapkan salam kepadamu". lalu Baginda menjawab :



Maksudnya : "Ke atasmu dan keatas ayahmu salam sejahtera"

Memandangkan salam dan bersalaman ini mempunyai kelebihan untuk mengeratkan lagi hubungan silaraturrahim dan ukhuwah. apatah lagi bila tangan dihulur dan disambut dengan senyuman dan kemesraan, dosa diampunkan sebelum keduanya berpisah, maka salam dan bersalaman ini sudah tentu menjadi suatu amalan yang sangat perlu untuk dipraktikkan.

Kredit penuh kepada: brunet.bn


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

2 Re: Salam dan bersalaman. on Fri Jul 31, 2009 10:59 am

insyirah


Moderator
Moderator
Islam juga menganjurkan malah disunatkan kita mencium tangan kedua ibubapa ketika bersalaman dengan mereka.

Kata seorang ukhti pada ana, selagi punya ibu dan bapa atau salah seorang dari mereka, belajarlah untuk mencium/memeluk mereka. Awalnya pasti merasa malu tetapi bila dah biasa insya Allah tiada masalah untuk melakukan perkara tersebut pada ibubapa kita. Takkan kita baru nak mencium kening dan dahi mereka apabila mereka sudah sejuk dan jantung tiada lagi degupan.

Mungkin bagi yang baru menjinakkan diri, ibu/bapa pula rasa pelik tapi insya Allah lama-kelamaan mereka akan terbiasa. Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

3 Re: Salam dan bersalaman. on Fri Jul 31, 2009 7:02 pm

dheadz


Admin
Admin
Salam, bermacam jenis salam menyalam orang kita lakukan sekarang. Ada orang yang lakukan begini, bersalaman dengan mencium tangan orang yang disalam, dan ada juga yang bersalam tapi mencium tangannya sendiri... Hmmm...


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

4 Re: Salam dan bersalaman. Today at 7:32 pm

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum