Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

PPSMI dimansuh?

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 PPSMI dimansuh? on Wed Jul 08, 2009 6:24 pm

dheadz


Admin
Admin
Salam, sebelum ni saya agak suka bila PPSMI ini diperkenalkan, cara baru untuk didik generasi muda, bekalan untuk mereka menghadapi dunia yg semakin mencabar sekarang. Tapi nampaknya kerajaan akan mansuhkan langkah ini.Crying or Very sad

Ada komen?


****************************************************
Dipetik dari Berita Harian

PPSMI dimansuh?

Tingkat pengajaran bahasa Melayu, tanpa ketepi bahasa Inggeris

KUALA LUMPUR: Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mendapat bantahan beberapa pihak, terutama pejuang bahasa dijangka berakhir berikutan keputusan kerajaan memansuhkan dasar itu.

Sebagai ganti, kerajaan akan mengumumkan strategi yang lebih menyeluruh untuk meningkatkan pengajaran bahasa Melayu dan pada masa sama tidak mengetepikan kepentingan bahasa Inggeris di semua peringkat sekolah.

Menurut sumber, dasar baru itu dijangka bermula pada 2012 dan akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet hari ini untuk kelulusan.

Antara langkah yang dijangka diumumkan kerajaan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris adalah menambah bilangan guru dan waktu pelajaran bahasa itu di sekolah, memperkenalkan subjek baru serta merapatkan jurang perbezaan pencapaian murid luar bandar dan dalam bandar.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika diminta mengulas perkara itu, berkata beliau akan mengumumkan keputusan muktamad kerajaan selepas membentangkannya kepada Kabinet tetapi enggan menyatakan butirannya.

Beliau yang juga juga Menteri Pelajaran, berkata keputusan itu dibuat selepas kajian teliti termasuk perbincangan dengan pelbagai badan atau pertubuhan berkaitan pendidikan.

"Tunggulah esok (hari ini). Saya sudah mengemukakan memorandum kepada Kabinet mengenai kedudukan PPSMI dan apa yang telah dilaksanakan dan bagaimana kedudukan penguasaan bahasa Inggeris serta subjek Sains dan Matematik sejak kita melaksanakan dasar itu," katanya selepas melancarkan Projek Gerak Bakti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), di Kompleks Seri Pekembar Pagoh, dekat Muar, semalam.

Beliau berkata, kementerian sudah membuat banyak kajian dan menemui pelbagai hasil termasuk prospek masa depan PPSMI sebelum dibentangkan kepada Kabinet.

"Antara yang diteliti dan menjadi perkara pokok ialah bagaimana kita meneruskan usaha memartabatkan Bahasa Kebangsaan, di samping memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris," katanya.

Beliau juga berkata, keputusan mengenai kedudukan PPSMI tidak dibuat secara terburu-buru dan bukan kerana desakan serta tekanan mana-mana pihak, sebaliknya ia berdasarkan kepentingan pelajar dan keutamaan untuk mempertingkatkan sistem pendidikan negara.

Ditanya sama ada keputusan itu adalah yang terakhir dan tiada lagi kajian selepas ini, Muhyiddin berkata pihaknya sudah menerima pandangan mengenai PPSMI sejak bertahun-tahun lalu dan sepatutnya sudah ada keputusan muktamad dicapai.

Beliau turut mengakui mengadakan perbincangan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjelaskan kedudukan PBSMI dan membentangkannya kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mendapatkan input daripada pimpinan parti.

Katanya, wakil parti komponen Barisan Nasional (BN) juga akan menyuarakan pendapat pada mesyuarat Kabinet.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

2 Re: PPSMI dimansuh? on Thu Jul 09, 2009 4:02 pm

insyirah


Moderator
Moderator
Salam Smile

PPSMI ni bagus, apa juga yang mendatangkan kebaikan kepada pelajar semestinya disambut dengan baik tetapi kenapa pejuang bahasa membantah dengan PPSMI, ana rasa kalau ikut program yang mereka lakukan. Bukan isu bahasa yang tunjang masalahnya tetapi masalahnya ialah kegagalan para pelajar terutamanya yang berada di luar bandar memahami Sains dan Matematik di dalam bahasa inggeris. Mereka jadi malas dan bosan belajar apabila tidak memahami apa yang di ajar tambahan pula penduduk luar bandar bukanlah dari kalangan orang yang selalu menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pertuturan. Berbeza dengan penduduk yang berada di bandar. Contoh terdekat ialah keluarga angkat ana. Mereka menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pertuturan, bahasa melayu sebagai bahasa kedua di rumah. Jadi, mereka tidak mengalami masalah belajar dalam bahasa inggeris.

Tambahan pula, ayah mereka doktor pakar dan ibu mereka lepasan sarjana muda jurusan kimia dari Australia. Bagi mereka, bahasa inggeris begitu releven. Tetapi, bagi penduduk di luar bandar, di kampung dan pedalaman. Belajar dalam bahasa melayu saja sudah gawat, bila belajar dalam bahasa inggeris, mereka jadi tak faham dan tak minat. Lama-lama, tetap dalam kepompong kemiskinan lantaran minat yang 'dibunuh' kerana tidak faham apa yang cikgu ajarkan.

Pelajar yang mendapat A, mungkin 10 atau 20 tahun lalu tersangat jauh bezanya berbanding pelajar A zaman sekarang. Kualiti A tak macam dulu lagi kerana kerajaan boleh menurunkan graf pemarkahan. Ana punya kenalan yang bekerja dengan jabatan peperiksaan (masa UPSR dulu pun tak 'excited' ambil result di sekolah sebab dah tau result), ana juga ada makcik dan pakcik yang merupakan pensyarah. Sedikit sebanyak, mereka selalu mengeluh pelajar yang dapat A dalam matematik tambahan (SPM) pun tak semuanya faham matematik alam universiti.

PPSMI bukan sekadar isu bahasa tetapi ia juga melibatkan tentang pelajaran dan masa depan anak-anak Malaysia

Tetapi dari satu sudut, terasa juga. Bila belajar dalam bahasa melayu, nanti dah masuk alam universiti mereka terkapai-kapai pula nak belajar dalam bahasa inggeris. Rolling Eyes


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

3 Re: PPSMI dimansuh? on Thu Jul 09, 2009 10:55 pm

dheadz


Admin
Admin
Pembelajaran dalam bahasa Inggeris perlu diperkenalkan, betul2 diamalkan sebelum pelajar2 sekolah masuk ke alam Universiti. Kalau tidak nanti, akan terjadi semacam kejutan. Bahasa perantaraan yang digunakan di Universiti kebiasaannya bahasa Inggeris, begitu juga dengan buku2 rujukan. Kalau tiada persiapan sebelum mereka ni masuk ke U, alamatnya nanti ada yang terkapai-kapai dan akhirnya mendapat keputusan yang tidak memuaskan.

Saya sokong PPSMI ini, walaupun ramai anak bangsa sendiri yang membantah langkah bagus kerajaan ini. Tidak mengapa, mereka ada alasan mereka sendiri, begitu juga dengan saya. Semoga kesedaran akan lebih mendalam, dan lebih ramai lagi yang peka dengan keperluan bahasa Inggeris di zaman sekarang.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

4 Re: PPSMI dimansuh? on Sat Jul 11, 2009 6:38 pm

azizul


Admin
Admin
Saya menyokong usaha memantapkan penguasaan bahasa inggeris oleh pelajar, dahulu kerajaan Indonesia menggariskan pembelajaran bahasa inggeris bermula sewaktu di tahap sekolah menengah. waktu saya ke sana (sewaktu usia 8 thun) banyak teman2 yang menganggap kite ni bijak sebab bleh sebut nombor2 dlam bahasa inggeris, sesuatu yg tak semua dapat lakukan dilakukan oleh semua orang. tetapi itu dulu. sekarang sistem mereka dah berubah. kita juga kena berubah. mesti ingat, antara punca kekayaan industri di bangalore, india ialah kerana kemampuan ramai graduan IT nya yang mampu berbahasa inggeris. sekarang pun tahap penguasaan bahasa inggeris di sana semakin meningkat dan kita?

di universiti saya ni pun saya hanya mampu menyimpulkan kebanyakan mahasiswa tidak mampu memahami sepenuhnya matapelajaran mereka kerana kelemahan mereka dalam bahasa inggeris, dan lecturers tiada pilihan lain melainkan menjadikan sesi P&P mereka dwi bahasa.

seperti yang dikatakan oleh Dr M. "adakah kita akan terus berharap orang lain menterjemahkan untuk kita?"

Wallahu 'alam


_________________
http://al-insyirah.forummotion.com

5 Re: PPSMI dimansuh? on Sun Jul 12, 2009 9:17 am

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum..
Terus terang dinyatakan.. saya agak terkejut dan kecewa bila PPSMI dimansuhkan menjelang 2012.
Sebagai pensyarah.. saya hadapi masalah agak ketara bila pelajar2 baru lepasan SPM dalam kelas. Rata2 penguasaan bahasa Inggeris terlampau lemah sehinggakan mereka jadi malas untuk membaca buku yg rata2nya berbahasa Inggeris. Untuk layari web telahlah.. lain yang diminta.. lain pula yang dimuatturun..
Sebagai guru tuisyen sek menegah untuk matapelajaran sains tingkatan 1 dan 2 .. rata2 mereka tampak lebih faham dan lebih bermaklum balas bila penggunaan Inggeris lebihkan.. Saya pernah cuba ajarkan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia.. mereka agak keliru dan tak pasti akan jawapan mereka.. tapi bila soalan yg sama dalam bahasa Inggeris.. mereka lebih yakin dengan jawapan mereka.

http://www.umaruddin.blogspot.com

6 Re: PPSMI dimansuh? on Mon Jul 13, 2009 3:02 pm

dheadz


Admin
Admin
Betul kata Umaruddin, kadang kala diri saya sendiri pun, akan lebih biasa dengan perkataan, atau ayat dalam bahasa Inggeris. Bila hendak jawab soalan dalam bahasa Melayu, boleh... tapi dek kebiasaan menggunakan perkataan itu dalam bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian, untuk mencari perkataan yang sama maknanya dalam bahasa Melayu, agak sukar. Tapi saya masih ingat, bahasa Melayu tetap di hati.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

7 Re: PPSMI dimansuh? on Mon Jul 13, 2009 6:57 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
dheadz wrote:Betul kata Umaruddin, kadang kala diri saya sendiri pun, akan lebih biasa dengan perkataan, atau ayat dalam bahasa Inggeris. Bila hendak jawab soalan dalam bahasa Melayu, boleh... tapi dek kebiasaan menggunakan perkataan itu dalam bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian, untuk mencari perkataan yang sama maknanya dalam bahasa Melayu, agak sukar. Tapi saya masih ingat, bahasa Melayu tetap di hati.
Assalamualaikum...
Teramat setuju dengan kenyataan Dheadz.. bukan nak mengaggungkan bahasa Inggeris.. cuma kadang kala kalau kita nak naikkan martabat bahasa kita kita kena serasikan diri kita dengan bahasa orang.. baru boleh orang kenal bahasa kita..
Jangan nanti disebabkan nak agongkan bahasa kita.. dalam kamus orang bahasa Inggeris cuma kekal 3 perkataan tu sahaja.. tiada penambahan baru..
Amok.. pelikkan.. amok.. bangsa lain tak mengamok ke.. cuma kita sahaja ke sampai Bahasa Inggeris masukkan perkataan ni dalam kamus mereka..
Batik.. bab ni saya terima.. disebabkan keunikan seni.. tak dapat disamakan dan dicari di lain tempat selain nusantara kita..
Orang Utan.. pun saya terima penggunaannya dalam kamus bahasa Inggeris.
Ada kemungkinan 2 lagi perkataan .. Durian dan Rambutan

http://www.umaruddin.blogspot.com

8 Re: PPSMI dimansuh? Today at 5:56 pm

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum