Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Koleksi Kisah Motivasi

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 Koleksi Kisah Motivasi on Tue Jul 07, 2009 4:23 pm

insyirah


Moderator
Moderator
Assalamu'alaikum whb warga Al-Insyirah. Smile

Moga kita semua dikurniakan kesihatan dan iman yang 'sihat'. Insya Allah. Ana ingin berkongsi koleksi kisah-kisah motivasi yang ana baca, ana juga masukkan sekali pautan blog/website yang ana ambil supaya kalian dapat membuat rujukan. Ingat nak masuk satu topik untuk satu kisah tetapi ana fikir ianya hanya akan menjadi 'lambakan' di Al-Insyirah, jadi ana buat secara kelompok. Jadi, semua pautan mahupun kisah bercirikan MOTIVASI, ana masukkan di sini.


Semoga bermanfaat. Very Happy


By : Tirana Mutiara

~ Pemancing Ikan ~

Pak Mahat bercadang untuk pergi memancing dan telah berjanji kepada isterinya, Mak Munah, untuk membawa pulang ikan-ikan yang segar. Mungkin Mak Munah boleh goreng ikan-ikan tersebut untuk makan malam. Pak Mahat sangat gemar makan ikan goreng yang rangup.

Pak Mahat berjalan menuju ke sungai yang berhampiran dengan rumahnya bersama sebatang joran, sebuah bakul dan seuncang umpan. Tidak lupa juga, dia membawa sebotol air minuman. Tiba di tebing sungai, Pak Mahat mencari tempat yang sesuai dan strategik untuk mula memancing. Akhirnya dia duduk di atas sebuah batu. Dia melekatkan umpan ke mata kail dan menghulurkan jorannya ke dalam sungai sambil menunggu umpan itu dimakan oleh ikan. Cuaca pada petang itu agak panas.

"Tak nampak bayang ikan pun. Mana semua ikan-ikan ni pergi?" Hati Pak Mahat berkata-kata setelah beberapa lama menunggu. Tidak seekor pun ikan yang datang memakan umpannya.

Hari semakin petang tapi Pak Mahat masih tidak dapat menangkap walau seekor ikan pun. Dia kecewa dan membaling seketul batu ke dalam sungai dengan perasaan marah. Ketika itu juga jirannya Pak Malau dan anak lelakinya, Seman datang ke tebing sungai untuk memancing juga. Pak Mahat langsung tidak menegur mereka dan berlalu dari situ dengan muka yang masam mencuka. Pak Mahat amat kecewa. Dia merasakan masanya terbuang dengan sia-sia di situ.

"Marah nampaknya Pak Mahat tu.." Kata Seman.

"Lapar agaknya. Dia sepatutnya tunggu sebentar lagi. Ikan-ikan akan datang memakan umpan bila cuaca teduh dan air sungai ini menjadi sejuk sedikit" kata Pak Malau.

Tidak lama kemudian, kelihatan ikan-ikan mula muncul di dalam air. Pak Malau dan Seman segera menghulurkan joran masing-masing ke dalam sungai. Petang tu, mereka dapat menangkap beberapa ekor ikan.


Kesabaran dan perancangan yang teliti dapat mengelak daripada kekecewaan dan kesulitan! Smile

Pernahkah kita berhenti dari berusaha walaupun kita berada cuma sejengkal dari matlamat kita? Kadang-kadang kita terperangkap dengan memikirkan bahawa nasib tidak menyebelahi kita namun sebenarnya sikap kita sendiri yang membuatkan diri kita sakit dan gagal.

Jika Pak Mahat sabar dan mengambil sedikit masa untuk mempelajari tabiat ikan seperti mengetahui jenis umpan yang ikan suka dan waktu yang digemari oleh ikan-ikan untuk keluar ke permukaan air, besar kemungkinan, petang itu dia telah dapat menangkap beberapa ekor ikan untuk dibawa pulang kepada isterinya.

Bila keadaan yang tegang menjadi semakin buruk, ada baiknya kita duduk dan menarik nafas untuk seketika, bertenang dan berfikir semula tentang situasi tersebut. Apakah ada langkah-langkah lain yang perlu kita ambil atau mungkin ada seseorang yang telah berjaya yang boleh memberi pandangan dan nasihat. Kesombongan dan kekecewaan hanya akan menghalang kita daripada mendapatkan ilmu atau pandangan yang boleh membantu kita mengatasi kesulitan yang kita alami.. Malas berkayuh, perahu hanyut, malas bertanya, sesat jalan.

Sabar mungkin satu perkataan yang menggambarkan sikap yang perlu ada pada diri kita. Jangan terlalu gopoh dalam mengejar sesuatu. Merancang dan meneliti setiap langkah akan menjimatkan masa dan tenaga kita. Adalah lebih baik melangkah dengan sabar dan bijak ke tebing sungai daripada pulang dengan tangan yang kosong!!!


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

2 Re: Koleksi Kisah Motivasi on Tue Jul 07, 2009 5:02 pm

insyirah


Moderator
Moderator
By : Tirana Mutiara

~ Kelam ~

Di saat Fauzi melangkah keluar dari rumahnya, dia sudah dapat merasakan bahawa sesuatu yang tidak elok bakal berlaku pada hari itu. Cuaca di luar mendung sekali seakan-akan ribut besar akan melanda sebentar lagi. Sungguh ganjil - ramalan cuaca sebentar tadi mengatakan hari ini cuaca panas.

Fauzi tidak hiraukan itu semua. Dia meneruskan perjalanannya ke "Coffee Shop" yang menjadi tempat kegemarannya - tempat untuk dia melega dan menenangkan hati dan perasaannya. Suasana di dalam "Coffee Shop" itu suram dan samar-samar seolah-olah separuh daripada lampu-lampu di situ tidak berfungsi.

"Kenapa suasana di sini kelam dan teruk sekali pada hari ini.. Tidakkah pemilik kedai ini pernah terfikir untuk menggantikan lampu-lampu yang tidak berfungsi itu?" Hati Fauzi mengomel.

"Tapi aku suka kedai ini...Entah kenapa aku suka datang ke sini.." Hatinya terus berkata-kata.

Fauzi akhirnya memilih sebuah meja di satu sudut yang agak terpencil. Seorang pelayan datang menghulurkan menu. Dia meneliti menu tersebut tapi kesuraman dan kesamaran kedai itu membuatkan dia bertambah tertekan. Selalunya tidak begitu. Dia akan berasa lega berada di situ tetapi tidak pada hari ini. Segala-galanya suram pada hari ini.

Beberapa minit berlalu, pelayan itu datang kembali dan bersedia untuk mengambil pesanan. Fauzi membuat pesanan sambil pelayan itu menulis di atas sekeping kertas. Fauzi memandang tepat ke muka pelayan itu seolah-olah ada sesuatu yang tidak begitu menyenangkannya.

"Kenapa pengurus kedai ini tidak mengganti lampu-lampu yang tidak berfungsi itu? Keadaan di sini sangat suram dan samar. Adakah dia fikir pelanggan suka makan dalam gelap? Fauzi, perasaannya yang sudah terganggu sejak melangkah keluar dari rumah tadi, berkata kepada pelayan tersebut dengan nada yang keras dan kasar.

"Tapi encik," kata pelayan itu dengan rasa sedikit kehairanan, "Lampu-lampu di sini semuanya berfungsi" kata pelayan itu lagi. Pelayan itu agak terkejut dengan sikap Fauzi pada hari ini. Dia telah mengenali Fauzi kerana Fauzi merupakan pelanggan tetap di situ. Selalunya Fauzi kelihatan ceria dan peramah tetapi hari ini kelihatan moodnya tidak berapa baik.

"Tidakkah encik rasa encik patut tanggalkan kacamata hitam yang encik pakai itu?" kata pelayan itu lagi dengan bertata tertib.

Fauzi menanggalkan cermin mata hitamnya. Ah, betul sekali! Rupanya dia tersilap memakai cerminmata. Dalam keadaan yang tergesa-gesa tadi dia terambil cermin mata hitam. Fauzi meminta maaf kepada pelayan tersebut kerana berkasar dengannya dan sudah tentu ada "tip" yang lebih buat pelayan tersebut.


**************************

Sekarang pandang ke dalam diri masing-masing. Pernah atau tidak, sesuatu perkara yang kita lakukan tetapi tidak begitu menjadi dan kita pun mula menyalahkan orang lain? Bila kita tidak rasa bahagia, kita mula menyalahkan orang-orang yang berada di sekeliling kita...kita menyalahkan persekitaran dan sebagainya. Jari telunjuk kita asyik menuding ke arah orang lain tanpa kita sedari empat jari lagi menuding kepada diri kita sendiri.

Cerita "kelam" mungkin dapat membuka sedikit minda kita. Tidakkah benar bahawa kesamaran yang kita temui dalam kehidupan kita selalunya berpunca dari diri kita sendiri? Begitu mudah kita menyalahkan orang lain terhadap kesamaran yang terpaksa kita lalui itu. Mungkin kita berharap dengan menyalahkan orang lain itu, akan segera menyelesaikan masalah kita. Tentu sekali tidak kan?

Berapa kerap kita cuba mengubah sikap dan kelakuan pasangan atau orang-orang yang berada di sekeliling kita tetapi tidak berjaya? Kita sedar bahawa kita tidak boleh mengubah orang lain. Kita hanya boleh memujuk dan menasihati tetapi kita tidak boleh memaksa orang lain mengikut kehendak kita. Menyedari hakikat ini, tentu kita boleh melihat betapa tidak produktifnya seseorang bila dia merasa terganggu dengan keadaan di sekelilingnya.

Seperti Encik Fauzi dalam cerita "kelam" di atas, bila kita memikirkan masalah itu adalah masalah orang lain, kita akan banyak membuang masa dengan membebel, marah-marah, naik angin dan sebagainya.

Bila sesuatu perkara tidak berlaku sepertimana yang kita harapkan, kuncinya ialah, BERHENTI dan BERFIKIR tentang sikap dan tindakan kita sendiri. Seseorang yang bijak akan bertanya kepada dirinya sendiri. "Adakah aku yang menjadi punca kepada masalah ini?"

Meletakkan kesalahan kepada orang lain hanya akan menyulitkan kita untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Bersedialah untuk bertanggungjawab dan meneliti kelemahan dan kesilapan diri kita sendiri. Itu akan membantu kita mengambil tindakan yang lebih positif ke arah penyelesaian sesuatu masalah.

Meneliti diri sendiri membuatkan kita menanggalkan kacamata hitam yang menjadi punca kepada masalah selama ini dan menggantikannya dengan kacamata cerah. Mungkin juga sebahagian lampu-lampu itu perlu diganti tetapi itu di luar kawalan kita. Kita telah melakukan apa yang kita termampu untuk mengubah situasi.

Kadang-kadang kita mampu melakukan banyak perkara untuk memperbaiki keadaan tetapi jangan kecewa bila kita hanya berupaya melakukan sedikit sahaja. Namun, bertanggungjawab serta sedia menerima dan memperbaiki kesilapan diri sendiri lebih membuatkan kita bahagia dan lega daripada menyalahkan orang lain dan menunggu mereka berubah. Menyalahkan orang lain adalah perencah kepada kekecewaan.


Ketika mencari sumber kebahagiaan, perkara pertama yang patut kita lakukan ialah melihat kepada diri sendiri


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

3 Re: Koleksi Kisah Motivasi on Wed Jul 15, 2009 9:49 am

insyirah


Moderator
Moderator
By : Tirana Mutiara

~ Ibu Mertuaku ~

Pada suatu masa dahulu, ada seorang tukang cerita. Kerjanya setiap hari ialah bercerita. Pelbagai cerita keluar dari mulutnya sehingga pada suatu hari, dia merasa bosan kerana asyik mengulangi cerita-cerita dongeng yang sama. Dia keluar meninggalkan rumahnya untuk mencari satu kisah yang benar-benar berlaku dalam masyarakat.


Dia tiba di sebuah kampung. Tukang cerita itu menyewa sebuah pondok kecil di situ. Kemudian dia keluar merayau setiap hari untuk mencari kisah yang boleh dijadi bahan cerita. Sebulan berlalu, dia masih tidak menemui apa-apa di situ. Dengan rasa sedikit kecewa, dia berhenti mencari.


Ketika sedang duduk berehat di pondok kecil itu pada suatu hari, tiba-tiba dia terdengar satu suara yang nyaring - suara seorang perempuan yang sedang memarahi seseorang. Suara itu datangnya dari pondok sebelah.


Tukang cerita itu memasang telinga betul-betul. Bunyinya seperti seorang ibu mertua memarahi seorang menantu namun suara menantunya langsung tidak kedengaran. Sudah tentu tukang cerita itu tidak suka dengan apa yang didengarnya dari pondok sebelah tapi dia gembira kerana akhirnya dia mendapat idea untuk bercerita.


Setiap hari, dia akan memasang telinga mendengar episod demi episod si ibu mertua memarahi menantunya. Kemudian dia mencatatkan semuanya ke dalam sebuah buku. Walaupun dia tidak melihat dengan jelas watak-watak yang terlibat dalam episod ini, namun hatinya telah mula merasa benci terhadap si ibu mertua kerana pada pendengarannya si ibu mertua ini kejam, mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap menantunya sendiri.


Selepas beberapa hari mendengar episod kemarahan itu, akhirnya dia mengambil keputusan untuk menamatkan ceritanya. Sebelum itu, dia ingin melihat watak si ibu mertua dan si menantu dengan jelas. Dia mengintai melalui sebuah tingkap yang terbuka.


Dia amat terkejut sekali dengan apa yang dilihatnya. Dia mendapati si ibu mertua itu lumpuh dan hanya dapat bergerak dengan menggunakan kerusi roda. Si menantu pulak hanya duduk-duduk di atas kerusi empuk yang berhampiran. Kadang-kadang si menantu menjeling ke arah ibu mertuanya.


Si ibu mertua terkial-kial untuk mendapatkan makanan di atas sebuah meja yang besar. Dengan keadaannya yang lumpuh dan berada di atas kerusi roda, sudah tentu dia tidak berupaya mendapatkan makanan itu. Si menantu hanya memandang ke arah mertuanya. Tidak pula ditolongnya orang tua itu malah diketawakannya lagi. Kelihatan seperti si menantu suka melihat keadaan ibu mertuanya yang terkial-kial untuk mendapatkan makanan yang sengaja diletakkan di tengah-tengah meja besar itu.


Tiba-tiba si ibu mertua terjatuh dari kerusi roda. Si menantu langsung tidak memperdulikan ibu mertua yang sudah terbaring di lantai. Dari situlah bermulanya episod ibu mertua memarahi menantunya dengan mengeluarkan perkataan yang kesat dan itulah yang didengari oleh tukang cerita itu setiap hari.


Selepas melihat kejadian itu dengan matanya, tukang cerita itu kemudiannya menamatkan ceritanya dengan cara yang berbeza. Pada mulanya dia menamatkan cerita dengan gambaran bahawa betapa kejamnya si ibu mertua yang memaki hamun menantunya. Namun sekarang dia melihat betapa si menantu itu bersikap tidak prihatin kepada mertuanya yang lumpuh itu. Hakikatnya, si tukang cerita itu telah menemui kisah benar dan sekali gus mendapat pengajaran daripada kisah itu.



Never judge a situation unless we know all the aspects well. Sometimes we can't simply imagine our distance from reality!!


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

4 Re: Koleksi Kisah Motivasi on Fri Jul 17, 2009 8:28 pm

insyirah


Moderator
Moderator
~ Cuci Tingkap Sendiri ~

Sikap menentukan kejayaan. Itulah yang dapat saya kutip dari buku "You Can Win". Sikap juga menentukan cara kita bertindak. Jika positif sikap kita maka positif jugalah tindakan kita. Salah satu sikap yang selalu saya "highlight" kan dalam cerita-cerita di blog ini ialah sikap "terlalu cepat menjatuhkan hukuman" atau cepat mengkritik tanpa usul periksa. Kisah "ibu mertuaku.." yang saya tulis dua hari lepas menggambarkan sikap tersebut. Dan hari ini, ada lagi satu cerita yang mungkin berlaku di kalangan kita sendiri. Melihat kepada kesan negatif yang disebabkan oleh sikap ini, maka adalah terlebih baik untuk kita memperbaiki diri sendiri.


Sepasang suami isteri yang masih muda baru berpindah ke sebuah kawasan perumahan. Pada suatu pagi minggu yang indah, ketika pasangan ini sedang berbual-bual sambil bersarapan di ruang dapur rumah mereka, si isteri telah terpandang jiran sebelah rumahnya sedang menjemur pakaian. Dia mengintai jiran itu melalui sebuah tingkap cermin di ruang dapur rumah mereka.


"Mak Cik sebelah ni tak pandai basuh kain baju. Cuba abang tengok, kain baju yang dibasuhnya kelihatan masih kotor. Dia patut belajar macam mana nak basuh pakaian. Agaknya dia guna sabun yang murah." Kata si isteri kepada suaminya.


Suaminya melihat ke luar tingkap tapi tidak berkata apa-apa.


Setiap hari si isteri akan mengintai jirannya menjemur kain dan setiap kali jugalah si isteri akan memberi komen yang sama.


Sebulan kemudian, si isteri terkejut melihat pakaian yang dijemur oleh jirannya. Nampak bersih, tidak seperti selalu.


"Haa..Mak Cik ni dah belajar macam mana nak basuh kain baju. Cuba abang tengok, kain baju yang dijemur itu kelihatan bersih sekali hari ini. Siapa yang ajar dia agaknya ye.." Kata si isteri kepada suaminya.


Ketika ini si suami mencelah, "Abang bangun awal pagi tadi dan cuci tingkap cermin ini. Kotor dan berdebu. Awak tak perasan ke sebelum ini?"


Pertanyaan si suami menyebabkan si isteri terpinga-pinga. Si suami cuma tersenyum sinis melihat gelagat isterinya. Sengaja dia buat begitu kerana ingin menyedarkan isterinya yang asyik mengkritik mak cik sebelah rumah.



Alangkah baiknya, sebelum kita mengkritik tentang orang lain atau tentang sesuatu perkara, kita meneliti dan memeriksa "tingkap" kita sendiri samada bersih atau sebaliknya. Apa yang kita pandang di luar bergantung kepada kebersihan "tingkap" tersebut. Kadang-kadang "tingkap" itu terlalu kotor sehingga apa yang kita nampak di luar tidak bersih belaka di mata kita walaupun sebenarnya ianya bersih. "Tingkap" itu adalah fikiran dan sikap kita sendiri, fikiran dan sikap yang kita sendiri boleh kawal tahap kebersihannya. Mari kita memandang seseorang atau sesuatu dari sudut yang positif, mencari kebaikan sebelum melihat kejelekan. Kadang-kadang sikap negatif menyebabkan kita memandang negatif kepada hampir semua situasi walaupun situasi itu sebenarnya adalah positif. Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

5 Re: Koleksi Kisah Motivasi on Thu Jul 23, 2009 9:12 am

insyirah


Moderator
Moderator
By : Tirana Mutiara

~ Hidup Ibarat Mendaki Tangga ~

Di tengah-tengah kota raya, berdiri megah sebuah apartment yang tinggi menjulang. Apartment itu mempunyai 80 tingkat. Di tingkat yang paling atas itulah tinggal dua orang lelaki yang bersaudara kembar.


Pada suatu petang, dua beradik itu pulang dari kerja dan mendapati lif yang selalu membawa mereka turun naik apartment itu telah rosak dan sedang diperbaiki. Ia mungkin mengambil masa yang agak lama kerana kerosakannya agak teruk. Kedua-dua orang adik beradik kembar itu telah mengambil keputusan untuk naik ke atas dengan mengguna tangga.


Selepas berhempas pulas mendaki, mereka akhirnya sampai di aras 20. Mereka tercungap-cungap keletihan.


"Apa kata kita tinggalkan saja beg ini di sini. Ia hanya melambatkan pendakian kita" kata salah seorang dari mereka.


"Bagus juga idea tu.. Nanti bila lif telah berfungsi, kita turun semula ke sini untuk mengambil beg-beg tersebut." kata lelaki yang seorang lagi.


Akhirnya mereka bersetuju meninggalkan beg kerja mereka di aras 20 dan meneruskan pendakian ke tingkat yang seterusnya. Apabila mereka tiba di tingkat 40, salah seorang dari dua beradik kembar itu mula merungut dan membebel keletihan. Seorang lagi sakit telinga mendengar rungutan dan bebelan tersebut. Mereka berdua mula bertengkar sesama sendiri sambil terus mendaki tangga untuk naik ke atas dan akhirnya mereka tiba di tingkat 60.


Mereka berhenti sejenak di tingkat 60 untuk menarik nafas. Ketika inilah mereka menyedari bahawa ada lagi 20 tingkat yang perlu mereka daki dan mereka juga sedar pertengkaran hanya membuatkan mereka lebih merasai keletihan. Mereka akhirnya bersetuju untuk berhenti bertengkar sesama sendiri dan mendaki dengan tenang dan aman.


Akhirnya mereka tiba juga di tingkat 80. Masing-masing menunggu dengan tenang di muka pintu.


"Bukalah pintu itu" kata kembar yang pertama.


"Kamulah buka" kata kembar yang kedua.


Mereka kemudiannya menyedari bahawa kunci rumah mereka berada di dalam beg yang mereka tinggal di tingkat 20. Kedua-dua saudara kembar itu terduduk di depan pintu rumah mereka dengan rasa sesal di hati masing-masing.


Cerita di atas boleh kita jadikan analogi tentang kehidupan kita. Ada di antara kita, di waktu kecil dan remaja hidup dalam keadaan yang didesak untuk memenuhi kehendak dan pengharapan ibubapa, guru-guru dan persekitaran. Kadang-kadang kita tidak berupaya untuk mengelak dari mengikut kehendak orang lain dan tidak dapat melakukan sesuatu yang kita suka dan inginkan. Maka hiduplah kita dalam keadaan tertekan di mana apabila kita mencapai usia 20 tahun, kita sudah tidak mampu menahan lagi dan akhirnya kita memberontak dan melepaskan semua perasaan tidak puas hati itu dengan pelbagai tindakan yang pasif dan negatif.


Selepas memberontak, hati kita merasa puas dan bebas. Kita mengimpikan sesuatu dalam hidup kita dan kita berusaha untuk mencapainya namun separuh daripada tenaga kita telah hilang dan segala kemahiran yang sepatutnya kita kumpul sebelum usia 20 tidak ada pada kita. Ketika inilah kita terkial-kial untuk mencari kemahiran tersebut. Dengan tenaga yang tinggal, kita belajar dan mencari kemahiran yang diperlukan. Tanpa persediaan dari segi mental dan fizikal, tentulah sukar bagi kita untuk belajar sesuatu yang baru


Akhirnya di usia 40 tahun kita keletihan dan hilang keyakinan kepada diri sendiri. Impian dan matlamat akhirnya terkubur. Ketika ini kita akan mula merasai ketidak puasan. Kita merungut dan membebel menyalahkan diri sendiri dan orang lain juga. Kehidupan kita menjadi tidak menentu dan tidak bahagia.


Ketika menjangkau usia 60 tahun, kita menyedari bahawa kehidupan kita semakin hampir ke garisan penamat lalu kita mengambil keputusan untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan yang tertinggal dengan aman tanpa rungutan dan bebelan. Lagipun kita terlalu letih dan tenaga kita telah hampir habis untuk membebel dan merungut.


Akhirnya di usia 80 tahun, tiada apa lagi yang tinggal pada kita. Kita menjadi semakin lemah dan fikiran kita pada ketika ini hanya tertumpu pada kematian. Namun jauh di sudut hati, ada perasaan terkilan kerana segala impian kita yang indah itu tidak dapat dicapai dan terkubur semenjak 60 tahun lalu.



Justeru, berusahalah sementara masih ada peluang dan kesempatan. Susun strategi dan langkah-langkah yang bijak supaya impian dan matlamat dapat kita capai sebelum kehidupan kita berakhir dan kita tidak perlu merasa terkilan seumur hidup kita. Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

6 Re: Koleksi Kisah Motivasi on Thu Jul 30, 2009 9:46 am

insyirah


Moderator
Moderator
~ Allah Selamatkan Saya Ketika Derita ~

Diambil dari : The Online Rahim

Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang.

"Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini...?" kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.

Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.

Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif.

"Jika ada duit, adik nak makan apa?" tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja.

"Roti canai..." jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu. Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula.

Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah.

Tidur untuk menahan lapar

Saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi.

Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini.

Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi.

"Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih," kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.

Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu...hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma.

Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.

Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit.

Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti 'Ah Long', menjadi pengawal keselamatan dan 'house-keeping' di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota.

Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera.

Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan 'kerja', namun saya tolak kerana menjadi 'pusher' dan jual paket-paket ganja, jadi 'bouncer' di kelab malam dan upah 'menarik' kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah.

Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita.

Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari.

'Tak boleh sembahyang Jumaat!'

Saya bekerja di bahagian 'script processing' dan 'data entry'. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari.

Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena.

"Kenapa baru balik? Pergi mana?" jerkahnya.

"Sembahyang. Hari inikan Jumaat," saya jelaskan dengan santun.

"Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!"katanya tidak puas hati.

Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan 'solat' di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka lazim 'bersidai'.

"Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!" kata saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahayang.

Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang "Remiser" mengambil saya berkerja sebagai "Asistant" di syarikat yang sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza - bukan di bawah telunjukknya lagi.

Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya.Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah.

Suatu malam, saya sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke tempat kerja, tambang bas pun tidak ada. Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka.

Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya.

"Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat," ingat mereka kepada saya.

Teresak-esak saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu!

Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya...

"Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di muka."

Ya, begitulah juga dengan saya...hanya pada Allah saya berharap. Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah.

Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ. Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka...

Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga.

Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia...itulah Allah, yang amat menyayangi hamba-Nya.

Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya.

Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu."

Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena

Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah 'menyelamatkan' saya pada suatu malam ketika benar-benar kesempitan wang.

Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis makanan.

Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan itu.

Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya.Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya.Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol tersebut.

Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya...

Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan. Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya.

Saya bersabar menunggu detik itu...

Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata :

"Mmm...sedap.."

Dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk 'mencarik-carikkan' nurani saya.

Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena......

Sebenarnya, ujian-ujian yang Allah berikan ini sama ada kepada saya atau yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepada-Nya.

Ketika menghadapinya terasa cukup sakit namun setelah berjaya melintasinya, ianya cukup nikmat. Pengalaman pahit umpama 'universiti terbaik' hidup kita selama ini.

Dan setiap ujian yang diberikan, adalah sesuai dengan kemampuan seseorang. Masalah-masalah saya, tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain kerana khuatir mereka tidak dapat menanggungnya.

Begitu juga masalah mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya hilang punca dan tidak upaya menahan bebannya.

Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya" (Al-Baqarah: 286)

Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.


Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita.

Jika anda rasa, anda susah betapa ramai lagi yang tak pernah kenal erti apa itu lampu, pendingin hawa atau makanan enak menjilat rasa.


Atau sekadar menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur ulaman di kaki longkang. Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. Mereka lebih derita dan lara.

Jikalau anda rasa hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat daripada anda. Esok anda hebat, lusa mungkin anda merempat. Belum tahu, justeru pintalah pada yang Esa agar perjalanan hidup anda sentiasa direstu dan dilindungi selalu.

Terus- terang saya katakan, di sebalik cabaran, dugaan dan asakan yang mendatang, adakalanya saya juga 'frust' dan tewas. Kecewa umpama 'mati' sebelum mati. Api juang adakala naik menjulang namun lazimnya padam dan kecundang.

Di sebalik tulis-tulisan saya dan rintangan yang dihadapi, mahu sahaja saya berhenti daripada mencebis kata-kata namun surat-surat pembaca dan puluhan email yang saya terima, 'menghidupkan' saya semula. Semua ini dengan hidayah dan kekuatan yang tuhan berikan.

Kata seorang tua kepada saya, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak itulah orang membenci kita. Justeru janganlah kita mendabik dada, kerana dunia ini pinjaman semata-mata.

Ada pembaca yang menceriakan saya, ada yang lebih susah hidupnya dan lebih hebat pengorbanannya malah tidak kurang juga yang menegur dan mengkritik saya.

Sesungguhnya, pandangan, dan teguran pembaca dan cerita-cerita mereka, menyuntik semangat di dada yang adakalanya kecundang secara tiba-tiba.

Syukur kepada Allah, memberi kekuatan kepada saya dan terima kasih kepada pembaca, peminat dan pengkritik yang telah menyedarkan lena dan duka saya yang panjang...

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "innalillahi wa inna ilaihi raji'un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)." (Al-Baqarah: 155-156).

Menulis dari meja Harakahdaily di pejabat Harakah, jam 10.30 pagi 22 Julai 2009.- azm

(Sebarang teguran, pandangan dan suntikan semangat, bolehlah disisipkan kepada saya di azaminamin[at]yahoo.com)


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

7 Re: Koleksi Kisah Motivasi on Fri Jul 31, 2009 12:18 am

dheadz


Admin
Admin
Menarik sangat kisah kat atas ni, membuatkan saya berfikir banyak kali, betapa untungnya diri dengan apa yang ada sekarang. Alhamdulillah...

insyirah wrote:Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ. Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka...
Saya bertanya sendiri, dari mana datangnya duit RM50.00 itu? Banyak persoalan dan jawapan yang mungkin, tapi malanynya penulis tidak mengulas lanjut tentang ini.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

8 Re: Koleksi Kisah Motivasi on Fri Jul 31, 2009 10:49 am

insyirah


Moderator
Moderator
Akhi, pada pendapat ana mungkin penulis menyimpan wang di dalam musyaf al-Quran seperti yang selalu dilakukan oleh adik lelaki ana. Duit di dalam al-Qurannya sangat banyak. Setiap sekeping duit ada di mana-mana helaian. Ana pernah tanyakan dulu pada adik;

"Kenapa simpan duit dalam al-Quran?"

Jawapan adik benar-benar menginsafkan ana:

[1] Kalau orang nak MENCURI dia kena ambil wudu' dulu sebelum buka Quran.

[2] Orang yang tak pernah pegang al-Quran terasa ke ada orang simpan duit dalam al-QUran, nak pegang pun malas apatah lagi nak menyelak isi al-Quran.

[3] Kalau dia jumpa duit masa membaca Quran, pasti hatinya turut merasakan bahawa ayat Al-Quran ada menyebut tentang hukuman pada PENCURI.

[4] Kalau selak Quran rasa excited nak tengok muka surat belakang2 ada duit apa pula. Macam curious gitu, jadi baca pun banyak-banyak (untuk selak helaian belakang).

Tersenyum dengan jawapan, sedangkan masa tu adik sekecil 12 tahun. Very Happy

Arwah datuk juga SANGAT suka menyimpan duit merata-rata, lepas hampir 10 tahun beliau meninggal, abang sulung terjumpa RM300 yang dah keras dalam sepatu arwah datuk. Smile

p/s: Allah selalu memberi pertolongan yang tidak kita sangkakan.


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

9 Re: Koleksi Kisah Motivasi on Fri Jul 31, 2009 4:21 pm

aysarahanan


Moderator
Moderator
insyirah wrote:
[1] Kalau orang nak MENCURI dia kena ambil wudu' dulu sebelum buka Quran.



Arwah datuk juga SANGAT suka menyimpan duit merata-rata, lepas hampir 10 tahun beliau meninggal, abang sulung terjumpa RM300 yang dah keras dalam sepatu arwah datuk. Smile

hehe orang nak mencuri pon takkan terpandang alquran.akan berfikir dua tiga kali ..

yang ni bez,orang2 tua suka simpan duit kat tempat-tempat pelik,ada setengah tu dalam tikarla,dalam tin biskut la,dalam bantal..macam-macam.hehe katanya tak percaya dengan bank,takut kena rompak..adoiyaii Cool

10 Re: Koleksi Kisah Motivasi on Tue Aug 04, 2009 9:58 am

insyirah


Moderator
Moderator
~ Wahai Lelaki Jangan Kamu Ganggu Perempuanku ~

Dikutip dengan jayanya dari : MMY Jordan

Oleh :
Hilal Asyraf
Mahasiswa Tahun 1,
Usuluddin, Universiti Yarmouk

Sepanjang kehidupan saya, saya ada jumpa pelbagai jenis lelaki. Tapi, yang menariknya, sepanjang hidup saya ini juga, saya sukar hendak berjumpa lelaki yang tidak teruja kepada perempuan.

“Ini fitrah la bro, fitrah”

Ya. Sebab fitrah lelaki, pasangannya mesti adalah perempuan. Dua jantina ini macam magnet kutub utara kutub selatan. Saling tarik menarik.

Hal ini menyebabkan kita boleh melihat, golongan-golongan lelaki yang akan bersiul bila perempuan cantik lalu, ada pula yang minta nak jalan sekali, kadang-kadang sengaja ambil tempat duduk di dewan kuliah sebelah perempuan dan berusaha bersungguh-sungguh nak buat perempuan itu bersembang dengannya.

Persoalannya, apakah benar begitu caranya kita melayani fitrah kita?

Saya tidak nampak itu melainkan hanya gangguan.

Maka dalam post ini, saya hendak nyatakan kepada kamu wahai lelaki, jangan kamu ganggu perempuan-perempuan ini.

Di dalam Surah An-Nur, ayat 30, Allah SWT berfirman:

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.”

Ayat selepas itu, ayat 31, Allah SWT berfirman pula kepada perempuan perkara yang sama:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka…”

Kenapa, Allah menegur lelaki terlebih dahulu dalam hal ini?

Kerana biasanya, dalam hal ini, lelaki yang akan tumbang terlebih dahulu. Lelaki kadang-kadang mudah jatuh dengan pandangannya. Dia mudah rasa teruja.

Sebab itu, kalau kita lihat, yang bersiul-siul adalah lelaki kepada perempuan. Saya tak pernah nampak lagi perempuan bersiul kepada lelaki. Sebab tu yang biasa dilihat adalah lelaki yang tanya kepada perempuan: “Boleh I duduk sebelah you?” Sebab itu juga yang biasa dilihat adalah lelaki yang offer: “Jalan sorang je, nak teman?”

Tetapi lihatlah apa pesanan Allah kepadamu wahai lelaki.

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)…”

Jika kamu beriman, maka kamu akan menundukkan pandangan kamu, dan menyekat nafsu kamu dari menguasai diri.

“Ini fitrah la bro. Kena cepat la mengorat. Nanti terlepas”

Ya. Saya akui itu fitrah. Saya tak nafikan. Saya tidak pernah menyalahkan fitrah itu. Tetapi, semua perkara ada caranya. Contohnya: Fitrah manusia adalah Islam. Tapi kita tidak boleh pakai hentam sahaja mengamalkan Islam. Ada cara solatnya, ada cara zikirnya, ada cara buat kebaikannya. Begitu juga dalam fitrah lelaki perempuan ini. Sudah ada batas-batas yang Islam tetapkan untuk kita.

“Kalau ikut batas-batas ni, lembab la bro. Kang orang kebas”

Hem… Lembab kah? Ya. Saya akui, memang lambat sikit kalau ikut jalan yang syara’ bagi.

Tapi, pernah dengar tak kata-kata: “Biar lambat, asal selamat”?

“Itu kat jalan raya la bro, masa memandu”

Ya, kita ni dalam ‘jalan raya’ hendak pulang kepada akhirat, dan kita sedang ‘memandu’ diri kita untuk pulang kepada Allah.

Islam sudah mengaturkan batas pergaulan lelaki dan perempuan. Ada step-stepnya kalau nak ambil perempuan jadi isteri. Kenapa semua itu Islam susun? Sebab nak jaga kemaslahatan manusia. Cuba kamu fikir, kalau kamu main mengorat je perempuan yang kamu jumpa, perempuan yang lalu depan kamu, perempuan yang kamu nampak cantik, banyak kebaikan atau banyak keburukan?

Mana kamu tahu perempuan tu single? Mana kamu tahu perempuan tu belum bertunang/kahwin ke? Sekali kamu mengorat, jatuh hati pula perempuan itu pada kamu, kan dah haru biru rumah tangga/hubungan perempuan itu dengan suami/tunangnya? Kamu dah rosakkan hidup orang. Kemudian, bila kamu mengorat-mengorat ni, nama kamu jadi baik ke? Atau orang akan cop kamu dengan pelbagai gelaran yang tidak menyenangkan? Kamu rosakkan pula diri kamu, dan kamu dah sia-siakan ibu bapa kamu yang membesarkan kamu dengan susah payah.

Tambahan, stylo mengorat ni, di mata saya pun, tak bersih langsung. Apa yang kamu nak harapkan dari jalan yang Allah larang? Ada ke keberkatan di dalamnya? Adakah Allah akan kira ‘mengorat’ kamu tu sebagai amal? Bagaimana kondisi iman kamu ketika mengorat? Ketika kamu bersiul-siul, offer itu ini, duduk sebelah perempuan, bagaimana hubungan kamu dengan Allah?

“Ala bro, nanti bila dah dapat, dah kahwin, kita taubat la”

Adakah sebuah rumah itu, akan bertahan lama dengan bahan binaan yang tidak berkualiti? Adakah sebuah rumah itu cantik, dengan hiasan-hiasan kotor? Dan belum tentu lagi, kita ‘mampu untuk bertaubat’ atau ‘sempat untuk bertaubat’ atau ‘teringat untuk bertaubat’ nanti.

Jangan sempitkan pandangan kamu wahai lelaki. Jangan gopoh mengejar masa hadapan. Kita tidak mahu masa hadapan yang lekeh. Kita tak mahu mendirikan hubungan kita dengan perempuan hanya kerana suka, hanya kerana dia cantik, hanya kerana tak tahan nafsu. Apa yang kamu hendak buat bila cantik perempuan itu pudar nanti? Apa yang kamu hendak buat bila kamu tidak lagi bernafsu dengannya nanti? Lebih besar lagi, apakah kamu rasa, dengan keadaan kamu, kamu boleh membawa pasangan kamu itu berdiri di hadapan Allah dengan baik?

Wahai lelaki, jangan kamu ganggu perempuan-perempuan di hadapan kamu.

Jika kamu inginkan perempuan untuk menemani kamu, apa kata kita ambil jalan yang Islam tetapkan. Walaupun diakui agak lambat, tetapi jalan ini amat bersih. Jalan yang menjaga hati. Dalam masa kita mencintai perempuan itu, hubungan kita dengan Allah tidak terganggu. Mengambil jalan yang Islam tetapkan ini juga, menunjukkan keseriusan dan kematangan anda. InsyaAllah, Allah akan memberkati bukan setakat anda dan pasangan anda sahaja. Tetapi Allah akan berkati seluruh keluarga anda, harta anda, rezeki anda, keturunan anda, kerana anda telah memulakan perjalanan membina keluarga ini dengan jalan yang diredhai-Nya. Mustahil Allah akan membiarkan hamba-hamba yang taat kepada-Nya.

Apa yang ada bila kamu mengorat-ngorat? Apa yang kamu dapat? Kamu sebenarnya telah merosakkan diri kamu.

Malah, secara tidak langsung, kamu merosakkan nama keluarga kamu di mata manusia, merosakkan pula taraf lelaki di mata dunia, dan merosakkan akhirat kamu di hadapan-Nya.

Hentikanlah.

Seorang ibu ada menceritakan kepada saya perihal anak perempuannya di universiti.

Katanya: “Makcik risau la Hilal dengan keadaan sekarang ni. Anak makcik tu, entah berapa kali kena kacau. Bila jalan, ada lelaki minta nak teman. Bila duduk dalam kuliah, ada lelaki nak minta duduk kat sebelah. Makcik tak suka la lelaki macam tu. Tak soleh.”

Kalau saya, saya pun tak suka. Bayangkan wahai lelaki, orang buat anak perempuan kamu macam itu? Atau ada lelaki tiba-tiba mengorat mak kamu? Atau ada lelaki lain nak ‘tackle’ isteri/tunang kamu? Kamu puas hati? Boleh kah kamu kata pada diri kamu ketika itu: “Biarlah, dah fitrah…”

Boleh kah?

Sebab itu, Allah melarang kita mengikuti langkah-langkah syaitan dan mengambil Islam itu secara sempurna. Nak mengorat perempuan pun, kena ikut cara Islam ajarkan. Lebih selamat, lebih terjaga, dunia dan akhirat.

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” Surah Al-Baqarah ayat 208.

Jadi wahai lelaki, jangan kamu ganggu perempuan aku.

Kenapa saya kata ‘perempuan aku’? Khas kepada orang yang saya suka sahajakah? Khas kepada adik perempuan saya sahaja kah?

Tidak.

Saya tidak suka lelaki, menganggu mana-mana sahaja perempuan yang ada. Saya letakkan ‘perempuan aku’ kerana saya rasa bertanggungjawab atas perempuan-perempuan yang ada. Perempuan di mata saya amat mulia. Jadi saya tidak suka perempuan itu rosak, dirosakkan. Sebab perempuan, mereka akan melahirkan anak-anak yang membentuk masa hadapan dunia. Kalau perempuan rosak, maka rosak lah masa hadapan kita.

Pada saya, anda pun wahai lelaki, perlu merasakan apa yang saya rasakan.

Allah SWT telah berfirman:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan,” Surah An-Nisa’ ayat 34.

Maka bro, apa kata kamu berhenti mengorat-ngorat ni.

Kita lelaki, dipertanggungjawabkan menjaga perempuan dengan baik. Bukan merosakkan mereka.

Kalau suka, jom kita ambil cara yang bersih, cara yang baik, cara yang diredhai Allah SWT.

Saya berani berjanji yang anda akan menjadi lebih bahagia, lebih tenang, lebih senang apabila anda mengikuti apa yang telah Allah tetapkan. Anda perlu yakin, kesabaran anda dalam mengikuti perintah-Nya, akan terbayar. Sebab janji-janji Allah itu adalah benar. Jangan anda rasa terganggu bila melihat orang lain melanggar perintah-Nya. Kita, teruskan dengan ketaatan kita.

“Oleh itu, bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah itu benar; dan janganlah orang-orang yang tidak meyakini apa yang engkau sampaikan itu menjadikan engkau resah gelisah.” Surah Ar-Rum ayat 60.

Tundukkanlah pandangan, jagalah kemaluan, pertahankanlah kehormatan.

Kita lelaki, adalah ketua keluarga, pemimpin kepada perempuan. Kalau kita rosak wahai lelaki, maka keluarga itu akan rosak dan tidak stabil, seperti kapal kehilangan nakhoda.

Mari sama-sama kita lakar masa hadapan kita, dengan lakaran keimanan, ketaatan kepada-Nya.

P/s: mungkin ada perempuan yang nak kongsi betapa dia tidak suka dikacau-kacau lelaki, mungkin ada ibu bapa nak kongsi betapa hatinya tidak senang anak perempuannya dikacau-kacau orang atau anak lelakinya menjadi pengacau, mungkin ada lelaki yang nak bagi nasihat kepada dirinya dan lelaki-lelaki lain, maka dipersilakan dengan penuh kehormatan.


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

11 Re: Koleksi Kisah Motivasi on Thu Aug 13, 2009 9:47 am

insyirah


Moderator
Moderator
~ No Pain No Gain ~

By Tirana Mutiara

Betapa mudah untuk berimpian yang indah-indah tapi berapa ramai di antara kita yang gagal untuk mencapai impian tersebut hanya kerana tidak mahu mengambil LANGKAH PERTAMA. Merancang dan berimpian seolah-olah kita akan mencapainya tapi sekiranya langkah pertama tidak dimulakan, kita tidak akan sampai ke mana-mana. Untuk mengukur kemajuan, kita perlu bertindak dan keluar dari zon selesa.


Ketika kita mengumpul kekuatan untuk bergerak ke hadapan, apa yang selalunya berlaku? Ketika itu kita rasa susah..kita rasa lebih payah dari apa yang kita jangkakan. Kita rasa seolah-olah kita sedang mendaki gunung yang curam. Kerap kali kaki kita tersadung, tangan kita terlepas dari cengkaman dan kita terundur beberapa tapak ke belakang. Emosi kita pula berhadapan dengan ketakutan dan kebimbangan dan kita berperang hari demi hari dengan keyakinan diri sendiri bagi mencari sesuatu yang kita boleh bergantung dan berpegang dengannya untuk sampai ke atas.


Inilah dia fasa di mana ramai di antara kita yang tadinya berimpian yang indah-indah, jatuh tersungkur dan berputus asa. Ketika itu kita berkata "SUDAH NASIB AKU..." atau "BUKAN REZEKI AKU..." Justeru, kita pun meletakkan impian kita ke tepi dan berjanji dengan diri sendiri untuk cuba mendaki sekali lagi di suatu masa yang sesuai. Atau lebih teruk, kita terus melempar impian itu jauh-jauh kerana kita tidak yakin impian itu akan berjaya dicapai. Kita merasa perit dengan kegagalan itu dan takut untuk mencuba lagi.


Pernahkah situasi yang saya gambarkan di atas itu berlaku kepada kita? Tentu ramai yang pernah mengalaminya dan saya juga tidak terkecuali.


Jika kita gagal sekali, that doesn't have to be the end of the story. Kita bangun dan kutip kembali impian yang hancur berkecai itu...dan cuba lagi tapi kali ini kita harus tahu sedikit sebanyak tentang satu rahsia yang dipanggil MOMENTUM.


Kejatuhan kita pada mulanya ialah ketika kita cuba untuk dapatkan momentum itu. Inilah fasa yang paling sukar dan ramai di antara kita berputus asa ketika fasa ini. Kita SELALU BERFIKIR dan PERCAYA bahawa jalan-jalan yang kita sedang lalui sekarang adalah sukar dan jalan-jalan yang bakal kita akan lalui nanti akan menjadi lebih sukar lagi. Apa yang kita tidak sedari ialah setiap usaha mendaki yang meletakkan kita setapak di atas adalah diasaskan pada usaha kita yang sebelumnya. Langkahan demi langkahan ke hadapan menjadikan pendakian itu semakin mudah dan mudah. Untuk memulakan langkahan itu, memerlukan tenaga dan usaha yang banyak dan apabila kita telah mula bergerak, momentum begins to take over and the journey becomes a bit easier.


Sekiranya kita inginkan momentum itu cepat bertindak ke atas kita, ada beberapa cara untuk berbuat demikian tapi saya simpulkan dalam sepotong ayat seperti di bawah ini.



"Bersedia untuk bekerja keras, cepat dan mengambil risiko yang lebih besar daripada yang sebelumnya"


Salah satu sebab mengapa momentum bertindak perlahan dan kadang-kadang tidak bertindak langsung ialah kerana kita mengambil langkah yang pendek dan teragak-agak untuk memulakan perjalanan. We afraid to really give our all, so we hold back much of the energy and power we could be devoting toward our goal. Kita lebih selesa bekerja at slower pace, mengelak dari mengambil risiko yang besar.


There's nothing wrong with this approach if it suits us! However, if we want to make faster progress and build momentum quickly, think about taking bigger steps and giving our full energy and focus toward making it happen. By doing so, we'll push through the difficult beginning and find ourself coasting before we know it.


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

12 Re: Koleksi Kisah Motivasi on Mon Aug 17, 2009 10:08 am

insyirah


Moderator
Moderator
~ Persintensi ~

Persistensi (persistency) adalah suatu sikap tidak mudah mengalah terhadap sebarang halangan, dugaan, cabaran dan masalah dalam merealisasikan sesuatu matlamat. Kejayaan sememangnya bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai. Kalau ia sesuatu yang mudah maka pastilah tiada manusia gagal. Sedangkan kajian menunjukkan 95% daripada manusia, selepas usia 55 tahun hanya hidup bergantung kepada duit pencen. Itu bagi yang bekerja kerajaan. Jauh sekali mereka ketika itu mencapai tahap yang boleh dikatakan "financially independent" . Begitu juga dengan pelajar, kajian menunjukkan setiap tahun hanya 13% - 14% pelajar yang mampu melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Bagi yang kini berada di institusi pengajian tinggi pula, 80% daripada mereka menamatkan pengajian setakat ijazah kelas kedua atau ketiga.


Fenomena di atas jelas menunjukkan ramai manusia gagal mencapai yang terbaik kerana cepat berpuas hati dengan pencapaian mereka. Ada sesetengahnya cuba melakukan lebih jauh tetapi akhirnya merasa kecewa hanya setelah beberapa kali sahaja mencuba. Saya teringat baris kata-kata yang pernah saya terbaca dahulu, "When the going gets tough, the tough get going", dan satu lagi, "Quitters never win and winners never quit". Kata-kata ini telah sekian lama saya sematkan dalam hati saya dan dijadikan azimat bagi meraih kekuatan setiap kali berhadapan dengan cabaran atau ketika berada diambang kegagalan. Dengan sikap persistensi yang tinggi sesiapa sahaja boleh berjaya. Hanya faktor masa sahaja menjadi penentu kejayaan itu.


Cuba kita lihat bagaimana persistennya Nabi Muhammad s.a.w dalam mengembangkan agama Allah di zaman jahiliyah dahulu hingga terbentuknya sebuah negara Islam yang digeruni lawan dan dihormati. Tidak seperti rasul-rasul sebelumnya, Nabi Muhammad s.a.w mengembangkan Islam tanpa bergantung kepada mukjizat yang mencarik adat selain daripada Al-Quran. Baginda memulakan syiarnya ketika berusia 40 tahun setelah menerima wahyu pertama. Hanya kerana mahu membawa masyarakatnya beriman kepada Allah, baginda telah diejek, dicemuh, dilontar dengan batu. Pengikut-pengikutnya diseksa. Keluarga mereka didera dan dihina. Semuanya ini sedikitpun tidak menjejaskan kemahuan baginda untuk melihat Islam tegak di bumi Allah ini. 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah adalah satu masa yang bukan pendek.

Sikap persistensi sebeginilah yang perlu ada sekiranya seseorang itu mahukan kejayaan. Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya membuktikan bahawa kebolehan seorang manusia cukup luar biasa dan mampu menggoncang dunia selagi tidak lari dari matlamat perjuangan, rela berkorban dan sanggup melakukan apa sahaja untuk berjaya. Kenapa mesti berjuang 23 tahun sedangkan Allah boleh sahaja memberikan kemenangan mudah kepada rasulnya? Sebabnya untuk manusia selepas itu menjadikan kehidupan dan perjuangan itu suatu tauladan. Salah satu darinya ialah sikap gigih dan tidak putus asa dari mengharap kemenangan dari Allah.


Seorang jurujual berjaya cukup faham dengan teori persistensi ini. Fikiran mereka telah diprogramkan bahawa untuk melakukan satu jualan yang berjaya mereka perlu menemui 10 orang pelanggan berpotensi. Dengan fahaman matematik yang cukup mudah ini mereka berusaha tanpa kenal erti jemu. Setelah satu kegagalan mereka merasa lebih gembira kerana mereka cuma tinggal 9 orang lagi sebelum mendapat kejayaan. Mereka terus berusaha dan kejayaan jualan pertama itu mungkin terletak pada cubaan yang ke-5, ke-7 atau ke-10. Meski pun mereka gagal membuat jualan dalam 10 cubaaan pertama, mereka tetap tidak putus asa. Sebab kemungkinan pula dalam cubaan ke-11 atau ke-12 kejayaan mula menjelma.


Sejarah memang membuktikan bahawa hampir semua nama-nama besar dan terkenal adalah mereka yang mencipta sejarah setelah mencuba ribuan kali. Edison mencipta lampu setelah berusaha lebih 10,000 kali. Kolonel Sanders cipta kejayaan dengan resepi ayam gorengnya setelah mencuba 1009 kali. Nelson Mandela menjadi presiden Afrika Selatan setelah dipenjarakan hampir sesuku abad. Goodyear mencuba hampir 10 tahun sebelum menemui kaedah untuk mengkomersilkan getah. Boon Siew, walau pun tidak tahu membaca dan menulis mampu menjadi jutawan dan memberikan peluang pekerjaan kepada ribuan pekerja hanya kerana persistensinya.


Kalau telah jelas, dari kisah-kisah di atas, bahawa persistensi adalah senjata utama menuju kemenangan maka kenapa pula anda perlu cepat putus asa? Dalam kehidupan ini kegagalan adalah pengalaman bagi mereka yang persisten tetapi sebaliknya adalah kematian bagi mereka yang putus asa. Kalau anda seorang pelajar, kini soal lah diri anda sendiri, adakah anda telah mencuba ribuan kali untuk menyelesaikan satu soalan matematik atau sains yang mencabar? Ratusan kali? Puluhan kali? Jawapannya pastinya tidakk... anda cuma mencuba beberapa kali dan akhirnya putus asa.


Kalau inilah cara anda bagaimana mampu anda letakkan nama anda sebaris dengan mereka yang telah berjaya? Bagaimana pula jika anda seorang dewasa? Pekerja ? Ibu/Bapa ? sudah pasti cabaran yang dihadapan anda amat mengerunkan bukan? Air yang menitik secara berterusan itu mampu menghakis batu. Parang yang diasah secara berterusan itu akan tajam. Begitulah juga dengan diri manusia. Oleh itu jangan putus asa dalam usaha. Anda tidak boleh gagal walau atas alasan apa sekalipun. Jadikan setiap kegagalan itu satu pengajaran untuk memperbaiki diri, untuk mengubah perancangan, untuk lebih fleksibel dan lambat laun kejayaan itu milik anda kerana kuasa persistensi yang ada dalam diri.


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

13 Re: Koleksi Kisah Motivasi on Wed Aug 19, 2009 10:25 am

insyirah


Moderator
Moderator
~ Tolong Sampaikan Sedekahku Ini Kepada Para Pelacur ~

Seorang ulama besar Hadis sedang asyik membacakan serta mensyarahkan maksud hadis kepada para muridnya.Tiba-tiba sang guru berhenti membacakan hadis dan bertanyakan sesuatu yang membuatkan semua murid terpinga-pinga.

“Muridku sekalian, aku punya hajat yang sangat besar.Adakah sesiapa yang mampu menunaikan hajatku ini?” Tanya sang murabbi pada seluruh muridnya.

Salah seorang murid kanan Syeikh menjawab dengan penuh adab, “ Hajat apakah wahai Tuan Guru? Khabarkanlah kepada kami,moga kami mampu untuk menunaikannya untuk Tuan Guru”.

Sang Guru menarik nafas dengan perlahan seraya berkata “ Aku punya sedikit harta yang ingin aku sedekahkan,adakah sesiapa yang ingin membantuku mengagihkan harta ini?”

“Kami bersedia membantumu wahai Tuan Guru untuk mengagihkan harta ini”jawab Murid tersebut dengan bersemangat.

“Bolehkah Tuan Guru perincikan kepada siapakah harta ini akan dibahagikan?”seorang murid yang lain bertanya dengan lebih lanjut.

“Hartaku ini akan aku sedekahkan kepada para pelacur yang berada di tempat sekian-sekian”Jawab Tuan Guru dengan tenang.

Keadaan menjadi bingit,masing-masing keliru dengan tujuan utama Tuan Guru yang terkenal alim dan soleh ini.

“Aku sudah mengagakkan bahawa kamu semua tentu tidak akan mampu untuk melaksanakan hajatku ini.Kalau begitu tidaklah mengapa.Biarlah aku sendiri yang pergi menyampaikannya.”Tuan Guru menjawab dengan tenang.

Para murid rasa bersalah di atas sikap yang mereka tunjukkan.Salah seorang murid kanan Tuan Guru menawarkan dirinya untuk menyampaikan harta tersebut.Mana mungkin dia boleh membiarkan Tuan Guru yang terkenal hebat dan wara’ ini dibiarkan masuk dan bertandang ke tempat hina seperti itu.

“Ketuklah setiap pintu rumah pelacuran tersebut dan ketika kamu menyampaikan sedekah ini katakan bahawa ini adalah sedekah daripadaku(Nama tuan guru) dan doakan aku semoga diberkati oleh Allah taala” Tuan Guru memberikan pesanan kepada muridnya tersebut.

Maka sang murid yang mulia ini terus memulakan tugasnya dengan penuh tanda tanya di dalam pemikirannya mengapakah Tuan Guru ingin benar memberikan sedekah kepada golongan hina ini.Namun arahan Tuan Guru perlu dilaksanakan.Sang murid menutup mukanya dan terus masuk ke kawasan pelacuran tersebut.

Beliau mengetuk setiap pintu rumah pelacuran di kawasan itu dan menyampaikan apa yang dipesan oleh Tuan Guru kepadanya.

“Assalamualaikum, maafkan saya mengganggu,saya adalah utusan daripada Tuan Guru fulan bin fulan ingin menyampaikan sedekah daripada beliau kepada kalian.Beliau berpesan agar mendoakan beliau semoga dirahmati oleh Allah taala”.

Terkejut para pelacur bila mendengar nama Tuan Guru yang alim dan wara tersebut sudi memberikan sedekah kepada mereka.Setelah selesai tugasnya, sang murid terus beredar daripada kawasan hitam tersebut sambil menghelakan nafasnya.

Masing-masing ternanti-nanti apakah yang akan berlaku selanjutnya setelah peristiwa tersebut.Keesokkan paginya , sesuatu yang mengejutkan telah berlaku.


Seluruh bumi Syria gempar apabila keseluruhan pelacur yang ada di kawasan tersebut telah beramai-ramai datang menunaikan solat Subuh di Masjid Tuan Guru.Mereka datang mendengar majlis pengajian daripada Tuan Guru dan bertaubat daripada segala dosa-dosa yang telah mereka lakukan.Barulah semua murid faham mengapakah Tuan Guru benar-benar ingin menyampaikan sedekah tersebut kepada golongan pelacur berkenaan.

Ini merupakah karamah yang Allah taala kurniakan kepada Tuan Guru yang wara’ ini.Dakwahnya yang sangat lembut dan berkesan memberikan impak yang sangat besar kepada kehidupan pelacur-pelacur tersebut.



Tuan Guru yang saya maksudkan di sini ialah al-Alim al-Allamah Muhaddis al-Syam Sayyid Badruddin al-Hasani rahimahullahu taala. Beliau wafat pada 1354 Hijriyah.Beliau digelar “Khatimah al-Huffaz dan al-Muhaddissin” yang bermaksud penutup kepada para ulama Hadis yang terkemuka.Mula mengarang kitab ketika umurnya belumpun sampai 20 tahun.

Beliau mengajar di Masjid Umawi pelbagai bidang ilmu seperti Nahwu, Sarf, Balaghah, Mantiq, Fiqh dan lain-lain.Menurut Syeikh al-Allamah Mahmud Rashid al-Attar rahimahullah (wafat 1362 Hijriyah), Syeikh Badruddin al-Hasani juga mengajar kitab Tafsir Baidhawi tanpa melihat kepada kitab dan tanpa memegang apa-apa kertas pun ditangannya.Tafsir tersebut telah dihafalnya dan dikuasainya dengan begitu hebat.

Ketika umur Syeikh al-Allamah Badruddin al-Hasani mencapai 30 tahun beliau mula mengajar Sahih Bukhari di Masjid al-Sadat.Ini juga dilakukan tanpa melihat kitab sedikitpun.Beliau menghafal keseluruhan Sahih Bukhari di dalam dadanya.Menurut para ulama tidak pernah dilihat seseorang yang begitu alim menyampaikan pengajian dengan keseluruhan bidang ilmu seperti Syeikh Badruddin al-Hasani rahimahullah.Ketika mensyarahkan Sahih Bukhari , keseluruhan ilmu dibahaskannya termasuklah ilmu perubatan, hikmah-hikmah, falsafah dan lain-lain.

Antara kelebihan Syeikh Badruddin al-Hasani rahimahullah juga ialah, semuanya mampu untuk memahami apa yang disampaikannya,bukan hanya para ulama dan penuntut ilmu, malah para petani dan orang awam yang biasa juga mampu untuk memahami apa yang disampaikan oleh Syeikh al-Murabbi rahimahullah.Ini kerana keikhlasannya yang begitu tinggi ketika menyampaikan pengajian.Beliau juga digelar Qutb al-Zaman (Wali Allah yang menjadi paksi kepada seluruh para wali ketika itu)dan Mujaddid pada zaman tersebut.

Semoga Allah taala merahmatimu wahai Tuan Guru yang mulia.

Saya mendengar kisah tersebut daripada Guru Saya yang Mulia, Syeikhuna al-Allamah Dr Wafiq al-Hijazi al-Hanafi hafizahullah.

Al-Fatihah buat Syeikh al-Allamah al-Muhaddis Sayyid Badruddin al-Hasani rahimahullah.

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Al-Azhar al-Syarif,
Kaherah Mesir


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

14 Re: Koleksi Kisah Motivasi on Fri Aug 21, 2009 10:34 am

insyirah


Moderator
Moderator
~ MaNuSia & SpaN ~

"Mama, span ni dah kotor" jerit anak perempuan saya, Amani, ketika dia membantu saya mencuci pinggan mangkuk di dapur semalam.


"Ambil saja span yang baru di dalam laci tu" kata saya


"Amboi banyaknya span dalam laci ni. Bolehla kita buat patung spongebob." katanya lagi


"Tahu ke nak buat macam mana?" tanya saya.


Dia menggeleng kepala. Spongebob ialah satu rancangan kartun yang sangat diminati oleh Amani dan adiknya Jihadi.


"Apakah sifat span ini?" tanya saya


"Menyerap air." Jawab Amani saya sambil meneruskan kerjanya mencuci pinggan mangkuk di singki.


"Pandai pun. Span ini sifatnya menyerap air tapi ia tidak ada kemampuan untuk memilih jenis cecair yang diserapnya. Ia menyerap semua jenis cecair yang dituangkan ke atasnya samada cecair itu bersih atau kotor, wangi atau busuk, berwarna atau tidak dan sebagainya. Kita pun lebihkurang sama macam span ini" kata saya.


"Sama?" Tanya Amani.


Wajahnya berkerut menandakan dia tidak begitu faham kenapa saya katakan kita adalah sama seperti span.



"Manusia seperti kita mampu menyerap dan menerima informasi dan menyimpannya di dalam minda sama seperti span mempu menyerap cecair dan menyimpan cecair tersebut dalam dirinya. Cuma ada sesuatu yang membezakan kita dari span ini. Jika span ini tidak mampu memilih jenis cecair yang diserapnya tapi kita ada kemampuan untuk memilih informasi yang ingin kita serap masuk ke dalam otak dan menyimpannya di sana kerana Allah telah kurniakan akal untuk kita berfikir dan menilai. Jadi pilihlah sesuatu yang baik untuk kita serap agar apa yang tercerna selepas itu juga akan mendatangkan kebaikan. Jika span menyerap cecair yang kotor, yang keluar apabila kita memerahnya ialah sesuatu yang kotor juga. Sama juga seperti kita. Jika yang kita serap itu sesuatu yang tidak elok, yang keluar pun nanti buruk juga." Kata saya.


Amani tidak menjawab walau sepatah pun. Tangannya masih lincah mencuci pinggan mangkuk yang bertimbun itu.


"Dah siap" katanya seketika kemudian.


"Terimakasih kerana menolong mama mencuci pinggan mangkuk ini. " Kata saya sambil tersenyum kepadanya.



********************************


Setiap hari kita disogokkan dengan pelbagai informasi melalui tv yang kita tonton, suratkhabar, majalah dan buku yang kita baca, internet yang kita layari dan individu yang kita berinteraksi dengannya. Informasi itu boleh jadi positif dan boleh jadi negatif.


Informasi negatif seperti kriminal, pembunuhan, kemalangan dan sebagainya menjadikan kita takut dan bimbang. Berita kegagalan seseorang yang disampaikan dari mulut ke mulut menjadikan kita ragu-ragu dan tidak yakin. Bayangkan jika kita terus-terusan menyerap informasi negatif seperti ini di samping informasi-informasi negatif yang lain, apa akan terjadi kepada kita. Bayangkan span yang terus menerus menyerap cecair kotor. apabila kita memerahnya, apa yang keluar?


Kadang-kadang bukan salah kita bila kita TERPAKSA mendengar dan melihat informasi yang negatif seperti itu. Salahnya bila kita tidak mahu membuka mata dan telinga untuk mencari sesuatu yang positif dan salahnya juga bila kita tidak menggunakan akal untuk menilai.


Informasi yang positif akan memberi semangat pada kita, memberi kita idea untuk merancang matlamat dan membuat plan tindakan. Bagaimana caranya untuk mendapatkan informasi yang positif ini. Biasanya informasi yang membina seperti itu boleh didapati dengan menghadiri seminar dan bengkel perkembangan diri, membaca buku-buku yang berkualiti dari segi isinya, mengadakan intellectual discussion dengan teman-teman. dan sebagainya. Itu semua bergantung kepada kemahuan dan pilihan kita.


Span yang menyerap cecair kotor akan mengeluarkan cecair yang kotor juga ketika diperah. Jika kita mendengar dan membaca sesuatu yang positif, maka hasilnya pun akan menjadi positif. Terpulang kepada pilihan masing-masing samada mahu menyerap sesuatu yang bersih atau sesuatu yang kotor.


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

15 Re: Koleksi Kisah Motivasi Today at 7:32 pm

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum