Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Konsep Faedah, Usury Dan Riba

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Konsep Faedah, Usury Dan Riba Empty Konsep Faedah, Usury Dan Riba Mon Jul 06, 2009 5:22 pm

azizul

azizul
Admin
Admin

Konsep Faedah, Usury Dan Riba Besmele

Disediakan oleh : Mohammad Azizul

www.al-insyirah.co.nrKonsep Faedah, Usury Dan Riba Money

Istilah faedah yang diguna pakai pada masa ini, tidak sama dengan maksud yang diguna pakai pada awal ketamadunan manusia. Istilah interest (faedah) pada asalnya membawa maksud pampasan ke atas kerugian yang ditanggung oleh pemiutang. Usury yang bermaksud faedah yang berlebihan pula mula dipisahkan daripada istilah interest (faedah) apabila golongan sarjana Kristian mula menghalalkan pengambilan keuntungan ke atas pinjaman.Di dalam ajaran Islam, riba meliputi kedua – dua jenis amalan pengambilan keuntungan ini, masa ada interest mahupun usury.

Konsep amalan mengambil keuntungan ini boleh dilihat daripada pandangan beberapa golongan. Bagi golongan Yahudi, mereka melarang sama sekali pengambilan keuntungan ke atas pinjaman melainkan terhadap kaum lain, larangan ini dinyatakan di dalam kitab suci mereka, Old Testament. Berbanding masyarakat Yahudi, masyarakat Yunani dan Romawi tidak mempunyai undang – undang khusus berkenaan amalan ini. Bagaimanapun, golongan sarjana dan ilmuan daripada kedua – dua masyarakat ini melarang keras amalan ini atas dasar membebankan penghutang yang rata – ratanya ialah golongan miskin.Konsep Faedah, Usury Dan Riba 71014_MoneyHappiness_vl-vertical

Konsep amalan faedah dan usury dalam kalangan Kristian dapat dibahagikan kepada tiga tahap, pada zaman awal Kristian hingga kurun ke-12 golongan paderi awal Kristian melarang amalan ini walaupun tiada peruntukan berkenaan amalan ini dalam kitab suci mereka, New Testament .Mereka menganggap amalan ini merupakan sesuatu yang tidak bermoral.Bagaimanapun, kepesatan bidang perniagaan dan perdagangan sekitar kurun ke-12 hingga kurun ke- 16 menyebabkan golongan sarjana menilai kembali amalan ini. Penilaian meliputi aspek moral dan aspek – aspek lain seperti jenis – jenis dan bentuk undang - undang. Penilaian ini akhirnya membawa kepada pemisahan antara istilah interest dan usury, dan mereka menyimpulkan pengharaman pengambilan faedah bergantung kepada niat dan perbuatan mereka. Sekiranya mereka melakukannya untuk mendapatkan keuntungan, maka mereka dianggap berdosa.

Golongan reformis Kristian sekitar kurun ke – 16 pula berpendapat faedah hanya berdosa sekiranya menyakiti seseorang. Faedah diperlukan untuk perniagaan, tetapi tidak boleh dijadikan sebagai satu pekerjaan. Charles Du Moulin seorang reformis berpendapat, faedah yang sederhana adalah dibenarkan. Claude Saumise, yang juga seorang reformis pula berpendapat orang yang meminjamkan wangnya memberikan perkhidmatan yang amat berguna untuk masyarakat. Bagi golongan reformis, faedah boleh membantu peniaga dan mengembangkan ekonomi, oleh itu dosa pahala tidak lagi menjadi pertimbangan.

Islam melarang mengambilan riba(interest mahupun usury), malah larangannya jelas diterangkan di dalam Al-Quran dan hadith – hadith sahih . Secara umumnya, riba’ boleh dikelaskan kepada dua jenis, iaitu riba al – nasiah atau riba hutang, dan riba al – fald atau riba jualan. Riba al – nasiah yang berlaku akibat penambahan jumlah hutang akibat pemanjangan tempoh balik dijelaskan larangannya di dalam Al – Quran , manakala riba al – fald yang berlaku akibat dua keadaan iaitu penambahan barang tukaran, dan bayaran tertangguh dijelaskan melalui hadis.

Mazhab – Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah mengharamkan amalan riba dan perbezaan pendapat dalam kalangan mazhab lebih meliputi perkara – perkara seperti urus niaga yang melibatkan riba dan harta benda yang tertakluk oleh riba.Walau bagaimanapun, terdapat beberapa sarjana dan ulama Islam yang berijtihad mengenai isu riba. Paling ketara beberapa golongan yang cuba menghalalkan amalan riba atas sekiranya tidak menzalimi peminjam dan atas alasan inflasi.

Kesimpulannya, setiap golongan mempunyai pandangan yang berbeza berkenaan amalan mengambil keuntungan daripada pinjaman, bagaimanapun, umat Islam dikurniakan rahmat dengan turunnya Al-Quran dan terutusnya Rasulullah S.A.W yang memberikan ketetapan yang muktamad berkenaan amalan ini.

Wallahu a’lam.

https://al-insyirah.forummotion.com

Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum