Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Menuju Islam inklusif

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 Menuju Islam inklusif on Fri Jun 05, 2009 11:31 am

azizul


Admin
Admin
ini ialah petikan drpd artikel dia surat khabar kosmo!

Menuju Islam inklusif

Oleh SHAHAROM TM SULAIMAN
shaharomtm@yahoo.com

Perbezaan agama harus dikenal dan diolah lebih lanjut kerana perbezaan itu secara potensinya bernilai dan penting bagi setiap umat yang beragama dalam memperkayakan imannya.

SYARAT pertama iaitu beriman kepada Allah tidak harus dibatasi dengan keimanan menurut cara Islam. - Gambar hiasan

Para pemimpin Islam sering menyatakan bahawa Islam adalah agama toleran, yang menghormati dan menghargai agama-agama lain. Begitu juga pemimpin agama lain turut menyatakan hal yang sama bahawa agama mereka juga mempunyai sikap toleran yang tinggi. Namun, dalam realiti kehidupan, ia menunjukkan betapa konflik umat manusia sama ada konflik etnik, konflik politik-sosial-ekonomi dan keganasan global sering terjadi atas nama agama. Misalnya, lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan di bahagian dunia lain. Apakah ajaran agama-agama itu menuntut sikap dan tindakan sedemikian rupa daripada penganutnya? Apakah penghayatan agama yang mendalam akan melahirkan tindakan keras daripada penganutnya? Tentu sekali jawapannya tidak! Namun, realiti menunjukkan kekerasan sering berlaku atas nama agama sehingga melahirkan sikap eksklusif atau satu sikap bahawa hanya agama aku yang benar atau jaminan keselamatan hanya diperoleh dalam agamanya. Maka, akan ditafsirkan berbagai ayat-ayat suci untuk mengabsahkan tuntutan kebenaran itu.

Seorang pemikir Islam tersohor Indonesia, Nurcholis Madjid dalam bukunya, Dialog Keterbukaan, menjelaskan bahawa daripada sudut ajaran Islam, kerukunan umat beragama merupakan akibat wajar daripada sistem keimanannya. Nabi Muhammad s.a.w diperintahkan oleh Allah untuk menegaskan bahawa beliau bukan pertama dalam kalangan utusan Allah (dalam Surah al-Ahqaf, ayat 46). Juga ditegaskan bahawa Nabi Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, yang sebelumnya telah datang rasul-rasul lain (dalam Surah Ali Imran, ayat 144). Oleh kerana itu, Nabi Muhammad s.a.w juga menegaskan bahawa agama para rasul itu semuanya adalah satu dan sama, sekali pun syariatnya berbeza-beza.

Kesatuan agama para nabi dan rasul itu, sebagaimana disebut dalam al-Quran, adalah kerana semuanya berasal daripada pesanan satu ajaran Allah (dalam Surah Ass Syuura, ayat 13). Jadi, sudah seharusnya kita menghormati 'keberadaan' agama-agama itu tanpa membeza-bezakannya. Justeru, perasaan berat untuk bersatu dalam agama itu disebutkan sebagai sikap kaum musyrik, penyembah berhala (kaum Pagan). Sedangkan perbezaan antara berbagai agama itu hanyalah dalam bentuk jalan (syariah) dan cara (minhaj) menempuh jalan itu. Perbezaan tersebut hendaknya tidak menjadi halangan, tetapi menjadi satu motivasi untuk berlumba-lumba menuju kebaikan. Manusia tidak perlu mempersoalkan perbezaan itu, sebab kelak di hari kemudian, Allah akan menjelaskan tentang semua itu (dalam Surah al-Maaidah, ayat 48).

Kalaulah ini seruan universal al-Quran, mengapa penafsiran agama itu harus bersifat begitu dogmatik dan doktrin atau ia dikatakan menyangkut hal-hal akidah sehingga tidak lagi perlu dibicarakan dan sehingga terkesan teologi dan agama sebagai sesuatu yang tertutup dan eksklusif. Memang, dalam sejarah telah lama berkembang doktrin mengenai eksklusif agama sendiri bahawa 'agama sayalah yang paling benar', agama lain sesat dan menyesatkan. Pandangan semacam itu masih sangat kental, bahkan sampai sekarang, seperti termuat dalam buku-buku polemik dan juga buku ilmiah.

Rumusan daripada seorang pakar teologi Kristian kontemporari, Ajith Fernando, misalnya, menarik untuk diungkapkan. Katanya, 'other religions are false path, that mislead their followers' (Agama lain adalah jalan sesat, dan menyesatkan pengikutnya). Ungkapan Fernando itu memang sangat keras dan langsung menggambarkan segi eksklusifnya. Dan yang membimbangkan adalah kitab suci Kristian ditafsirkan seolah-olah membenarkan hal tersebut. Teologi inklusif ini, jika dibaca dari sudut pandang Kristian akan berbunyi, "Jesus adalah satu-satunya jalan yang absah untuk kebenaran dan keselamatan. Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku" (Yohannes 14:6). Pandangan eksklusif seperti itu memang dilegitimasikan atau tepatnya dicarikan keabsahannya melalui kitab suci. Tetapi itu bukan satu-satunya kemungkinan. Misalnya, dalam tradisi Katolik, sejak Konsili Vatikan II (1965), sudah jelas bahawa pandangan menjadi sangat terbuka ke arah adanya kebenaran dan keselamatan dalam agama-agama bukan Kristian. Karl Rahner, seorang pakar teologi besar Kristian yang menafsirkan Konsili Vatikan II, merumuskan teologi inklusifnya yang begitu terbuka dengan mengatakan, "Other religions are implicit forms of our own religion" (Agama lain adalah bentuk-bentuk implisit daripada agama kita). Tulisan Rahner mengenai hal itu dibahas dalam bab Christianity and the non-Christian Religions dan Observations on the Problem of the Anonymous Christian dalam bukunya Theological Investigations.

Dalam pemikiran Islam, masalah itu juga terjadi secara ekspresif. Walaupun sejak awal sudah ada konsep Ahli Kitab yang memberi kedudukan kurang lebih setara kepada kelompok bukan Muslim, dan ini dibenarkan oleh al-Quran, tetapi selalu sahaja ada interpretation away, iaitu satu penafsiran yang akhirnya menafsirkan sesuatu yang tidak sesuai lagi dengan bunyi 'teksual' kitab suci, sehingga ayat inklusif dibaca secara eksklusif.

Kembali pada teologi atau agama eksklusif, sebagai umat Islam mahupun umat Kristian dan umat beragama yang lain, semuanya telah mewarisi teologi eksklusif. Disebabkan pandangan itu, mereka menganggap bahawa hanya ada satu jalan keselamatan iaitu agama mereka sendiri. Pandangan itu jelas mempunyai kecenderungan fanatik dan dogmatik. Oleh kerana itu, diperlukan satu perspektif baru untuk melihat "Apa yang difikirkan oleh suatu agama, mengenai agama lain dibandingkan dengan agama sendiri." Perspektif itu akan menentukan apakah seorang yang beragama itu menganut satu fahaman keberagamaan yang eksklusif, inklusif atau pluralis atau seorang yang terbuka?

Dalam konteks umat Islam, perlu dibangunkan sikap Islam inklusif dan bukannya Islam eksklusif. Alwi Shihab, seorang sarjana perbandingan agama di dalam bukunya bertajuk Islam Inklusif, menjelaskan bahawa Islam inklusif adalah satu sikap terbuka dalam beragama. Alwi berhujah dengan ayat al-Quran, Surah al-Baqarah, ayat 62, "Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani, dan sesiapa saja di antara mereka beriman kepada Allah, hari kemudian, dan beramal soleh, mereka akan menerima pahala daripada Tuhan, tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan tiada pula mereka bersedih hati." Secara sepintas lalu, ayat itu menunjukkan jaminan Allah atas keselamatan semua golongan yang disebutkan dalam ayat tersebut. Jika demikian halnya, di mana letak keistimewaan umat Islam kalau semuanya akan selamat? Lantas, bagaimana pula dengan ayat al-Quran yang lain seperti yang disebut dalam Surah Ali Imran, ayat 85, "Barang siapa yang mencari agama selain Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi."

Perlu diingatkan bahawa maksud 'dalaman' al-Quran tidak akan dapat dijangkau maksudnya secara 'pasti'. Kerana itu, penafsiran ayat al-Quran tidak lain hanyalah penjelasan tentang erti atau maksud firman Allah sesuai dengan batas kemampuan yang menafsirkannya. Buktinya, para sahabat Nabi sendiri berselisih faham dalam hal-hal yang berkaitan tafsiran. Bahkan ada di antara mereka yang memahaminya secara tidak tepat. Logiklah, ketika Ibnu Abbas, seorang ulama yang dinilai paling berwibawa dalam penafsiran al-Quran, menyatakan bahawa ada beberapa ayat al-Quran yang tidak dapat difahami, sekalipun oleh ulama. Hanya Allah yang mengetahuinya.

bersambung


_________________
http://al-insyirah.forummotion.com

2 Re: Menuju Islam inklusif on Fri Jun 05, 2009 11:34 am

azizul


Admin
Admin
sambungan


Dalam penafsiran moden menurut Alwi, ada berbagai pandangan yang menunjukkan keragaman. Misalnya, Muhammad Abduh berpendapat bahawa syarat pertama iaitu beriman kepada Allah tidak harus dibatasi dengan keimanan menurut cara Islam. Selanjutnya, anak muridnya, Rasyid Ridha, ikut memperkuatkan pendapat gurunya. Ridha mengakui bahawa keimanan sejati kepada Allah dapat ditemukan di luar Islam, mungkin yang ia maksudkan adalah orang-orang terdahulu yang beriman kepada Allah sebelum diutusnya Nabi Muhammad s.a.w. Manakala ahli tafsir Syiah tersohor, Allamh Al-Thabathabai lain pula penafsirannya. Baginya, Allah tidak memandang pada agama tertentu, tetapi yang penting adalah substance dan esensi tersurat yang terkandung dalam agama itu. Selagi tiga syarat dalam ayat (Surah al-Baqarah, ayat 62) telah dipenuhi, maka janji Tuhan itu akan terlaksana. Pandangan Thabathabai itu juga dijelaskan dalam tulisan Fazlur Rahman, pemikir Islam tersohor, yang berusaha untuk menunjukkan semangat inklusif.

Semangat dan sikap Islam inklusif amat bertepatan dengan rumusan Sidang Agama-Agama Dunia yang pernah diadakan pada 1993 dengan mengatakan, "Those who known only their own religion, know none. Those who are not decisively committed to one faith, know no others. To be religious today is to be inter-religious."

Penulis ingin menutup tulisan ini dengan kutipan daripada ajaran sufi. Para sufi tidak sahaja menegaskan kesatuan wahyu, tetapi juga menganggap diri mereka sebagai pelindung Islam dan pelindung agama-agama lain.

Akhirnya dalam semangat inklusif inilah kita menghargai perbezaan. Perbezaan agama harus dikenal dan diolah lebih lanjut kerana perbezaan itu secara potensinya bernilai dan penting bagi setiap umat yang beragama dalam memperkayakan imannya.


_________________
http://al-insyirah.forummotion.com

3 Re: Menuju Islam inklusif on Fri Jun 05, 2009 11:36 am

azizul


Admin
Admin
apa pendapat kalian?
adakah kalian semua bersetuju dengan pandangan penulis?


_________________
http://al-insyirah.forummotion.com

4 Re: Menuju Islam inklusif on Sun Jun 07, 2009 10:49 am

normyislam


Ahli Senior
Ahli Senior
Salam~
Huuu... artikel yg panjang tapi menarik. Ada yang bermain dlm kepala sy, dan sy tak tahu nak tafsirkan..huhuhu (^_^)

Oleh kerana itu, Nabi Muhammad s.a.w juga menegaskan bahawa agama para rasul itu semuanya adalah satu dan sama, sekali pun syariatnya berbeza-beza.

sy setuju..semuanya membawa pd agama Allah s.w.t. Dan akhirnya Nabi Muhammad diturunkan untuk melengkapi dan hapuskan segala perbezaan itu dengan membawa kalam Al-Quran. Jadi pd pandangan saya lah, wajar kiranya bagi mereka yg beriman kepada agama2 terdahulu ini menerima ajaran Muhammad jua. Cuma itulah, sy sendiri kadang2 tak faham kenapa ada yg menerima agama2 terdahulu (ag masehi ect~) tapi menolak ajaran Muhammad S.A.W.


Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani, dan sesiapa saja di antara mereka beriman kepada Allah, hari kemudian, dan beramal soleh, mereka akan menerima pahala daripada Tuhan, tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan tiada pula mereka bersedih hati." Secara sepintas lalu, ayat itu menunjukkan jaminan Allah atas keselamatan semua golongan yang disebutkan dalam ayat tersebut. Jika demikian halnya, di mana letak keistimewaan umat Islam kalau semuanya akan selamat?

Pendapat sy shj: beriman pd Allah s.w.T bermakna beriman juga pd Al-Quran (kalam Allah)dan Rasulnya. Apa yg sy cuba katakan di sini..beriman pd Allah merangkumi perkara2 ini sekali. Jadi perbezaan kaum itu tidak lagi menjadi persoalan.
Penulis di atas macam hanya merujuk pd syarat beriman pd Allah. Wallahualam..sy pun tak berani menafsir Al-Quran sesukanya. huuuuu

Baginya, Allah tidak memandang pada agama tertentu, tetapi yang penting adalah substance dan esensi tersurat yang terkandung dalam agama itu. Selagi tiga syarat dalam ayat (Surah al-Baqarah, ayat 62) telah dipenuhi, maka janji Tuhan itu akan terlaksana.

Ini juga agak mengelirukan sy... yalah, sy ni bukan "ahli" ulama/agama ect~
Cuma yg sy faham, agama Allah s.w.t itu ialah Islam yang merangkumi rukun islam dan imannya... Begitu juga agama2 terdahulu. Waktu tu nabi2 terdahulu mengajak menyembah Allah yg Esa tapi belum ada tuntutan solat, puasa dan sbgnya. Jadi, didatangkan nabi terakhir untuk melengkapinya. Seluruh umat Islam adalah wajib untuk beriman dgn ajarannya yg merangkumi akidah, ibadah, syariah dan sbgnya...(^_^)

Jika hanya berpegang pd agama terdahulu, sudah cukupkah? Dengan pesongan2 yg melampau lagi..hingga nama tuhan pun boleh bertukar.Question

Kesimpulannya, sy sendiri tak pasti tujuan agama inklusif ini ataupun apa sebenarnya maksud yang ingin disampaikan penulis. Bagi sy, buat apalah nak mengkaburkan benda2 yang dah sedia terang.
Just my opinion ya:tongue:

http://normyislam.blogspot.com

5 Re: Menuju Islam inklusif on Thu Jun 18, 2009 9:42 am

insyirah


Moderator
Moderator
Salam. DIambil dari Blog Ustaz Salman

Setelah saya membacanya, saya cuba menjawabnya menurut perpsektif Islam sekadar ilmu sedikit yang saya ada.


Penamaan bid’ah

Islam inklusif adalah satu penamaan yang merupakan bid’ah dalam Islam. Islam tidak memerlukan rebranding yang boleh mengelirukan umat Islam. Banyak penamaan bid’ah yang timbul di zaman kini seperti islam inklusif, islam eklusif, islam liberal, islam hadhori, islam wasati dan sebagainya. Islam adalah islam yang satu yang sudah sempurna dulu, kini dan selamanya. Ia sudah sempurna. Firman Allah:

“Pada hari ini aku telah menyempurnakan agamamu bagi mu dan aku telah sempurnakan nikmatku untukmu dan aku telah reda Islam sebagai Islam sebagai agama.” (3 : Al-Maidah)

Disini saya akan beberapa kenyataan dalam artikel tersebut untuk saya jawab:

Kenyataan satu:

"Namun, dalam realiti kehidupan, ia menunjukkan betapa konflik umat manusia sama ada konflik etnik, konflik politik-sosial-ekonomi dan keganasan global sering terjadi atas nama agama. Misalnya, lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan di bahagian dunia lain. Apakah ajaran agama-agama itu menuntut sikap dan tindakan sedemikian rupa daripada penganutnya? Apakah penghayatan agama yang mendalam akan melahirkan tindakan keras daripada penganutnya? Tentu sekali jawapannya tidak!"

Jawapan:

Dalam meneyentuh isu palaetin bukannya kerana Umat islam itu menyeru keganasan. Tetapi kita perlu faham bahwa tanah Israel sekarang adalah tanah milik umat arab dan Islam palestin. Sila lihat sejarah dan kronologi penubuhan negara haram Israel yang telah saya tulis dalam artikel blog sebelum ini. Adakah menentang orang yang telah membunuh ahli keluarga dan merampas rumah kita satu keganasan. Bagaimana pula dengan pejuang-pejuang melayu sperti mat kilau, datok bahaman dan tenetera-tentera yang menentang komunis. Adakah mereka semua ini pengganas? Ada pun yang meletup dan membeunuh orang awam seperti di bali dan sebagainya adalah bukan dari ajaran Islam. Perkara ini saya tak panjangkan dngan dalil kerana ingin beri tumpuan pada Islam inklusif. InsyaAllah pada artikel lain.

Kenyataan kedua:

Seorang pemikir Islam tersohor Indonesia, Nurcholis Madjid dalam bukunya, Dialog Keterbukaan,

Ulasan:

Pengarang telah mengambil pandangan Nurcholis majid. Seperti yang kita tahu, Nurcholis Madjid adalah seorang tokoh liberal yang telah melakukan banyak bid’ah dalam agama Islam. Diantaranya:

1. Menggap semua ajaran agama yang ada konsep penyerahan pada tuhan adalah benar dan sama. Ini saya petik dari sebuah blog(abisyakir.wordpress):

"Namun kemudian muncul pandangan aneh dari seorang Nurcholis Madjid. Ketika menafsirkan ayat, “Innad dina ‘indallahil Islam,” Nurcholis menjelaskan bahwa agama apa saja yang mengajarkan konsep berserah diri kepada Tuhan, semuanya diridhai oleh Allah. Agama Yahudi, Nashrani, Hindu, Budha, Shinto, Tao, Konghuchu, dan sebagainya, kalau mengajarkan sikap menyerahkan diri kepada Tuhan, semua diridhai oleh Allah.

Dengan pemahaman seperti Nurcholis itu otomatis ajaran TASLIM seperti yang diajarkan Islam kepada para Ummatnya menjadi tidak istimewa. Sebab bisa jadi, semua agama juga mengajarkan pasrah diri. Dan pemikiran seperti ini juga yang melandasi ideologi pluralisme, bahwa: “Semua agama baik dan benar!”

2. Menggatakan Iblis masuk syurga kerana keimanan yang tinggi.

3. Wanita musyrik yang tidak boleh dikahwini adalah wanita musrik arab sahaja.

Ia diambil dari beberapa laman web Indonesia.Sekiranya benar maka ia adalah beberapa ajaran-ajaran baru yang membahayakan umat Islam.

Kenyataan ketiga

Dalam konteks umat Islam, perlu dibangunkan sikap Islam inklusif dan bukannya Islam eksklusif.

Jawapan:

Apakah inkulsif itu? Saya menjumpai definasinya dalam sebuah laman blogspot (islamliberal) seperti berikut:

“Inklusifisme
Inklusifisme secara ringkas dapat diartikan tidak eksklusif atau tidak
merasa paling benar sendiri, dalam bahasa JIL bahwa agama itu seperti
roda yang mempunyai jari-jari. Setiap agama adalah jari-jari dari roda
tersebut, jika semua pemeluk agama (apapun agamanya) dan dia berbuat
saleh maka semuanya akan menuju kesatu titik poros roda tersebut yakni
syurga. Artinya, seorang Muslim, Nasrani, Hindu, Budha atau Konghucu,
bila menjalankan agama dengan benar (saleh) maka semuanya akan masuk
syurga.”

Dari pengamatan saya terhadap definasi ini dan apa yang ditulis dalam artikel tersebut menunjukkan Islam inklusif ialah menyamakan agama Islam dengan agama-agama yang lain. Ia hampir sama atau memang sama dengan ajaran pularalisma yang dipelopori oleh Nurchalis Majid tokoh Islam liberal Indonesia.

Ajaran ini adalah bertentangan dengan Islam yang menyatakan hanya ajaran Islam sahaja yang benar. Firman Allah swt:

Sesungguhnya din (agama/sistem hidup) yang diredhai Allah adalah Islam
(19 : Ali Imran).

Firman Allah swt:

Barangsiapa yang mengambil selain Islam sebagai agama, tidak akan
diterima apapun darinya dan ia diakhirat tergolong orang yang rugi
(85 : Ali
Imran).

Firman Allah:

Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kalian agama kalian, telah Aku
cukupkan atas kalian nikmatKu, dan telah Aku redhai Islam sebagai agama
bagi kalian
(3 : Al-Maidah 3).

Firman Allah:

Hai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah sebenar-benarnya taqwa
kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan
beragama Islam
(Ali Imran 102).

Agama-agama lain tidak sama dengan Islam dari segi dasar dan perundangannya. Agama-agama lain telah menyekutui Allah yang esa. Walau pun kebanyakan agama itu mengakui kewujudan Allah tetapi mereka telah syirik. Syirik adalah dosa yang paling besar dalam Islam. Firman Allah:

Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik. Dan Dia mengampuni dosa
selain syirik itu bagi siapa saja yang dikehendaki-Nya. Siapa saja yang
menyekutukan sesuatu dengan Allah, maka sesungguhnya ia tersesat
sejauh-jauhnya
(An-Nisa' 116).

Walaupun Ajaran Yahudi dan Nasrani berasal langit tetapi mereka ini sesat. Kesesatan Nasrani dengan menyekutui tuhan dengan tuhan emak dan tuhan anak. Ini jelas bertentangan dengan konsep yang dibawa dalam surah ikhlas. Kesesatan Yahudi adalah dengan tidak menerima Nabi Muhammad sebagai Rasul dan menolak al-Quran kerana ia dibawa oleh Nabi Muhammad yang berbangsa arab. Ini adala kerana kedengkian mereka seperti yang disebut dalam ayat 89 surah Baqarah.

Al-Quran telah memberi peringatan kepada umat Islam dari mengikut jalan-jalan orang-orang yahudi dan Nasrani:

Hai orang yang beriman, jika kamu mengikuti sebahagian dari orang-orang
yang yang diberi alkitab, niscaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi
orang kafir sesudah kamu beriman
(100 :Ali Imran).

Dengan konsep yang menyesatkan ini, maka umat akan dengan mudah murtad
karena mereka merasa dengan memeluk selain Islam-pun mereka akan masuk
syurga juga.

Kenyataan keempat

Mereka berhujjah untuk menyatakan kesamaan semua agama dari segi dasar dengan ayat al-Quran, Surah al-Baqarah, ayat 62, "Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani, dan sesiapa saja di antara mereka beriman kepada Allah, hari kemudian, dan beramal soleh, mereka akan menerima pahala daripada Tuhan, tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan tiada pula mereka bersedih hati."

Jawapan:

Ini adalah ayat yang menjelaskan bahawa sesiapa sahaja yang masuk Islam dan beriman kepada Allah dan hari akhirat dengan ikhlas dan menerima ajaran Islam maka mereka mendapat syurga. Bukannya mana-mana agama pun yang percaya Allah, hari akhirat dan membuat amal baik akan masuk syurga. Kalau mereka benar-benar percaya pada Allah nescaya mereka akan masuk Islam kerana Islam sahaja agama yang diterima. Orang-orang agama lain jelas telah mensyirikkan tuhan dan amalan mereka tidak diterima. Amal baik orang-orang yang kafir akan menjadi debu pada hari kiamat. Firman Allah:

“Dan kami bentangkan apa yang dilakukan oleh orang kafir, maka kami jadikan amalan tersebut debu yang beterbangan.” (23 : alFurqan)

Ini adalah peneyelewangan tafsir yang jelas. Ini juga diantara ajaran Islam liberal yang memberi kebebasan kepada siapa sahaja untuk berijtihad, mentafsir dan memberi pandangan dalam hal agama. Nabi saw bersabda:

“Sesiapa yang berkata tentang Quran dengan pandangannya maka dudukilah tempat duduknya dalam neraka.” (Hr Tirmizi)

Kenyataan kelima

Lantas, bagaimana pula dengan ayat al-Quran yang lain seperti yang disebut dalam Surah Ali Imran, ayat 85, "Barang siapa yang mencari agama selain Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi." Perlu diingatkan bahawa maksud 'dalaman' al-Quran tidak akan dapat dijangkau maksudnya secara 'pasti'.

Jawapan

Memang ayat quran terbahagi kepada dua seperti dalam ayat 7 surah Ali Imran. Pertama “muhkamat” yang jelas maknanya dan yang kedua adalah “mutasyabihat” yang tidak diketahui maknanya seperti huruf-huruf pembuka surah (fawatihu suwar). Ayat ini (85: Ali Imran) sudah jelas dan bukan ayat yang mutasyabihat. Tidak seorang mufassirin mutabar pun yang mengatakan ayat ini mutasyabihat. Mengatakan ayat ini tidak dijangkau maksudnya adalah jelas termasuk dalam orang yang berkata tentang Quran mengikut pandangannya. Nabi saw bersabda:

“Sesiapa yang berkata tentang Quran dengan pandangannya maka dudukilah tempat duduknya dalam neraka.” (Hr Tirmizi)

Kesimpulan:

Walaupun Islam sahaja yang diterima oleh Allah dan menolak agama-agama yang lain tetapi Islam tidak memaksa penganut agama lain masuk dalam agama Islam seperti dalam ayat 256 surah alBaqarah. Islam tidak menolak untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada penganut agama lain seperti ayat 8. surah Mumtahanah. Hubungan Negara Islam dengan negara-negara bukan Islam adalah seumpa orang Islam dengan Kafir mua’hid (yang mempunyai perjanjian). Ini dijelaskan oleh Dr Muhammad Zuhaily dalam kitabnya (mausu’ah Qadaya Muasarah) dan pengarang kitab Yawaqitun Nawafis , sebuah kitab fekah mazhab Syafie. Islam melarang sama sekali menzalimi kafir mua’hid. Nabi saw bersabda:

“Ketahuilah sesiapa yang menzalimi kafir mua’hid , mengurangkan haknya, mengarahkannya suatu perkara yang diatas kemampuannya atau mengambil sesuatu daripadanya tanpa kerelaan maka aku akan berhujjah untuk mendakwanya pada hari kiamat.” (Hr Abu Daud). Ketahuilah bahawa:

ISLAM SAHAJA AGAMA YANG BENAR DAN KEADILAN ISLAM DINIKMATI SEMUA AGAMA.

Rujukan: Al-Quranul Karim, Mu’jam al-Mufahris, Manahilul ‘irfan oleh Muhammad abdul Azim zarqani, ad-Daulah wal Imamah oleh Dr Faraj Muhammad dan buku2 serta laman web yang disebut dalam artikel.


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

6 Re: Menuju Islam inklusif on Fri Jun 19, 2009 8:06 pm

azizul


Admin
Admin
Alhamdulillah,

Syukran kepada Ukhti berdua atas perkongsian pendapat. Maafkan ana, baru dapat excess internet. ni pun sekejap je. jadi mcm mana dengan yang lain? ana cuba meminta respond drpd penulis, nampaknya penulis masih lagi bz, email yang ana hantar masih belum berbalas.


_________________
http://al-insyirah.forummotion.com

7 Re: Menuju Islam inklusif Today at 5:54 pm

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum