Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

komik sebar dakyah kristian .. komen kalian??

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 komik sebar dakyah kristian .. komen kalian?? on Mon Jun 01, 2009 8:15 pm

normyislam


Ahli Senior
Ahli Senior
Lagi pengedaran komik dakyah Kristian di Seremban

KUALA LUMPUR, 12 Okt -Umat Islam akan menyambut Aidilfitri kira-kira seminggu lagi dan ketika ini penghuni di bandar sibuk membeli segala persiapan raya termasuk kain baju dan kuih-muih tetapi pada saat ini juga beberapa kumpulan dikesan menyebarkan dakyah agama tertentu bagi memikat anak muda Islam yang leka.
Dalam keghairahan itu, umat Islam mungkin sekali terlupa anak-anak muda Melayu kini berhadapan dengan serangan pemikiran pendakyah agama lain termasuk agama Kristian.

Laporan dari beberapa penduduk Seremban Jaya, Senawang bahawa mereka mendapati pendakyah agama Kristian mempergiatkan usaha mengedar risalah berbentuk cerita komik yang dilihat mampu memesongkan akidah remaja Islam.

Menurut seorang penduduk, Mohamad Zakir Shuhaimi, pendakyah ini cuba mempengaruhi pemikiran anak remaja Islam supaya terpesong daripada akidah agama dengan kisah yang dipaparkan dalam komik tersebut.

Hingga kini Mohamad Zakir dan beberapa rakan berjaya mengumpul sejumlah 45 buah komik daripada beberapa remaja yang mendakwa menerima komik tersebut dari orang yang tidak dikenali ketika berjalan-jalan di Dataran Senawang.

Azizi Abdul Shakur pula berkata, komik tersebut mengisahkan tentang ajaran Kristian dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya.

Naskhah komik itu lebih menarik dengan susunan ayat dan manipulasi kisah bersumber alkitab dan kisah Nabi Isa dan Adam yang telah diputarbelitkan, kata Azizi.

Komik yang diterbitkan sebuah syarikat yang dikatakan berpangkalan di Kanada itu turut diedar di beberapa taman sekitar Ampangan dan Paroi, kata Azizi yang mendapat maklumat daripada beberapa teman yang tinggal di dua kawasan tersebut.

"Kami sebagai penduduk di sini bimbang jika anak-anak kami terpengaruh dengan dakyah ini. Kami mahu pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) dan mufti mengambil tindakan menyiasat gerakan pendakyah ini," katanya.

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Mohammed Omar yang ditemui semalam berkata, Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan (BPPNS) kini sedang mengumpul maklumat kegiatan pendakyah tersebut.

Malah katanya, maklumat awal yang diperolehi telah disalurkan kepada beberapa individu tertentu yang berada dalam Mains untuk disiasat pihak berkenaan.

Zulkifli menasihatkan ibu bapa dan remaja supaya lebih berhati-hati dengan penyebaran komik tersebut yang dilihat boleh menggugat akidah remaja, kanak-kanak dan dewasa Melayu Islam. - lanh

P/s: saya juga pernah terbaca salah satu komik berunsur begini dan Nauzubillah memang berbahaya.. sekarang ni pun dengar cerita masih ada lagi pengedaran komik seumpama ini termasuklah risalah2 malah makin berleluasa. Mad

http://normyislam.blogspot.com

dheadz


Admin
Admin
Saya pernah mendapat komik ni dalam bentuk fail pdf melalui email, tapi tak habis nak explore... pasal panjang jugak isi kandungannya. Kalau kita yang dah ada sedikit pengalaman dalam hidup ni, dapat bahan2 camni, tak kisah sangat, sebab tahu itu tidak betul sama sekali, dan betul juga apa yang diperkatakan... bagi mereka yang masih mentah, tidak tahu apa maksud di sebalik komik itu, takut mudah terpedaya.

Kesimpulannya, kenalah ambil tahu apa yang anak, adik kita baca. Sedikit sebanyak boleh betulkan apa yang boleh. Takut mereka2 ni tersilap faham.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

azizul


Admin
Admin
yup, banyak dakyah2 mereka disebarkan melalui medium2 lain, mcm melalui buku2 yang "ilmiah" padalah kandungannya penuh dengan unsur2 israiliat. begitu juga cartoon d tv tu... hati2, jgn sampai adik kita leka dan percaya "benda2 mengarut" dlm kotak hantu tu...

http://al-insyirah.forummotion.com

normyislam


Ahli Senior
Ahli Senior
jgn sampai adik kita leka dan percaya "benda2 mengarut" dlm kotak hantu tu...

hehe.. sukalah ayat ni...(^_^) teringat adik sy yang x habis2 layan kartun tv9 tuh. albino

http://normyislam.blogspot.com

dheadz


Admin
Admin
kotak hantu? apa benda tu?


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

azizul


Admin
Admin
kotak hantu ialah istilah utk TV Very Happy


_________________
http://al-insyirah.forummotion.com

aysarahanan


Moderator
Moderator
azizul wrote:kotak hantu ialah istilah utk TV Very Happy

oo tb upenyer..puas den pk2..apo bondo la kotak hantu tu...hihi rabbit

betul tu hati2 ngn kotak hantu tu,kadang2 nampak cam simple tapi kita tak perasan mungkin di sebaliknya ada unsur2 yg leh merosakkan aqidah..

aysa kat sini pon dalam kotak hantu tu ade lbh dari 400 channel..sampai nak bukak kotak hantu pon rase malas.

sayangi keluarga anda.. cheers

dheadz


Admin
Admin
400 channel, banyaknyeeee.... mmg tak tertengok. Yang kat Malaysia ni pun, Astro ada banyak siaran... itu pun tak abis tengok.

Berbalik pada topik, bukan setakat dakyah kristian dalam komik. Komik2 yang biasa ada kat pasaran pun, tak kurang 'hebatnya'. Biasanya kanak2, pelajar2 sekolah yang biasa melanggan komik2 ni semua. Kalau tak dikawal, ambil tahu apa yang mereka baca, bimbang nanti, mereka turut terpengaruh dengan isi kandungan komik yang tak tantu hala tujuannya.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

azizul


Admin
Admin
dulu zizul minat kumpul dan baca komik, yang ada dalam list setiap bulan ialah komik detaktif conan, penyiasat remaja q dll. dulu pernah gak baca majalah utopia, gempak dan yang sewaktu dengannya. yang zizul perasan,. memang kita sendiri pun dalam tidak sedar diserang dgn imej2 kehidupan yg terlalu fantasi, mcm dlm permainan komputer?
kalau kita tengok isi majalah hiburan ni, bukan banyak pun yang berfaedah. gambar2 yang agak x senonoh, itulah menu utama....


_________________
http://al-insyirah.forummotion.com

dheadz


Admin
Admin
Betul, gambar2 yang tidak sepatutnya itulah yang menarik minat para pembaca, terutamanya mereka2 yang sedang membesar, ingin tahu itu ini dengan lebih lagi. Kan elok kalau ada satu badan, yang boleh tapis kandungan komik, majalah... macam FINAS (menapis kandungan wayang).


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

azizul


Admin
Admin
yup, memang susah nak tengok komik dan manga2 yang bebas daripada imej yang keterlaluan.


_________________
http://al-insyirah.forummotion.com

normyislam


Ahli Senior
Ahli Senior
yalah, sekarang ni mmg dahsyat bahan-bahan bacaan yang berbahaya ni. tambah2 lagi zaman sekarang budak kecik pun pandai main internet.. terima email pelik2.. kalau perasan, komik2 seumpama ni guna pendekatan yg sangat halus dan lembut. Ala-ala cerita nasihat dan sebagainya. Jadi kanak-kanak yang naif ni mudah hadam.. Huuu... ada juga cerita2 kartun yang wataknya seksi2. Budak kecik yang tengok pun tahu gambar2 tu seksi-seksi belaka.. macam adik saya..ahaiii..

http://normyislam.blogspot.com

aysarahanan


Moderator
Moderator
ibu bapa kena juga salu main peranan,mengawal aktiviti anak2,tetapi bukan mengongkong.
sekarang ni kat hp pon mudah di sebarkan perkara2 yang tak baik.macam-macam ada.mengalahkan orang dewasa.Rolling Eyes

maju da budak-budak sekarang ni,zaman dlu 2 mana ada hp..
kalo dlu2 nak hiburan sikit main galah panjang,lompat getah..apa2la..(teringat zaman muda-muda) Razz

dheadz


Admin
Admin
Kalau kat intenet tu, boleh buat filter, untuk pantau aktiviti anak2. Kalau buku komik bacaan, ibu bapa memang perlu ambil peranan, sama2 ambil tahu apa yang anak2 beli, baca.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

izyan insyirah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
alhamdulillah..ada topik sebegini dibincangkan secara terbuka dalam forum ini...
mmg sangat menyiksakan berdepan dengan segala dakyah mereka...sangat siksa apa lagi berdepan dgn org terdekat...

why dont g bersemuka dgn mereka.dekati mereka..wat dialog..bgtau kebenaran yg sebenar ttg bible mereka...bible sendiri boleh menjawab segala kekusutan mereka sebenarnya...

apapun, didik dan jaga akidah kita, org sekeliling kita...semoga kita tidak terpengaruh dgn dakyah2 sebegini...

http://izyaninsyirah.blogspot.com

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Similar topics

-

» Kristian Matsson

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum