Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

bila bible pula diragui...

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 bila bible pula diragui... on Sun May 31, 2009 9:55 am

normyislam


Ahli Senior
Ahli Senior
Sejauh mana kita, umat Islam mahupun orang kristian sendiri kenal sama itu agama kristian dan injil (bible)? Ana yakin bahawa anda (termasuk ana) tak kenal jika anda menjadikan bible itu sebagai rujukan utama anda. Untuk mengenal Isa a.s atau lebih dikenali sebagai Jesus Christ dengan jelas, baca Al- Quran.

Perkara pertama yang sangat pelik berlaku secara besar- besaran sekarang ni ialah kefanatikan orang eropah menganuti agama kristian yang bertuhankan Jesus sedangkan Jesus itu sendiri tidak diutuskan kepada mereka apatah lagi diangkat menjadi tuhan. European mendakwa sebagai pengikut Bible (kitab Isa a.s) tanpa sedar mereka terpesong dari syariat nabi Isa a.s. malah orang eropah ini tiada hubung kait langsung dengan agama Nabi Isa a.s.

Penyiar2 agama kristian sangat sibuk pergi jelajah dunia menyebarkan ajaran Isa a.s walhal Isa a.s sendiri tak bermaksud nak buat demikian. Apa yang dimaksud oleh Tuhan dalam mengutus nabi Isa?? Persoalan ini telah dijawab sendiri Isa a.s dengan jelas:
Maka jawab Yesus, katanya: Tiadalah aku disuruhkan kepada orang lain, hanya kepada segala domba yang sesat dari antara Bani Israel.
(Matius 15:24)

Baik, seterusnya ingin ana kemukakan, adakah patut kita berpegang pada bible yang wujud sekarang ni sedangkan kita tahu kitab New Testament dalam bible yang dibaca zaman ini bukan ditulis oleh Isa a.s atau sesape pun yang hidop waktu zaman yang sewaktu dengannya?? Tambah hebat lagi bila Bible dianggap sebagai kalam Tuhan.

Ingin ku ingatkan di sini sebahagian besar New Testament itu ditulis oleh Saint Paul (Paulus) atau nama asal Saul yang merupakan seorang Yahudi dari Tarsus. Paulus mengatakan Isa a.s sebagai anak tuhan dan dia juga yang membawa konsep 'trinity'. Konsep trinity ni ana tidak berapa jelas sebenarnya cuma kalau tidak silap, ia berkenaan tuhan dalam 3 bentuk / versi iaitu God, Jesus dan Holy Spirit. hehe, holy spirit itu bunyi macam hantu tapi apa yang dimaksudkan ialah malaikat Jibril yang kita kenal selama ni:P

Jadi, tak dinafikan lagi Bible ini ditulis beratus-ratus tahun selepas kewafatan nabi Isa a.s. Baik, Al Quran juga ada menyentuh mengenai hal ini:

" Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan-tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: "Ini dari Allah", (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka kerana apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan besarlah mereka kerana apa yang mereka kerjakan"
(Al-Baqarah ayat 79)

Jadi, maksud ana, bible yang terpesong inilah yang perlu kita hati-hati.

Sekarang kita lihat pula mengenai keyakinan orang yahudi dan kristian itu sendiri. Orang yahudi dan kristian hingga sekarang pun masih tak pasti sama ada Isa a.s disalib atau siapa sebenarnya yang disalib sedangkan bagi umat Islam, perkara itu jelas.

"dan kerana ucapan mereka: " Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih,Isa putera Maryam, Rasul Allah," padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang2 yang berselisih faham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu.Mereka tidak punyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu kecuali melalui persangkaan belaka, merka tidak pula yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa"
( An-Nisaa ayat 157 )

Jadi, ingin ana simpulkan bahawa hanya Al-Quran yang membawa ajaran untuk SELURUH umat manusia, bukan injil kerana injil hanya bicarakan soal Tuhan daripada anak cucu Israil atau nama lainnya yahudi. Juga bukan ajaran Nabi Isa a.s yang patut diterima SELURUH umat manusia karana Isa a.s sendiri bukan nabi untuk SELURUH umat manusia tetapi hanya untuk bani Israel dan sekaligus melengkapi kitab Taurat.

" Jangan sangka akau hendak merombak hukum Taurat atau kitab nabi2, bukannya aku datang untuk merombak melainkan menggenapinya"- Isa a.s
( matius 5:17,18 )

P/s: berikan pandangan kalian:)
petikan dari http://normyislam.blogspot.com

http://normyislam.blogspot.com

2 Re: bila bible pula diragui... on Sun May 31, 2009 11:30 am

azizul


Admin
Admin
normyislam wrote:
Jadi, ingin ana simpulkan bahawa hanya Al-Quran yang membawa ajaran untuk SELURUH umat manusia, bukan injil kerana injil hanya bicarakan soal Tuhan daripada anak cucu Israil atau nama lainnya yahudi. Juga bukan ajaran Nabi Isa a.s yang patut diterima SELURUH umat manusia karana Isa a.s sendiri bukan nabi untuk SELURUH umat manusia tetapi hanya untuk bani Israel dan sekaligus melengkapi kitab Taurat.
P/s: berikan pandangan kalian:)
petikan dari http://normyislam.blogspot.com

Assalamualaikum Warahmatullah.

ana beriman dengan Nabi Isa a.s dan juga beriman kepada kitab Injil dan Taurat.

berkenaan petikan yang ana colorkan, ana berpendapat, ana kurang pasti. kerana seperti yang kita tahu tiada lagi kitab injil untuk kita jadikan rujukan. kitab "bible" yang ditulis selepas keberangkatan Nabi Isa a.s bagi ana bukan sumber rujukan untuk penyatakan diatas.

Ajaran Nabi Isa a.s bukan Kristian. Diriwayatkan oleh al-Qurtubi dalam tafsirnya dari Urwah bin Az-Zubair bahawa orang-orang alim Kristian telah meminda Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. menurut persidangan kristian yang pertama, Persidangan Nicea , hanya 4 "kitab injil" yang diterima pakai iaitu tulisan Luqos, Marqos, Yuhannas dan Mettius dan "kitab injil" Barnaba yang menghampiri kitab Injil yang sebenar diharamkan. kitab ini kini berada Muzium Vienna dan terkandung isinya tentang kedatangan Akhirul Anbiya, Nabi Muhammad S.A.W

telahan menyamakan Kitab Injil yang asli dengan "kitab injil" ciptaan ... bagi saya bukan dasar menyatakan penyataan diatas.

Wallahu 'alam

ana dah ke blog anti, Alhamdulillah bermanfaat.

http://al-insyirah.forummotion.com

3 Re: bila bible pula diragui... on Sun May 31, 2009 6:27 pm

normyislam


Ahli Senior
Ahli Senior
salam.
mungkin ayat yang sy gunakan di situ agak menimbulkan salah faham...huuuu..maaf
maksud sy bila sy mengatakan bhw kitab injil bukan kitab untuk seluruh umat manusia tidaklah bermaksud kita sbg umat nabi Muhammad s.a.w tidak perlu beriman padanya.. malah nabi Isa a.s sendiri adalah utusan Allah s.a.w dan injil adalah kalam Allah jua..
Jadi adalah wajib untuk kita beriman kepada kitab2 terdahulu ini.

Cuma yang dimaksudkan ajaran2 yang dibawa oleh nabi2 terdahulu ini diumpamakan bagai cabang2 yang membawa pada kebenaran yang satu, iaitu Islam.
Penurunan Al-Quran itu jua adalah untuk menyatukan cabang2 ini dan perbezaan2 fahaman dalam agama dari kelompok2 manusia yang berlainan. Begitu jua kedatangan Nabi Muhammad s.a.w yang menyatukan kesemuanya.
maaf jika ada kekeliruan yang berpunca dr kelemahan sy. Smile

http://normyislam.blogspot.com

4 Re: bila bible pula diragui... on Sun May 31, 2009 7:14 pm

azizul


Admin
Admin
Wsalam,

ya, ana faham.. cuma sumber yang anti gunakan untuk menyokong penyataan itu bagi ana tidak sesuai. bagi ana Kitab Injil tidak boleh disamakan dengan bible , dan Jesus tak boleh disamakan dengan Nabi Isa a.s

mungkin kalau anti ganti kepada bible dan jesus christ , ana boleh terima. sebab kita semua tahu agama kristian ialah agama palsu.

hari natal , 25th dec bukan tarikh lahir Nabi Isa a.s . tetapi dicedok drpd tuhan ciptaan mesir kuno , Horus, yakni tuhan matahari(pd msa yg sma tuhan langit, dan tuhan perang) sebab itu diorg ke gereja pada hari SUNday .

okey itu bukan isunya sekarang, ana amat berterima kasih pada anti atas perkongsian ilmu yang anti bawa Very Happy okey? Very Happy

great article . cuma chapter kat bawah tu...itu je ana tak berapa setuju.... mungkin yang lain ada pendapat masing2... kita tunggu pendapat Insyirah rabbit

http://al-insyirah.forummotion.com

5 Re: bila bible pula diragui... on Mon Jun 01, 2009 9:38 am

normyislam


Ahli Senior
Ahli Senior
Jadi, ingin ana simpulkan bahawa hanya Al-Quran yang membawa ajaran untuk SELURUH umat manusia, bukan bible kerana bible hanya bicarakan soal Tuhan daripada anak cucu Israil atau nama lainnya yahudi. Juga bukan ajaran Jesus christ yang patut diterima SELURUH umat manusia karana Jesus Christ sendiri bukan nabi untuk SELURUH umat manusia tetapi hanya untuk bani Israel dan sekaligus melengkapi kitab Taurat.


hmm... begini yang saudara maksudkan? (tukar injil kpd bible dan isa a.s kpd jesus)
Sebenarnya, sy tak boleh tukar sebab yang sy maksudkan itu ialah memang nabi Isa a.s dan kitab injil. Saudara juga yang kata bahawa jesus christ itu tidak wujud. Jadi, sy tak mention pasalnya.
sy cuma ingin katakan bhw Isa a.s diutuskan untuk melengkapi taurat yang membawa kepada menyembah Allah s.w.t yang esa..kepada Bani Israel.
Malah nabi isa sendiri jua mengatakan:

Maka jawab Yesus, katanya: Tiadalah aku disuruhkan kepada orang lain, hanya kepada segala domba yang sesat dari antara Bani Israel.
(Matius 15:24)

Dalam Al Quran:
"Dan sebagai Rasul kepada bani Israel...."
(Al-Imran :49)

Saya minta maaf kalau ada salah dan silap,huuuuu (^_^)
Point sy menyatakan semua ini ialah untuk mengatakan bahawa perlunya Al-Quran yang menyatukan kelompok2 ini kerana setiap umat itu didatangkan dengan nabi2 yang berbeza2 (contoh nabi?rasul untuk bani israel adalah yaakub,yusuf,musa,... Isa a.s) dan walaupun kesemua nabi2 tersebut membawa kepada ajaran yang sama iaitu Islam, namun ajaran-ajaran ini terpesong terlalu banyak sebelum turunnya Al-Quran. Itulah jua tujuan penurunannya.

saya tak sangka hal ini boleh membawa keraguan bagi muslim membacanya sebab sy cuma ingin org beragama kristian berfikir, kenapakah Isa a.s diturunkan dan mengapa nabi Isa tidak pernah mengaku dirinya sebagai anak tuhan dan ajaran yang dibawanya bukan ajaran baru malah bersangkut paut dengan ajaran Nabi2 sebelumnya dan disatukan dengan Al-Quran.

Apapun, sy juga masih mentah dalam hal ini, jadi tunjuk ajar dan teguran yang diberikan sangat sy hargai (^-^)terima kasih

http://normyislam.blogspot.com

6 Re: bila bible pula diragui... on Mon Jun 01, 2009 9:43 am

normyislam


Ahli Senior
Ahli Senior
maaf juga kalau bahasa tunggang terbalik...huuuu Smile
selalu ssh dapat A utk BM albino

http://normyislam.blogspot.com

7 Re: bila bible pula diragui... on Mon Jun 01, 2009 11:37 am

azizul


Admin
Admin
normyislam wrote:
hmm... begini yang saudara maksudkan? (tukar injil kpd bible dan isa a.s kpd jesus)
Sebenarnya, sy tak boleh tukar sebab yang sy maksudkan itu ialah memang nabi Isa a.s dan kitab injil.

I see, okey, ana faham. bagi ana, petikan yg anti ambil mungkin sesuai digunakan sebagai combat kit menentang gerakan pemurtadan dlm ummah kita.

tetapi sesama kita, ana rasa lebih baik digunakan sumber drpd Al - Quran. rasanya tiada pun yang persoalkan kenabian dan kerasulan Nabi Isa a.s dan sememangnya para nabi diutuskan kepada ummatnya.

“Dan Kami mengutus, menyusuli jejak-jejak mereka, Isa putera Mariam, dengan mengesahkan Taurat yang sebelumnya; dan Kami memberinya Injil, di dalamnya petunjuk dan cahaya,” (Al - Maidah, ayat 46)

“Aku (Isa) hanya mengatakan kepada mereka apa yang Engkau memerintahkan aku dengannya: ‘Sembahlah Allah, Pemelihara aku dan Pemelihara kamu.’” (Al - Maidah , ayat 117

Ketika Nabi Isa diutus, manusia sedang berselisih dalam hal agama. Maka kedatangannya adalah juga untuk memperjelaskan apa yang diperselisihkan. Firman Allah:

“dia (Isa) berkata, ‘Aku datang kepada kamu dengan kebijaksanaan, dan supaya aku memperjelaskan kepada kamu sebahagian apa yang dalamnya kamu memperselisihkan; maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.’” (Az Zukruf ayat 63)


Nabi Isa juga memberitahu tentang kedatangan seorang rasul selepas baginda, yang namanya akan dipuji. Ayat yang mengisahkannya berbunyi:

“Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku (Isa) rasul Allah kepada kamu, mengesahkan Taurat yang sebelum aku, dan memberi berita gembira dengan seorang rasul yang akan datang selepas aku, namanya ahmad (dipuji).” (Ash Shaf:6)

dlm terjemahan English

And remember, Jesus, the son of Mary, said: "O Children of Israel! I am the apostle of Allah (sent) to you, confirming the Law (which came) before me, and giving Glad Tidings of an Messenger to come after me, whose name shall be Ahmad." But when he came to them with Clear Signs, they said, "this is evident sorcery!"

saya lagi senang menggunakan Al - Quran sebagai sumber, kecuali utk melawan dakyah penyesat. kita bleh guna kan "bible" as combat kit.

Wallahu 'alam

Very Happy

apa2pun terima kasih atas perkongsian ilmu

http://al-insyirah.forummotion.com

8 Re: bila bible pula diragui... on Mon Jun 01, 2009 7:34 pm

normyislam


Ahli Senior
Ahli Senior
rasanya tiada pun yang persoalkan kenabian dan kerasulan Nabi Isa a.s dan sememangnya para nabi diutuskan kepada ummatnya.

huhuhuhu... jangan risau, memang tak ada muslim yg ragui hakikat ini.

sebab itulah artikel itu tidak terlalu ditujukan buat muslim.. kalau buat muslim bukan untuk meragui apa2 tapi untuk berfikir shj... sebab tulah artikel itu sy x jadikan sebagai bahan yang menimbulkan persoalan di forum ini, sekadar meminta pendapat dan nak lihat sejauh mana kefahaman kita.

Tapi kan, satu yang menjadi tanda tanya buat sy pula skrg bila saudara sgt x setuju dgn phase terakhir artikel tu. Adakah saudara masih tak bersetuju?
Iaitu, memang Isa a.s adalah utusan Allah s.w.t.. buat bani israel? Sama seperti nabi2 lain untuk kaum lain macam nabi salleh a.s untuk kaum thamud.

huhuhu... itu saja yg jadi persoalan sy tiap kali sy balas post saudara Smile

kerana sy mmg beriman dgn setiap nabi yang diturunkan Allah s.w.t dan sy juga tahu tiap2 nabi itu diutuskan pd kaum2nya sendiri. Dan yg terakhir Nabi Muhammad s.a.w lah satu-satunya nabi yg diutus pada seluruh umat manusia bagi menghapuskan segala perbezaan yg terdapat pd agama2 terdahulu (yg banyak dipesongkan)
apapun, terima kasih atas perkongsian saudara di atas

Very Happy

http://normyislam.blogspot.com

9 Re: bila bible pula diragui... on Tue Jun 02, 2009 11:56 am

azizul


Admin
Admin
Wallahu 'alam.

saya x tahu .

yang saya tahu, para Rasul diutuskan untuk menyebarkan kebenaran kepada ummatnya. apabila anti cuba mengertikan "ummat" nabi Isa a.s ialah bani israel. saya agak culas , sebab setahu saya , Nabi Isa a.s diutuskan kepada umat manusia SEZAMANnya . dan rwyat hidup baginda kebanyakkan masa bersama - sama dengan kaum yahudi atas sebab kekufuran dan kesesatan (seperti yang dikhabarkan dlam Al - Quran)

memang ada nabi yang saling hidup sezaman dengan nabi lain. contohnya Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Luth a.s .

apa2pun, ini sekadar pendapat saya, terbuka pada komen dan sandaran lain.

Wallahu 'alam

http://al-insyirah.forummotion.com

10 Re: bila bible pula diragui... on Tue Jun 02, 2009 12:34 pm

normyislam


Ahli Senior
Ahli Senior
salam~
terima kasih atas komen saudara (^_^). Maafkan saya. saya xlah mahu menimbulkan apa2 perbezaan pandangan di sini. Cuma apa yang sy tulis mengikut kefahaman sy shj. Al- Quran itu bahasanya terlalu tinggi hingga sy tak berani menafsirnya sendiri. Jadi sy berlandaskan tafsir Al-Quran..wallahualam

Apapun, sy bersetuju bila saudara kata bhw keterangan dr bible itu sesuai utk dijadikan combat kit buat orang kristian shj. Kerana bagi umat Islam tiada apa nak diragukan lagi.
Smile

http://normyislam.blogspot.com

11 Re: bila bible pula diragui... on Tue Jun 02, 2009 12:49 pm

azizul


Admin
Admin
Waalaikummussalam,

InsyaAllah , kita sama2 berkongsi manfaat. tengah tunggu komen ustazah insyirah ni... hurm, komennya pasti lebih baik.

Very Happy

http://al-insyirah.forummotion.com

12 Re: bila bible pula diragui... on Mon Aug 10, 2009 2:00 am

izyan insyirah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
satu fakta yg perlu kita tahu...

Bible itu bukan Injil
dan
Injil bukan Bible....

http://izyaninsyirah.blogspot.com

13 Re: bila bible pula diragui... on Mon Aug 10, 2009 2:14 am

izyan insyirah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
kita sudah ada al-Quran. sudah cukup untuk menjadi panduan buat kita hingga ke hari kiamat.

kalau mahu mengkaji Bible untuk dijadikan panduan, itu salah. kerana yg pertama, Nabi terakhir adalah Nabi Muhammad, segala yg di langit dan di bumi mengikut syariat yg dibawa oleh Nabi Muhammad hatta Nabi Isa yg akan turun menjalang kiamat nanti.

yang kedua, Bible atau Injil (yg dipercayai oleh sesetengah orang wlupun tk benar) sudah bercampur dgn hasil tangan manusia. ianya sudah diubah dan ada yg dipesongkan. bagaimana mahu menerima isi kandungannya, penulisnya saja kita tidak tahu. malah bilangan Bible bagi dua 'mazhab' terbesar kristian berlainan dan sangat bertentangan antara satu sama lain.

kita tidak boleh menjadikan Bible sebagai panduan atau nak banding2 dgn al-Quran. kalau nak kaji untuk kita gunakan menjaga akidah muslimin, itu dibolehkan...

so, klu nak cakap pasal perbandingan agama klu masih ragu2, kena kaji betul2. agar tidak mengeirukan.. kaji tulisan Ahmad Deedat..Ustaz Rashidy Jamil...ustaz Nicholas dan ramai lagi...

http://izyaninsyirah.blogspot.com

14 Re: bila bible pula diragui... on Mon Aug 10, 2009 2:24 am

izyan insyirah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
normyislam wrote:
rasanya tiada pun yang persoalkan kenabian dan kerasulan Nabi Isa a.s dan sememangnya para nabi diutuskan kepada ummatnya.

huhuhuhu... jangan risau, memang tak ada muslim yg ragui hakikat ini.

Tapi kan, satu yang menjadi tanda tanya buat sy pula skrg bila saudara sgt x setuju dgn phase terakhir artikel tu. Adakah saudara masih tak bersetuju?
Iaitu, memang Isa a.s adalah utusan Allah s.w.t.. buat bani israel? Sama seperti nabi2 lain untuk kaum lain macam nabi salleh a.s untuk kaum thamud.


Very Happy

Nabi Isa memang diutus untuk Bani Israel sahaja....
yahudi adalah kaum yang paling banyak menerima Nabi. kerana kita tahu sifat mereka ini yg sangat degil itu.
Nabi Isa diutus untuk Bani Israel tetapi org2 kristian tidak mempercayainya...padahal, cerita detailsnya terang2 kt Bible yg mereka agung2kan itu.

dan nabi Muhammad diutus untuk seluruh manusia...seperti yg kita sedia maklum...

subahanallah...

http://izyaninsyirah.blogspot.com

15 Re: bila bible pula diragui... on Thu Aug 13, 2009 10:25 am

normyislam


Ahli Senior
Ahli Senior
salam... pandangan yang baik dan jelas izyan.(^_^)
ya, biasanya bible ini bila diselak (bukan dikaji dgn detail) hanya untuk menangkis pandangan orang kristian sahaja seperti yang kerap terjadi. Ini perlu juga kerana 'mereka' menafikan Islam melalui bible mereka. Jadi, adalah baik juga kiranya kita mampu mengeluarkan pandangan kita sendiri melalui sudut bible 'mereka' itu. Namun ya, hati2 sentiasa.

http://normyislam.blogspot.com

16 Re: bila bible pula diragui... on Thu Sep 03, 2009 7:11 am

izyan insyirah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
agama 'ini' (tak nak sebut) kita boleh kajinya dengan mengambilkira asas2 dalam agama ini...seperti...
1. konsep Triniti
2. Jesus sebagai Anak Tuhan
3. Dosa Warisan
4. Ketuhanan Jesus

dan banyak lagi..4 pkara ini sudah menjelaskan dengan detail percanggahan berlaku dalam Al-Kitab (yg mereka sebut2) mereka...

http://izyaninsyirah.blogspot.com

17 Re: bila bible pula diragui... Today at 5:57 pm

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum