Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Larangan duduk di atas kubur - penjelasan...

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 Larangan duduk di atas kubur - penjelasan... on Wed Jan 09, 2008 8:53 pm

Nell


Ahli Senior
Ahli Senior
Pada zaman permulaan Islam, syariat Islam telah melarang amalan menziarahi kubur. Ini bagi mengelakkan sebarang kepercayaan atau amalan-amalan karut yang diamalkan semasa zaman Jahiliah dilakukan semasa menziarahi kubur.
Tetapi setelah asas pemahaman akidah diterapkan oleh Rasulullah s.a.w, larangan ini telah dihapuskan.

Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Daripada Ali r.a berkata, bahawa Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya aku dahulu pernah melarang kamu daripada menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah kubur kerana ia dapat mengingatkan kamu akan akhirat”. (riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasai, Ibn Majah dan Ahmad).
Daripada Abu Said al-Khudri berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya aku dahulu pernah melarang kamu daripada menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah ia kerana padanya ada pengajaran”. (riwayat Imam Ahmad).

Pengajaran
Jelaslah bahawa amalan menziarahi kubur ini dapat mengingatkan kita tentang kematian dan negeri akhirat yang padanya mempunyai pelbagai pengajaran dan menimbulkan keinsafan. Namun begitu, keizinan menziarahi kubur ini tetap juga tertakluk kepada beberapa adab dan peraturan lain yang perlu dipatuhi.
Ini kerana menziarahi kubur ini merupakan ibadah dan sesuatu ibadah yang dilakukan mestilah bersih dari segala unsur-unsur syirik, khurafat dan bidaah. Justeru, ia mesti dilakukan berpandukan peraturan yang telah ditetapkan oleh syariat.
Di antara larangan yang perlu diberi perhatian semasa kita menziarahi kubur atau mengkebumikan jenazah ialah tidak duduk di atas kubur.

Larangan ini berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah. Antaranya ialah:
-Daripada Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: Sekiranya seseorang kamu duduk di atas bara api yang membakar pakaiannya dan menyentuh dan menghanguskan kulitnya, lebih baik baginya daripada duduk di atas kubur. (riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasa'i, dan Ibn Majah, al-Baihaqi dan Ahmad)
-Daripada Abu Marthad al-Ghanawi berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda bermaksud: Jangan kamu sembahyang mengadap ke arah kubur, dan jangan kamu duduk di atasnya. (riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasa’i, al-Tirmizi)
Al-Imam al-Nawawi (w 676) ketika menghuraikan hadis-hadis ini mengatakan bahawa haram untuk duduk di atas kubur. (Rujuk: al-Nawawi, al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Kitab al-Janaiz (Beirut: Dar al-Ma’rifah, cet. 7, 2000), jil.7, hal.41).

Al-Mubarakfuri (w 1353) pula dalam Tuhfat al-Ahwazi, semasa menghuraikan hadis Abu Marthad al-Ghanawi mengatakan bahawa: “Hadis ini dalil yang menunjukkan haramnya duduk di atas kubur, dan inilah pendapat jumhur… dan ditegah segala sesuatu yang tidak terdapat panduannya daripada sunah, dan sesungguhnya apa yang ditunjukkan oleh sunah ialah menziarahi kubur dan berdoa di sisinya secara berdiri”. (al-Mubarakfuri, Tuhfat al-Ahwazi, Kitab al-Janaiz (Madinah: Maktabah al-Salafiyah, cet.2, 1965), jil. 4, hal, 153).
Al-Imam al-Syawkani (w 1255), di dalam Nail al-Awtar, menyebut bahawa hadis Abu Hurairah ini merupakan dalil yang menegah daripada duduk di atas kubur dan para jumhur berpendapat hukumnya adalah haram. (Rujuk: Al-Syawkani, Nail al-Awtar, Tahqiq: Anwar al-Baaz (al-Mansurah: Dar al-Wafa’, cet. 2, 2003), jil.3, hal.189)

Menurut al-Imam al-San’ani pula: “Di antara perkara yang menyakiti dan mengganggu mayat ialah duduk di atas kuburnya”. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Al-Hafiz Ibn Hajar berkata bahawa sanadnya sahih, iaitu hadis daripada Amru bin Hazm al-Ansari bahawa beliau berkata: Rasulullah s.a.w melihat aku duduk di atas kubur, lalu Baginda bersabda: “Jangan kamu ganggu dan sakiti penghuni kubur ini”.
Kemudian al-San’ani mendatangkan pula hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan Abu Marthad, lalu beliau memberikan pendapatnya: “Semua dalil ini membawa maksud haramnya duduk dan lalu di atas kubur, kerana hadis Nabi: Jangan kamu mengganggu penghuni kubur ini menunjukkan tegahan daripada mengganggu mayat orang mukmin dan menganggu dan menyakiti mukmin ini adalah haram berdasarkan nas al-Quran (bermaksud): Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata. (al-Ahzab: 58) (Rujuk: Al-San‘ani, Subul al-Salam Syarh Bulugh al-Maram, Tahqiq: Hazim Ali Bahjat al-Qadhi (Beirut: Dar al-Fikr, 2003), jil. 3, hal.573-574)

Sheikh Mohamad Soleh ibn al-‘Uthaimin ketika menghuraikan hadis tentang larangan duduk di atas kubur ini berkata: “Ini kerana di dalam kubur itu terdapat insan muslim yang perlu dihormati, dan perbuatan engkau duduk di atasnya merupakan suatu penghinaan baginya, maka sebab itulah Nabi s.a.w bersabda: “Sekiranya salah seorang di antara kamu duduk di atas bara api yang membakar pakaiannya dan menyentuh serta menghanguskan kulitnya, lebih baik baginya daripada duduk di atas kubur, dan ini menunjukkan bahawa hukumnya adalah haram”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin, Tahqiq: Muhamad Muhamad Tamir (Kaherah: Dar al-A'nan, cet. 1, 2002), jil.4, hal. 320)
Kesimpulannya, amalan menziarahi kubur adalah suatu yang dituntut dan dianjurkan oleh Islam kerana ia dapat mengingatkan kita dengan kematian yang semestinya akan dihadapi oleh setiap insan.

Namun begitu, adab-adab dan larangan ketika berada di kawasan perkuburan mestilah dijaga dan diberi perhatian agar ibadah yang kita lakukan ini tidak dicemari oleh perkara-perkara yang ditegah. Sentiasalah kita menjadikan al-Quran dan sunah Rasulullah ini sebagai panduan agar kehidupan kita di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat di bawah rahmat dan naungan Tuhan.

* Abd. Razak Abd. Muthalib adalah pelajar sarjana Kulliyah Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

http://rawcommunity.allgoo.net/

dheadz


Admin
Admin
Nell wrote:maka sebab itulah Nabi s.a.w bersabda: “Sekiranya salah seorang di antara kamu duduk di atas bara api yang membakar pakaiannya dan menyentuh serta menghanguskan kulitnya, lebih baik baginya daripada duduk di atas kubur, dan ini menunjukkan bahawa hukumnya adalah haram”.
Hmm... duduk di atas bara api adalah lebih baik dari duduk di atas kubur. Betapa kerasnya larangan untuk kita tidak duduk di atas kubur.

Thanks Nell, baru tau ni.

insyirah


Moderator
Moderator
Kalau berziarah ke Madinah, muslimah tetap tak leh masuk kawasan perkuburan Baqi'


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

aysarahanan


Moderator
Moderator
ambik ikhtibar dan manfaat bila masuk kawasan kubur...
bahawa itula bakal destinasi kita.. akhir nanti...
"ajal yg datang di muka pintu tak de siapa yg beritahu"

insyirah


Moderator
Moderator
Kak Aysa..
napa ppuan x leh masuk kawasan kubur ek? tertanya soalan ni dah lama sangat... arituh tny umi, umi cakap maybe sebab mulut ppuan ni laser... er, ada jawapan yg betul2 tepat x? Smile Jazakillah.


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

dheadz


Admin
Admin
insyirah wrote:Kak Aysa..
napa ppuan x leh masuk kawasan kubur ek? tertanya soalan ni dah lama sangat... arituh tny umi, umi cakap maybe sebab mulut ppuan ni laser... er, ada jawapan yg betul2 tepat x? Smile Jazakillah.
Perempuan takleh masuk kawasan kubur? Aik, heran jugak... selama ni nampak kaum wanita masuk ke kawasan kubur utk menghadiri urusan pengebunian, menziarahi kubur, dan untuk urusan lain ok jek. Bila pulak ada peraturan macam ni?

insyirah


Moderator
Moderator
Dheadz...

Huhu... dah, ana dah dapat jawapannye... hehehe... mengenai masalah ppuan tidak dianjurkan ke tanah perkuburan Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

haziman


Ahli Senior
Ahli Senior
insyirah,bagitahulah..saya pun nak tahu juga alasannya

aysarahanan


Moderator
Moderator
wanita tidak digalakan keperkuboran kerana dikhuatiri akan meratap,menangis,meraung dan lain2 akan berlaku..seperti yg kita tau wanita ni beremosi..
aysa amik satu contoh kat sini,salu kalo ade kematian berlaku kebanyakan wanita kat sini akan meraung,meratap...sambil menepuk2 dada mereka dengan kuat...serta menyalahkan takdir...

p/s:aysa tak dapat nak ulas panjang2sbb masih dalam musafir..
insyaAllah harap ade sahabat2 yang dapat turut kasi pendapat sekali..

insyirah


Moderator
Moderator
Asif jiddan ana membiarkan persoalan tu begini... Smile

Baru ada kesempatan waktu nak berkongsi pendapat dan pandangan. Masy arab jahiliah dulu sangat beremosi [skrg pun wanita mmg tkenal dgn suke beremosi] dan bila ada kematian, mereka akan meratap dan meraung2 serta menepuk dada spt kata kak Aysa tuh. Makanya, meraung dan meratap mayat tu adalah dilarang Allah swt. Maka, untuk mengelakkan dr perkara ini berlaku, Rasulullah tidak membenarkan wanita ke tanah perkuburan. Antr sebab lain pula, wanita memang kurang dari 'agamanya' maksud ana disini ialah ada ketikanya wanita ni dalam keadaan kotor iaitu dalam keadaan haid. Mayat di tanah perkuburan insyaAllah semuanya bebas dr hadas kecil mahupun besar sbb semuanya di mandikan sebelum dikafankan spt yang kita semua tahu. Smile

Jadi, tidak salah disini wanita nak ke tanah perkuburan selagi mana badannya bebas dr hadas besar [haid, nifas dsb]. Lelaki pun sama juge, kalau dalam hadad tu... Eloknye, bersihkan diri dulu. Wallahua'lam. Kalau salah TOLONG betulkan fahamanan ana ni yerk. Lagi satu, ana perhatikan la... Pernah juga isteri yg kematian suami, dia tak dapat terima hakikat sampai pengsan berkali2... MasyaAllah, dan mereka tunggu dia sedar baru nak g tanah perkuburan. Sian kat mayat tu... Kita dituntut mempercepatkan urusan mayat tuh, seksa dia lak simpan lama-lama Sad

Ana SELALU pesan pada parents, seandainya ana ditakdirkan mati sblm mereka, simpan jer la kat mana-mana pun. Smile Supaya x susahkan nak urus mayat dan juga x seksa mayat. Wallahua'lam.


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

aysarahanan


Moderator
Moderator
KE KUBUR BAGI WANITA .

Oleh
Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Abani

Pertanyaan.
Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani ditanya : "Apa hukumnya wanita
berziarah kubur?".

Jawaban.
Wanita adalah saudara kandung lelaki. Maka apa yang dibolehkan bagi lelaki maka dibolehkan pula bagi wanita. Dan apa yang disunnahkan bagi lelaki maka disunnahkan pula bagi wanita, KECUALI HAL YANG KHUSUS YANG TERDAPAT DALILNYA.

Dalam masalah wanita ziarah ke kubur tidak ada dalil khusus yang
mengharamkan wanita berziarah kubur dengan pengharaman secara umum. Bahkan ada diriwayatkan dalam 'Shahih Muslim' bahwa Hadzrat Aisyah RHA tidur bersama Nabi SAW, lalu Baginda SAW diam-diam dari tempat tidurnya menuju pekuburan Baqi' untuk memberikan salam kepada mereka (jenazah-jenazah kaum muslimin -pent-).
Dan Aisyah RHA pun ikut menuruti di belakang Baginda SAW secara diam-diam (pula).

Ketika Baginda SAW berjalan perlahann, iapun perlahan,
ketika baginda SAW cepat, iapun cepat, hingga sampai kembali ke tempat tidurnya.
Kemudian beliau masuk ke kamarnya dan melihat Aisyah RHA dalam keadaan termengah-mengah. Baginda SAW berkata kepada Aisyah RHA : "Ada apa denganmu wahai Aisyah ? Apakah engkau curiga bahwa Allah dan Rasul-Nya akan curang terhadapmu ?
Sesungguhnya tadi Jibril mendatangiku dan berkata :
"Sesungguhnya Tuhanmu menyampaikan salam kepadamu dan memerintahkanmu untuk mendatangi Baqi' dan memintakan ampunan untuk mereka (ahli kubur)".

Dalam suatu riwayat lain (bukan Muslim), Aisyah berkata RHA: Apalah aku bila dibandingkan denganmu wahai Rasulullah ! Kemudian lanjut Aisyah RHA:
-sebagaimana dalam As-Shahih- "Wahai Rasulullah! Jika aku berziarah kubur maka apa yang harus aku ucapkan ?
Baginda SAW bersabda : "Ucapkanlah .... (baginda mengucapkan doa salam kepada ahli kubur sebagaimana yang telah kita kenal).


Adapun hadith.

"Artinya : Allah melaknat para wanita yang sering mendatangi kubur".
Hanyalah berlaku saat di Makkah.
Kita berpegang dengan hadith yang sudah terkenal.
"Artinya : Dahulu aku pernah melarang kalian dari berziarah kubur, sekarang berziarahlah kalian".

Dan tidak 'syak' lagi bahwa larangan tersebut bukan di Madinah akan tetapi di Makkah, karena mereka baru saja keluar dari kesyirikan. Tidak mungkin larangan ini terjadi di Madinah.

Adapun perkataan beliau : "Sekarang berziarahlah kalian", besar kemungkinan ini terjadi di Makkah. Akan tetapi sama saja apakah di Makkah atau di Madinah, yang jelas izin menziarahi kubur terjadi setelah larangan ziarah di Makkah. Dan hal ini memberikan suatu konsekuensi penting bagi hadits Aisyah RHA di atas. Karena jika sabda Nabi SAW :
"Dahulu aku pernah melarang kalian ...." terjadi setelah Aisyah, maka
mungkin hadith Aisyah di 'nasakh" (hapus), tetapi ini terlalu jauh sekali.

Pendapat yang kuat adalah beliau melarang mereka berziarah kubur ketika di Makkah, kemudian pada akhir masa Makkah atau awal masa Madinah, beliau membolehkan ziarah kubur.

Yang jelas dan yang harus kita ketahui bahwa larangan tersebut ditujukan
untuk lelaki dan wanita. Maka izin (untuk kembali berziarah kubur) juga
untuk laki-laki dan wanita.
Kalau begitu kapan berlakunya hadith.
Artinya : Allah melaknat wanita-wanita yang sering menziarahi kubur"

Jika hadith tersebut keluar setelah izin Rasulullah SAW kepada para wanita untuk berziarah kubur, bererti terjadi penghapusan
hukum dua kali (dilarang, lalu dibolehkan, dan akhirnya dilarang lagi). Hal
seperti ini tidak pernah kita jumpai dalam hukum-hukum syari'at yang di
'mansukh'.

Jika ! kita anggap saja sabdaan Nabi SAW : "Allah melaknat wanita-wanita yang sering menziarahi kubur" keluar setelah beliau
menginzinkan lelaki dan wanita berziarah kubur. Tapi bagaimana dengan hadith yang menyatakan bahwa Rasulullah memberikan izin kepada Aisyah RHA untuk berziarah kubur ? Apakah izin Rasulullah SAW ini
terjadi setelah hadith laknat di atas ? Atau sebelumnya ?

Pendapat yang kuat menurut kami adalah bahwa izin Rasulullah SAW keluar sebelum hadith "laknat terhadap perempuan-perempuan
tukang berziarah".

Dengan demikian dapat kita simpulkan bahwa yang dilarang adalah perempuan yang berlebih-lebihan dan terlalu sering berziarah.
Sangat tidak mungkin ziarah ini haram bagi wanita, sedangkan Hadzrat Aisyah RHA kerap kali berziarah kubur, sampai setelah Rasulullah SAW wafat.

Sumber:
[Disalin dari kitab Majmu'ah Fatawa Al-Madina Al-Munawarrah, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Al-Bani. hal 157-160, Pustaka At-Tauhid]

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum