Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

AWAS!!!!!!! SERUNDING ****.....

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 AWAS!!!!!!! SERUNDING ****..... on Mon May 04, 2009 11:38 pm

islamicboy


Ahli Senior
Ahli Senior
Awas! Serunding daging **** di pasaran negara jiran kita dan pelancong
negara ini diminta berwaspada apabila makan sewaktu berkunjung ke
Indonesia.

Penemuan lima jenama 'abon' (serunding) dan daging dendeng siap makan
yang dibuat daripada **** di pasaran disahkan oleh pihak berkuasa
Indonesia, lapor Bernama.

Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian
DNA ke atas 35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di
pasaran di Jakarta, Jambi, Bogor,
Semarang, Surabaya dan Bandung, mengesahkan kandungan daging ****
dalam lima jenama.

"Sebenarnya tekstur serat **** lebih tidak kelihatan kerana banyak
mengandungi lemak. Oleh itu, kita menguji di makmal dengan menggunakan
alat bernama the real-time PCR (tindakan berangkaian polimera)," ketua
badan itu Husniah Rubiana dipetik berkata.

Menurut sebuah akhbar negara itu Republika, jenama-jenama itu ialah:

bullet buttonDendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram
bullet buttonAbon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran syarikat palsu)
bullet buttonAbon/dendeng sapi asli cap ACC
bullet buttonDendeng sapi istimewa berjenama Beef Jerky Lezaaat
(keluaran MDC Food Surabaya)
bullet buttonDendeng sapi Istimewa No 1 cap 999 (keluaran S
Hendropurnomo Malang).

Husniah dilaporkan berkata satu daripada jenama itu didapati
menggunakan tanda halal yang kononnya dikeluarkan Majlis Ulama
Indonesia (MUI), manakala
pengeluar lain menggunakan nama syarikat milik orang lain,
menggunakan alamat tidak benar
atau tidak tercatat pengeluarnya.

Umat Islam - yang menggemari makanan itu termasuk kalangan anak-anak
yang sukakan roti berisi serunding - boleh membezakan produk daripada
**** yang warnanya lebih muda berbanding warna daging lembu dan serat
**** juga lebih lembut, lapor agensi berita Malaysia dari Jakarta.

MUI dan Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan mendapati para
pengeluar itu pada mulanya mengakui menggunakan daging lembu tetapi
setelah diuji didapati positif daripada ****.

http://azizul.proboards91.com/

View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum