Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Warung Kopi @ al-Insyirah

Go to page : Previous  1 ... 9 ... 14, 15, 16, 17, 18  Next

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 15 of 18]

1 Warung Kopi @ al-Insyirah on Tue Feb 17, 2009 11:13 am

insyirah


Moderator
Moderator
First topic message reminder :

Assalamu'alaikum whb.

Nampaknya al-Insyirah sangatttt sepi... Sad

Saja buka topic baru, ana telah berazam untuk menghabiskan buku Putera Lembah Bakkah yang telah dibeli pada bulan Ogos 2008 dan sehingga kini belum berjaya dihabiskan. Maka, ana berazam selagi buku itu tidak habis, maka ana tidak akan mengupdate [blog] dan rindu pula rasanya nak menulis. Maka, jangan marah ye warga al-Insyirah, ana melepaskan kemaruk di sesawang ini. Embarassed

Warung Kopi @ al-Insyirah insya Allah, sekadar berkongsi cerita disekeliling. Let us sharing. Sharing is caring, rite? Cool

Sekadar berkongsi pengalaman dari jendela hospital. Smile

Pada awal tahun 2009, diary 2009 yang pertama sekali dalam hidup ana ialah program memasukkan diri ke hospital. Laughing Sound good ya? Razz Dari Desember 2008 lagi kesihatan mengganggu dan terus mengganggu rutin kehidupan. Alhamdulillah, moga dengan itu menjadikan ana hamba Allah yang selalu bersyukur atas kurniaan kesihatan dan nikmat-nikmat Nya. Hati menjadi sebak, gemuruh dan sangat hiba apabila membaca peringatan dari Tuhan, "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?" Berulang kali Allah 'bertanya' kepada manusia dalam surah Ar-Rahman, hati menjadi-jadi rindu untuk sujud di depan Kaabah Mu.

Kala hati menjadi gundah-gulana apabila doktor mengatakan bahawa badan yang sangat dhaif ini barangkali akan mengalami kelumpuhan. Subhanallah, berat sungguh rasanya ujian yang bertamu. Tapi, masih yakin Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Masakan Allah mentaqdirkan sesuatu yang sia-sia. Dialah yang Maha tahu apa yang terbaik buat kita semua. Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin. Kita merancang, Allah juga merancang dan Allah lah sebaik-baik Perancang. Subhanallah, cantik sungguh aturan Ilahi buat ana. Very Happy

Kesakitan pada tulang belakang dan menjalar ke seluruh kaki kiri membuatkan ana benar-benar 'lumpuh'. Subhanallah. Hanya Allah menarik satu nikmat, terasa seakan lupa pada nikmat-nikmat yang lain. Astaghfirullah hal azhim. Teruknya penyakit hati ni. Rolling Eyes Kiri dan kanan pesakit merintih dan meraung-raung, ana hanya mampu membekukan diri. Bila sakit, ana lebih suka diam. Diam dan berfikir. Diam dan berzikir. Ya Allah, bila sakit baru ingat Tuhan. "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?"

Pelbagai diagnosis doktor, sama ada ana mengalami:
Retak pada tulang belakang
Kanser tulang

Dan macam-macam yang menakutkan. Ana cuba menggarapkan kembali antara emosi dan akal. Kita semua milik Allah, apa yang ada pada kita adalah milik Nya hatta nyawa kita sendiri adalah milik Allah. Dia hanya memberi kita pinjaman. Apakah kita marah apabila Pemilik barang pinjaman meminta semula apa yang Dia pinjamkan? Apakah kita lupa diri, apakah kita terlupa akan janji kita untuk memulangkan semula apa yang kita pinjamkan?

Dilema dan terasa bukan hanya fizikal yang diuji, malah kesabaran, keyakinan dan keteguhan hati serta IMAN sedang hebat diuji Allah. Embarassed Tiadalah dayaku selain pertolongan dari Mu. Ana cuba membina semula keyakinan, kesabaran dan keimanan yang seakan diterjah ombak yang lebih hebat dari tsunami. Bayangkan, selama ni kita masih berjalan-jalan, buat itu dan ini... Dengan sekelip mata, kita kena terima yang semua itu dah pun 'dipulangkan' kembali pada Tuan pemilik barang itu. Allahuakbar... Susah, tapi itulah tarbiyyah 'direct' yang sedang Allah lakukan pada seorang insan bernama Insyirah. Smile Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah. Wink Alhamdulillah.

Kesimpulannya:

Dalam apa jua situasi sekalipun, tenang-tenangkan hati... lol!

ala bizikrillahi tatma'inal qulub. Laughing

Well, harini... Ana perlu meneruskan pembacaan Putera Lembah Bakkah, semoga Allah memberi kelapangan waktu (yang sememangnya lapang) dan menggerakkan minda untuk mengutip mau'izzoh yang dipamerkan. Insya Allah. Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

351 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Wed May 05, 2010 1:51 pm

dheadz


Admin
Admin
Serius jugak dengarnya apa yang diceritakan tu. Susah juga nak angkat benda yang berat-berat. Kena manjakan diri lah nampaknya. eheh... Very Happy

Hujung bulan ini, ada peluang nampaknya untuk makan nasi minyak lagi. Smile


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

352 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Tue May 11, 2010 4:00 pm

insyirah


Moderator
Moderator
Alhamdulillah! Insya Allah Wink

Hujung minggu ni saya makan nasi minyak Razz

Abang sulung saya akad nikah pada hari Jumaat ni, dan walimah di pihak perempuan pula pada hari Sabtu (Wah, dah bau aroma nasi minyak!).

Dalam masa yang sama juga, saya sedih kerana sahabat saya kemalangan petang semalam dan keadaannya agak teruk. Moga Allah memberi kekuatan buatnya...


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

353 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Fri May 14, 2010 10:23 am

aysarahanan


Moderator
Moderator
makan nasi minyak?cam sedap je...

dari sini dah bau nasi minyak dari cameron highland....

nasi minyak sape la tu yer adik syirah?hehe Razz


_________________
"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

354 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Fri May 14, 2010 10:39 am

azizul


Admin
Admin
kalau insyirah yg masak nasi minyak t,
berdesup keta dr ganu mai sana... hehehe


_________________
http://al-insyirah.forummotion.com

355 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Mon May 31, 2010 2:45 pm

insyirah


Moderator
Moderator


Alhamdulillah Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

356 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Mon May 31, 2010 6:27 pm

azizul


Admin
Admin
Alhamdulillah, Semoga diberkati Allah... Amin Ya Rabb


_________________
http://al-insyirah.forummotion.com

357 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Mon Jun 21, 2010 8:27 am

insyirah


Moderator
Moderator
Ameen Wink

Moga Allah berkati dan meredhai Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

358 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Mon Jun 21, 2010 10:57 am

aysarahanan


Moderator
Moderator
cantik la baju syirah...tempah katne ek?baju yang warna gold tu pon cantik...


_________________
"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

359 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Mon Jun 21, 2010 3:22 pm

munira alhashimi


Ahli Aktif
Ahli Aktif
assalammualaikum....
salam ingatan kasih buat semua..
ibu simpan je kad undangan yg cantek tu buat kenangan.
Moga Allah memberkati. Very Happy

360 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Tue Jun 22, 2010 8:33 am

insyirah


Moderator
Moderator
Salam'alaik...

Citer pasal kawen jap boleh la yek Razz

Kak Aysa ~ Hehehe... Syirah beli kain organza & lace yang murah jer sebab dah tau pakai baju bukan hari-hari kalau nak beli yang mahal (orang kata wedding once in life, so tak salah 'berhabis') jadi Syirah cari yang murah jer. Satu set kain (untuk lelaki & perempuan) only RM169... Wah, serius ni!

Tengok orang lain beli kain jer yang mahal-mahal ada yang sampai ribu-ribu, adeh la penat. Syirah beli 3 pasang - baju nikah, walimah perempuan & walimah lelaki. Tapi zauj beli 2 pasang je - walimah lelaki & perempuan sebab masa akad nikah dia pakai jubah putih. Very Happy Then Syirah tempah di Kajang. Simple jer kan? Hehehe, sebab Syirah nak yang simple... Jadi la simple tapi semua cakap baju gold tu cantik. Ngeh ngeh ngeh. Orang ingat mahal, padahal kain dia (untuk perempuan) charge +- RM100 termasuk lace. Walimah di Kelantan Syirah buat baju kurung pahang (takde lace) dan kainnya pakai songket. Ngeeeee... Wink

Nanti Kak Aysa nak tengok design jubah gold tu simple je sebenarnye. Just jubah jer... Then lace tu buat labuh (2 setengah meter) nampak la ala-ala kebaya. Hihihi... Razz Alhamdulillah, Allah mudahkan.

Ibu Munira ~ Wa'alaikumussalam warahmatullah.

Lama sungguh tak nampak Ibu. Kad undangan tu cantek ye Ibu? Hihihi... Simple jer kad tu kan. Ibu simpan untuk cucu yer, hehehehe. Salam rindu buat ibu Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

361 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Tue Jun 22, 2010 10:49 am

aysarahanan


Moderator
Moderator
baju gold tu akak perasan memang jubah...cantik,lama juga duk perhati baju tu,sesuai dengan syirah..oo tempah di kajang ya?(boleh risik belakang tabir dengan syirah ni)

oklah tu harga pon berpatutan.berbelanja dengan bijak.

baju yang di rumah zauj syirah tu warna apa ya?sekali tengok macam unggu muda,sekali tengok cam putih.maklumlah mata orang tua macam akak ni rabun sikit..hehe

alhamdulilah berhias seperti yang di tuntut oleh islam.mubarak adik!!

semoga menjadi zaujah solehah


_________________
"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

362 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Thu Jun 24, 2010 10:38 am

insyirah


Moderator
Moderator
Ameen, ameen.

Ngeeee... Warna PEARL di Kelantan Very Happy

Memang sebenarnya nak buat light purple, pastu abi cakap warna pearl nampak sweet, adeh la.. Sami'na waato'na. Jadilah warna pearl, tapi veil warna light purple. tak nampak sangat sbb light jer, huhuhu... Hantaran warna purple... Razz

(Nak wat camne dah memang kami berdua suka purple) Very Happy

wah wah wah, lama perhati? Alamak, nak kene nyuruk la... Razz


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

363 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Wed Jun 30, 2010 10:58 am

aysarahanan


Moderator
Moderator
ooo patutla cute je...hehe....

nanti jumpa belakang tabir k....adik syirah...


_________________
"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

364 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Wed Jun 30, 2010 7:15 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum... Kad undangan dapat diterima.. tapi jutaan maaf tidak dapat hadir hari tu kerana selisih 2 kenduri akad... anak saudara sebelah isteri.. 2pupu sebelah saya..


_________________
http://www.umaruddin.blogspot.com

365 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Sat Jul 03, 2010 4:53 pm

aysarahanan


Moderator
Moderator
lama tak nampak k.indah kan...
mesti sudah besar baby k.indah.. Razz


_________________
"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

366 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Sat Jul 03, 2010 6:39 pm

azizul


Admin
Admin
a'ah... hurm... banyak forumers yg menyepi...


_________________
http://al-insyirah.forummotion.com

367 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Sun Jul 04, 2010 4:15 pm

aysarahanan


Moderator
Moderator
mungkin masing2 sibuk,aysa pun begitu juga..
jarang-jarang sekali jika ada kelapangan aysa akan menjenguk.

insyaAllah pakat-pakat kita sebarkan lagi forum ni ...


_________________
"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

368 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Mon Jul 05, 2010 1:14 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum... semua demam kot.. demam piala dunia.. ramai yg berkabung juga.. pasukan handalan.. pilihan tersungkur..
Kalau warung pasang skrin besar kat sini InsyaAllah ramai datang balik...


_________________
http://www.umaruddin.blogspot.com

369 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Wed Jul 07, 2010 5:47 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
Asslamualaikum...
Tuan warung... cepatle pasang skrin besar.. world cup dah masuk peringkat final dah... baru le meriah warung ni.. InsyaAllah..


_________________
http://www.umaruddin.blogspot.com

370 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Thu Jul 08, 2010 7:15 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum... tuan warung... dah pasang tv ke...


_________________
http://www.umaruddin.blogspot.com

371 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Sat Jul 10, 2010 12:01 am

insyirah


Moderator
Moderator
Wa'alaikumussalam... Smile

Er maaf takde skrin besar nak pasang dalam warung. Huhuhu...

Esok nak jumpa suami, jadi weekend husband and wife for 1st week agak mencabar sebab asyik terfikir suami jer. Suami pun rajin mesej (sebab tahu Syira tak suka cakap via phone), baru terimbau kisah Siti Hajar dan nabi Ismail yang ditinggalkan di padang pasir yang tandus. Ya Allah, betapa besar dan tinggi tawakal Siti Hajar mengenangkan bahawa dia ditinggalkan atas perintah Allah pada suaminya. Ditinggalkan sendirian bersama anak kecil. Allah... Bahkan tanpa sebarang makanan dan tiada pula manusia lainnya. Tiada komunikasi, hanya tawakal semata-mata! Sad

Muhasabah kembali. Ujian yang Allah berikan jauh teramat kecil, maka dikuatkan juga hati. Ditambah pula sesekali ujian atas kesihatan yang bertandang membuatkan diri semakin perlu membawa hati kembali pada Tuhan. Muhasabah dan terus islahkan diri. Tajdid niat untuk redha dan bersyukur dengan apa yang Dia pinjamkan. Sedangkan Hanzalah selepas kahwin terus menyahut seruan jihad sehingga gugur sebagai SYUHADA, malaikat turun untuk memandikan jasadnya dan mengarak rohnya menuju Firdaus, allahuakbar.

Inikan pula Insyirah, ujian yang hadir jauh teramat kecil...


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

372 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Sat Jul 10, 2010 2:48 pm

dheadz


Admin
Admin
Kalau pasal perihal Piala Dunia 2010, tak lama lagi habislah demam bola nampaknya (kenapa la ramai yang gelar demam? tak batuk, bersin ke...). Dan makin ramai lah jugak yang kembali ke warung ni (kalau andaian ini betul). Smile


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

373 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Tue Jul 13, 2010 10:13 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
dheadz wrote:Kalau pasal perihal Piala Dunia 2010, tak lama lagi habislah demam bola nampaknya (kenapa la ramai yang gelar demam? tak batuk, bersin ke...). Dan makin ramai lah jugak yang kembali ke warung ni (kalau andaian ini betul). Smile
Assalamualaikum...
InsyaAllah.. tanda2 tu dah mula nampak. Dah mula ada posting baru.. InsyaAllah 2 3 hari lagi meriahlah hendaknya.


_________________
http://www.umaruddin.blogspot.com

374 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Wed Jul 14, 2010 1:23 am

dheadz


Admin
Admin
Insyaallah, berkat usaha semua, kita boleh meriahkan kembali forum ini.

Bulan Julai sudah sampai di pertengahan, tak lama lagi bulan Ramadhan bakal menjelma. Kalau tak silap, mengikut perkiraan ramai, dalam 10hb Ogos, kita akan mula berpuasa. Kejap je kan masa berlalu sekarang? Pejam celik, pejam celik dah sebulan, kemudian setahun, cepat sungguh masa berlalu.

Kalau mungkin ada sesiapa yang perasan dari semalam, sekejap saiz font utk posting akan sedikit kecil, dan kemudian sedikit besar. Saya tidak pasti mana yang lebih sesuai, yang sekarang ini (11 pixel), atau yang terdahulu (12 pixel) lebih sesuai. Yang nyatanya bagi saya, yang ini lebih sesuai dari yang sebelum ini (10 pixel mungkin). Smile


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

375 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah on Wed Jul 14, 2010 4:18 pm

insyirah


Moderator
Moderator
Assalamu'alaikum Smile

Lama tak membebel... Boleh juga dikatakan saya sedang mengalami proses membaik pulih semangat dan emosi untuk menulis. Hmmm, tak tahu akhir-akhir ni saya jadi malas untuk menulis. Sekadar singgah dan baca kemudian beredar. Mungkin perlu sesuatu untuk buat saya bersemangat menulis? Hurm...

Dah dekat nak Ramadhan. Sekitar sebulan saja lagi. Bagi yang belum habis qadha puasa, eloklah qadha cepat-cepat Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

376 Re: Warung Kopi @ al-Insyirah Today at 5:56 pm

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 15 of 18]

Go to page : Previous  1 ... 9 ... 14, 15, 16, 17, 18  Next

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum