Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Berhala Di Rumah & Kedai Orang Islam

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 Berhala Di Rumah & Kedai Orang Islam on Thu Jan 22, 2009 10:14 am

dheadz


Admin
Admin
Dapat artikel menarik ni dari email, menarik untuk diongsikan bersama di sini.
Jika ada apa2, kita bincangkan bersama... di sini. Mari !!

***************************************************************************************

Berhala Di Rumah & Kedai Orang Islam

Ramai orang Islam kita sekarang ini seakan-akan semakin berminat dan begitu gemar sekali meletakkan, memaparkan, atau menggantungkan gambar-gambar mereka, gambar keluarga mereka, atau ahli-ahli keluarga mereka sama ada yang telah meninggal dunia atau pun yang masih hidup di dinding-dinding rumah mereka. Malah, mereka memperbesarkan wajah-wajah gambar tersebut kepada size-size tertentu atas alasan sebagai kenangan dan melahirkan perasaan-perasaan tertentu sama ada perasaan semangat atau memori tertentu. Inilah di antara cara mereka menghias dan mengimarahkan (menyerikan) rumah-rumah mereka.

Malahan sebahagian mereka ada yang menggantungkan gambar-gambar wali-wali yang entahkan dari mana mereka meraih gambarnya. Mereka membayangkan gambar tersebut sebagai Wali Songo, gambar Abdul Qadir Jailani, Tok kenali, dan mungkin juga gambar Tok-Tok Guru mereka atau tokoh-tokoh pejuang mereka yang menurut mereka mampu melahirkan semangat perjuangan Islam dan sebagai lambang mengenang kehebatan serta jasa-jasa mereka.

Namun, lebih teruk lagi, ada pula yang meyakini bahawa gambar-gambar ini mampu membantu mereka beroleh berkah dan kejayaan/keuntungan dalam perniagaan yang mereka jalankan. Tidak hairanlah jika kita melihat di sebahagian kedai-kedai umat Islam terutamanya di sekitar Kedah dan Selangor yang kelihatannya banyak sekali menggantungkan gambar-gambar tokoh-tokoh silam tertentu. Di mana sebenarnya di sana mereka turut menyertakan dengan iktikad-iktikad (kepercayaan) tertentu bersekali dalam penggantungan gambar-gambar tersebut. Ketahuilah bahawa perbuatan ini adalah antara perbuatan yang membawa kepada syirik yang sangat besar!

Kita berbalik kepada menggantung gambar. Tanpa disedari, sedikit sebanyak telah berlaku kesilapan dan kesalahan yang tidak kurang besarnya dalam persoalan ini yang telah mereka lakukan. Perkara tersebut kebanyakannya berlaku di rumah-rumah kediaman mereka. Termasuklah juga sebahagiannya di kedai-kedai dan premis-premis perniagaan mereka.

Kalau sebelum ini kita mungkin biasa melihat patung-patung dan gambar berupa manusia atau makhluk bernyawa berbentuk seperti manusia berupa gajah, manusia berupa monyet, patung bernama Dewa Erlang, atau pun manusia berekor serta bertangan banyak di tempat-tempat kediaman orang bukan Islam (orang kafir) serta mungkin juga kita boleh lihat dengan mudah apabila datang ke premis-premis perniagaan mereka.

Malah jika di gereja-gereja pula, kalau mungkin kita pernah mengetahui, ada sebahagian gereja, mereka akan meletakkan potret atau lakaran gambar yang mereka anggap sebagai Nabi ‘Isa (Jesus), Mariam (Mary), atau juga Mother Teressa. Tidak lain, itu semua adalah sebagai berhala-berhala mereka yang dijadikan sebagai bahan atau perantaraan untuk beribadah.

Kini, semakin berleluasa di kediaman-kediaman orang Islam terutamanya di negara kita, mereka pula yang menggantungkan gambar-gambar manusia dan makhluk-makhluk bernyawa. Malah, saya sebagai pelajar, pernah juga ke rumah-rumah kediaman pelajar yang lain bahawa betapa mereka menggemari satu-satu watak sama ada watak dalam filem, video games, dan tokoh-tokoh tertentu itu sehinggakan mereka turut menterjemahkan pengangungan (fanatik) mereka dengan cara menggantungkan gambar-gambar watak tersebut di dinding-dinding kediaman mereka. Malah sehingga di setiap meja-meja tulis mereka juga turut disematkan dengan patung-patung berkaitan watak yang mereka gemari. Mungkin di sana sebagaimana yang saya maklum sebahagiannya adalah seperti watak Naruto, Budak Getah, Dragon Ball, wanita sexy, dan Mickey Mouse. Ini mungkin di peringkat pelajar-pelajar kita di kampus. Jika melihat di kediaman-kediaman mereka yang berkeluarga & berkerjaya, mungkin berbeza pula watak yang mereka gantungkan dengan gambar-gambar yang lain.

Sewajarnya kita mengetahui bagaimanakah pesanan Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam persoalan gambar ini yang antaranya melalui hadis-hadisnya sebagaimana berikut,

Daripada Ibnu ‘Abbas, dia menjelaskan bahawa “Nabi pernah memasuki Ka’bah dan menemui di dalamnya (lukisan) gambar Nabi Ibrahim dan Mariam. Kemudiannya beliau berkata, “Benda apa ini? Bukankah mereka mengetahui bahawa malaikat (pembawa rahmat) tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya mengandungi gambar (makhluk bernyawa); termasuklah gambar (Nabi) Ibrahim ini. Dan kenapa dia digambarkan sedang mempraktikkan meramal dengan anak panah?”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Para Nabi (4/55), no. 570)

Daripada Abu Talha, “Aku mendengar Rasulullah berkata, “Malaikat (Pembawa Rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar yang berupa dari makhluk bernyawa”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Penciptaan (4/54), no. 448)

Hakikat dan realitinya, umat Islam kelihatan seakan-akan mengabaikan dan meremehkan persoalan gambar ini. Ditakuti akhirnya nanti kita pula yang akan menuruti jejak langkah Kaum Yahudi, Nashrani, Budha, Hindu, dan seumpamanya dalam persoalan gambar ini sehinggakan kita pula turut membina berhala sendiri iaitu dengan bermula melalui pengangungan (fanatik) kepada watak-watak yang terdapat di dalam gambar-gambar yang kita sematkan.

Wallahu a’lam.

Nawawi Subandi, 12:40p.m., 28 Oktober 2008.
Bandaraya Anggerik, Shah Alam, Selangor.

http://an-nawawi. blogspot. com


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

2 Re: Berhala Di Rumah & Kedai Orang Islam on Fri Jan 23, 2009 6:25 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum...
Masya Allah... tu tanda2nya iman kita makin nipis.. Ilmu agama makin kurang..
Sebab tu juga saya selalu sarankan amal makruf nahi mungkar..
Insya Allah kalau kita laksanakan yg asas ni.. benda2 ni makin kurang berlaku

http://www.umaruddin.blogspot.com

3 Re: Berhala Di Rumah & Kedai Orang Islam on Mon Jan 26, 2009 10:34 am

azizul


Admin
Admin
Assalamualaikum,

erm... tak berani nak komen lebih2... sebab ilmu masih kurang lagi...
erm,

Wallahu'alam..

http://al-insyirah.forummotion.com

4 Re: Berhala Di Rumah & Kedai Orang Islam on Wed Jan 28, 2009 10:37 am

dheadz


Admin
Admin
Tentang gantung gambar2, watak2 katun kat dinding tu ada jugak betulnya. Mmg kalau nak ikut trend semasa, naluri remaja yang mengikut arus perkembangan semasa, mmg itulah yg biasa mereka buat, gantung watak2 kesukaan mereka kat dinding rumah. Kalau sebelum ni tak tahu, takpelah, dah tahu ni, boleh buat apa yg boleh.

Ada juga ternampak orang2 kita yg gantung gambar wali songo/sembilan kat rumah mereka. Inipun tidak baik, mengikut pandangan dari artikel kat atas ni. Jadi, apa pandangan lain?


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

5 Re: Berhala Di Rumah & Kedai Orang Islam on Wed Jan 28, 2009 11:16 am

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum....
Pada pandangan saya yg masih belajar...
Apa2 hal yang menjurus pada taksub baik dielakkan... tapi kalau dapat meningkatkan jatidiri.. merapatkan lagi pada Pencipta kita.. teruskan..

Wallahualam bil sawab

http://www.umaruddin.blogspot.com

6 Re: Berhala Di Rumah & Kedai Orang Islam on Thu Jan 29, 2009 10:37 am

dheadz


Admin
Admin
Bagus azizul, komen gitu jer. Tapi kan, kalo seseorang tu masih balajar, ilmu masih kurang lagi, boleh jer komen mana yg mampu, yg boleh. Mana yg salah, kurang, kawan2 yg lain boleh tegur, betulkan.... Takkan la nak tunggu sampai ilmu penuh di dada, baru nak komen. eheh...

/me pun masih belajar. selagi hidup selagi itu kita masih bergelar 'pelajar'.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

7 Re: Berhala Di Rumah & Kedai Orang Islam on Thu Jan 29, 2009 7:51 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
dheadz wrote:Bagus azizul, komen gitu jer. Tapi kan, kalo seseorang tu masih balajar, ilmu masih kurang lagi, boleh jer komen mana yg mampu, yg boleh. Mana yg salah, kurang, kawan2 yg lain boleh tegur, betulkan.... Takkan la nak tunggu sampai ilmu penuh di dada, baru nak komen. eheh...

/me pun masih belajar. selagi hidup selagi itu kita masih bergelar 'pelajar'.
Assalamualaikum... dheadz..
sebab tu le seelok2nya kalau benda x pasti.. kita akhiri dengan wallahu alam bil sawab... Hanya Allah sahaja yg Maha Mengetahui Maha Bijaksana.. apa yg kita ada pun syukur Alhamdulillah .. Allah nak beri hidayat.. dapat hayati ilmu selagi belum ditarik balik.. (kes2 lupa)..

Subahanallah.. Masya Allah.. Allah hu Akhbar..

http://www.umaruddin.blogspot.com

8 Re: Berhala Di Rumah & Kedai Orang Islam on Sun Jul 26, 2009 10:10 pm

haziman


Ahli Senior
Ahli Senior
Daripada Abu Talha, “Aku mendengar Rasulullah berkata, “Malaikat (Pembawa Rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar yang berupa dari makhluk bernyawa”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Penciptaan (4/54), no. 448)


kalau gambar yang tak bernyawa macam mana pulak?contoh gambar watak2 manga.. Question

9 Re: Berhala Di Rumah & Kedai Orang Islam on Tue Aug 25, 2009 5:27 pm

munira alhashimi


Ahli Aktif
Ahli Aktif
Assalammualaikum anak2..
Bolih ibu beri komen serba sedikit dulu.

Berdasarkan apa yang ibu pelajari dan baca.
Seelok2nya demi keselamatan dan kesihatan kita, janganlah sesekali menggantung
atau menyimpan patung2 atau pun potret/gambar di dalam rumah. Merbahaya.
Kerana patung2 dan gambar2 akan memancarkan cahaya yang bolih dilihat olih syaitan dan jin2 kafir/jahat. Mereka akan menuju ke arah patung/gambar2 tersebut bagai magnet yang menyedut apa saja yg berhampiran dengan nya.
Syaitan amat suka akan patung2..mereka akan mengucup patung bagai kekasih yg kerinduan layaknya.
Dan bila rumah dah penuh dgn syaitan..maka Malaikat pun sedikit demi sedikit akan menjauh...

Ini berdasarkan buku tulisan Mohd Isa Dawud. Jika org2 yg menggantung potret/gambar dan menyimpan patung itu melihat apa sebenarnya. Pasti mereka takut untuk melakukannya.

Sejak ibu mengetahui akan hal ini, ibu tak berani bubuh gambar dalam handset
sebagai wallpaper. Sebab ibu ni mudah...melihat. Dan fobia terhadap hantu..?
Nauzubillahiminasyaitannirajim...

10 Re: Berhala Di Rumah & Kedai Orang Islam on Tue Aug 25, 2009 5:37 pm

indah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
Teringat.. dari saya kecil lagi.. memang mak saya x benarkan kami beli anak patung dan main patung2 semua tu.. jadi memang dari kecil saya x biasa.. oo .. rupanya inilah sebabnya.. Smile

Dulu masa kecil memang teringin nak ade bear.. tapi mak x bagi.. ehehe.. sekarang ni mak selalu pesan.. jangan gantung2 anak patung dalam kereta... hmm...

Smile

http://www.shindah.blogspot.com

11 Re: Berhala Di Rumah & Kedai Orang Islam on Tue Aug 25, 2009 9:04 pm

aysarahanan


Moderator
Moderator
Hukum Memiliki Anak Patung dan ‘Teddy Bear’

Para ulama berbeza pandangan mengenai perkara ini. Ini kerana, merujuk sejarah, pada zaman Nabi Sulaiman a.s. dibenarkan kegiatan membuat dan memiliki patung, tetapi pada zaman nabi-nabi lain aitu sebelum dan selepas beliau, patung adalah diharamkan termasuk pada zaman Nabi Nuh a.s. dan pada zaman Nabi Ibrahim a.s. Manakala pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. pula diharamkan patung untuk disembah dan dipuja, tetapi diharuskan patung mainan untuk anak-anak.

Para ulama terkenal masakini yang berbeza pandangan mengenai patung ialah Dr. Yusuf al-Qaradawi, Syeikh Gadul Haq Ali Gadul Haq, Syeikh Atia Saqr dan Dr. Mohammad Amarah.

Mengenai hukum orang Islam memiliki patung, al-Qaradawi di dalam “Fatawa Muasirah” berkata Islam mengharamkannya, sama ada patung manusia mahupun patung binatang. Pengharaman itu menjadi lebih kuat jika patung itu merupakan makhluk yang disanjung tinggi seperti raja, nabi sepertimana Nabi Isa a.s. di kalangan orang Kristian dan lembu di kalangan orang Hindu. Menurut beliau, ada satu jenis patung saja yang diharuskan oleh Islam untuk dimiliki, iaitu patung mainan anak-anak. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang menceritakan bahawa isteri
baginda yang masih kecil, Aisyah cenderung dan suka bermain patung.

Syeikh Gadul Haq, Bekas Syeikh al-Azhar, mempunyai pendapat yang sama dengan al-Qaradawi. Beliau membenarkan patung untuk pendidikan seperti patung mainan anak-anak dan berpendapat harus hukumnya bagi patung separuh tubuh dan mudah rosak yang diperbuatkan daripada tepung (atau bahan-bahan lembut spt plastesin dll).

Syeikh Atia Saqr dalam fatwanya, membolehkan patung mainan anak-anak, patung cepat rosak dan patung separuh badan. Selain itu patung yang tiada salah satu anggota badan yang penting seperti kepala juga boleh dimiliki orang Islam, tetapi hukumnya adalah makruh. (Kepala merupakan anggota penting bagi tubuh. Manakala kaki tidak penting, kerana manusia masih mampu hidup tanpanya).

Menurut Syeikh Saqr, Imam Malik menganggap harus hukumnya memiliki patung yang lengkap seperti seorang manusia, tetapi dengan syarat ia berlubang walaupun sangat kecil. (untuk mencacatkannya). Manakala Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad mengenakan syarat patung lengkap itu mesti mempunyai lubang yang besar. Ini termasuk juga patung mannequin yang digunakan untuk mempamerkan pakaian di butik-butik dan gedung-gedung pakaian.

Dr. Amarah dalam fatwanya berkata, hukum syarak tentang hak pemilikan patung adalah merujuk kepada al-Quran. Pertama, patung dianggap termasuk daripada nikmat Allah yang dikurniakan kepada Nabi Sulaiman. Patung pada zaman Nabi Sulaiman tidak disembah dan tidak dianggap berbahaya terhadap akidah tauhid.

Allah berfirman: Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya; dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tungkunya. (Setelah itu Kami perintahkan): “Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!” Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. (Saba’34: 12-13)

Kedua, patung yang dianggap berhala yang disembah pada zaman Nabi Ibrahim a.s. dan zaman nabi-nabi lain. Pada zaman-zaman ini patung dimusnahkan seperti yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu kata Dr. Amarah, hukum mengenai patung adalah dilihat pada matlamat penggunaannya. Apakah ia merupakan hiasan yang termasuk daripada nikmat Allah ataupun ia merupakan sembahan seperti berhala?

Menurut Dr. Amarah, seorang ulama dari Mazhab Maliki, Imam Ahmad Idris al-Qarafi, merupakan seorang yang pandai mengukir patung untuk kegunaan raja. Beliau mencipta patung yang menggunakan teknik pembakaran lilin bertujuan untuk mengejutkan raja ketika azan subuh.

Secara dasarnya, ulama bersepakat bahawa patung dianggap harus jika ada faedah seperti untuk mainan anak-anak dan dan dianggap haram jika digunakan untuk penyembahan.

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum