Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

    You are not connected. Please login or register

    Imam Syafie banyak tinggalkan pesanan.

    View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

    1 Imam Syafie banyak tinggalkan pesanan. on Tue Jan 08, 2008 11:28 am

    dheadz


    Admin
    Admin
    Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

    1. HAK KEPADA DIRI
    Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

    2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
    Mengqada kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

    3. HAK KEPADA KUBUR
    Membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

    4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
    Tidak berdusta, sentiasa berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

    5. HAK KEPADA MIZAN (Neraca timbangan amal pada hari akhirat)
    Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

    6. HAK KEPADA SIRAT (Titian yang merentangi neraka pada hari akhirat)
    Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

    7. HAK KEPADA MALIK ( Malaikat Penjaga neraka)
    Menangis lantaran takutkan Allah s.w.t., berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperbaiki akhlak.

    8. HAK KEPADA RIDHWAN (Malaikat penjaga syurga)
    Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

    9. HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W.
    Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

    10. HAK KEPADA ALLAH S.W.T.
    Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.



    Lagi... untuk dikongsi bersama.

    Imam Syafie banyak tinggalkan pesanan. IMAM Al-Syafie atau nama sebenarnya, Muhamad bin Idris Al-Syafie ialah imam ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran. Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadis dan pembaharu agama (mujaddid) bagi abad yang ke-2 hijrah. Imam Syafie banyak meninggalkan wasiat, pesanan atau kata-kata yang menjadi pedoman berguna untuk umat manusia, terutama umat Islam.

    Antara pesanan itu adalah:-

    • Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya apa yang hanya dihafaz semata-mata.

    • Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri, menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal, berserah diri kepada Allah dan menyakini segala kekuasan Allah.

    • Imam Syafie ditanya mengenai tabiatnya yang suka menggunakan tongkat, sedangkan beliau tidak uzur. Maka, jawabnya : "Ini bertujuan agar aku sentiasa mengingati bahawa hidup di dunia hanya sebagai musafir yang pasti akan kembali kepada Allah."

    • Perkara yang mesti ada pada pemimpin ada lima iaitu benar dalam percakapan, menjaga rahsia, menunaikan segala janji, sentiasa memberi nasihat dan menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

    • Keredaan manusia sukar untuk engkau capai. Selamat daripada lidah manusia tidak bermakna sudah boleh dianggap mencapai jalan kepada mendapat keredaan mereka. Oleh itu engkau hendaklah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalah berbuat demikian.

    • Sesiapa yang berasa marah, tetapi tidak meluahkannya, maka, dia seumpama keldai. Sesiapa yang reda terhadap sesuatu, tetapi tidak dapat menerimanya, maka dia seperti syaitan yang mana reda dengan ketuhanan Allah, tetapi tidak mahu tunduk pada perintah-Nya.

    • Capailah tujuan sesuatu percakapan itu dengan diam dan capailah sesuatu keputusan itu dengan berfikir.

    • Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya.

    • Sesiapa yang mahu dipandang baik dan mulia, maka dia hendaklah berbaik sangka terhadap orang lain.

    • Sesiapa yang memberi peringatan dan nasihat kepada rakannya dalam keadaan sembunyi, maka sesungguhnya dia telah menasihati dan memperelokkannya. Sesiapa yang menasihati secara terang, maka dia telah menyakiti dan mengkhianatinya.

    • Tidak akan tercapai ilmu melainkan bersabar di atas segala kesusahan dalam mencapainya.

    • Apabila telah tetap perkara asal dalam hati, maka lidah akan berkata mengenai cabangnya (hasil).

    • Sesiapa yang mahu kebahagiaan di akhirat, maka dia hendaklah ikhlas dengan ilmu.

    • Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui.

    • Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar.

    • Perdalamkan ilmumu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin engkau tidak mempunyai jalan lagi untuk mendalami ilmu.

    • Perdalamkan segala masalah ilmu agar ia tidak akan menyempitkan masamu.

    • Keelokan orang yang berilmu ialah mulia diri dan kecantikan ilmu pula adalah warak dan berlemah lembut.

    • Sesiapa yang mendakwa bahawa dia mencintai dunia pada masa sama mencintai Penciptanya, maka sebenarnya dia telah berbohong.

    • Seseorang itu tidak mampu untuk menghukum sama ada sesuatu itu halal atau haram, melainkan dengan ilmu yang dimiliki.

    • Sesiapa yang tidak dimuliakan oleh takwa, maka tiada kemuliaan baginya.

    • Terlalu mengharapkan kelebihan dunia adalah azab Allah kepada ahli tauhid (beragama).

    • Sesiapa yang engkau reda akan menyebut-nyebut (puji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu. Begitulah juga mereka yang engkau marah akan menyebut-nyebut (keji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu.

    • Orang berakal ialah mereka yang mana akalnya mampu mengawasi dirinya daripada segala kejahatan.

    • Sekiranya manusia mengetahui keburukan percakapan dan hawa nafsu, maka mereka akan melarikan diri daripada kedua-duanya seperti mereka melarikan diri daripada harimau.

    • Bagi akal itu ada penghujungnya. Begitulah juga dengan sabar yang ada penghujungnya.

    • Sesiapa yang menyimpan rahsianya, maka kebaikan berada di tangannya.

    View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

    Permissions in this forum:
    You cannot reply to topics in this forum