Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya
Similar topics

    You are not connected. Please login or register

    Petua

    +5
    muzafar
    izyan insyirah
    aysarahanan
    dheadz
    indah
    9 posters

    Go to page : Previous  1, 2

    Go down  Message [Page 2 of 2]

    1Petua - Page 2 Empty Petua Fri Nov 07, 2008 3:19 pm

    indah

    indah
    Ahli Aktif
    Ahli Aktif

    First topic message reminder :

    Saya saja nak bukak satu topik.... tentang petua... so kalau ade yang nak bg petua apa2 pun boleh la bagi kat sini... yer la kan.... petua ni ade macam2.. petua nenek moyang...

    http://www.shindah.blogspot.com

    26Petua - Page 2 Empty Re: Petua Wed Sep 09, 2009 4:30 pm

    munira alhashimi


    Ahli Aktif
    Ahli Aktif

    Bolih tak berikan ibu petua, bagi yg mengalami masalah usus, gastrik dan
    ulser...

    27Petua - Page 2 Empty Re: Petua Wed Sep 09, 2009 7:45 pm

    nurul muslimah

    nurul muslimah
    Ahli Junior
    Ahli Junior

    salam 'alaik..

    ibu, sy ada jumpa sikit info ttg ulser.. Smile

    -------

    Ulser mulut ni boleh terjadi secara berulangkali. Namun ia taklah begitu serius dan ia tak berjangkit.

    Di antara faktor penyebabnya adalah:

    a. Alah kepada makanan tertentu seperti buah nanas.

    b. Kurang minum air.

    c. Berlaku kecederaan di lapisan nipis mulut. Contohnya tergigitnya, terkena air yang terlalu panas dan terkena makanan yang tajam.

    d. Tahap daya tahan sakit (sistem imun) agak lemah.

    e. Kurang mengambil makanan yang berzat semasa berbuka atau semasa bersahur.

    f. Mengalami tekanan perasaan.


    Seterusnya, tanda-tanda mengalami ulser mulut adalah:

    a. Terasa sakit apabila bahagian yang terkena ulser tu menyentuh makanan ataupun minuman.

    b. Terdapat tanda-tanda bulat warna putih atau kuning. Ia selalunya dikelilingi oleh persekitaran yang bewarna kemerahan.

    c. Besar ulser ni tak melebihi 2 atau 3mm.


    Sebagai langkah pencegahan ulser mulut, kita perlu:

    a. Elakkan makanan yang mengandungi banyak rempah ratus.

    b. Sebaliknya, banyakkan mengambil makanan yang mengandungi vitamin A, C dan D untuk kesihatan lapisan mulut.

    c. Lebihkan pengambilan vitamin C, buah-buahan dan sayur-sayuran hijau bagi meningkatkan daya tahan sakit.

    d. Tak lupa juga, ambil makanan yang mengandungi mineral zink dan zat besi.

    e. Kurangkan pengambilan minuman yang berasid semasa berbuka atau bersahur.

    f. Minum banyak air kosong.

    g. Gunakan antiseptik semasa berkumur.

    h. Sapukanlah gel ulser di tempat yang berkaitan.

    i. Boleh mengambil vitamin B kompleks atau Arcalion untuk mengelakkan tekanan perasaan.

    j. Sekiranya masalah ulser mulut anda agak besar (lebih daripada 3mm), mengalami ulser berdarah dan ia tidak sembuh selepas 3 minggu, berjumpalah doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.

    Very Happy

    http://nurulmuslimah.blogspot.com

    28Petua - Page 2 Empty Re: Petua Thu Sep 10, 2009 9:38 am

    aysarahanan

    aysarahanan
    Moderator
    Moderator

    nurul muslimah wrote:mn nk dpt eh habbatus sawda kt mesia nie?

    kat malaysia ni pon banyak jer,tapi kene rajin carilah.banyak jer yang terjual dalam bentuk kapsul,dari mesir.

    macam adik insyirah cakap kat syarikat jaafar rawas tu pon banyak herba2 dari tanah arab.

    selain dari tu madu juga boleh jadi salah satu ubat.wallahua`lam

    29Petua - Page 2 Empty Re: Petua Thu Sep 10, 2009 10:31 am

    munira alhashimi


    Ahli Aktif
    Ahli Aktif

    Nurul...terima kasih.

    Ibu nak petua macamana menangani gastrk dan ulser perut.
    Ada tak nurul. Makanan apa yg sesuai. Dan ubat yg terbaik di makan.
    SEbabnya ada ubat tertentu yg dilarang makan, kerana pesakit ada diabetes.

    Ulser mulut, pun OK juga...ibu akan simpan buat panduan. Terima kasih. Smile

    30Petua - Page 2 Empty Re: Petua Thu Sep 10, 2009 10:53 am

    insyirah

    insyirah
    Moderator
    Moderator

    Petua MINYAK WANGI Smile

    Kalau mengantuk dan terasa ingin menyegarkan badan:

    Calitkan minyak wangi di bahagian belakang telinga. Insya Allah, badan terasa segar dan boleh hilangkan mengantuk plus anda lebih wangi Razz

    Kalau nak tidur dalam keadaan yang menyegarkan (senang nak tidur):

    Calitkan minyak wangi pada bergelangan tangan (selalu doc check nadi) insya Allah tidur akan terasa nyaman. Insya Allah.

    Wallahua'lam.

    p/s: Jangan banyak-banyak, hanya calitan sahaja. Smile

    31Petua - Page 2 Empty Re: Petua Thu Sep 10, 2009 12:23 pm

    nurul muslimah

    nurul muslimah
    Ahli Junior
    Ahli Junior

    munira alhashimi wrote:Nurul...terima kasih.

    Ibu nak petua macamana menangani gastrk dan ulser perut.
    Ada tak nurul. Makanan apa yg sesuai. Dan ubat yg terbaik di makan.
    SEbabnya ada ubat tertentu yg dilarang makan, kerana pesakit ada diabetes.

    Ulser mulut, pun OK juga...ibu akan simpan buat panduan. Terima kasih. Smile

    owh~...hehe..sory ibu.. Razz

    sy ada jmpa psl ulser perut

    -----------


    Oleh Hafizah Iszahanid

    Ubat tahan sakit jika kerap diambil beri kesan sampingan termasuk barah akibat masalah penghadaman

    ULSER dalam perut

    UBAT yang diambil bagi menahan kesakitan (nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) sebenarnya memiliki kesan tersendiri kepada kesihatan. Contohnya, dari satu segi ia mungkin mampu membantu menghilangkan penderitaan penyakit A, tetapi dalam jangka masa panjang sesetengah orang berhadapan pula dengan penyakit B.

    Tempoh dan kekerapan pengambilan ubat itu tentunya menjadi faktor penentu. Kadangkala anda tidak mempunyai pilihan kerana untuk menghindarkan penyakit A, anda reda menerima ‘kedatangan’ penyakit B. Biarpun begitu, ada sesetengah orang tidak tahu kesan sampingan pengambilan ubat penahan sakit.

    Antara masalah kesihatan disebabkan faktor pengambilan ubat ialah ‘Peptic Ulcer Disease’ (PUD ialah ulser yang disebabkan masalah penghadaman). Begitupun, ada faktor lain turut menyumbang kepada masalah ini termasuk bakteria Helicobacter pylori (H pylori), tekanan dan pemakanan.

    Pakar Perunding Perubatan dan Gastrologi, Damai Service Hospital, Datin Dr Azra Sahabudin, berkata PUD adalah ulser yang membabitkan sistem perut dan usus yang selalunya disebabkan asid.

    “PUD sering kali dikaitkan dengan H pylori yang berada dalam perut berasid. Selain itu, ia juga disebabkan pengambilan ubat-ubatan penahan sakit.

    “H pylori dan NSAIDs melemahkan perut atau lapisan mukus yang melindungi usus daripada jus penghadaman yang merosakkan perut dan usus. Kebanyakan PUD bermula di ‘duodenum’ (bahagian pertama usus kecil) dan bukan di perut,” katanya.

    Dalam satu kajian yang dipetik daripada Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), H pylori adalah masalah jangkitan yang sangat biasa di kalangan tiga etnik utama di Malaysia, Melayu, Cina dan India.

    Antara ketiga-tiga kumpulan etnik pula, kadar kebiasaan jangkitan lebih tinggi di kalangan orang India dan Cina berbanding Melayu.

    PUD merujuk kesakitan (sore) pada garisan dalam perut atau duodenum. Ia terjadi apabila usus atau lapisan perut tidak lagi berfungsi sebaiknya. Apabila ini berlaku, jus pencernaan berupaya merosakkan usus atau tisu perut.

    Jus yang mengandungi asid hydochloric (asid yang mengandungi hidrogen dan klorin) dan pepsin (sejenis enzim) ini berupaya mencederakan esofagus (tiub yang bermula daripada kerongkong ke perut).

    “PUD bukan lagi keadaan yang mesti dideritai seumur hidup. Ada rawatan untuknya dan ia boleh disembuhkan, tetapi ia juga boleh berulang,” katanya.

    FAKTOR


    - Bakteria H pylori

    - Makanan yang pedas, masam dan berminyak

    - Jadual makan yang tidak menentu

    - Selain jangkitan H pylori, jenis makanan dan tekanan turut mempengaruhi PUD. Tekanan menjadi faktor pencetus banyak masalah ulser. Ia menstimulasi penghasilan asid gastrik.

    SIMPTOM


    - Kerap sendawa

    - Kurang selera makan dan hilang berat badan

    - Muntah selepas makan

    - Najis yang berwarna kehitaman

    FAKTA

    1. H pylori, bakteria berpintal-pintal yang tinggal di lapisan perut berasid. Ia menjadi punca lebih 90 peratus kes ulser. Sebelum bakteria ini ditemui pada 1982, kebanyakan kes ulser dikaitkan dengan pengambilan makanan pedas, masam, berminyak, asid selain tekanan dan gaya hidup.

    2. Sekitar dua pertiga daripada populasi dunia dijangkiti H pylori. Di Amerika misalnya, H pylori ditemui pada kebanyakan orang dewasa yang berketurunan Afrika Amerika, Hispanik dan mereka yang datang dari golongan sosio ekonomi yang rendah.

    3. Kebanyakan mereka yang dijangkiti H pylori tidak memiliki apa-apa simptom atau masalah yang mengaitkannya dengan jangkitan. Bagaimanapun, H pylori boleh menyebabkan gastritis (radang pada lapisan perut) atau ulser perut atau duodenum.


    Sumber: Berita Minggu 18.3.2007

    http://nurulmuslimah.blogspot.com

    32Petua - Page 2 Empty Re: Petua Thu Sep 10, 2009 12:29 pm

    nurul muslimah

    nurul muslimah
    Ahli Junior
    Ahli Junior

    more...

    Gastrik dan ulser

    Antasid adalah kumpulan produk farmaseutikal yang digunakan untuk merawat masalah tidak hadam, perut yang tidak selesa selepas memakan makanan yang banyak, sakit atau pedih hulu hati dan penyakit ulser peptik.



    Apakah sistem Gastrousus?



    Sistem gastrousus dikenali juga sebagai sistem penghadaman. Ia terbahagi kepada bahagian atas dan bawah. Sistem penghadaman bahagian bawah terdiri daripada esofogus, perut, deudenum, jejunum dan ileum.



    Dalam keadaan normal, esofogus menyalurkan makanan dari mulut ke dalam perut melalui proses peristalsis (pengecutan dan pengenduran otot). Di hujung bahagian bawah esofogus terdapat sfinkter yang membenarkan dan mengawal makanan masuk ke dalam perut serta menghalang kandungan dalam perut untuk masuk semula ke dalam esofagus. Proses di mana makanan dalam perut masuk semula ke dalam esofogus dikenali sebagai refluks.



    Perut terdiri daripada dua bahagian: proksimal dan distal yang berfungsi untuk mengosongkan bahan yang berbentuk cecair dan pepejal. Di perut terdapat sfinkter yang mengawal pengosongan perut. Perut yang mengeluarkan beberapa jenis rembesan seperti enzim pepsin dan asid hidroklorik yang menjadikan jus dan cecair gastrik yang diperlukan untuk mencerna makanan. Rembesan cecair gastrik berlaku dalam beberapa keadaan atau fasa. Dalam fasa sefalik, rembesan perut dapat dihasilkan biarpun ketika seseorang sedang berpuasa. Dalam fasa gastrik, kehadiran makanan dalam perut akan merangsang rembesan perut. Satu lagi fasa ialah intestinal. Dalam fasa ini, rembesan boleh direncat atau dirangsang oleh beberapa jenis bahan kimia.



    Faktor merangsang dan merencat rembesan perut



    Terdapat beberapa bahan kimia dalam perut yang boleh merangsang penghasilan cecair atau rembesan perut. Antaranya ialah asetilkolin, hormon gastrin, histamin dan enzim protein kinase. Bahan-bahan kimia ini dihasilkan daripada rangsangan bahan seperti asid amino, peptid, alkohol dan kalsium.



    Sebaliknya, tedapat beberapa bahan yang boleh merencat rembesan perut. Antaranya ialah bahan berlemak, larutan yang tinggi kepekatannya dan kandungan gula yang tinggi dalam darah. Rembesan perut boleh menghakis dan mencederakan lapisan dalam perut. Namun, lapisan gel mukus yang dihasilkan dalam perut mampu melindungi perut daripada sebarang kecederaan dan dengan cepat. Proses ini biasanya memakan masa sehingga 30 minit. Proses pertahanan dan pembaikan lapisan perut dan usus merupakan faktor utama yang menentukan kejadian ulser peptik.



    Bahagian duodenum menerima dan menyimpan makanan yang telah dihadamkan. Makanan itu kemudiannya disalurkan ke bahagian distal perut. Di sini rembesan gastrik bercampur dengan makanan sebelum disalurkan ke bahagian duodenum (bahagian atas usus kecil). Kadar pengosongan perut dipengaruhi oleh beberapa perkara seperti hormon, larutan yang pekat, larutan berasid, bahan berlemak dan perut yang distensi (kembung).



    Perut sentiasa terdedah kepada persekitaran luar kerana pelbagai bahan dapat masuk ke dalamnya. Inflamasi atau radang yang akut (segera) atau kronik (berpanjangan) dapat berlaku kepada sistem gastrousus jika mekanisme pertahanan gagal mengawal keadaan.



    Jenis gangguan sistem gastrousus



    Terdapat dua masalah utama yang berlaku kepada sistem gastrousus:



    a) Masalah akut pada bahagian atas sistem gastrousus



    - Refluks gastroesofagus

    Aliran kandungan daripada perut atau deudenum ke bahagian esofagus. Kesannya bergantung kepada campuran asid, pepsin, garam hempedu dan enzim.



    - Gastritis

    Inflamasi pada bahagian lapisan perut. Antara perkara yang menyebakan keradangan ialah ubat, termakan bahan yang menghakis atau tekanan emosi.



    - Esofagitis

    Inflamasi pada bahagian esofagus akibat aliran berlawanan kandungan di dalam duodenum. Kandungan ini mungkin mengandungi hempedu enzim atau alkali.



    - Dispepsia (bukan ulser)

    Ketidakselesaan bahagian atas abdomen yang sekejap-sekejap selepas makan. Masalah ini dikaitkan dengan gangguan fungsi atau keupayaan penghadaman.



    - Ulser akibat ubat dan bahan kimia

    Hakisan dan kecederaan pada bahagian lapisan perut dan usus. Bahan-bahan seperti ubat, alkohol, kafein dan asap rokok boleh menyebabkan keadaan ini.



    - Ulser akibat tekanan

    Hakisan dan kecederaan pada bahagian lapisan perut (bahagian utama), duodenum dan esofagus akibat tekanan emosi.



    b) Masalah kronik pada bahagian atas sistem gastrousus



    - Gastritis kronik

    Berlaku kecederaan berpanjangan yang boleh memberi kesan negatif kepada fungsi perut untuk menghasilkan rembesan bagi proses penghadaman. Terdapat kaitan yang rapat antara masalah ini dengan tabiat merokok.



    - Penyakit ulser peptik

    Secara umum, ulser dalam perut dan duodenum dikenali sebagai ulser peptik. Ini merupakan masalah kronik tetapi kadangkala pesakit boleh mendapat serangan akut (secara tiba-tiba). Kajian menunjukkan bahawa ulser peptik disebabkan oleh kuman Helicobacter Pylori. Kuman ini kerap hadir bila berlaku keradangan pada bahagian lapisan perut.



    Selain itu, ia ada kaitan dengan kesan menghakis asid dan pepsin. Bahagian yang paling kerap menghadapi masalah ini ialah duodenum dalam perut. Masalah ulser peptik membawa implikasi kesihatan dan ekonomi yang serius. Kos rawatan agak mahal kerana ia melibatkan kemasukan ke haspital, kos profesional kesihatan dan kos ubat-ubatan serta kos daripada sudut kehilangan produktiviti akibat tidak dapat bekerja dalam tempoh yang lama.



    - Ulser gastrik

    Merujuk kepada ulser perut. Pesakit mungkin mempunyai kandungan asid yang rendah atau normal. Ulser gastrik peringkat primer dikategorikan oleh rembesan asid yang sedikit, manakala ulser gastrik sekunder akibat ulser duodenal dikategorikan oleh rembesan asid yang tinggi. Pesakit sering merungut kesakitan dan pendarahan berlaku pada bahagian gastrousus. Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis.



    Kesakitan dirasakan dalam tempoh 30 hingga 60 minit selepas makan dan kekal selama 60 hingga 90 minit. Ini kerana makanan yang masuk ke dalam perut akan mengembangkan bahagian perut serta merangsang rembesan asid. Pesakit akan kerap berasa sakit apabila makan dan ini akan membuatkan pesakit tidak mahu makan dan mengakibatkan kehilangan berat badan.



    - Ulser duodenal

    Ia disebabkan oleh rembesan asid dan pepsin yang terlalu banyak. Pesakit berasa sakit dua hingga tiga jam selepas makan dan boleh berterusan sehingga waktu makan yang selanjutnya. Ia berlaku apabila perut kosong. Sebaliknya pesakit ulser duodenal mempunyai selera makan yang baik dan peningkatan berat badan berlaku akibat pengambilan makanan yang kerap untuk mengurangkan atau mencegah rasa sakit.



    Antara faktor yang menyebabkan ulser ialah gaya hidup, merokok, kafein, alkohol, tekanan, asid dan pepsin, dan kuman bakteria Helicobactor pylori.



    Rawatan




    Pesakit boleh memilih sama ada untuk merawat sendiri atau merujuk kepada doktor. Kesemua in bergantung kepada tahap serta jenis masalah yang dialami oleh individu. Jika rungutan berkaitan dengan maslah bahagian atas sistem gastrousus seperti gastritis akut tanpa pendarahan dan redluks, pesakit boleh mengamalkan swa-pengubatan dengan berjumpa ahli farmasi dan mendapatkan nasihat serta ubat yang sesuai. Ubat dalam kumpulan antasid hanya boleh disarankan jika pesakit mengalami serangan akut atau maslah tersebut disebabkan oleh jenis dan jumlah makanan yang dimakan, pengambilan minuman beralkohol atau tekanan emosi.



    Individu yang mengalami masalah yang akut tetapi terdapat tanda-tanda yang menunjukkan berlaku kecederaan yang teruk pada bahagian lapisan perut, pesakit tersebut harus dirujukkan kepada doktor. Pemerhatian doktor sangat penting jika individu mengalami gangguan yang kronik atau menghidap penyakit ulser. Ini penting kerana pesakit mungkin mengalami masalah lain seperti kanser pada bahagian perut atau duodenum. Gastritis akut yang berlaku berulang-ulang boleh mengakibatkan ulser gastrik.



    Beberapa kelas ubat-ubatan boleh digunakan bergantung kepada jenis dan tahap masalah tersebut. Secara ringkas, ia terdiri daripada kumpulan antasid, kumpulan antibiotik, kumpulan antagonis (atau penghalang) reseptor H2, penghalang pam asid dan ubat-ubatan pelindung lapisan mukosa.

    Dengan adanya pengetahuan tentang proses berlaku gastitis dan ulser, faktor penyebab dan rawatan yang tepat, masalah yang dihadapi oleh individu boleh dirawat.

    insyaAllah.. Smile

    http://nurulmuslimah.blogspot.com

    33Petua - Page 2 Empty Re: Petua Fri Sep 11, 2009 9:08 am

    aysarahanan

    aysarahanan
    Moderator
    Moderator

    petua imam syafie..

    4 CARA TIDUR

    1. TIDUR PARA NABI
    Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
    bumi.

    2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
    Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
    malam.

    3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
    Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
    dimakan.

    4. TIDUR SYAITAN
    Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

    34Petua - Page 2 Empty Re: Petua Sun Sep 13, 2009 3:51 pm

    izyan insyirah

    izyan insyirah
    Ahli Aktif
    Ahli Aktif

    bagus nurul muslimah share artikel pasal gastrik n ulser tuh..
    baru2 ni sy dimasukkan ke hospital gara2 inilah...hmm sakit sampai ke jantung...sampai bengkak esofagus...
    alhamdulillah, skg dh ok....

    hemm...

    http://izyaninsyirah.blogspot.com

    Sponsored content



    Back to top  Message [Page 2 of 2]

    Go to page : Previous  1, 2

    Permissions in this forum:
    You cannot reply to topics in this forum