Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Petua

Go to page : 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 2]

1 Petua on Fri Nov 07, 2008 3:19 pm

indah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
Saya saja nak bukak satu topik.... tentang petua... so kalau ade yang nak bg petua apa2 pun boleh la bagi kat sini... yer la kan.... petua ni ade macam2.. petua nenek moyang...

http://www.shindah.blogspot.com

2 Re: Petua on Wed Nov 12, 2008 5:21 pm

dheadz


Admin
Admin
Hmm... eloklah Indah dah buka topik ni, boleh kita berkongsi petua yg ada.
Saya ada beberapa petua ni, semuanya berkaitan dengan limau:

1. Untuk kilatkan cermin mata:
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.

2. Elakkan kelemumur:
Limau nipis juga ubat kelemumur yg mujarab. Caranya potong limau nipis & tenyeh pada kulit kepala. Biarkan seberapa lama yg mungkin & bilas.

3. Hilangkan bau kaki:
Sering didapati kaki kita berbau apabila memakai kasut sarung atau tertutup. Utk mengatasinya, ambil limau nipis, potong2 & gosokkan pd kaki. Lakukan setiap ptg selepas menanggalkan kasut. Insya-allah bau kaki akan hilang.

4. Hapuskan kesan karat pada pakaian:
Utk hilangkan kesan karat pd pakaian, amalkan cara ini. Ambil sedikit garam, perahan air limau nipis & larutkan bersama air rendaman pakaian & biarkan semalaman. Keesokkannya cucilah spt biasa.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

3 Re: Petua on Thu Nov 13, 2008 5:04 pm

indah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
Wahhh...... yang petua untuk cermin mata tu mcm best je...... Sebab sy pakai cermin mata.. hehehe...

http://www.shindah.blogspot.com

4 Re: Petua on Mon Aug 03, 2009 5:34 pm

indah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
Saya ade satu petua untuk hilangkkan batuk2 sakit tekak.. Petua ni dtg dari mak saya ... mase dia di Mekah...

Ambil dalan sesudu (sikit je.. x la penuh sangat) nasi. Masukkan dalam secawan air suam. Biarkan semalaman. Esok pagi-pagi, sebelum gosok gi, bangun je minum la air tu.. insyaAllah tekak akan rasa lebih lega.

Smile Indah

http://www.shindah.blogspot.com

5 Re: Petua on Fri Aug 07, 2009 5:41 pm

aysarahanan


Moderator
Moderator
bagus petua cermin mata tu,sbb aysa pon pakai cermin mata,tapikan limau apa ek?

k.indah,dalan tu apa ek?hehe sori aysa tak tahu

6 Re: Petua on Fri Aug 07, 2009 5:59 pm

indah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
dheadz wrote:Hmm... eloklah Indah dah buka topik ni, boleh kita berkongsi petua yg ada.
Saya ada beberapa petua ni, semuanya berkaitan dengan limau:

1. Untuk kilatkan cermin mata:
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.


Sebab Indah pakai cermin mata.. jadi.. ni mesti cuba.. Smile

http://www.shindah.blogspot.com

7 Re: Petua on Sat Aug 08, 2009 7:27 pm

aysarahanan


Moderator
Moderator
ha ni ade petua nak hilangkan jeragat kat muke..hehe petua org arab..

amik serbuk kopi yang dah kita guna(hampas)pastu lumurkan kat muke..

selepas tu cuci..

lpas tu sapu minyak zaitun kat muke.,..bangun pagi cuci la..hhe Very Happy

selamat mencoba..Very Happy

8 Re: Petua on Mon Aug 10, 2009 1:50 am

izyan insyirah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
petua..petua...

sy kongsi petua kesihatan la ye...

klu ada sape2 yg ada parut jerawat kt pipi tu, p la bubuh kayu manis yg serbuk tu...cmpur dgn air buat cm bedak sejuk...klu campur dgn bedak sejuk pungg ok gak..tapi jgn banyak sangatlaa..nnt panas..ehehe...

satu lagi, jgn mandi pas makan..nnt perut buncit sebelum tiba masanya (bg pmpuan)..ehehehe

http://izyaninsyirah.blogspot.com

9 Re: Petua on Mon Aug 10, 2009 11:27 am

indah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
izyan insyirah wrote:petua..petua...

satu lagi, jgn mandi pas makan..nnt perut buncit sebelum tiba masanya (bg pmpuan)..ehehehe

Hehe.. sebelum masanya?... Isk... akan buncit jua kah kita suatu hari nanti... Sad

http://www.shindah.blogspot.com

10 Re: Petua on Mon Aug 10, 2009 6:47 pm

izyan insyirah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
indah wrote:
izyan insyirah wrote:petua..petua...

satu lagi, jgn mandi pas makan..nnt perut buncit sebelum tiba masanya (bg pmpuan)..ehehehe

Hehe.. sebelum masanya?... Isk... akan buncit jua kah kita suatu hari nanti... Sad

ehehehe...akak indahh...
maksudnye, belum ngandung lagi perut dh besar....Wink

petua untuk ari ini, untuk mnjaga kesihatan usus, kenalah minum jus oren...klu nk jaga kesihatan rahim bgi perempuan, amalkan meminum jus nenas (tapi jgn selalu). nenas jgn dimakan ketika mgndung laa...

http://izyaninsyirah.blogspot.com

11 Re: Petua on Tue Aug 11, 2009 4:18 pm

indah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
izyan insyirah wrote:

petua untuk ari ini, untuk mnjaga kesihatan usus, kenalah minum jus oren...klu nk jaga kesihatan rahim bgi perempuan, amalkan meminum jus nenas (tapi jgn selalu). nenas jgn dimakan ketika mgndung laa...

Uhuuhuu.. tu la.. nape ntah.. mase mengandung ni teringin nak minum jus nenas la.. mkn nenas ngan kicap la... sedapnyer.....

http://www.shindah.blogspot.com

12 Re: Petua on Tue Aug 11, 2009 9:12 pm

aysarahanan


Moderator
Moderator
hihi...siannyer..

petua untuk orang mengandung juga ni...

banyakkan makan kurma,sebab memudahkan kelahiran nanti..insyaAllah..

teringat kisah mariam ibu nabi isa,hanya memakan kurma sahaja ketika nak bersalin..

huhu aysa masih cuba belajar makan kurma..walaupun tekak seringkali menolak..hehe Razz

13 Re: Petua on Wed Aug 12, 2009 11:04 am

indah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
Kurma... sememangnya kegemaran saya tu... makan kadang macam jajan... cuma kene byk jugak minum air lepas tu sbb kurma agak manis... Smile

Selain kurma, kismis juga dikatakan baik untuk ibu mengandung... Smile

http://www.shindah.blogspot.com

14 Re: Petua on Wed Aug 12, 2009 8:12 pm

aysarahanan


Moderator
Moderator
Melebatkan tumbuh rambut

Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak.Buatlah sedemikian setiap hari

Rambut beruban


Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.

15 Re: Petua on Thu Aug 13, 2009 3:14 pm

izyan insyirah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
indah wrote:
izyan insyirah wrote:

petua untuk ari ini, untuk mnjaga kesihatan usus, kenalah minum jus oren...klu nk jaga kesihatan rahim bgi perempuan, amalkan meminum jus nenas (tapi jgn selalu). nenas jgn dimakan ketika mgndung laa...

Uhuuhuu.. tu la.. nape ntah.. mase mengandung ni teringin nak minum jus nenas la.. mkn nenas ngan kicap la... sedapnyer.....

tgh bbadan dua ke ni? wahhhh akak indahh....tahniahh...tahniahh....Wink

jaga diri..jaga baby....kim salam baby....ehehehe....

teringat2 sy ari tu blajar psikologi pendidikan untuk baby...ehehe...seronok!

http://izyaninsyirah.blogspot.com

16 Re: Petua on Fri Sep 04, 2009 6:37 am

muzafar


Ahli Aktif
Ahli Aktif
Khasiat Bunga Cengkih

Bunga cengkih mempunyai khasiat yang tersendiri untuk kebaikan kesihatan kita. Ianya mempunyai rahsia untuk mencegah penyakit darah tinggi, diabetes & jantung. (Dengan izin Allah SWT)

Caranya: Setiap hari ambil dalam 10 butir bunga cengkih (5 butir waktu pagi, 5 butir waktu malam) dan dikemam/diisap seperti kita mengambil gula-gula. Buat sehingga hilang atau kurang rasa pedasnya. (Dalam 10 - 15 minit).

Selalulah amalkan, insyaAllah.


Nota kaki - petua ngantuk plak...gi lar tido... Laughing Laughing

17 Re: Petua on Fri Sep 04, 2009 1:30 pm

izyan insyirah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
bunga cengkih? apa la rasanya tu buat cm gula2...
elok jugak, nnt sy suruh abah cuba...dia ada darah tinggi...

http://izyaninsyirah.blogspot.com

18 Re: Petua on Fri Sep 04, 2009 4:56 pm

insyirah


Moderator
Moderator
Bunga cengkih mengakibatkan rasa 'pedar' pada lidah Embarassed

Kalau sakit gigi/bengkak gusi juga elok makan cengkih sebab nanti rasa kebas jadi kuranglah sakit tu. Betul la info ayahanda muzafar, bagus untuk jantung (tapi saya tetap juga malas makan. erkkk...) Very Happy

p/s: Suka makan habbatus sawda sebab badan rasa lebih ringan, sesetengah orang yang banyak angin dalam badan akan sendawa bila makan habbatus sawda. Insya Allah. Penawar SETIAP PENYAKIT kecuali mati - hadis sohih Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

19 Re: Petua on Fri Sep 04, 2009 5:09 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum...
Tambahan lagi.. disebabkan aromanya.. melapangkan saluran pernafasan.. dan InsyaAllah Nafas bau pun hilang..

Seingat2 saya.. jerangkan air dengan 3 - 5 kuntum cengkih.. dari 2 cawan air.. jadikan 1 cawan. Bila air agak suam2.. minum.. buat hilangkan demam... kalau tak sanggup minum macam tu.. tambahkan satu sudu teh madu.. Insya Allah kalau ada rezeki.. kebah demam tu lepas 3 4 kali minum.

http://www.umaruddin.blogspot.com

20 Re: Petua on Sat Sep 05, 2009 5:41 am

muzafar


Ahli Aktif
Ahli Aktif
Penjagaan Muka Dengan Tomato dan Limau Nipis


Tomato

1. Anda sediakan sebiji buah tomato yang telah masak.

2. Lenyek tomato tersebut sehingga halus.

3. Kemudian, sapukannya ke seluruh muka anda.

4. Biarkan ia kering lebih kurang dalam 20 ke 25 minit.

5. Akhir sekali, bilas muka anda dengan air bersih.

Amalkan petua ini sebanyak 2 atau 3 kali dalam seminggu.


Limau Nipis

1. Sediakan sebiji atau dua biji limau nipis.

2. Kemudian, perahkan limau nipis tu sebab anda perlukan airnya saja.

3. Campurkan air limau nipis tadi dengan sesudu minyak masak.

4. Kacau campuran di atas sehingga sebati.

5. Sapukanlah campuran tersebut pada muka anda sebelum nak tidur.

6. Pada keesokan paginya, anda rendamkan beberapa keping asam gelugor dalam bekas yang berisi air panas.

7. Setelah direndam beberapa minit, biarkan air rendaman asam gelugor tu suam atau sejuk seketika.

8. Akhir sekali, gunakanlah air rendaman yang dah sejuk tadi untuk membasuh muka anda.

Petua ini boleh anda ulangi sebanyak 1 atau 2 kali seminggu.

Semoga petua di atas dapat membantu anda memiliki kulit muka yang halus, bersih dan licin tanpa perlu berbelanja besar.

21 Re: Petua on Sat Sep 05, 2009 10:06 am

insyirah


Moderator
Moderator
Assalamu'alaikum, ada petua untuk kulit muka yang kering tak? Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

22 Re: Petua on Sat Sep 05, 2009 10:39 am

izyan insyirah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
insyirah wrote:Bunga cengkih mengakibatkan rasa 'pedar' pada lidah Embarassed

Kalau sakit gigi/bengkak gusi juga elok makan cengkih sebab nanti rasa kebas jadi kuranglah sakit tu. Betul la info ayahanda muzafar, bagus untuk jantung (tapi saya tetap juga malas makan. erkkk...) Very Happy

p/s: Suka makan habbatus sawda sebab badan rasa lebih ringan, sesetengah orang yang banyak angin dalam badan akan sendawa bila makan habbatus sawda. Insya Allah. Penawar SETIAP PENYAKIT kecuali mati - hadis sohih Smile

dik insyirah...habbatu sawda tu mmg baik...
klu ada masalah rahim, insyaAllah boleh sembuh...sy ada kenalan yg tersumbat tiub fallopionya n myukarkan dapat anak...bila ambik habbatu sawda, tiupnya tu dh tak tersumbat...

mmg elok diamalkan...mencegah sebarang penyakit...kan?Wink

http://izyaninsyirah.blogspot.com

23 Re: Petua on Tue Sep 08, 2009 10:01 am

nurul muslimah


Ahli Junior
Ahli Junior
mn nk dpt eh habbatus sawda kt mesia nie?

http://nurulmuslimah.blogspot.com

24 Re: Petua on Tue Sep 08, 2009 10:30 am

insyirah


Moderator
Moderator
Syudde Smile

Kalau di Kelantan ada syarikat nama Jaafar Rawas yang de jual Habbatus sauda sama dengan yang ada di timur tengah, dulu penah beli habbatus sauda' yang dalam kapsul tapi bila makan je abi pening bila buka kapsul dan rasa serbuk dalam kapsul + baunya adalah makjun! sebab tu dah tak percaya lagi dengan mana-mana produk keluaran tersebut (sangat popular dan bumiputera, adeh laaa). So far, ana masih ada stock habbatus sauda' yang beli dari negara arab, bland dan masuk dalam kapsul --> buat sendiri jadi farmasi la konon, jeles tak? Razz


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

25 Re: Petua on Tue Sep 08, 2009 5:05 pm

muzafar


Ahli Aktif
Ahli Aktif
Tips Untuk Hilang Rasa Penat

Setiap hari hujung minggu kita akan melakukan banyak aktiviti. Kemas rumah, basuh kereta, pergi shopping lagi, memasak dan sebagainya. Ini adalah amat memenatkan kita semua.

Bila mula hari isnin, badan kita akan berasa amat lesu letih disebabkan akan workload yang telah kita lakukan pada hari sabtu dan ahad lepas.

Bercakap tentang penat, letih, lesu dan masalah tidak bertenaga ni. Terdapat pelbagai cara yang dapat dikongsikan dengan anda, tips cara mengatasinya.

Antara yang boleh diamalkan ialah ;

1. Minum air limau nipis / jus oren.

Pastikan anda minum jus yang fresh. Bukan yang kordial punya. Jus oren atau limau nipis mampu menyegarkan badan. Kalau tak nak minum jus, makan buah limau pun OK.

Dalam peti ais rumah saya di kampung, pasti ada stok buah limau. Sebab apabila selesai bekerja (bertani), abah saya pasti akan makan sekurang2nya sebiji limau. Apabila saya tanya kenapa abah suka makan limau lepas balik dari kebun, abah saya kata, makan limau dapat menyegarkan badan dan mengurangkan keletihan.

Maka sejak dari hari itu, dalam peti ais rumah saya di KL ni pun, pasti ada stok buah limau. Apabila balik dari ofis, masuk saja ke dalam rumah, perkara pertama saya buat ialah, buka peti ais, ambil sebiji limau…dan ngap ngap ngap. Lepas pekena sebiji limau,

2. Mandi dengan air panas

Cara kedua yang saya amalkan dalam mengurangkan rasa penat dan lesu ialah mandi dengan air panas. Ramai orang lebih suka mandi air sejuk untuk menyegarkan badan. Tapi cara saya terbalik pula. Saya punya style, saya akan mandi air panas.

Saya tak tau yang mana satu lebih berkesan. Tapi saya masih ingat lagi masa saya belajar di Jepun. Kawan-kawan jepun saya selalu cakap, antara cara diorang mengurangkan lesu dan penat badan, diorang akan berendam dalam ‘ofuro’ (air panas) atau ‘bathtub’.

Kalau berendam atau mandi dengan air panas, pengaliran darah dalam badan akan jadi lancar dan sempurna. Angin dalam badan juga mampu dikeluarkan dari dalam badan. Ini membuatkan badan terasa ringan dan lebih segar. Malah, kalau mandi dengan air panas, kita akan dapat tidur lebih lena. Itulah amalan orang2 Jepun.

Dan saya pun, hingga sekarang memang sangat suka mandi dengan air panas ni. Sampai isteri saya pun naik pelik, kenapa la saya suka sangat mandi air panas. Pagi petang siang malam saya akan mandi dengan air panas, sedangkan dia pulak, tak suka langsung mandi air panas. Mandi pagi pun isteri saya akan mandi dengan air sejuk. Saya tak tahu kenapa dia tak suka benar dengan air panas ni.

Tapi tu lah. Seperti yang saya katakan, mandi air panas memang boleh meredakan ketegangan, sekaligus mengurangkan rasa letih. Dan membuatkan anda dapat tidur lebih lena.

Isteri saya selalu pelik dengan saya, kenapa la saya ni mudah sangat untuk tidur. Letak jer kelapa atas bantal, tak sampai seminit pun dah boleh terlelap. Malah, tidur saya pun nampak sungguh lena, kata isteri saya.

Saya jawab mudah saja. Kalau nak tau, rahsia mudah tidur dan supaya tidur lebih lena ialah, mandi malam mesti mandi dengan air panas. InsyaAllah, kalau anda amalkan ini, anda pasti akan mudah untuk tidur, dan tidur anda pun jadi lena. Badan pun, semestinya jadi lebih segar dan tidak berasa penat sangat.

Tak percaya? Cubalah….

sumber - email

26 Re: Petua Today at 1:30 am

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 2]

Go to page : 1, 2  Next

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum