Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Mak, Susah Ke Nak Kawin?

4 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Mak, Susah Ke Nak Kawin? Empty Mak, Susah Ke Nak Kawin? Wed Jul 02, 2008 6:03 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Mak, Susah Ke Nak Kawin? Image004og4

Mak, Susah Ke Nak Kawen?

Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia

Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara

Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa

Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau panjang
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia

(lagu: Nash/pada syurga di wajahmu)

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
keluarga dan rumahtangga...
hahaha aku lupa liriklaaa!!
(inTeam)

Alamak kantoilah pula lupa lirik!!. Tapi memang aku bukan jenis suka pun dengar lagu-lagu genre macam tu. Tapi saja nak ubah citarasa katakan. "Amboi-amboi rupanya mahu kahwin yer?" Hah hah hah begitulah agaknya yang kalian fikirkan bila membaca posting ini. Itupun kalau ada yang bacalah. Kalau tiada pun biarlah aku seorang yang menatapnya. Sikit-sikit hijau!! Baju kahwin hijau semuanya hijau?? Dah nak buat macam mana aku memang suka hijau!! Tak kan pink kot? Kalau mengikut Dr. Fadilah Kamsah warna pink itu warna kegairahan.. Ish tak sesuai gitu!! Ehehehe.Aku bukanlah "desprate" sangat mahu kahwin, tapi sengaja tulis berkaitan perkahwinan. Almaklumlah sekarangni musim orang tengah mendirikan rumahtangga. Kawan-kawan aku kat Kaherah hampir 4 pasangan berjaya dan akan di satukan. Alhamdulillah berjaya mereka membina masjid indah dikelilingi taman-tamn indah nanti. Aku tangga pun tiada rumah pun tiada. Yang ada hanyalah sibantal busukku. Namun kalian mungkin tidak mengetahui aku sebenarnya sudah mempunyai "isteri dan dua orang cahayamata". Hah bagus juga akukan. Dalam diam-diam menambahkan bilangan umat di muka bumi ini.

Aku ni jujur orangnya. Memang aku ada seorang "isteri" dan "dua orang cahayamata". Tapi janganlah pula salah faham yer. "Isteri" aku maknanya sekarang ikan belaan akulah di bilik. Akulah ayah pada anak-anaknya. Bukan gituh?? Saja mahu tukar suasana yang kondisinya sedikit tegang dan panas akibat momentum kenaikkan harga minyak. Kadang-kadang hatini membuak-buak juga rasa mahu kahwin. Tapi atas sebab-sebab tertentu kena sabarlah dulu. Insyallah tak sampi peringkat wajib lagi untuk aku.

Sebenarnya mudah ke kahwin? Macam-macam jawapan kita akan dengar bila pertanyaan ini ditujukan. Ada yang kata mudah ada yang kata susah. Bagi aku. Susah kahwin ni. Ingat main-mainker? Bukan macam bela ikan kat akuarium aku. Itupun susah tau!! Tiap-tiap hari kena bagi makan, tukar air sebulan sekali, lepas tu pula kena letak ubat bagi ikan-ikan segar. Itu ikan!! Ini nak bela anak orang. Maknanya maha tinggi tanggugjawaptu. Bukan main sambil lewa. Kalau aku minta dengan mak aku nak kahwin. Sah-sah penyapu yang hinggap. Ada hati nak kahwin nak bela diri sendiripun tak mampu. Kurus "cekeding" je. Ala-ala "Cicakman" yer? Perempuan tengok pun tak yakin aku mampu. Ehehehhe nak buat macam mana dah DNA aku macam ni. Kalian tahu ker betapa payahnya kahwin. Kalau di kampung macam-macam kena buat persediaan. Kalau perempuan lagilah. Kena menghadapi bakal ibu mertua. Ish itulah saat paling mengerikan bagi seorang perempuan. Betul tak? Betul lah tu nampak angguk je.

Mana tidaknya. Kalaulah bakal ibu mertua yang cerewet macam cerita Ibu Mertuaku tidakkah haru biru perempuan kena menghadapainya. Mahu lihat bakal menantu pandai memasaklah, berjalan bak Perempuan Melayu Terakhirlah, dan macam-macamlah perempuan kena hadapi jika, pendek dan panjang yang kata ibaratnya perempuantu kena jalan ala itik gembo-gembolah jika bakal ibu mertuanya cerewet. Jalanya pijak semut pun tak mati. Sopannya anak sapakah itu? Ingat!! amat malanglah anda jika anda tidak pandai memasak wahai perempuanku. Tak kanlah hanya telur dadarjer pandai? Resepi terbaru chef wan tak pernah cubaker? Habis tunggu apa lagi.? Sambil-sambil ada waktu ringan-ringanlah ke dapur ye!! Tapi awas!! jangan menyanyi pula di dapur. Pantang tu anak dara nyanyi kat dapur. Banyak sebenarnya pantang larang perempuan ni. Biasalah tu, bukankah perempuantu unik ciptaanya. Tapi kalau ibu mertua "sporting" alahai bertuahnya badan. Sejuk perut ibu mengandung sampi ke tali pusat.

Itu perempuan!! Ingat lelaki senangke nak hadapi kerenah ibu dan bakal bapak mertua yang cerewet. Sah-sah soalan pertama kerjanya apa? Pilot, bisnesmen, menteri, jutawan dan lain-lain. Uhh nazaknya bila soalan sebegitu hadir ke telinga. " Ya pak saya ni pilot!!. Pilotnya lori sampah bandaran". Waduh sudah tahu keputusan bakal di terima. "You fired!!". Apa kalian ingat mudahke? Seksa tau jiwa raga batin untuk menyunting bunga di taman larangan. Jikalau bunga di taman Taib Chow Kit mudah sahaja. Tidak percaya cubalah pergi anda pasti tidak akan menyesal. Silalah jika anda mampu membina dunia lain. Dunia yang tidak bisa Malaikat Maut menjemput anda untuk menemui Pencipta anda. Tapi bila di pikirkan mudahnya urusan perkahwinan di sini. Baguslah mudah. Benda baik kenapa perlu di sekat-sekat dan di payahkan. Anda pun tidak setuju jika dipayahkan. Betul? Syabas kalian bersetuju denganku rupanya.

Namun cuba kita perhatikan realiti di dalam kehidupan kita sekarang. Mengapa perkahwinan itu dikatakan susah atau payah dan sewaktu dengannya? Jika ditanya sebelah perempuan, mesti berjela-jela dijawapnya. Mahu tumpu kerjayalah, mahu bebaslah, dan macam-macam ada. Tidak kurang juga di sebelah lelaki. Malah lebih berjela-jela dari perempuan. Betul ker? Kalian jawaplah sendiri. Memang betulpun. Jika ditanya pada seorang perempuan siapa dan apakah ciri-ciri lelaki idaman? Mesti panjang lebar dihurainya, begitulah ciri-ciri wanita idaman bagi seorang lelaki sepanjang sungai Nil disyarahkan. Mahu yang sebegini, sebegitu, semelepaktu, semancungtu, seputihtu, setembamtu, setampantu, sesikohtu, dan segala macam "se..". Tidak salah dan kita berhak untuk memilih siapa pasangan kita. Aduh!! apa sangat pada kehemseman seperti Shah Rukh Khan andainya nanti seperti Sarung Khain sahaja. Apalah sangat pada harta yang bertimbun andainya nanti kain putih yang tidak berharga membalut badan. Mengapa ingin secantik Jenifer Lopez jikalau nanti hanya macam kek lapis. Woit!! kek lapis sedap apa??

Jadi orang perempuan yang ku sayangi perlu beringat sebab sekarang sudah menjadi satu fanomena macam artis pula bila wanita pakat-pakat lambat kahwin. Wah kalau di nilai kebahgiaan terletak pada paras rupa dan wang ringgit sudah tentu akal kita merasakan mustahil mereka berpisah. Namun mutkahir ini kerap berlaku alasannya mahu bina empayar kewangan yang kukuh . Bukan itu sahaja maskahwin pun mahal!, seba satu pula! kemudian tak mahu beranak pulak alasan jaga penampilan demi kerjaya Uhuhuhuhuhu azabnya bagi lelaki bila dapat perempuan sebegini. Maka hanya tinggal impian asahajalah bagi lelaki yang menginginkan binaan masjid utuh terbina. Adakah kita rela diri kita terus dipanah senjata syaitan dengan mengguhkan sesuatu yang disyariatkan. Jika sudah bersedia dan mampu ayuh bersegeralah. Kadang-kadang cinta itu buta. Sebab itulah ramai manusia yang meraba-raba. Jika dah bercinta tak ingat dunia. Alamatnya macam filem hindustanlah jadinya. Sanggup merentas lautan api, menuruni bukit, bergadai nyawa, malah sanggup lari dari keluarga demi cinta. teringat pula lagu Hindustan.

Tum passa Aii..yuu muskuraee,
tum ne najanee kiya..sappe neih dekha aii,
Apphe toll mera dill.. jaghe naah sohtha hein,
Kiyaa kahrua heih..Kuch kuch hotha hein...


Kalian pernah dengarkan lagu nih. hebat penangan cinta mereka. Sanggup segalanya demi cinta. Maka tidak mustahil akan berlaku pada kita andai kita lalai mengemudi bahtera songsang ini. Cuba renung-renungkan di bawah:-

Di Nikahi wanita itu kerana empat perkara:
Kerana Hartanya, Keturunannya, Kecantikannya, dan Agamanya. Maka pilihlah dalam hal Keagamaanya. Nescaya beruntunglah kedua-duan tanganmu.
Riwayat Bukhari&Muslim.

Nah cantik sungguh tips yang islam gariskan. Jika dipilih harta, pasti harta akan susut dek kenaikkan minyak. Mahu dipilih cantik semata-mata? Adakah cantik berkekalan. Pendek kata panjang pun kata Agamalah pilihan yang tepat. Merangkumi segalanya. Meh!! kita tengok macam mana yer ciri-ciri wanita solehah pada pandangan mata akulah?

Baik dengan mak (macam kawan karib)
Ada 1 atau lebih kawan baik. (kalau tiada memang kera sumbanglah)
Ada kebolehan mendengar. (suami memang cari sorang isteri yag ada ciri pendengar yg baik)
Org selalu puji dia (terutama adik beradik)
Bila bercakap dengan org tua, org tua tu rasa selesa dengan dia. (terutama dengan bakal mertua)
Bila ada sesuatau yg lawak, dia ketawa (kalu tak memang lembab sangatlah perempuan tu)
Lagi bagus mak bapak dia memang jenis tegas dan garang (macam anak tiri-jiwa kental)
Setuju kahwin cepat (inilah maksud berugama-kalau menolak..mmmmm)
Simpati yang tinggi (tengok cerita hindustan@bersamamu@full house@ dan lain-lain -nangis huhuhuhuh basah kuyup bantal, masa inilah terserlah sifat keibuan wanita. eheheh)
Ada sikit jual mahal (harga diri tu)

Malah banyak lagilah ciri-cirinya yang kalian silalah tambah. Jadi pendek kata dan panjangpun kata, kepada wanita-wanita. Secara pengalamannya jika seseorang lelaki itu kalau lelaki tu ajak anda kahwin awal-awal, memanglah lelaki tu niatnya baik, tak ingin main-main dengan anda. Memang dia ikhlas , tak nak menghampiri zina, dan takkan lah ada kaki botol nak ajak anda kahwin awal kot, yang selalu ada lelaki yg mintak tu bukan citarasa anda, miskin kot, atau rupa kurengg sikit, atau anda ingin enjoy dulu! Yerlah kadang-kadang perempuan memilih hanya yang hensem, berharta, berkedudukan. Lagi terpikat jikalau yang kehenseman yang gila khinzir. Tapi bukan hensem yang macam khinzir. kalau macam tu sah-sah dari jauh lagi perempuan dah menenolaknya. Alhamdulillah beruntungnya ada perempuan yang beragama yang tidak pandang semua itu. Tapi sayanglah jika yang beragama pun tidak menjaga ketinggian nilai dirinya. sewenang-wenangnya pamirkan pada manusia yang bukan haknya. Waduh pikirkanlah wahai perempuan. Aku sayang kalian. Kalian ibarat adik, kakak dan mahupun ibuku. Aku tidak rela kalian menjadi sebahagian senjata syaitan. Ayuh!! hindarkan diri kalian dari menjadi sebahagian senjata syaitan. Aku pun manusia yang punya nafsu. Di khuatiri aku terlemas sama. Sama-samalah membantu.

Ok kepada perempuan mahupun wanita dan sewaktu dengannya kena jaga betul-betul 3 perkara ni:

aurat (jangan dengan melayu jer jaganya dengan arab?Di tujukan bukan semua)
akhlak
solat awal waktu.


Ayoh sebelum anda bangkitkan kegairahan anda untuk menggoda mata-mata lelaki renungkanlah azab siksa di neraka. Jadi kepada semua, wanita mahupun lelaki pakat-pakatlah kita bina individu muslim dan muslimah yang kental, persiapkan diri, muhasabah diri. Adakah kalian rela kepanasan api neraka menjamah dedahan aurat kalian? Usahlah dirimu hipokrit dalam hidupmu. Nescaya hipokrit dan plastiknya dirimu tidak akan kemana. Sedarlah!! Maka berhati-hatilah dalam menjejak kaki ke alam perkahwinan. Ingatlah wanita dirimu itu amatlah berharga. Usah dirimu mancalit lumpur najis pada kemuliaanmu sebagai seorang wanita. Jika ingin lelaki hormatkan anda maka anda kena hormat dengan batang tubuh mulia anda. Namun jika anda berdegil mahu melawan hukum Tuhan? Nah anda buatlah dunia yang baru yang agak-agaknya Tuhan tidak akan nampak anda, agak-agak malaikat maut gagal mengesan anda untuk mencabut nyawa dan jika berjaya menyahut cabaran tadi maka anda bebas membuka apa sahaja. Anda bebas untuk buat sesuka hati anda. Smile


agak leka membaca coretan dari ustaz... hm... ayatnya bersahaja jer Smile

2Mak, Susah Ke Nak Kawin? Empty Re: Mak, Susah Ke Nak Kawin? Thu Jul 03, 2008 12:30 pm

haziman

haziman
Ahli Senior
Ahli Senior

layan juga aku baca coretan ni..sapa yang tulis ni??kawan insyirah ke?

kahwin susah ke senang??rasanya kahwin senang tapi nak uruskan kehidupan selepas kahwin tu yang susah..betul ke apa aku tulis??

3Mak, Susah Ke Nak Kawin? Empty Re: Mak, Susah Ke Nak Kawin? Thu Jul 03, 2008 8:42 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

tersenyum sorang jugak baca artikel ni... Razz

harga minyak naik sebab tu susah sgt nak kawen kot...hihi

"aku terima nikahnya"
maknanya bermula la kehidupan baru.....
dari cik dah tukar kepada puan...ibu....nenek...Wink

susah atau tidak kena tanya pada yg dah berkeluarga.. Wink

camne tu?

4Mak, Susah Ke Nak Kawin? Empty Re: Mak, Susah Ke Nak Kawin? Fri Jul 04, 2008 1:29 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Kalau difikirkan sedalamnya, memang hendak kahwin itu perlukan segala ciri2 sebelum berkahwin, kedengaran agak susah, rumit dan segala payahnya. Tapi, sebenarnya tidaklah sesusah yang biasa kita baca. Kalau betullah semua orang mengikuti garis panduan (segala yang diperlukan sebelum berkahwin), mungkin ramai yang masih tidak kahwin lagi, walaupun umur sudah meningkat. Very Happy

Penangan berumah tangga ni dapat dirasai bila seseorang itu dan menempuh alam itu sendiri. Masa tu, akan tahulah betapa susahnya menjaga keharmonian rumah tangga, atau yang disebaliknya, nikmatnya berumah tangga. Tidak perlu gundah gulana, hingga botak kepala memikirkannya. Bila 'seru' sudah sampai, usahakan saja niat baik itu. Apa yang berlaku selepas itu, sama2 tempuhi bersama pasangan hidup. Itulah indahnya, di sebalik kepayahannya.

5Mak, Susah Ke Nak Kawin? Empty Re: Mak, Susah Ke Nak Kawin? Fri Jul 04, 2008 5:32 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Hihihi, artikel ni sahabat kepada ustaz ana yang post... Dia di Kaherah. Kan sekarang musim orang walimah sbb tengah cuti... Jadi, tersangkut la isu kawin ni. Hihihi, menarik sangat ayat dia. Ana tersenyum jer, terus ana hantarkan pada beberapa sahabat termasuk la forum ni Very Happy hihihi... Ni dr segi tanggungjawab la.

Kak Aysa senyum ek? Ana dah sakit2 perut tahan gelak masa baca tawww!
Embarassed

6Mak, Susah Ke Nak Kawin? Empty Re: Mak, Susah Ke Nak Kawin? Tue Aug 12, 2008 5:53 pm

aysarahanan

aysarahanan
Moderator
Moderator

kenapa tajuk ni ...Mak,susah ke nak kawin? Cool

kalo nak kawen mesti kasitau kat mak dlu ke?

atau mak wat keputusan?

nape ye dalam banyak2 hal...selalunya akan tanya mak ye? Rolling Eyes

sahabat2 lain ade pandangan?

7Mak, Susah Ke Nak Kawin? Empty Re: Mak, Susah Ke Nak Kawin? Thu Aug 21, 2008 4:04 pm

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

Kak Aysa, restu mak tu penting tawwww Razz

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum