Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

ISLAM DIHINA DIMALAYSIA..

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 ISLAM DIHINA DIMALAYSIA.. on Tue May 06, 2008 3:19 am

haziman


Ahli Senior
Ahli Senior
tolong baca dengan penuh pengertian..



ISLAM DIHINA DI MALAYSIA

Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, "Hang nak ikut ugama apa?"...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan "Islam" yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di"tiada" kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

Cool Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia ? ....lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, "Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!"...Datuk Harussani balas dalam majalah "Millenium Muslim",
katanya, "Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!"...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: "Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

Allahua`ala `alam.
27 SEPTEMBER 2007

**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE "DIWAJIBKAN" POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT
TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...


fwd emel..

2 Re: ISLAM DIHINA DIMALAYSIA.. on Tue May 06, 2008 11:37 am

dheadz


Admin
Admin
Hmm... Camnilah jadinya bila kita dah 'mersa alam' dengan agama2 lain. Bukan satu cerita ni jer yang saya pernah baca, tapi banyak lagi yang lebih kurang camni.

Kalau kita tengok anak2 muda berbangsa Melayu, yang asasnya beragama Islam, suka sangat terikut-ikut dengan budaya asing. Tindik sana sini, tatu sana sini, itu semua dah dikira menghina Islam jugak tu, walaupun dari penganut agama Islam itu sendiri. Itu baru yang diri sendiri nampak, dah fikir lain, belum bangsa, agama lain tengok, apa la kata diorang agaknya? Astaghfirullahalazimm...

Apa nak jadi?


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

3 Re: ISLAM DIHINA DIMALAYSIA.. on Sun May 31, 2009 10:15 am

normyislam


Ahli Senior
Ahli Senior
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara

Sekali baca memang rasa sangat tak wajar malah tak patut langsung dipertimbangkan!!
Tapi, ingin saya katakan di sini, jika bible yang ada di pasaran malaysia diolah sepenuhnya kepada bahasa melayu InsyaAllah, keterangannya akan menjadi lebih jelas dan akan membuatkan orang kristian yang membacanya berfikir.
Bukannya sebab rakyat malaysia tidak dapat faham bahasa inggeris, tetapi buat makluman, bahasa yang digunakan dalam bible sangat memainkan peranan.

Saya menjadikan bible terbitan dalam bahasa Indonesia sebagai contohnya..
Dalam bible versi Indonesia, nama tuhan yang digunakan adalah Allah walaupun x dinafikan ada salah tafsirannya.
Namun, jika anda membuka bible versi bahasa iggeris,haha... apa yang bakal anda jumpa hanyalah perkataan tuhan yang ditulis GOD.
Jika tatapan yang kabur macam ini yang ditatap penganut kristian di malaysia saban hari, mereka tidak akan mampu berfikir manjangkaui apa yang tertulis di dalam bible tersebut.
Untuk berdebat dengan orang kristian ini mudah. Buat permulaan tak perlu menggunakan Al-Quran kerana ego mereka akan menentang. Sebaliknya, gunakan Bible mereka sendiri. study
p/s: boleh rujuk post " bila bible diragui" untuk tambahan Smile

http://normyislam.blogspot.com

4 Re: ISLAM DIHINA DIMALAYSIA.. on Sun May 31, 2009 11:02 am

azizul


Admin
Admin
Assalamualaikum normyislam,
great post.

sebenarnya cetakan bible dlm bahasa melayu dah lama ada di malaysia. waktu "perang saudara" antara kaum muda dan kaum tua di T. Melayu dan Singapura tak silap (erm, kalau ada masa, saya konkritkan lagi)berkenaan penggunaan istilah Allah dalam bible. setahu saya, di Indonesia, memang term itu digunakan dalam agama diorg. tengoklah isu lagu agnes monica, artis beragam kristian.


apa - apa pun, perlu dihalang gerakan pemurtadan ummah.. kalau betul lebih 100,000 org islam telah murtad. ini satu bencana bagi agama kita.

http://al-insyirah.forummotion.com

5 Re: ISLAM DIHINA DIMALAYSIA.. on Sat Sep 12, 2009 3:21 am

izyan insyirah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
hemm...islam dihina dimana2...termasuk dalam negara yg dikatakan negara islam ini...

bible mmg banyak dalam bahasa melayu...bahasa Indonesia...dalam bahasa kadazan pun ada...lagi banyak...

http://izyaninsyirah.blogspot.com

6 Re: ISLAM DIHINA DIMALAYSIA.. on Sat Sep 04, 2010 7:41 am

Shahrul Na'im


Ahli Baru
Ahli Baru
tak kira apa pon yang ditetapkan oleh kerajaan, yang penting adalah diri kita sendiri. kalau islam bukan agama rasmi di Malaysia katakan, adakah persepsi kalian masih sama mengenai hal ini? adakah kalian akan memperjuangkan islam sebenar benar nya?

7 Re: ISLAM DIHINA DIMALAYSIA.. on Sun Nov 07, 2010 7:43 am

normyislam


Ahli Senior
Ahli Senior
Shahrul Na'im wrote:tak kira apa pon yang ditetapkan oleh kerajaan, yang penting adalah diri kita sendiri. kalau islam bukan agama rasmi di Malaysia katakan, adakah persepsi kalian masih sama mengenai hal ini? adakah kalian akan memperjuangkan islam sebenar benar nya?

kadang-kadang kita selalu lupa untuk bersyukur dengan keselesaan untuk bergelar muslim di Malaysia hingga kita menjadi muslim yang lemah, malah bangsa dengan agama pun susah nak beza. Masuk Islam jadi masuk melayu..adeyh.

Bila berada dalam komuniti bukan Islam misalannya rakan saya di Rusia, rasa diri tu beragama islam seolah lebih, tambah2 bila dihenyak orang2 kafir dengan diskriminasi dan sebagainya. Ya, jika umat Islam menjadi islam atas dasar pilihan, dengan kefahaman, insyaAllah kat mana2 pun akan teguh berpegang dengannya.

http://normyislam.blogspot.com

8 Re: ISLAM DIHINA DIMALAYSIA.. on Fri Dec 17, 2010 8:46 pm

azizul


Admin
Admin
mungkin sbb kte selesa di sini, membuatkan kita semakin lemah..


_________________
http://al-insyirah.forummotion.com

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum