Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

29/4/08-Filem Malaysia berwajah Indonesia

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 29/4/08-Filem Malaysia berwajah Indonesia on Tue Apr 29, 2008 3:02 pm

azizul

avatar
Admin
Admin
Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT


Orang kata cinta pertama itu indah dan walau seribu cinta lain yang datang, perasaan itu tidak akan sama dengan cinta pertama.

Lantas, jangan salahkan semua jika perasaan ini berlegar-legar apabila menyaksikan filem Love, versi Indonesia yang di kitar semula dari filem Malaysia, Cinta ini.

Dari segi idea asal dan konsep, Love arahan Khabir Bhatia ini masih mengitar semula semua elemen yang pernah digunakan untuk mengangkat Cinta yang dijulang sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-20.

Berbanding Cinta, Love dikatakan terlalu memaksa penonton untuk mengalirkan emosi mereka dan bersimpati dengan apa yang diluahkan oleh pelakon.

KHABIR dan Fuad positif Love akan diterima di Malaysia sama seperti di Indonesia.

Juga usah terlalu memikirkan Love milik negara mana, Malaysia atau Indonesia? Ini kerana Love dihasilkan oleh sebuah produksi di Malaysia yang mempunyai hasrat dan cita-cita menggunung tinggi, melebarkan sayap filem Malaysia ke negara seberang itu.

Meskipun pada awalnya Love terpaksa menggunakan khidmat pelakon Indonesia untuk dijual di negara berkenaan, itu barangkali strategi awal syarikat produksinya, Grand Brilliance Sdn. Bhd. untuk menyebar pengaruh di sana.

Bukti kehebatan produksi kita adalah setelah pembikinan Love, ramai di kalangan karyawan filem Indonesia khususnya pelakonnya sendiri sudah mula membuka mata terhadap karyawan dan bentuk filem dari Malaysia.

Jangan terkejut kerana walaupun mengisytiharkan diri mereka sebagai pelakon, ada di kalangan pelakon-pelakon filem 'hebat' yang dipilih untuk menjayakan Love ini langsung tidak pernah kenal filem Malaysia lain, selain Cinta.

Itu pun kerana Cinta menjadi rujukan awal mereka tentang siapa Khabir dan apa yang mereka perlu faham tentang projek kerjasama dua negara ini.

Dan sesuatu yang boleh dipuji, apabila kesemua pelakon Love, baik senior seperti Sophan Sophiaan dan Widyawati serta pelakon-pelakon baru seperti Wulan Guritno, Surya Saputra, Acha Septriasa dan Fauzi Baadila mereka semua memuji hasil kerja Khabir yang disifatkan sangat profesional dan langsung tidak ada elemen cela sehingga membuatkan mereka tidak sanggup menolak tawaran yang dihulurkan.

Yang paling ketara, pelakon lelaki yang sedang mengukir nama di Indonesia ini, Fauzi Baadila.

Menyifatkan dirinya sebagai pelakon yang sangat mementingkan profil seseorang pengarah yang ingin mengambilnya untuk berkerja, Fauzi menerima tawaran Love kerana yakin Khabir ada ketegasan dan kaliber untuk menjadikan sebuah filem yang berjaya.

"Sebetulnya saya seorang yang agak kritis dan harus benar-benar yakin dengan siapa saya hendak berkerja. Saya habiskan menonton Cinta dan menilai watak yang dilakonkan oleh pelakon asalnya (Pierre Andre). Tujuannya untuk membentuk kelainan.

KARYAWAN filem Indonesia menyifatkan karya Khabir Bhatiar sebagai sesuatu yang mengagumkan mereka.

"Daripada sinematografi Cinta sahaja, saya dapat rasakan Khabir ada wibawa dan saya nyaman (selesa) sekali dengan skrip Cinta begitu juga Love," kata Fauzi yang sebelum ini pernah berlakon lebih 10 buah filem seperti 9 Naga, Tentang Dia, Mengejar Matahari, Rindu Kami Pada Mu, Coklat Stroberi dan Perempuan Punya Ceriter.

Walaupun tidak selesa melakonkan watak pemuda yang pendiam dan kurang bersuara, pelakon berusia 29 tahun ini menambah, dia jatuh cinta dengan Love kerana skrip filem ini bukan khayalan. Ceritanya adalah tentang realiti dan walaupun diakhiri dengan kegembiraan, watak Rama lakonannya harus menerima hakikat, anak yang dikandung oleh In (Acha) adalah anak bersama lelaki lain.

"Sebab itu juga saya tidak pernah berlakon sinetron, cerita terlalu fantasi dan penuh dengan khayalan, saya bukan jenis yang begitu," tambah Fauzi gemarkan watak-watak agresif, sesuai dengan jiwanya moody dan agak keras.

Sering melakonkan watak jahat, baginya menerima watak Rama bererti dia bersedia untuk melatih dirinya untuk lebih maju sebagai pelakon.

Ditanya tentang wataknya sebagai Rama, Fauzi minta jangan dibandingkan penghayatan yang dibawanya dengan lakonan Pierre.

"Saya tahu pasti itu yang akan diperhatikan, mudah-mudahan dapat diterima penonton Malaysia dan jangan cepat menghukum Love walaupun ada persamaan dengan Cinta," kata Fauzi.

Pasangannya, Acha juga tidak terkecuali, apa lagi secara fizikalnya dia sudah terlalu dekat dengan Malaysia, terlibat dengan Love satu kesempatan yang bodoh untuk ditolak.


"Idea kolaborasi ini segar dan rasanya ini pertama kali filem seumpama Love dibikin. Lebih membanggakan kerana barisan pelakon yang membarisi filem ini semuanya hebat," kata Acha ketika ditemui pada Mala Gala Love di ibu negara, baru-baru ini.

Cuba menjadi diri sendiri dan mengelak untuk terikut-ikut gaya lakonan Sharifah Amani, masalahnya Acha tidak tahu bagaimana untuk bercakap dalam dialek Sunda dia juga tidak biasa membawa watak gadis kampung yang baru tiba di Jakarta.

"Saya merujuk kepada pembantu rumah untuk bercakap dalam bahasa Sunda kerana dalam Love saya adalah seorang gadis kampung.

"Mujur saya sudah mengenali Fauzi, jadi saya tidak menghadapi masalah dengannya. Dia juga sering mengingatkan saya agar bertutur dalam bahasa Sunda setiap kali apabila saya terlupa," kata Acha yang dilihat berjaya membentuk satu paduan emosi bersama Fauzi menerusi Love.

Wulan Guritno yang menjayakan watak Miranda isteri yang curang juga kagum dengan karya sutradara dari Malaysia ini.

"Semasa menonton Cinta, saya tertanya-tanya apakah benar filem ini dari Malaysia, kerana syot Khabir ternyata tidak kalah," beritahu Wulan yang asalnya berat hati untuk menerima watak Miranda kerana dia sendiri pernah bercerai.

"Filem ini seperti memaksa saya untuk membuka semula luka lama. Kemudian, saya fikir ada juga baiknya, setidak-tidaknya ia membawa mesej kepada masyarakat," kata Wulan berkahwin di usia 19 tahun, bagaimanapun perkahwinan dengan seorang artis itu hanya mampu bertahan tiga tahun. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Shaloom yang kini berusia lapan tahun.

Darius Sinathria yang memegang watak Awin, seorang jurujual di kedai buku pula berkata, sebelum menerima tawaran Love, dia sempat meneliti skripnya. Selain teruja, Darius menyifatkan karya Khabir ini mampu memberi kejutan.

"Ketika kali pertama membaca skrip yang diberikan, saya jadi terharu dan berminat dengan watak yang ditawarkan. Apa lagi dapat berganding sekali lagi dengan Luna Maya yang sudah sering berlakon di sisi saya menerusi beberapa projek sebelum ini.

"Watak Awin, seorang yang sangat tertutup kepada dunia baru, tetapi saya sukakan kenakalan Awin yang berpura-pura tidak mengenali penulis buku terkenal Tere (Luna)," kata Darius, yang sudah bernikah dan mempunyai seorang anak.

Tiada babak ciumKepada peminat filem asmara, jangan kecewa kerana adegan panas, babak cium antara Miranda (Wulan Guritno) bersama teman lelakinya (Al-Fathir Muchtar) menerusi Love telah ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem.

Kata Pengurus Besar Grand Brilliance, Ahmad Puad Onah, adegan itu hanya untuk tayangan di Indonesia sahaja. Apabila ditayangkan di Malaysia bermula 24 April lalu, ia perlu mengikut undang-undang dan garis panduan filem di Malaysia pula.

"Kita harus akur dengan garis panduan oleh LPF, jangan salah faham kerana apa yang anda semua (media) tonton itu adalah cetakan yang belum dipotong," kata Ahmad Puad yang berbangga apabila Love mencatat kutipan memberansangkan di Indonesia sekitar Februari lalu.

Sumber - Kosmo

http://al-insyirah.forummotion.com

View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum