Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

12/11/2008 - Harga Baru Beras ST5, ST10

Go down  Message [Page 1 of 1]

112/11/2008 - Harga Baru Beras ST5, ST10 Empty 12/11/2008 - Harga Baru Beras ST5, ST10 Wed Nov 12, 2008 5:08 pm

dheadz

dheadz
Admin
Admin

Kerajaan Umum Harga Baru Beras ST5, ST10 Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan menurunkan harga beras super special tempatan (ST) lima peratus hancur dan ST sepuluh peratus hancur dan mewartakannya pada minggu depan, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed.

Beliau berkata beberapa syarikat telahpun mengeluarkan harga runcit secara sukarela yang lebih rendah daripada harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM2.80 bagi ST5 dan RM2.70 bagi ST10 sekilogram bermula 1 Jun lepas.

"Kita akan letakkan harga baru yang lebih rendah bagi beras lima peratus hancur dan sepuluh peratus hancur. Minggu depan akan digazetkan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) yang meminta supaya kerajaan mengkaji untuk mengurangkan harga beras pada keseluruhannya.

Dalam pada itu, Mustapa berkata kerajaan sedang mengkaji semula sama ada kaedah pemberian subsidi pada kadar RM800 satu tan metrik yang melibatkan kos kira-kira RM400 juta kepada pengilang adalah langkah paling berkesan dan keputusannya akan diketahui dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Che Uda Che Nik (PAS-Sik), beliau berkata kerajaan tidak boleh mengurangkan harga beras ST15 peratus hancur kerana harganya sudah disubsidikan kepada harga yang rendah.

"Harga ST15 peratus tidak naik sejak 10 tahun lepas, maka harga ini adalah harga yang paling rendah. Kita kena lihat juga pengilang yang mengalami kerugian kira-kira RM800 satu tan metrik.

"Kalau kita turunkan harga lagi, sudah pasti ini akan menyebabkan pengilang tidak akan mengeluarkan padi dan beras," katanya.

Bagi mengatasi masalah bekalan beras ST15, kerajaan telah membuat keputusan untuk memberikan subsidi keluaran beras kepada 107 pengilang padi seluruh negara iaitu sebanyak RM800 satu tan metrik pada Ogos lepas.

Katanya kerajaan juga mensasarkan pengeluaran beras ST15 di pasaran sebanyak 94,000 tan metrik sebulan dan sehingga kini sebanyak 141,936 tan metrik beras itu telah dikeluarkan.

"Secara umumnya, bekalan beras ST15 mencukupi," katanya.

-- BERNAMA

*****************************************************************

Teringat masa dulu2, harga beras Siam Best 10 Kg hanya RM18.90. Sekarang ni dah berlipat kali ganda... Neutral
Alhamdulillah, ada pun penurunan harga beras...

Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum