Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Pandangan, pemerhatian & tafsiran.

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 Pandangan, pemerhatian & tafsiran. on Thu Apr 03, 2008 1:08 pm

dheadz


Admin
Admin
Salam semua.

Saya suka memerhati keadaan sekeliling, kalau takde apa yang hendak dibuat kat satu2 tempat tu.

Hari Selasa lepas, lebih kurang pukul 9.30 malam, saya ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang menghantar anak sedara yang demam. Sambil tunggu tu, terpandang seorang makcik, berbangsa cina (tengah menunggu giliran untuk berjumpa doktor, memakai singlet, berseluar pendek, nampak macam rakyat biasa berpendapatan kecil) sedang mencangkung membuat sesuatu. Saya panjangkan leher, cuba nak tinjau apa dia ni lakukan, dalam hati berkata "Selamba nye dia, tak malu ke?". Sebab orang agak ramai jugak kat situ. Rupa-rupanya dia tengah bancuh susu dalam cawan (atas lantai, padahal ada kerusi kat sebelah dia) untuk anak dia yang umurnya lebih kurang dalam 2 tahun. Dah siap bancuh, datang anak dia sorang lagi tanpa dipanggil (lelaki, umur lebih kurang 7 tahun) ambil cawan yang berisi susu tu dan beri adik dia minum. Yang menjadi perhatian saya ialah, anak kecik dia ni tak perlu nak gunakan botol, seperti anak orang lain yang banyak kerenah (budak kecik ni, cawan pun jadi), dan yang lebih menariknya abang dia tu suapkan susu tu dengan sabar menggunakan sudu susu tu sendiri (sudu yang dibekalkan dalam pek2 susu). Adik dia ni minum dengan tak banyak kerenah, minum dengan cermat, bila abang dia suapkan. Baik betul... Bertuah ibu dia. Pandai dia mengasuh, mengajar anak.

Berbalik kepada makcik ni tadi, nampak lain dengan tangan dia yang sebelah kiri. Rupa-rupanya tangan dia tak macam manusia normal yang lain. Sedikit cacat (pada pandangan saya), dengan jari-jari tangannya seperti terkulai, lemah. Ini yang mengharukan perasaan. Dengan anaknya yang ramai (lebih kurang 5 orang pada masa tu dan tiada suami di sisi - sebab sorang je nampaknya bawak, dukung anak keciknya tu ke sana sini), dia dapat jalankan tanggungjawabnya sebagai ibu dengan baik, tanpa mengira pandangan orang ramai yang ada disekeliling. Bertuah sungguh anak-anak dia.

Teringat saya satu pepatah, tak tahu ni pepatah ke, ungkapan ke... ni dia...

"Seorang ibu boleh menjaga seberapa ramai anaknya yang dia ada, tapi bolehkah anak-anaknya menjaga ibu mereka yang seorang itu?"

Sama-sama kita fikirkan.

Terima kasih ibu.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

2 Re: Pandangan, pemerhatian & tafsiran. on Thu Apr 03, 2008 3:18 pm

avar_counselor


Ahli Senior
Ahli Senior
wah...Syabas..pemerhatian yg sgt teliti utk renungan bersama...

mulianya hati ibu....

3 Re: Pandangan, pemerhatian & tafsiran. on Fri Apr 04, 2008 1:13 pm

syafinur


Ahli Aktif
Ahli Aktif
salam.......
kadang-kadang kehidupan orang lain menjadi motivasi pada kita juga.

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum