Komuniti Al-Insyirah
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

Seorang Ibu Yang Menyusahkan

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Seorang Ibu Yang Menyusahkan Empty Seorang Ibu Yang Menyusahkan Wed Mar 31, 2010 9:47 am

insyirah

insyirah
Moderator
Moderator

SEORANG IBU YANG MENYUSAHKAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Berat sangat hati nak menulis tajuk kali ini. Berat hati dan sangat susah untuk menulis tajuk, belum lagi nak menulis isi-isinya.

Hari ini, ana ditemani ummi dan abi ke hospital. Bukan mahu cerita apa yang berlaku di hospital, sesekali menjengah ke hospital terasa 'rindu' untuk baring di katil yang cadarnya serba putih. Sesekali melihat orang lalu lalang dengan kerusi roda dan diusung katil (atau pengusung) ana hanya menghadiahkan senyuman pada mereka. Tidak kira muslim mahupun bukan, ana tersenyum dan mereka membalas senyuman ana. Tanpa kata-kata, hanya lirikan mata seorang gadis berpurdah yang menghadiahkan senyuman.

Senyuman ana sendiri banyak maksud.

"Abi nampak Syirah letih sangat, ok tak ni?"

Ana hanya memandang abi. Hati monolog sendiri.

'Mana abi tahu aku penat, bukan abi nampak muka aku macammana pun.'

"Mana abi tahu?" Ana gelak kecil.

"Tahu lah, dari mata pun abi tahu Syirah penat kan?"

Ana tersenyum... Senyum dan terus tersenyum.

Kadang-kadang, sangat rindu untuk menghidu bau ubat-ubatan di hospital. Dengan makanan yang serba 'sihat', kurang gula, kurang minyak, kurang garam dan serba kekurangan. Tetapi, bila dah duduk sehari di wad pun ana tak senang hati, menggelisah teringat rumah. Bukan rindukan tilam empuk dan bantal busuk tetapi sangat sukar untuk menjaga aurat.

Tiba-tiba kenangan-kenangan ini menjengah dalam minda kerana hari ini mendapat layanan superb dari hospital, subhanallah.

Siap urusan ana di hospital, ummi ajak makan di kafeteria hospital. Memandangkan ana sudah membawa bekal dari rumah, ana sekadar minum segelas air sambil melayani ummi dan abi. Ya, detik-detik yang ana mahu manfaatkan sepuas-puasnya. Akhirnya dalam kereta sekejap dibuka purdah, sekejap dipakaikan semula. Bila rasa air mata macam nak menitis, ana menarik purdah menutupi muka... Memandangkan jalanraya yang dipilih adalah hutan belantara, maka main tarik-tarik purdah adalah perkara biasa. Di dalam kereta, selesa membuka purdah sebab abi suka nak tengok muka ana semasa bersembang Smile

Hari ini, wasiat demi wasiat abi buat ana sebak pula...

"Orang sayanggggggg abi..."

Semasa di kafeteria, ummi menyambung kisah seorang teman ummi yang ditimpa musibah. Ana yang selalu mendengar lontaran perasaan ummi dan setia mendengar luahan hati abi sudah lali dengan masalah demi masalah manusia lain, ada 'ibrah yang dikutip. Cuma hari ini, setelah lama mengikuti cerita-cerita ummi, terpacul satu soalan secara tidak sengaja.

"Cuba ummi tanya kawan ummi tuh, dia ada tak buat sesuatu yang menyinggung hati ibunya?"

Abi berhenti makan, terus pandang muka ana.

"Ada. Dia pernah cerita yang isterinya dot dot dot, bla bla bla..."

Allah... Lantas ana teringatkan seorang hamba Allah, beliau selalu meminta pendapat dari ana (si kecil yang jahil ini) kerana selalu bermasalah komunikasi dengan isteri. Ana hanya memberi pendapat, tidak lebih dari itu. Kemudian, entah macammana boleh terpacul soalan keramat.

"Uncle pernah buat sesuatu yang menyinggung hati ibu uncle tak? Kadang-kadang sebab hati seorang ibu terguris, hidup seorang anak lebih-lebih lagi anak lelaki yang melebihkan isteri secara tidak sengaja akan terumbang ambing, hidupnya tidak putus-putus musibah sehinggalah kemaafan dari ibu diperolehi."

Ana terkenangkan kisah Juraij. Sejak soalan itu di tanya, hamba Allah tersebut terus senyap dari ana. Kecil hati agaknya... Entahlah. Cuma itu yang terdetik di hati ana. Lama kemudian, baru beliau kembali hubungi ana.

"Sejak Insyirah tanya soalan tentang ibu uncle, entah... Uncle rasa malu sangat-sangat dengan Insyirah. Uncle muhasabah semula, kemudian uncle balik kampung sendirian selama seminggu. Uncle bercakap dengan ibu uncle sampailah akhirnya ibu uncle mengaku yang ibu kecil hati dengan perangai isteri uncle. Susah Insyirah, isteri uncle ni... Silap uncle, uncle terlupa melihat 'agamanya' kerana waktu itu yang uncle pandang adalah bersifat dunia."

Ana seorang perempuan.
Ana seorang anak perempuan.

Ana sangat rapat dengan ummi dan abi. Entahlah... Berat menulis semua ini.

"Insyirah, apa ciri-ciri lelaki idaman enti?"

Soalan ni selalu buat ana tergelak, kalau disyarahkan mahu lebih panjang dari Sungai Nil syarahan, impian, idaman dan khayalan ana. Semua itu hanya fantasi bagi ana, mungkin kalian tidak setuju. Terpulang.

"Enti nak satu satu perkara. Ana teramat rapat dengan ummi dan abi, terlalu rapat! Kalau Allah jodohkan ana dengan seorang lelaki di dunia ni pun, biarlah dia seorang yang dapat menyenangi hati ummi dan abi. Sehebat mana pun dia, sebanyak mana sekalipun phd yang dia perolehi ana tak pandang pun. Seharum mana sekalipun namanya di mulut manusia, kalau dia tidak mampu menyenangi ummi dan abi... Maka, di mata ana tetap nothing. Bila ana berkahwin, ana tidak mahu ummi dan abi merasa kehilangan anak perempuan mereka. Ana sesekali tidak mahu ummi dan abi rasa ana dirampas dari mereka."

Sekali lagi, air mata gugur. Berat... Berat menulis semua ini.

"Biarlah lelaki tu menyenangi hati ummi dan abi... Ana mahu ummi dan abi rasa mereka dapat seorang lagi anak lelaki yang bakal menyerikan lagi taman hati mereka. Ana juga mahu begitu, ana tidak mahu ibubapa lelaki tersebut merasakan ana merampas anak lelaki mereka. Ana tidak dibesarkan begitu... Ana tidak dilahirkan atas tujuan itu. Biarlah ibubapa lelaki pilihan Allah tersebut merasakan mereka mendapat seorang lagi anak perempuan. Memang benar, apabila seorang perempuan berkahwin, dia seolah-olah menjadi 'tawanan' pada suaminya. Sekiranya ada makhluk yang Allah arahkan untuk disembah, maka suami adalah makhluk tersebut."

Allah... Beratnya nak menulis semua ini.

"Enti... Bila kita sayangkan seseorang, bila kita kasihkan seseorang maka kita tidak seharusnya mencampakkan dirinya ke dalam neraka. Kalau kita tidak mampu membawa dia ke syurga sekalipun, usahlah menjadi penyebab dia ke neraka Allah... Kerana, cinta itu bukan untuk dibakar dengan api neraka tetapi perlu disuburkan dengan haruman kasturi syurga."

Beratnya... Beratnya ya Allah.

"Enti... Siapa saja lelaki pilihan Allah tersebut, ana tidak sesekali akan buat-buat lupa untuk tanya 'Ummi benar-benar redhakah kalau dia pilihan tersebut?' kerana... sedikit saja calar yang terpalit pada hati seorang ibu, natijahnya pada kehidupan di hadapan."

Dewasa ini, anak-anak melupakan ibu dan bapa. Bila ada sahabat yang mengadu itu dan ini mengenai ibubapa mereka, ana hanya mampu katakan satu saja.

"Kumpullah saham akhirat banyak-banyak. Mungkin di dunia kita tak ada apa-apa, kita mati juga akhirnya dan harta dunia ditinggalkan tetapi sekiranya saham akhirat dihimpun dari awal insya Allah kita akan turut membawa harta tersebut hingga ke 'sana'. Enti nak tahu kenapa ana boleh selamba badak tak belajar dan bekerja? Satu saja sebabnya, UMMI... Orang nak cakap apa sekalipun ana tak peduli asalkan ana jaga hati ummi. Walaupun setiap hari bergaduh dengan ummi hingga abi pening kepala dengan kerenah kami berdua tapi ana bahagia... Rasulullah berpesan, wasiatnya adalah pertama solat awal waktu, kedua berbakti kepada ibubapa, ketiga jihad fisabilillah. Mudahkan nak ke syurga?"

Tersenyum penuh makna.

Bila ada orang mengadu dan meminta pendapat dari permasalahan mereka. Satu saja soalan ana.

"Kamu ada buat sesuatu yang menyinggung hati ibu kamu?"

"Kamu buat sesuatu yang ibu kamu tak suka?"

Kerana, kalau kamu sewenang-wenangnya melukakan hati ibu kamu. Mungkin mereka tidak mendoakan kecelakaan kamu tapi murka Allah akan membuatkan hidup kalian susah! Seorang ibu bisa membuatkan hidup kamu susah! Tidak percaya? Terpulang.

Cuma ana mahu kongsikan apa yang pernah seorang sahabat katakan pada ana.

"Sepanjang pengamatan ana, seorang ibu hanya boleh cakap 'TIDAK atau JANGAN' tanpa tahu kenapa tetapi sebenarnya itu naluri ibu, datang dari Allah."

Subhanallah.

Mana mungkin lahir bayang-bayang yang lurus elok jika datangnya dari kayu yang bengkok. Kiranya mahu mencetak anak-anak soleh solehah, silalah berusaha keras menjadi si soleh dan si solehah... Kerana hati ibu yang berkuntum mekar akan selalu membuat hidupmu dirahmati dan diberkati, insya Allah!

Permisi dahulu. Assalamu'alaikum.

Insyirah Soleha
30 Mac 2010
9.55 pm

Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum