Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

.GANGGUAN SYAITAN KETIKA SAKARATUL MAUT

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 .GANGGUAN SYAITAN KETIKA SAKARATUL MAUT on Fri Feb 29, 2008 6:36 pm

haziman


Ahli Senior
Ahli Senior
AKUTNYA...GANGGUAN SYAITAN KETIKA SAKARATUL MAUT

*Gangguan syaitan ketika menghadapi sakaratul maut...~*

*Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan
memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir
hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika
sakaratul maut. Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun
menjadi 7 golongan dan rombongan.
Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan:

Yang bermaksud: "Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan
Syaitan di waktu maut."

Rombongan 1

Akan datang Syaitan dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan
aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman
yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di
masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka
diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus
dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah
s.w.t. inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2

Akan datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan
diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan
Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu
memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat
sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya,
maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa
kepada Allah s.w.t., matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah
tempatnya.

Rombongan 3

Akan datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul
maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada
orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada
burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba
untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).

Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung
yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada
binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka
matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t..
Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4

Akan datang Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh
orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang
yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan
sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun
datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah
tempatnya

Rombongan 5

Akan datang Syaitan merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak
mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan
orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan
makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan
minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan,
berkata dengan rayu-merayu "Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan
yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami
dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan
marilah bersama kami masuk ke dalam syurga."

Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika
itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal
ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6

Akan datanglah Syaitan merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa
banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lamalah sudah kami
menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang
sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama
dengan ubat untukmu." Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit
itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Syaitan yang
menyerupai ulamak dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk
memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana
hakikat Allah?"

Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu."

Berkata ulamak Syaitan: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang
tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat
syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu,
kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah s.w.t. hendaklah kamu patuh kepada
kami."

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke
kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan
syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau
orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam
sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu:

"Bagaimanakah Zat Allah?" Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena .

Lalu berkata ulamak palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan
dibuka kepadamu. "

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu,
maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang
sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata Syaitan: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah."

Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda
yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda
besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya,
mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai
makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi
sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang
yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini."

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut
nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal
di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia
ini.

Rombongan 7

Rombongan Syaitan yang ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab
menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa
umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang
benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

Ketahuilah bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan
72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut.
Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia
akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan
Syaitan dan Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang
sedang dalam sakaratul maut.

Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: "Ajarkan oleh kamu (orang
yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah."*
------------------------------

View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum