Komuniti Al-Insyirah

islamic finance, banking, career, peace.

Ruang Download Section dah dibuka, sila gunakan sebaiknya

You are not connected. Please login or register

KEMUSYKILAN REMAJA

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 KEMUSYKILAN REMAJA on Thu Feb 28, 2008 4:02 pm

aisha-humaira


Ahli Baru
Ahli Baru
Kemusykilan 1

Soalan
Simpan gambar teman lelaki atau teman wanita di dalam dompet sebagai ingatan. Boleh ke tak?

Jawapan
Apakah dengan menyimpan gambar itu anda akan menjadi seorang yang lebih beriman?Lebih sihat dan bebas daripada penyakit?Atau menjadi seorang yang cerdik ,pandai atau bijaksana?Atau menjadi lebih kaya dan bertambah-tambah rezeki?Atau disimpan sebagai azimat yang dapat mengelakkan anda dari bahaya?Sudah tentu jawapannya "tidak".

Maka,atas dasar apakah disimpan gambar itu?Semata-mata untuk kenangan dan melepaskan rindu.Semakin ditatap semakin rindu.Semakin khayal dan jauh dilayarkan ke alam angan-angan.Jika hubungan terputus,gambar itu akan dibuang,dibakar,dikoyak,dihina dan kadang-kadang digunakan untuk tujuan jahat.

Demi untuk mengelakkan perkara-perkara ini,elakkan dari menyimpan gambar lelaki atau wanita dan elakkan gambar anda disimpan oleh orang lain.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Antara keelokan Islam seseorang muslim ialah meninggalkan perkara-perkara yang tidak layak dengan dirinya." (Al-Bukhari dan Muslim)


Dipetik dari buku Kemusykilan Remaja dan dijawab oleh Ustaz Maszlee Malik (Pensyarah UIAM)
ايش حميرا



Last edited by aisha-humaira on Thu Feb 28, 2008 4:09 pm; edited 1 time in total

2 Re: KEMUSYKILAN REMAJA on Thu Feb 28, 2008 4:09 pm

aisha-humaira


Ahli Baru
Ahli Baru
Kemusykilan 2

Soalan
Apakah hukumnya bercuti bersama teman lelaki yang bukan mahram walaupun tidak tinggal sebilik?

Jawapan
Tindakan seumpama ini hanya akan membuka ruang untuk berzina.Memang pada awalnya tidak duduk sebilik,namun syaitan yang menjadi rakan ketiga sentiasa mendorong pasangan itu untuk berkongsi bilik.Kemudian sekatil dan akhirnya terjerumus ke lembah zina.Ketika itu yang paling gembira ialah syaitan.

Akibatnya,wanitalah yang akan menanggung malu.Atas dasar inilah,Allah s.w.t melarang mendekati zina seperti dalam firmannya, "Dan janganlah kamu mendekati zina." (surah al-Israa : 32)

Demi mengelakkan seseorang wanita itu terjebak dengan zina,maka janganlah pergi bercuti dengan teman yang bukan mahram.


Dipetik dari buku Kemusykilan Remaja dan dijawab oleh Ustaz Maszlee Malik (Pensyarah UIAM)
ايش حميرا

3 Re: KEMUSYKILAN REMAJA on Sun Sep 13, 2009 11:34 pm

islamicboy


Ahli Senior
Ahli Senior
saya sokong dengan kenyataan diatas tu....pada zaman sekarang ni kita lihat suasana keluar ber'dating' antara pakwe makwe semakin meningkat dari semasa ke semasa...

ada sesetengah pakwe makme tu sanggup sewa bilik hotel untuk merancakkan lagi perjalanan pertemuan mereka...walaupon bilik yang disewa 2...tapi ia boleh mengundangkan hal2 yang tak sepatutnya...

macam mana pendapat sahabat yang lain...

http://azizul.proboards91.com/

4 Re: KEMUSYKILAN REMAJA on Mon Sep 14, 2009 12:13 am

dheadz


Admin
Admin
Pendapat saya, remaja sekarang perlu disibukkan dengan aktiviti2 keagamaan seperti kusus perkasa diri yang pernah saya hadiri suatu ketika dulu. Dalam aktiviti seperti ini, remaja dapat dipekenalkan dengan perkara-perkara yang menginsafkan diri seperti melalui pengalaman masuk ke lubang kubur. Sedikit sebanyak dari pengalaman ini, hati akan terasa insaf, untuk berubah kepada yang lebih baik.

Kalau kolej, universiti, atau institusi pembelajaran dapat adakah kursus2 sebegini kepada semua anak didik mereka, insyaallah sedikit sebanyak masalah remaja dapat dibendung.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

5 Re: KEMUSYKILAN REMAJA on Mon Sep 14, 2009 8:07 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
aisha-humaira wrote:Kemusykilan 1

Soalan
Simpan gambar teman lelaki atau teman wanita di dalam dompet sebagai ingatan. Boleh ke tak?

Jawapan
Apakah dengan menyimpan gambar itu anda akan menjadi seorang yang lebih beriman?Lebih sihat dan bebas daripada penyakit?Atau menjadi seorang yang cerdik ,pandai atau bijaksana?Atau menjadi lebih kaya dan bertambah-tambah rezeki?Atau disimpan sebagai azimat yang dapat mengelakkan anda dari bahaya?Sudah tentu jawapannya "tidak".

Maka,atas dasar apakah disimpan gambar itu?Semata-mata untuk kenangan dan melepaskan rindu.Semakin ditatap semakin rindu.Semakin khayal dan jauh dilayarkan ke alam angan-angan.Jika hubungan terputus,gambar itu akan dibuang,dibakar,dikoyak,dihina dan kadang-kadang digunakan untuk tujuan jahat.

Demi untuk mengelakkan perkara-perkara ini,elakkan dari menyimpan gambar lelaki atau wanita dan elakkan gambar anda disimpan oleh orang lain.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Antara keelokan Islam seseorang muslim ialah meninggalkan perkara-perkara yang tidak layak dengan dirinya." (Al-Bukhari dan Muslim)


Dipetik dari buku Kemusykilan Remaja dan dijawab oleh Ustaz Maszlee Malik (Pensyarah UIAM)
ايش حميرا
Assalamualaikum...
Ye ke untuk mengenang.. kalau simpan dalam dompet.. bukan dekat... dan lekat kat hati.. lagi pun.. untuk kaum adam.. dompet lak letak kat poket seluar belakang.. maknanya dibuat alas punggung.. tempat duduk le... Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy



Last edited by umaruddin on Tue Sep 15, 2009 1:53 pm; edited 1 time in total

http://www.umaruddin.blogspot.com

6 Re: KEMUSYKILAN REMAJA on Mon Sep 14, 2009 10:02 pm

izyan insyirah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
tak ada keperluan.....tkde keje lain la tu...hehehe...baik simpan kad bisnes...

http://izyaninsyirah.blogspot.com

7 Re: KEMUSYKILAN REMAJA on Tue Sep 15, 2009 5:28 pm

indah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
Kalau simpan gambar suami... ? Smile
Hehe.. pengubat dikala rindu.. Smile

http://www.shindah.blogspot.com

8 Re: KEMUSYKILAN REMAJA on Tue Sep 15, 2009 10:00 pm

insyirah


Moderator
Moderator
Kak Indah,

Alala... letak gambar zauj dalam henpon jerk la... Wink
Jadikan wallpaper, setiap kali tengok henpon je nampak Very Happy
Pastu pulak bila call je keluar gambar zauj... hehehe Smile
Sweet jer kan... Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

9 Re: KEMUSYKILAN REMAJA on Thu Sep 17, 2009 11:27 am

muzafar


Ahli Aktif
Ahli Aktif
gmbr kwn2 ayahanda...soma dlm tepon
sape2 call...kuar gmbr die dgn no tepon sekali..
What a Face What a Face

10 Re: KEMUSYKILAN REMAJA on Thu Sep 17, 2009 1:43 pm

izyan insyirah


Ahli Aktif
Ahli Aktif
muzafar wrote:gmbr kwn2 ayahanda...soma dlm tepon
sape2 call...kuar gmbr die dgn no tepon sekali..
What a Face What a Face

sy pun ada gak ke?hehe
sy kan kwn bro jugak

http://izyaninsyirah.blogspot.com

11 Re: KEMUSYKILAN REMAJA on Thu Sep 17, 2009 2:26 pm

muzafar


Ahli Aktif
Ahli Aktif
alamakkk..
gmbr kwn lelaki jer la yan..
kalo simpan gmbr kwn pompuan sekali kang...takut kene karate jer..
Laughing Laughing

12 Re: KEMUSYKILAN REMAJA on Thu Sep 17, 2009 6:22 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum...
Tuan muzafar.. no saya tuah dah ada.. gambo belum ada saya rasa... cuba tengok dalam galeri... rasa2nya ada 2 3 foto saya kat situ

http://www.umaruddin.blogspot.com

13 Re: KEMUSYKILAN REMAJA on Fri Sep 18, 2009 12:36 am

normyislam


Ahli Senior
Ahli Senior
elakkan gambar anda disimpan oleh orang lain.

em, pernah hadapi masalah ni.. ada hamba Allah tu berusaha dapatkan gambar saya.. dah tak tahu nak buat macam mana dah waktu tu, curi2 ambil gambar la ect~ dan last sekali, saya yang tak cukup kesabaran ni marah la dengan marah yang saya kira 'tak main2'.. huu...(Alhamdulillah dia minta maaf) Dan lama2 kemudian,dah lama tak jumpa, bila ada waktu berbual dengan dia, dia buat pengakuan pula katanya ada menyimpan gambar saya tanpa pengetahuan saya.. Jadi, dia beri tahu sebab tak mahu rasa bersalah. Saya pula dah tak mahu lagi susahkan diri fikir pasal perkara ni, jadi saya biar dia sendiri yang nilai adakah perlunya gambar saya itu disimpan dan mudarat yang mungkin berlaku. Biar dia saja yang decide nak teros simpan ke tak.. saya taknak ambil kisah dah pun. Em, wajar ke macam ni? (??)

http://normyislam.blogspot.com

14 Re: KEMUSYKILAN REMAJA on Fri Sep 18, 2009 4:18 am

dheadz


Admin
Admin
Walaupun Normy tak ambil kisah, tapi tak tahu apa yang mungkin berlaku pada gambar dalam simpanan hamba Allah tu nanti. Minta2, doakanlah takdelah dia terniat nak buat perkara negatif.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink

15 Re: KEMUSYKILAN REMAJA on Fri Sep 18, 2009 6:19 am

aysarahanan


Moderator
Moderator
indah wrote:Kalau simpan gambar suami... ? Smile
Hehe.. pengubat dikala rindu.. Smile

boleh je k.indah,tapi nanti kene tukarlah dompet besa sket..
bubuh gamba baby lak..hihi
Razz


_________________
"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

16 Re: KEMUSYKILAN REMAJA on Fri Sep 18, 2009 7:38 am

insyirah


Moderator
Moderator
Assalamu'alaikum whb adik Nor Smile

Memang sebagai hamba Allah, kita tak mampu nak menghalang orang lain dari buat apa yang mereka mahu. Smile Tetapi sebagai hamba Allah, kita juga punya haq untuk tidak membenarkan ajnabi menyimpan gambar kita. Boleh mengundang pelbagai masalah, antaranya perbuatan hati seperti menggunakan makhluk halus bagi menawan hati kita. Ini yang paling bahaya. Selain itu atas sebab apa untuk simpan gambar, lebih-lebih lagi kalau yang menyimpan gambar ialah seorang lelaki. Mengundang penyakit hati, zina mata, zina hati... Uish banyak tuh dik. Rolling Eyes


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

17 Re: KEMUSYKILAN REMAJA on Fri Sep 18, 2009 9:13 am

normyislam


Ahli Senior
Ahli Senior
terima kasih saudara dheadz dan kak insyirah..
a'ah.. sejak awl memang saya berkeras menolak ambil gambar sebab risau perkara2 macam nilah.. sebab berdasarkan pemerhatian saya pada sikap hamba Allah ni, dia mungkin bersikap keterlaluan kadangkalanya.. Harap2 tiadalah niat yang tidak baik bermain dalam kepalanya..

http://normyislam.blogspot.com

18 Re: KEMUSYKILAN REMAJA on Sun Jun 13, 2010 8:35 pm

syafinur


Ahli Aktif
Ahli Aktif
salam....nampaknya ader gak org tawau disini ya...mmg pelbagai fesyen yg kita leh tgk di bandar tawau...style rambutnya, style pakaiannya...

19 Re: KEMUSYKILAN REMAJA on Wed Jun 30, 2010 7:26 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum...
Remaja sukakan kelainan ataupun satu ekspresi 'escapism'.. kenyataan naluri mereka untuk keluar dari kepompong. Kadang kala disebabkan tiada platform untuk mereka untuk meningkat diri dalam status sosio-ekonomi.. salah satu cara mereka mendapatkan esteem.. pertingkatkan maruah diri ialah cara pemberontakan melalui cara pemakaian yg agak berlainan dari norma-norma sosio-budaya setempat. InsyaAllah.. kalau mereka diberi peluang tingkatkan ilmu.. peluang tambah pendapatan melalui perniagaan.. rasa2nya gejala ini agak kurang berlaku..
Maaf.. entah kenapa hari ini agak akademia sedikit..


_________________
http://www.umaruddin.blogspot.com

20 Re: KEMUSYKILAN REMAJA on Thu Jul 01, 2010 3:56 pm

luklukbaidoa


Ahli Baru
Ahli Baru
Salam elaik
baru-baru ni pn ade org yg suh sy delete gmbr kwn sy kat satu laman web ni.
sy pon minx la kpstian dr empunya bdn..
kwn sy ni kate skrg wpun da moden, tp masih ag org yg gune taktik kotor utk dptkn wanita (Nauzubillah min zalik)
Caranya dgn gmbr wanita tersebut la...
die buat sihir...
so, the moral of the story :
SANGAT BAHAYA jika gmbr anda berada di dalam simpanan org lain

http://www.luklukbaidoa.blogspot.com

21 Re: KEMUSYKILAN REMAJA on Sat Jul 03, 2010 5:06 pm

aysarahanan


Moderator
Moderator
seeloknya jika muslimah,tak perlulah sewenangnya beri gambar pada lelaki ajnabi,tidak tahu asal usul tujuan.
tetapi jika tujuannya elok,seperti untuk meminang,itu sangat di galakkan,dengan syarat berpada-pada,tidak menunjukkan lebih pada zahirnya.
mengambil langkah berjaga-jaga itu lebih baik


_________________
"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

22 Re: KEMUSYKILAN REMAJA on Sat Jul 03, 2010 6:39 pm

azizul


Admin
Admin
Yup2... xyah la nunjuk sgt muke t... ekspresikan dirimu dgn cara yg lebih bijaksana...


_________________
http://al-insyirah.forummotion.com

23 Re: KEMUSYKILAN REMAJA on Sat Sep 04, 2010 6:55 am

Shahrul Na'im


Ahli Baru
Ahli Baru
jadi apakah hukum asalnya untuk mengambil gambar? adakah islam membenarkannya? jikalau terdapat banyak masalah yang boleh timbul hanya daripada gambar sahaja,apakah hukumnya bergambar? bukankah kita tidak boleh melakar atau melukis sesuatu yang bermata? jadi ini termasuk lah gambar kita sendiri,betul tak? sebab saya pernah menetap di afrika selatan, dan penduduk islam di sana mengatakan bahawa melakar dan melukis sesuatu bermata adalah haram. jadi bagaimana tu?

24 Re: KEMUSYKILAN REMAJA on Mon Sep 06, 2010 1:34 pm

umaruddin


Moderator
Moderator
Assalamualaikum...
Setahu saya harus.. tiada pula yg menyatakan secara jelas ianya makruh mahupun haram.
Yg jelas.. ialah niat pelukis atau pemilik gambar.. kalau untuk riak.. angkuh.. maka itu tidak elok.. seboleh2nya dielakkan..
kalau untuk pembelajaran.. tiada masalah..
Wallahualam bil sawab


_________________
http://www.umaruddin.blogspot.com

25 Re: KEMUSYKILAN REMAJA Today at 5:51 pm

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum