• Post new topic
  • Reply to topic

Warung Kopi @ al-Insyirah

Share

insyirah
Moderator
Moderator

Female Number of posts: 631
Age: 19
Location: ~ Ardhullah ~
Registration date: 2008-01-15

Warung Kopi @ al-Insyirah

Post by insyirah on Tue Feb 17, 2009 11:13 am

First topic message reminder :

Assalamu'alaikum whb.

Nampaknya al-Insyirah sangatttt sepi... Sad

Saja buka topic baru, ana telah berazam untuk menghabiskan buku Putera Lembah Bakkah yang telah dibeli pada bulan Ogos 2008 dan sehingga kini belum berjaya dihabiskan. Maka, ana berazam selagi buku itu tidak habis, maka ana tidak akan mengupdate [blog] dan rindu pula rasanya nak menulis. Maka, jangan marah ye warga al-Insyirah, ana melepaskan kemaruk di sesawang ini. Embarassed

Warung Kopi @ al-Insyirah insya Allah, sekadar berkongsi cerita disekeliling. Let us sharing. Sharing is caring, rite? Cool

Sekadar berkongsi pengalaman dari jendela hospital. Smile

Pada awal tahun 2009, diary 2009 yang pertama sekali dalam hidup ana ialah program memasukkan diri ke hospital. Laughing Sound good ya? Razz Dari Desember 2008 lagi kesihatan mengganggu dan terus mengganggu rutin kehidupan. Alhamdulillah, moga dengan itu menjadikan ana hamba Allah yang selalu bersyukur atas kurniaan kesihatan dan nikmat-nikmat Nya. Hati menjadi sebak, gemuruh dan sangat hiba apabila membaca peringatan dari Tuhan, "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?" Berulang kali Allah 'bertanya' kepada manusia dalam surah Ar-Rahman, hati menjadi-jadi rindu untuk sujud di depan Kaabah Mu.

Kala hati menjadi gundah-gulana apabila doktor mengatakan bahawa badan yang sangat dhaif ini barangkali akan mengalami kelumpuhan. Subhanallah, berat sungguh rasanya ujian yang bertamu. Tapi, masih yakin Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang. Masakan Allah mentaqdirkan sesuatu yang sia-sia. Dialah yang Maha tahu apa yang terbaik buat kita semua. Wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin. Kita merancang, Allah juga merancang dan Allah lah sebaik-baik Perancang. Subhanallah, cantik sungguh aturan Ilahi buat ana. Very Happy

Kesakitan pada tulang belakang dan menjalar ke seluruh kaki kiri membuatkan ana benar-benar 'lumpuh'. Subhanallah. Hanya Allah menarik satu nikmat, terasa seakan lupa pada nikmat-nikmat yang lain. Astaghfirullah hal azhim. Teruknya penyakit hati ni. Rolling Eyes Kiri dan kanan pesakit merintih dan meraung-raung, ana hanya mampu membekukan diri. Bila sakit, ana lebih suka diam. Diam dan berfikir. Diam dan berzikir. Ya Allah, bila sakit baru ingat Tuhan. "Dan di antara manakah antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang hendak kamu dustakan?"

Pelbagai diagnosis doktor, sama ada ana mengalami:
Retak pada tulang belakang
Kanser tulang

Dan macam-macam yang menakutkan. Ana cuba menggarapkan kembali antara emosi dan akal. Kita semua milik Allah, apa yang ada pada kita adalah milik Nya hatta nyawa kita sendiri adalah milik Allah. Dia hanya memberi kita pinjaman. Apakah kita marah apabila Pemilik barang pinjaman meminta semula apa yang Dia pinjamkan? Apakah kita lupa diri, apakah kita terlupa akan janji kita untuk memulangkan semula apa yang kita pinjamkan?

Dilema dan terasa bukan hanya fizikal yang diuji, malah kesabaran, keyakinan dan keteguhan hati serta IMAN sedang hebat diuji Allah. Embarassed Tiadalah dayaku selain pertolongan dari Mu. Ana cuba membina semula keyakinan, kesabaran dan keimanan yang seakan diterjah ombak yang lebih hebat dari tsunami. Bayangkan, selama ni kita masih berjalan-jalan, buat itu dan ini... Dengan sekelip mata, kita kena terima yang semua itu dah pun 'dipulangkan' kembali pada Tuan pemilik barang itu. Allahuakbar... Susah, tapi itulah tarbiyyah 'direct' yang sedang Allah lakukan pada seorang insan bernama Insyirah. Smile Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah. Wink Alhamdulillah.

Kesimpulannya:

Dalam apa jua situasi sekalipun, tenang-tenangkan hati... lol!

ala bizikrillahi tatma'inal qulub. Laughing

Well, harini... Ana perlu meneruskan pembacaan Putera Lembah Bakkah, semoga Allah memberi kelapangan waktu (yang sememangnya lapang) dan menggerakkan minda untuk mengutip mau'izzoh yang dipamerkan. Insya Allah. Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.


dheadz
Admin
Admin

Male Number of posts: 845
Age: 31
Location: Shah Alam
Registration date: 2008-01-04

Re: Warung Kopi @ al-Insyirah

Post by dheadz on Wed Nov 04, 2009 9:29 pm

Bau, apsal saya tak bau apa2 pun nih. Nak kata selsema, tidak juga.... isk. Very Happy


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink


indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Female Number of posts: 299
Age: 25
Location: Perak
Registration date: 2008-01-12

Re: Warung Kopi @ al-Insyirah

Post by indah on Thu Nov 05, 2009 9:21 am

Hehe... ha a.. sambal sotong sedap... nyum nyum.... buat pedas2 manis sket...


_________________
HiDuP TidaK SelaLunyA IndaH

insyirah
Moderator
Moderator

Female Number of posts: 631
Age: 19
Location: ~ Ardhullah ~
Registration date: 2008-01-15

Re: Warung Kopi @ al-Insyirah

Post by insyirah on Thu Nov 05, 2009 10:10 am

Assalamu'alaikum... Razz

Wah ada nasi lemak, sambal sotong lagi Smile

Baru je semalam Syirah masak sambal sotong Very Happy

Jemput la, harini special menu untuk santai-santai...

Wedges ala Insyirah Smile



Dulu menjadi kegilaan, hampir setiap hari buat tapi lama kelamaan macam addict, lagipun ianya menggemukkan dengan adanya kentang dan juga mayonis. Hehehe, sekarang dah kurang. Kalau teringin pun sekali sekala jer Very Happy


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

insyirah
Moderator
Moderator

Female Number of posts: 631
Age: 19
Location: ~ Ardhullah ~
Registration date: 2008-01-15

Re: Warung Kopi @ al-Insyirah

Post by insyirah on Thu Nov 05, 2009 10:18 am

indah wrote:Wah.. boleh la ajar akak masak choc moist cake.. tapi... die kene bakar x?... akak xde oven.. kalau kukus je boleh la... Sad

kalau ade resepi leh buat muffin gune kukus... memang akak akn cuba... erm... sedapnyer muffin coklat... tabur choc rice atas die.. nyum nyum...

tapi.. nasi lemak daun pisang memang lagi menarik perhatian.. semalama akak buat nasi lemak.. tapi terlebih santan.. so nasi die lembik sedikit.. uhuhu:(

Sedih.. tapi makan je... Sad


Syirah tak pandai kalau kek kukus, tapi makcik syirah memang ada buat jual (kecil-kecilan bila ada permintaan) kek kukus coklat. Murah jer, rasanya 1 biji dalam RM15. Kek pula besar... Hihi. Kalau nak, nanti syirah cuba tanya resepi dari makcik. Very Happy

Muffin syirah guna oven kak. Tak pernah pula guna kukus, hehehe. Tapi tak tahu la kalau boleh kukus, tak pasti jadi atau tak. Dari pengalaman syirah yang sejengkal ni, kalau nak buat kek atau seumpamanya (muffin dll) paling penting masa mengadun tepung kene sampai betul-betul kembang. Kalau tak mixed dengan kembang, nanti masa masak dia tak cantik.. Macam terbantut jer. (sebab pernah jadi, hehe masa memula duluk) Embarassed Kalau dah 1st adunan masuk oven, kan lebihannya masih di luar. Bila nak masuk dalam cup cake tuh syirah mixed sekali lagi guna tangan je dengan kadar laju dalam 2 minit supaya tepung tu kembang semula (yela dah lama, dia dah sejuk duk dalam bekas.)

Wallahua'lam.

Kalau nasi lemak, sukeeeee letak daun pandan. Laughing
Santan letak sikit je, bagi lemak-lemak manis je tak lemak sangat sebab salunya buat sambal 2 jenis. Ikan bilis dengan udang/sotong/kerang. Kalau berlemak sangat nanti tak leh nak telan atau cepat rasa muak. Hihihi... Dah macam kelas memasak la pulak. Laughing


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

umaruddin
Moderator
Moderator

Male Number of posts: 600
Age: 40
Location: Seremban
Registration date: 2008-01-03

Re: Warung Kopi @ al-Insyirah

Post by umaruddin on Thu Nov 05, 2009 11:26 am

Assalamualaikum...
Makan, makan juga.. tapi ingat ke kita pada saudara mara kita yg negara dia dalam bencana? jgn terlampau dek makan.. hati kita jadi keras.. akal kita jadi beku...


_________________

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Male Number of posts: 192
Age: 42
Location: PJ
Registration date: 2009-08-14

Re: Warung Kopi @ al-Insyirah

Post by muzafar on Thu Nov 05, 2009 7:17 pm

ayahanda kalo bab mkn...x leh resepi yg sama tiap2 hari..
kalo ari ni mkn nasi...esok kena carik mee hailam...
lusa plak carik rojak..
tulat carik pizza...
kemudian nasik blk...and pusing round-robin...
x leh sama dgn esok harinya...sbb ayahanda mudah jemu...
Smile Smile


_________________
Setiap yg baik itu dtg dr Allah SWT dan mana2 yg tdk baik itu pula dtg dr kelemahan kita sbg manusia.

umaruddin
Moderator
Moderator

Male Number of posts: 600
Age: 40
Location: Seremban
Registration date: 2008-01-03

Re: Warung Kopi @ al-Insyirah

Post by umaruddin on Sun Nov 08, 2009 1:24 pm

muzafar wrote:ayahanda kalo bab mkn...x leh resepi yg sama tiap2 hari..
kalo ari ni mkn nasi...esok kena carik mee hailam...
lusa plak carik rojak..
tulat carik pizza...
kemudian nasik blk...and pusing round-robin...
x leh sama dgn esok harinya...sbb ayahanda mudah jemu...
Smile Smile
Assalamualaikum...
Alhamdulillah... saya lain sikit... makan apa aje pun tak apa asalkan halal.. saya setiap hari benda sama pun tak kesah... Nasik sejuk kicap telur mata kerbau pun cukup Alhamdulillah.


_________________

munira alhashimi
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Female Number of posts: 121
Age: 47
Location: JB
Registration date: 2009-08-11

Re: Warung Kopi @ al-Insyirah

Post by munira alhashimi on Tue Nov 10, 2009 4:39 pm

umaruddin wrote:
muzafar wrote:ayahanda kalo bab mkn...x leh resepi yg sama tiap2 hari..
kalo ari ni mkn nasi...esok kena carik mee hailam...
lusa plak carik rojak..
tulat carik pizza...
kemudian nasik blk...and pusing round-robin...
x leh sama dgn esok harinya...sbb ayahanda mudah jemu...
Smile Smile
Assalamualaikum...
Alhamdulillah... saya lain sikit... makan apa aje pun tak apa asalkan halal.. saya setiap hari benda sama pun tak kesah... Nasik sejuk kicap telur mata kerbau pun cukup Alhamdulillah.


Alhamdulillah..Umar,
Ada persamaan dengan adik lelaki dan anak lelaki kak Munira.
Kalau lihat cara adik dan anak akak, ...dalam hati rasa terharu.
..tu akak ada masa rasa bersalah dgn diri sendiri, "Kesian nya anakku,
maafkan mak tak sempat nak masak yg sedap2"

Tetapi...lain sikit suami. Tu dia, ada masa dan ketika akak kena masak bersungguh2.
Tapi...bagus juga ..lama2 jadi pandai la masak. Sebelum ni(waktu muda2)
tak begitu baik mutu masakkannya. Embarassed

umaruddin
Moderator
Moderator

Male Number of posts: 600
Age: 40
Location: Seremban
Registration date: 2008-01-03

Re: Warung Kopi @ al-Insyirah

Post by umaruddin on Wed Nov 11, 2009 4:39 pm

Assalamualaikum...
Padanlah Akak dan saya agak mudah mesra.. ada persamaan dalam keluarga rupanya.. Maha Suci Allah...


_________________

aysarahanan
Moderator
Moderator

Number of posts: 344
Registration date: 2007-12-31

Re: Warung Kopi @ al-Insyirah

Post by aysarahanan on Wed Nov 11, 2009 8:23 pm

waa bestnyee semua orang cakap pasal makan...

aysa pulak kalo makan benda yang sama hari2 pon tak pe,janji kene ade pedas sikit2.manis-manis aysa tak suka..sejuk2 pon tak suka.. Evil or Very Mad

macam ayahanda cakap,telor dengan kicap..bez tu,pekena plak dengan nasi panas,tambah plak dengan sambal belacan,budu,cencalok,ada plak ulam2..memang selera..hehe.. Razz
kena pulak adek syirah comel yang gorengkan telor(pandai ke?)memang mantop hehehehe
pastu tambah dengan teh o panas....mai secawan.. Razz


_________________
"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

muzafar
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Male Number of posts: 192
Age: 42
Location: PJ
Registration date: 2009-08-14

Re: Warung Kopi @ al-Insyirah

Post by muzafar on Thu Nov 12, 2009 1:57 pm

tgk pd menu syirah...mmg mantop
dpd masakang westernggg smpi ke easternggg...
somanya mantop2....
hai bertuah la badangg sape yg dpt tukang masak sorg ni erk...
What a Face What a Face


_________________
Setiap yg baik itu dtg dr Allah SWT dan mana2 yg tdk baik itu pula dtg dr kelemahan kita sbg manusia.

umaruddin
Moderator
Moderator

Male Number of posts: 600
Age: 40
Location: Seremban
Registration date: 2008-01-03

Re: Warung Kopi @ al-Insyirah

Post by umaruddin on Thu Nov 12, 2009 4:32 pm

Assalamualaikum...
Saya ni sebenarnya pasal makan dulu2 kira kuat makan.. ramai tengok pun takut..
Dulu pernah sampai kena blacklisted tak leh masuk hotel makan buffet... sebab ada satu kali kes.. makan berempat.. tempat tu tak seorang.. cuma kami berempat aje.. tapi semua hidangan buffer.. habis kami makan.. saya sorang melayu.. lagi tiga perempuan cina...
Manager F&B masa tu siap offer duit untuk kami berhenti tapi jual mahal.. sudahnya.. kami berempat.. setiap kali pergi sana aje.. katanya tempat fully book..


_________________

insyirah
Moderator
Moderator

Female Number of posts: 631
Age: 19
Location: ~ Ardhullah ~
Registration date: 2008-01-15

Re: Warung Kopi @ al-Insyirah

Post by insyirah on Mon Nov 16, 2009 6:33 pm

Assalamu'alaikum whb Very Happy

Alhamdulillah, syirah baru sampai rumah. Duduk KL 5 hari, berjalan sakannnn! Razz


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

azizul
Admin
Admin

Male Number of posts: 194
Age: 21
Location: Kajang
Registration date: 2007-12-29

Re: Warung Kopi @ al-Insyirah

Post by azizul on Tue Nov 17, 2009 2:20 pm

Assalamualaikum, saya baru je habis exam... hurm,


_________________

insyirah
Moderator
Moderator

Female Number of posts: 631
Age: 19
Location: ~ Ardhullah ~
Registration date: 2008-01-15

Re: Warung Kopi @ al-Insyirah

Post by insyirah on Tue Nov 17, 2009 6:29 pm



Aku bersyukur menjadi temanmu
Banyak yang telahku pelajari erti kehidupan
Ukhwah yang sekian lama terjalin
Semurni embunan pagi

Perjalanan kita masih jauh
Rentasi segala ranjau serta onak berduri
Hanya ketabahan dan keimanan di hati
Mengatasi segalanya

Ku cuba memahami dirimu
Agar persahabatan kekal utuh bersatu
Ku sedar betapa cekalnya hatimu
Menghadapi ujian Allah Yang Satu

Akal budi sinar peribadi
Madah indahmu tidak akan daku lupakan
Kau sering mengingatkan diri ini
Tiada kemanisan hidup tanpa keimanan

Ya Allah oh Tuhan kami
Seiringkanlah perjalanan ini
Mengharungi hidup penuh pancaroba
Mencari kasih-Mu
Berkatilah persahabatan kami ini
Buat selamanya....
Oh Tuhanku.....


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.
  • Post new topic
  • Reply to topic

Current date/time is Mon Nov 23, 2009 9:20 am