Al-Insyirah
Ruang para remaja berkongsi ilmu dan pendapat, meluaskan jaringan persahabatan, dan tentu sekali menjadi lebih baik.
 
PortalCalendarHomeGalleryArcadeFAQSearchRegisterLog in
Top posters
dheadz
 
insyirah
 
umaruddin
 
traxx_racer
 
haziman
 
syafinur
 
aysarahanan
 
avar_counselor
 
Nell
 
Admin
 
Latest topics
» Ayat-Ayat Cinta
by insyirah Yesterday at 2:10 pm

» Teka-Teki
by aysarahanan Mon Aug 25, 2008 4:55 pm

» Mak, Susah Ke Nak Kawin?
by insyirah Thu Aug 21, 2008 3:04 pm

» Salam semua
by avar_counselor Wed Aug 20, 2008 11:06 am

» Syaaban: Ada Apakah Padanya?
by aysarahanan Tue Aug 12, 2008 4:47 pm

» Al-Quran Sebagai Pembela di Hari Akhirat
by syafinur Sat Aug 09, 2008 5:32 pm

» Malaysia: Tidak lagi aman tenteram seperti dulu.
by syafinur Fri Aug 08, 2008 9:03 pm

» Lets chat in English
by dheadz Sat Jul 12, 2008 1:18 pm

» Perlukah Mengambil Ubatan Beralkohol?
by umaruddin Thu Jul 10, 2008 4:49 pm

» Gaya .. cara belajar...
by umaruddin Thu Jul 10, 2008 4:32 pm

 

Ayat-Ayat Cinta

View previous topic View next topic Go down 
Goto page : 1, 2  Next
AuthorMessage
insyirah
Ahli Aktif
Ahli Aktif


Gender:Female
Age : 18
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 166
Location : ~ Madinah ~

PostSubject: Ayat-Ayat Cinta   Mon Mar 17, 2008 8:06 am

Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan, tetapi hanya Allah saja yang tahu rahsia di dalamnya, begitu jugalah dengan kehidupan manusia: riang ketawa tapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya. Andai kau rasa kecewa, lihatlah ke sungai, airnya masih mengalih biarpun berjuta batu menghalang. Andai kau rasa sedih, pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu. Andai kau gembira, sujudlah ke bumi tempatmu berpijak sebagai tanda syukurmu kepadaNya. (",)
_________________
Back to top Go down
insyirah
Ahli Aktif
Ahli Aktif


Gender:Female
Age : 18
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 166
Location : ~ Madinah ~

PostSubject: Re: Ayat-Ayat Cinta   Tue Mar 18, 2008 8:13 am

Dalam diari pejuang tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, bala yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk lebih hebat. Mereka tepu dengan masalah dan ujian, cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba berdepan dnegan belaian Pencipta, sebagai tanda ingatan Nya... (",)
_________________
Back to top Go down
insyirah
Ahli Aktif
Ahli Aktif


Gender:Female
Age : 18
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 166
Location : ~ Madinah ~

PostSubject: Re: Ayat-Ayat Cinta   Mon Mar 31, 2008 7:58 am

Manusia seringkali beralasan. Kekurangan ilmu, masa terbatas, masih mentah, segan bergaul dan lain-lain alasan yang menghalang dari berdakwah. Terlontarnya kalimah syahadah menandakan kewajipan berdakwah terbeban di atas pundak kita. Biarpun diri sendiri masih dibelenggu kekurangan, namun sedarlah, sekerdil mana pun kita, kita tetap pendakwah!!!

Hazrat Mu'az bin Jabal r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Penghuni syurga tidak akan menyesal (dan tidak akan berdukacita mengenai suatu apapun) kecuali masa di dunia yang telah berlalu tanpa zikrullah". [Hadith Riwayat Tobrani]

Kekurangan kita ialah banyak membaca al-Quran tanpa mengetahuai maknanya. Kelemahan kita ialah mengetahui maknanya tetapi tidak mengetahui tafsirannya. Kelemahan kita yang bertimpa-timpa ialah mengetahuai tafsirannya tetapi tidak mengetahui rahsianya. Kelemahan kita yang tertinggi ialah mengetahui rahsianya tetapi tidak mempercayainya. Kelemahan kita yang lebih tinggi ialah tidak mempercayainya lalu meninggalkannya.

"Selalu benar kau manjakan matamu... memandang keindahan, kelak kau mudah menjadi pelupa... Selalukan lah pujuk matamu memandang kedhaifan, kelak kau akan jadi pengingat..." (",)

perkara untuk menjadi orang mukmin yang beruntung dan dijanjikan Allah S.W.T syurga firdaus baginya...:
1. orang-orang yang khusyu' dlm solatnya
2. orang-orang yang menjauhi perbuatan yang tiada gunanya
3. orang-orang yang menunaikan zakatnya
4. orang-orang yang menjaga kemaluannya dari berzina,homosexual dan sebagainya
5. orang-orang yang menjaga amanah yang dipikulnya
6.orang-orang yang memelihara solatnya
Sumber: surah An-nur ayat: 1-11

_________________
Back to top Go down
avar_counselor
Ahli Senior
Ahli Senior


Gender:Female
Age : 23
Joined : 25 Jan 2008
Posts : 51
Location : Sarawak

PostSubject: Re: Ayat-Ayat Cinta   Fri Apr 04, 2008 1:22 pm

ayat-ayat cinta...

good...betapa agong nya CINTA itu..
Back to top Go down
insyirah
Ahli Aktif
Ahli Aktif


Gender:Female
Age : 18
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 166
Location : ~ Madinah ~

PostSubject: Re: Ayat-Ayat Cinta   Wed Apr 09, 2008 7:59 am

Lidah walaupun lembut tidak bertulang, peranannya hebat sekali, boleh membunuh dan boleh menghidupkan. Boleh mendamaikan dan boleh memporak-perandakan. Boleh menghina dan boleh memuliakan. Boleh mempesona dan boleh meliarkan. Boleh menghasut dan boleh memujuk. Maka gunakanlah lidah dengan sebaik-baiknya...

Bila kau bergelar DA'IE... Kau wajib sedar bahawa jiwa kau tak boleh lama menjadi remaja... Bak kata al-Banna..."Tanggungjawab melebihi masa yang ada" dan tarbiyah yang bersalutkan ILMU dan CABARANlah yang dapat menDEWASAkan kau.. Tapi, cukupkah jika sekadar menerima tarbiyah? Sampaikanlah pada yang lain.. Bangunlah wahai SYABAB.. Sedarlah wahai FATA.. Kita bukan memulakan perjuangan.. Tapi kita adalah mata-mata yang menyambung rantai perjuangan... Bangkitlah wahai sahabatku.. Semoga usaha kita diberkati Allah Yang Esa.. Ya Allah el-'Azeem, robbal'arsh el-Azheem.

_________________
Back to top Go down
insyirah
Ahli Aktif
Ahli Aktif


Gender:Female
Age : 18
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 166
Location : ~ Madinah ~

PostSubject: Re: Ayat-Ayat Cinta   Thu Apr 10, 2008 8:03 am

Kemuliaan akhlak adalah tanda keimanan seseorang kerana ia adalah hasil dari keimanannya. Adalah tidak dikira beriman seseorang yang tidak berakhlak. Berhubung dengan hal inilah Rasulullah s.a.w menyatakan: Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan. (Hadis riwayat Ad-Dailami).

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw bersabda: "besegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau (syak perawi hadis) seseorang yang masih beriman di waktu petang, kemudian pada esok harinya, dia sudah menjadi kafir. Ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia. (Hadis riwayat Muslim)

"Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia." (Imam Al-Ghazali)

_________________
Back to top Go down
insyirah
Ahli Aktif
Ahli Aktif


Gender:Female
Age : 18
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 166
Location : ~ Madinah ~

PostSubject: Re: Ayat-Ayat Cinta   Wed Apr 16, 2008 3:28 pm

Mutiara Kata Smile

Airmata rindu mengalir laju. Kembara musafir kerdil di bumi ini penuh ranjau dan aral. Seringkali aku lupa mengingatiMu dalam kesibukan aktiviti dan perancangan. Aku lupa mengamalkan sunnah dalam kehidupan seharian. Aku rindukan teman yang sering mengetuk hati ke arahMu. Aku rindukan akhlak peribadi mulia. Aku rindukan syurga yang penuh kenikmatan…Tuhanku, aku merindukan saat bertemu denganMu. Tuhanku jadikanlah akal fikiranku, tanganku, mataku, kakiku dan lintasan hatiku berada seiring dengan kehendakMu. Andai aku terleka ketuklah aku, bangunkanlah aku dari lena angan dunia yang panjang.

Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahui kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang akan gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tiada jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tiada sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan yang tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz). Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan DIA MENGETAHUI apa yang kamu kerjakan pada siang hari untuk sempurnakan umur(mu) yang telah ditentukan, kemudian KEPADA ALLAH-lah KAMU KEMBALI, lalu Dia memberitahu kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan. [6: 59-60]

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang….Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira… Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga... Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja...Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum...Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata..Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja...Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar. Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta...Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Ilmu agama akan beransur-ansur hilang : Daripada Abdullah bin Amr bin 'Ash r.a. berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : "Bahawasanya Allah s.w.t tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia.Tetapi Allah s.w.t menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama.Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama',org ramai akan memilih org2 jahil sbg pemimpin mereka.Maka apabila pemimpin yg jahil itu ditanya,mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan.Mereka sesat dan menyesatkan org lain." (HR Muslim)

DARIPADA Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda: "Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya: Imam yang adil, pemuda yang membesar dengan beribadat kepada Allah, insan yang hatinya terpaut dengan masjid, dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah, insan yang diajak (digoda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik lalu ia berkata: Sesungguhnya aku takutkan Allah, insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu berlinangan air matanya."


_________________
Back to top Go down
insyirah
Ahli Aktif
Ahli Aktif


Gender:Female
Age : 18
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 166
Location : ~ Madinah ~

PostSubject: Re: Ayat-Ayat Cinta   Fri May 16, 2008 4:09 pm

ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah.ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah. dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah"- IBNUL QAYYIM-
_________________
Back to top Go down
insyirah
Ahli Aktif
Ahli Aktif


Gender:Female
Age : 18
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 166
Location : ~ Madinah ~

PostSubject: Re: Ayat-Ayat Cinta   Sun May 25, 2008 5:44 pm

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa.. Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta.. Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya.. Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia.. Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya.. Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.. Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa.. Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga.. Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya.. Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana.. Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta.. Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
_________________
Back to top Go down
kamalzharif
Ahli Baru
Ahli Baru


Gender:Male
Age : 21
Joined : 15 May 2008
Posts : 1
Location : Johor Bahru

PostSubject: Re: Ayat-Ayat Cinta   Mon May 26, 2008 6:34 pm

lihat pada surah at-taubah ayat ke 24. Ayat yang menjelaskan betapa bahayanya melebihkan cinta harta benda, anak, isteri dan bermacam lagi makhluk daripada mengagungkan Allah.


Lihat juga pada surah ali-Imran ayat ke-13. Kembalilah kepada Allah jika mahu memahami erti cinta yang sebenar
Back to top Go down
insyirah
Ahli Aktif
Ahli Aktif


Gender:Female
Age : 18
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 166
Location : ~ Madinah ~

PostSubject: Re: Ayat-Ayat Cinta   Thu May 29, 2008 3:19 pm

Kata-kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna : "Sesungguhnya telah dipertahankan agama ini oleh para mujahidin yang terdahulu darimu, melalui pemerkasaan kekuatan iman terhadap Allah, dan zuhud dari kemewahan dunia yang fana ini, serta melebihkan ke arah tempat tinggal yang kekal abadi, mereka mengorbankan dengan darah, nyawa dan harta benda mereka di jalan yang benar, cinta untuk mati di jalan Allah dan sentiasa menyelusuri landasan pertunjuk Al-Quran".
_________________
Back to top Go down
insyirah
Ahli Aktif
Ahli Aktif


Gender:Female
Age : 18
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 166
Location : ~ Madinah ~

PostSubject: Re: Ayat-Ayat Cinta   Tue Jun 03, 2008 8:51 pm


_________________
Back to top Go down
insyirah
Ahli Aktif
Ahli Aktif


Gender:Female
Age : 18
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 166
Location : ~ Madinah ~

PostSubject: Re: Ayat-Ayat Cinta   Wed Jun 18, 2008 10:33 am

"pandangan mata itu laksana anak panah beracun dr berbagai macam anak panah iblis, brgsiapa menahan pandangannya dr keindahan2 wanita, maka Allah mewariskan kelazatan dalam hatinya, yang akan dia dapat hingga bertemu dengan Allah"
_________________
Back to top Go down
insyirah
Ahli Aktif
Ahli Aktif


Gender:Female
Age : 18
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 166
Location : ~ Madinah ~

PostSubject: Re: Ayat-Ayat Cinta   Wed Jun 25, 2008 7:53 am

Muliakanlah rakanmu dengan kemulian yang mampu engkau lakukannya secara berterusan. Jika tidak maka kemuliaanmu itu akan membawa kepada perkara yang memutuskan persahabatan- Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al Husaini

Kebekuan air mata datang dari kerasnya hati,kerasnya hati itu datang dari banyaknya dosa,banyaknya dosa itu datangnya dari kerana banyaknya angan2 mencintai dunia dan cinta kepada dunia adalah sumber kepada segala dosa"

Pelajarilah Ilmu, karena mempelajarinya karena Allah adalah khasyah, Menuntutnya adalah ibadah, mempelajarinya adalah Tasbih, mencarinya adalah JIHAD, Mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah Shadaqah, menyerahkan kepada ahlinya adalah Taqarrub. Ilmu adalah teman dekat dalam kesendirian dan sahabat dalam kesunyian.

_________________
Back to top Go down
insyirah
Ahli Aktif
Ahli Aktif


Gender:Female
Age : 18
Joined : 15 Jan 2008
Posts : 166
Location : ~ Madinah ~

PostSubject: Re: Ayat-Ayat Cinta   Wed Jul 02, 2008 5:11 pm

Umar Al-Khattab berpesan:

"Hendaklah kamu berwaspada tehadap perbuatan-perbuatan maksiat daripada kewaspadaan terhadap musuh. Sesungguhnya aku lebih bimbang dengan dosa yang dilakukan oleh tentera Islam berbanding kebimbanganku terhadap musuh. Sesungguhnya umat Islam mendapat pertolongan Allah lantaran kemungkaran yang dilakukan oleh pihak musuh. Oleh itu, janganlah kamu melakukan perkara yang dimurkai Allah ketika sedang berjihad di jalan Allah."

_________________
Back to top Go down

Ayat-Ayat Cinta

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 2Goto page : 1, 2  Next

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
Al-Insyirah :: Umum :: Motivasi-