Al-Insyirah
Ruang para remaja berkongsi ilmu dan pendapat, meluaskan jaringan persahabatan, dan tentu sekali menjadi lebih baik.
 
PortalCalendarHomeGalleryArcadeFAQSearchRegisterLog in
Top posters
dheadz
 
insyirah
 
umaruddin
 
traxx_racer
 
haziman
 
syafinur
 
aysarahanan
 
avar_counselor
 
Nell
 
Admin
 
Latest topics
» Ayat-Ayat Cinta
by insyirah Yesterday at 2:10 pm

» Teka-Teki
by aysarahanan Mon Aug 25, 2008 4:55 pm

» Mak, Susah Ke Nak Kawin?
by insyirah Thu Aug 21, 2008 3:04 pm

» Salam semua
by avar_counselor Wed Aug 20, 2008 11:06 am

» Syaaban: Ada Apakah Padanya?
by aysarahanan Tue Aug 12, 2008 4:47 pm

» Al-Quran Sebagai Pembela di Hari Akhirat
by syafinur Sat Aug 09, 2008 5:32 pm

» Malaysia: Tidak lagi aman tenteram seperti dulu.
by syafinur Fri Aug 08, 2008 9:03 pm

» Lets chat in English
by dheadz Sat Jul 12, 2008 1:18 pm

» Perlukah Mengambil Ubatan Beralkohol?
by umaruddin Thu Jul 10, 2008 4:49 pm

» Gaya .. cara belajar...
by umaruddin Thu Jul 10, 2008 4:32 pm

Post new topic   Reply to topic
 

16/01/2008 - Hak pembeli rumah terbela

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
dheadz
Admin
Admin


Gender:Male
Age : 30
Joined : 04 Jan 2008
Posts : 304
Location : PJ

PostSubject: 16/01/2008 - Hak pembeli rumah terbela   Wed Jan 16, 2008 1:55 pm

SUBANG JAYA: Selepas tempoh liabiliti kecacatan mutu rumah ditingkatkan kepada 24 bulan tahun lalu, kepentingan pembeli rumah semakin terbela dalam mengurangkan kes masalah perumahan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting berkata, Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 yang sudah dipinda dua kali pada 2002 dan 2006 memberi peluang kepada pembeli mengawasi kerosakan dan meminta pemaju membaikinya dalam tempoh terbabit.

“Sebelum ini, tempoh liabiliti kecacatan adalah 12 bulan (pada 2002) dan dipinda kepada 24 bulan bagi memastikan pemaju membina rumah berkualiti dan hak pembeli rumah terjamin.

“Antara perubahan penting akta itu ialah penubuhan sebuah Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) yang boleh mendengar tuntutan tidak melebihi RM50,000.


“Dalam tempoh tiga tahun selepas Tribunal Perumahan ditubuhkan pada 2002, bilangan kes yang didaftarkan meningkat ketara membabitkan isu berkaitan serahan lewat dan pembinaan rumah tidak memenuhi spesifikasi perjanjian jual beli,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pembentangan Akta Pembangunan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2007 di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Eddy Chen dan Presidennya, Ng Seing Liong.

Ong berkata, pada 2004 sejumlah 6,524 kes didaftarkan dan 6,506 diselesaikan; 2005, 5,624 kes didaftar, 5,541 selesai; 2006, 3,821 kes, 3,667 selesai dan 2007, 3,000 kes dan 2,363 diselesaikan.

“Kebanyakan daripada kes yang dirujuk kepada TTPR membabitkan kelewatan rumah siap dan kecacatan rumah yang dibina.

“Pemaju yang ingkar selepas disabitkan kesalahan dalam TTPR akan disenaraihitamkan serta-merta di laman web kementerian dan tidak akan diberikan permit serta lesen pemaju, sehingga kesnya selesai,” katanya.

Beliau turut mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak meluluskan permohonan untuk membangunkan projek perumahan di kawasan risiko banjir, selain memperketatkan kelulusan pembinaan perumahan di lereng bukit.

Sementara itu, Ong berkata, tender untuk mendapatkan pembekal bagi memasang kamera litar tertutup CCTV bagi 25 majlis bandaraya dan majlis perbandaran yang dikenal pasti akan dibuka akhir bulan ini.

“Kita mempunyai 38 PBT di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 13 PBT sudah berusaha memasangnya bagi memantau kegiatan jenayah di kawasan pentadbiran masing-masing.

“Dengan ini akan wujud kerjasama lebih baik antara polis dan PBT bagi mengesan kawasan panas yang perlukan pemantauan tambahan menerusi CCTV sekali gus usaha membendung jenayah akan dapat dipertingkatkan lagi,” katanya.

Pada 13 Januari lalu, akhbar melaporkan bahawa kerajaan meluluskan peruntukan khas RM75 juta untuk memasang CCTV di beberapa kawasan strategik seluruh negara bagi mengatasi kejadian jenayah yang semakin membimbangkan sejak-sejak akhir ini.

Peruntukan kerajaan Persekutuan itu diluluskan pada 2 Januari lalu bagi membolehkan CCTV dipasang 25 PBT di kawasan paling terdedah dengan kegiatan jenayah.

Peruntukan itu juga bagi membantu PBT yang sebahagian besarnya menghadapi masalah kewangan untuk memasang CCTV.

Sumber: H. Metro
Back to top Go down

16/01/2008 - Hak pembeli rumah terbela

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions of this forum:You cannot reply to topics in this forum
Al-Insyirah :: Umum :: Keratan Akhbar-
Post new topic   Reply to topic