| Top posters | | dheadz | | | insyirah | | | umaruddin | | | traxx_racer | | | haziman | | | syafinur | | | aysarahanan | | | avar_counselor | | | Nell | | | Admin | |
|
| Latest topics | » Ayat-Ayat Cinta by insyirah Yesterday at 2:10 pm
» Teka-Teki by aysarahanan Mon Aug 25, 2008 4:55 pm
» Mak, Susah Ke Nak Kawin? by insyirah Thu Aug 21, 2008 3:04 pm
» Salam semua by avar_counselor Wed Aug 20, 2008 11:06 am
» Syaaban: Ada Apakah Padanya? by aysarahanan Tue Aug 12, 2008 4:47 pm
» Al-Quran Sebagai Pembela di Hari Akhirat by syafinur Sat Aug 09, 2008 5:32 pm
» Malaysia: Tidak lagi aman tenteram seperti dulu. by syafinur Fri Aug 08, 2008 9:03 pm
» Lets chat in English by dheadz Sat Jul 12, 2008 1:18 pm
» Perlukah Mengambil Ubatan Beralkohol? by umaruddin Thu Jul 10, 2008 4:49 pm
» Gaya .. cara belajar... by umaruddin Thu Jul 10, 2008 4:32 pm
|
| | | | Author | Message |
|---|
insyirah Ahli Aktif


 Age : 18 Joined : 15 Jan 2008 Posts : 166 Location : ~ Madinah ~
| Subject: Monolog Sepi Sun Feb 17, 2008 6:20 am | |
| Ilahi, Aku datang kepada-Mu. Dengan tanganku yang fakir. Bagaimana aku berperantara. Padahal mustahil akan sampai kepada-Mu. Pada-Mu kuadukan diriku. Padahal tak ada yang tersembunyi pada-Mu. Betapa kumesti beri penjelasan. Padahal semua dari sisi-Mu jua. Mengapa aku harus kecewa. Padahal di hadapan-Mu aku selalu berdoa. Mengapa aku tiada menjadi baik. Padahal semuanya datang dari-Mu dan kembali kepada-Mu. _________________
 |
|  | | insyirah Ahli Aktif


 Age : 18 Joined : 15 Jan 2008 Posts : 166 Location : ~ Madinah ~
| Subject: Re: Monolog Sepi Wed Feb 20, 2008 4:26 pm | |
| Ya Allah, telah Kau berikan cinta yang ku pohon... ku idam dan impikan. Selimutkan lah aku dengan mehnah Mu supaya aku selalu bersamamu. Kafankanlah jasadku dengan senyuman di pusara kaku. Andai tarbiyyah Mu ku jadikan pegangang pasti aku temui jalan cinta ABADI...
ya Rabb Dalam keheningan yang Kau ciptakan penuh dugaan renjiskanlah setitis embun untukku berteduh jauh dr prasangka pada hamba Mu
Ya Allah, Telah Kau temukan aku dengan cinta ku Satukan lah iman & amalku seiring relakan jasadku menjadi medan amal Dan aku menjadi tempat Kau menguji iman Agar aku sentiasa mencari MU disebalik wajah yang tenang itu......... _________________

Last edited by insyirah on Wed Feb 20, 2008 4:27 pm; edited 1 time in total |
|  | | insyirah Ahli Aktif


 Age : 18 Joined : 15 Jan 2008 Posts : 166 Location : ~ Madinah ~
| Subject: Re: Monolog Sepi Fri Feb 22, 2008 9:34 am | |
| Bermandikan hujan air mata... Kala malam meliputi maya... Kala senja berlabuh tirainya... Gelap zulumat langit... Terbit purnama dengan sinarnya...
Ya Allah, telah Kau berikan sekeping hati ini dengan rindu Maka Engkau labuhkan rindu ini pada Mu Berikan rindu ini pada perjuangan hakiki Lestarikan cinta ku pada Mu Biar terbuang di lumpur hina Biar sendiri meniti usia Selagi ada ALLAH bersama Pasti hidup ini terasa nikmatnya Selagi air mata mampu mengalir Pasti takkan berasa sunyi Walau dugaan silih berganti
Ya Ilahi, Hamba Mu datang dengan hati yang hina Karat dengan mazmumah yang menggila Hamba Mu datang dengan hati yang pasrah Sarat mengharap keampunan dari Mu Hamba Mu datang dengan tangan yang faqir Memohon rahmat dari Mu sentiasa Hamba Mu datang dengan telinga yang hina Selalu mendengar bisikan dunia
Ya Rabb, Kurniakanlah kepada ku cinta Mu dan kurniakanlah kepadaku rindu Mu Agar tautan hatiku sentiasa dekat dengan Mu
Ya Rahman, tetapkan hati ku pada agama Mu Agar diperhitungan nanti Kan ku tegar menjunjung kalimah Mu! _________________
 |
|  | | insyirah Ahli Aktif


 Age : 18 Joined : 15 Jan 2008 Posts : 166 Location : ~ Madinah ~
| Subject: Re: Monolog Sepi Mon Feb 25, 2008 10:19 am | |
| Ya Allah kurniakanlah padaku cintaMu Dan kurniakanlah aku cinta orang yang cinta padaMu Dan jadikanlah cinta kepadaMu perkara yang paling aku cintai lebih daripada kesukaan ku kepada air sejuk Ameen.
Allahu Rabbi, Izinkan daku melabuhkan tirai kalbu, Mencari jawapan atas soalan yang hadir, Hati ini berbelah bagi ingin memberi cinta, Pada seorang yang bernama hamba, Hampir aku berputus asa, Membiarkan diri dikenali manusia, Ingin sekali memalingkan pandangan, Dari dunia fatamorgana, Sungguh hati ini lemah,
Ya Khaliq, Andainya rinduku pada hamba Mu, Menjadikan diri ini menjauhi Mu, Maka Kau hijabkan hatiku dari hamba Mu, Juga hijabkan hamba Mu dari ku, Sungguh tiadalah dayaku selain mengharap pada Mu, Tinta air mata berkolam meniti hidup sepi, Ya Ilahi... berikanku kekuatan atas ujian ini. _________________
 |
|  | | insyirah Ahli Aktif


 Age : 18 Joined : 15 Jan 2008 Posts : 166 Location : ~ Madinah ~
| Subject: Re: Monolog Sepi Thu Feb 28, 2008 8:42 am | |
| Wahai Tuhan aku redha Dengan ujian ini padaku Aku cuba untuk bersabar Sepanjang ia berlaku padaku Ujian itu penghapus dosa Dosa-dosa yang ku lakukan Wahai Tuhan bantulah aku Untuk menerima takdir Mu ini
Dan bantulah aku untuk meyakini Dengan kebaikan yang Engkau janjikan Yang Engkau janjikan bersamanya Sesungguhnya ku yakin sekali Sesudah ujian ini, ada nikmat yang akan berlaku Jangan sia-siakan keyakinan ini Itulah harapanku di dalam ketakutan ini Perkenankanlah wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...  _________________
 |
|  | | insyirah Ahli Aktif


 Age : 18 Joined : 15 Jan 2008 Posts : 166 Location : ~ Madinah ~
| Subject: Re: Monolog Sepi Mon Mar 03, 2008 9:02 am | |
| Sendiri Melewati bening malam Berteman sang cengkerik menyanyi bait-bait zikir Tak henti memuji Tuhan
Menggesek biola jemari kakinya Bagai membilang butir-butir tasbih Entah berapa panjang zikirnya malam ini, Mungkin setelah tahmid dan takbir Dipuji-puji lagi Tuhan Dengan tasbih yang mengasyikkan Dengan harap dan raja’ Pada kasih sayang Allah
Bukankah Allah sudah memberitahu kita Kalau bukan kerana sang unggas dan haiwan melata Juga kerana kasihkan tumbuhan Nescaya titis hujan takkan membasah kanvas bumi Lantaran dosa manusia Manusia seperti aku  _________________
 |
|  | | insyirah Ahli Aktif


 Age : 18 Joined : 15 Jan 2008 Posts : 166 Location : ~ Madinah ~
| Subject: Re: Monolog Sepi Wed Apr 09, 2008 9:29 am | |
| Qiam berdiri Diam sunyi Aku menghadap Ilahi
Dalam halus membisik bicara Tutur begitu tartil membaca Sungguh aku ingin sekali merasakan Hancur luluh hati kala membaca ayat-Mu
Gentar dan cemas takutkan-Mu Pada azab yang dijanji, pada tanzir yang diberi Namun, kemarau sungguh hati ini Untuk menghadirkan rasa sebegitu Apatah lagi kalau Untuk mengempang air mata Menitiskan entah bilakan lagi
Bagaimanalah ibadah dapat membekas Bagaimanalah hati tidak mengeras
Sungguh aku merasakan Bersilir-silir pawana Rahim-Mu Tembus ke ladang hati Gemburkanlah Ya Allah Kurniakanlah cinta-Mu padaku Agar aku dapat mencintai-Mu Dan merasai manis lazatnya ibadah ini _________________
 |
|  | | insyirah Ahli Aktif


 Age : 18 Joined : 15 Jan 2008 Posts : 166 Location : ~ Madinah ~
| Subject: Re: Monolog Sepi Wed Jun 04, 2008 2:59 pm | |
| Anakku... Seorang akhawat sejati bukanlah dilihat dari kecantikan paras wajahnya, tetapi dilihat dari kecantikan hati yang ada di baliknya. Akhawat sejati bukan dilihat dari bentuk tubuhnya yang mempesona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya. Akhawat sejati bukan dilihat dari begitu banyaknya kebaikan yang dia berikan tetapi dari keikhlasan ia memberikan kebaikan itu. Akhawat sejati bukan dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Akhawat sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara.
Ketahuilah puteriku... Akhawat sejati bukanlah dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya. Akhawat sejati bukan dilihat dari kekhuatirannya digoda orang dijalan tetapi dilihat dari kekhuatiran dirinyalah yang mengundang orang jadi tergoda. Akhawat sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh syukur.
Dan ingatlah... Akhawat sejati bukan dilihat dari sifatnya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatannya dalam bergaul. _________________
 |
|  | | insyirah Ahli Aktif


 Age : 18 Joined : 15 Jan 2008 Posts : 166 Location : ~ Madinah ~
| Subject: Re: Monolog Sepi Wed Jul 09, 2008 11:46 am | |
| 
Kembara Dalam Sekebun Bunga
Dalam resah rawan dan rusuh Sering terbelenggu jenuh Rungkailah nurani ke dalam kebun bunga ini Bagaikan sudah terlalu lama di lupa Wajah-wajah di sini masih segar menggugah jiwa!
Wahai Tuhan Yang Maha Kaya Dalam limpah Rahim Mu Yang tak pernah jemu Ampunkan kealpaanku Kerana hampir larut dalam kalut Sehingga seakan terlupa Engkaulah Yang Maha Kaya Mengurniakan warna seindah mutiara di kebun ini
Bunga-bunga tetap merakam semarak warna Tanpa jemu berhenti melorek sepi Seperti alpanya aku kepada Mu Akulah si kerdil itu Sering lalai dibuai nikmat Ingat dan takutkan Mu berpasang surut Rona warna ini tidak pudar Biarpun berkali musim berganti
Kau tukarkan peralihan musim semi ini Dalam kudrat dan iradat Hanya Engkau Yang Maha Tahu Rona-rona bunga tetap memancar semarak Beradu dalam pelbagai warna Inilah warna kehidupan perkebunan bungaku Moga aku merenungnya Tatkala jiwa dihimpit pilu
Inilah nikmat warna pencetus ilham Tetap teguh dalam lindungan Mu Meskipun gelojak iman turun dan naik Kerana aku makhluk kepunyaan Mu! _________________
 |
|  | | |
| Page 1 of 1 |
| | Permissions of this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| | |
| |