• Post new topic
  • Reply to topic

Peranan badan dakwah di IPT

Share

normyislam
Ahli Senior
Ahli Senior

Female Number of posts: 58
Age: 18
Location: malaysia
Registration date: 2009-05-31

Peranan badan dakwah di IPT

Post by normyislam on Fri Sep 25, 2009 8:53 pm

First topic message reminder :

Makin bertambah nampaknya slot di Al Insyirah ini..jadi saya sedang mengambil kesempatan ruangan yang disediakan..huhu.

Seperti yang kita tahu, hampir setiap IPT mempunya badan dakwahnya sendiri. Namun, saya perasan kadangkala konsep dan fungsi badan dakwah itu kurang jelas lalu kurang berkesan fungsinya. Misalnya, stu badan dakwah itu seharusnya dekat pada semua pelajar, bukan sesama para naqibah sahaja hinggakan badan ini menjadi asing dan kelihatan 'menakutkan' bagi sesetengah pelajar..
Iyelah, kerana yang menjadi naqibah dan naqib itu semuanya yang bertudung labuh, kelihatan alim2 dan ciri seumpamanya. Lalu pelajar yang tahap biasa2 ni menganggap diri mereka tidak layak bergaul bersama malah mungkin anggap hal berkaitan BADAR ini tiada kaitan dengan mereka walaupun para naqib dan naqibah itu tidaklah berniat wujudkan situasi sebegini..
Kadang2 bergaul macam biasa saja, tapi bila dalam perbualan tersebut pasal BADAR, ada sedikit diam di situ...huuu

Situasi sebegini sedikit sebanyak berlaku di kolej saya yang terletak di bandar. Jadi, penuntutnya kebanyakan tinggal di KL dan kurang pendekatan pada agama. Malah, ada sebilangan tidak bertudung..pengkid pun ada. Maknyah so far alhamdulillah..belum jumpa.huhuhu.

Jadi, sekadar mohon pandangan ahli forumers sekalian, bagaimanakah kekurangan badan dakwah ini boleh dibaiki agar fungsi badan dakwah ini lebih berkesan?


normyislam
Ahli Senior
Ahli Senior

Female Number of posts: 58
Age: 18
Location: malaysia
Registration date: 2009-05-31

Re: Peranan badan dakwah di IPT

Post by normyislam on Thu Oct 15, 2009 3:48 pm

maaf, lama saya tak menjengah ke forum ni.. sangat tak berkesempatan..huuu. Bila saudara Umaruddin menyentuh berkenaan solat ni, memang sedikit kenalah kerana perkara ini sedikit sebanyak bermain dalam kepala saya sejak kebelakangan ni.. atau lebih tepat lagi, sedikit mengangggu saya..huuu.. Terus terang saya katakan, antara rakan rapat saya ada yang tak ambil berat perihal solat, selalu tinggal. Namun saya ni tak cukup kekuatan nak tegur secara direct.. Jadi, bila masa berlalu sedangkan saya tahu rakan saya belum solat, saya yg x sedap hati. Sebab kadang2 saya ingatkan sekali, tak berkesan..nak ulang banyak2 kali...alahai..lemahnya saya ni..
berbalik pada pengisian solah tu tadi, pernah saya dengar ceramah mengenai ni, antara yang diperkatakan ialah mengenai istimewa dan pentingnya perintah solat ini, perintah direct daripada Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad ketika israk dan mikraj.. Solat juga membentuk peribadi seseorang kerana solat yang sempurna mencegah perbuatan mungkar (^_^). Antara yg disampaikan dalam ceramah itu lagi ialah komunikasi secara terus seseorang manusia dengan Allah S.W.T di mana hanya mampu dicapai dalam solat.. Namun sayangnya, sukar sekali merasai komunikasi ini, andai tidak khusyuk..

insyirah
Moderator
Moderator

Female Number of posts: 635
Age: 19
Location: ~ Ardhullah ~
Registration date: 2008-01-15

Re: Peranan badan dakwah di IPT

Post by insyirah on Thu Oct 15, 2009 11:26 pm

Assalamu'alaikum dik Nor Smile

Nak mengajak orang solat ni sebenarnya tidak mudah tapi tidak susah, paling penting ialah DIRI KITA SENDIRI kerana berdakwah kalau sekadar berkata-kata tapi tidak disusuli dengan perbuatan, orang akan mencemuh je. "Pandai cakap tapi tak buat" sebaliknya kalau kita buat dan istiqamah kemudian kita nasihatkan orang insya Allah tiada sebab untuk mereka cakap begitu. Mulakan dengan diri sendiri, solat awal waktu dan berjemaah. Usahakan untuk solat jemaah.

"Saya nak solat, jom solat sama. Solat sendirian dengan jemaah, banyak bezanya. Solat jemaah gandaannya 27."

Dulu, saya sendiri selalu cakap pada adik. "Kalau ada Rm1 dengan Rm27, adik nak yang mana?" Jawapan anak kecil pastilah "rm27!" jadi... ayuh, kita solat bersama-sama Very Happy itu untuk anak kecil methodnya beza, kena guna logik akal tetapi kalau dengan yang sudah dewasa, psikologi dan rohani keduanya memainkan peranan.

good Luck. Insya Allah. Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

normyislam
Ahli Senior
Ahli Senior

Female Number of posts: 58
Age: 18
Location: malaysia
Registration date: 2009-05-31

Re: Peranan badan dakwah di IPT

Post by normyislam on Fri Oct 16, 2009 5:22 pm

betul kata kak Insyirah tu.. Usaha yang tak sungguh2 mna nak berjaya kan?...huhu. Em, jemaah tu dah ada, tapi yang joinnya sorang saja... xpe2, akan ditambah kesungguhan lepas ni, insyaAllah (^_^)..

umaruddin
Moderator
Moderator

Male Number of posts: 600
Age: 40
Location: Seremban
Registration date: 2008-01-03

Re: Peranan badan dakwah di IPT

Post by umaruddin on Fri Oct 16, 2009 6:59 pm

Assalamualaikum....
Alhamdulillah.. dah mula faham dan sentuh pasal solat jemaah... agak advance dari apa yang saya rancangkan nak dikongsikan bersama.. tapi tak pe.. elok juga bincang pasal solat jemaah..

Pengisian solat jemaah.. terutama untuk kaum adam.. Kaum Adam egonya agak tinggi.. sebab tu bila solat jemaah kita mula sedar diri sikit.. Lihat masa rukuk.. ubun2 kepala kata mana? Bukankah selaras dengan punggung.. dubur.. Masa sujud?... Ubun2.. selaras dengan tapak kaki.. Aduh.. rendahnya martabat kita masa tu.. Kalau pengisian ada.. dan diterima penuh.. ego jadi rendah..
Sepekara lagi.. bila solat.. dalam saf... tiada darjat mahupun pangkat yang membezakan kita.. semua sama aje..

Bila bab disiplin lak... bila imam beri takbir.. semua ikut arahan.. tiada dahulu kemudian.. kan disiplin tinggi tu.. tapi nape masa luar.. kita sentiasa aje nak lawan ketua.. kan ada ayat quran maksudnya.. taati Allah.. Pesuruh2Nya (Para Ambiya) dan pemimpin di kalangan kamu...

Cukup takat tu pasal pengisian solat jemaah.. ada lagi sebenarnya.. Jadi cuba dakwah ajak solat jemaah.. ambil waktu yang mudah.. zohor.. maghrib.. 2 tu dulu.. InsyaAllah.. diselikan dengan pengisian.. kalau dapat terima NurHidayat.. hati lebih terbuka.. lagi senang nak berdakwah.

Baiklah.. cuba cari pengisian bacaan dan perbuatan/pergerakan dalam solat.. InsyaAllah tu pun dapat banyak membantu dalam dakwah..

insyirah
Moderator
Moderator

Female Number of posts: 635
Age: 19
Location: ~ Ardhullah ~
Registration date: 2008-01-15

Re: Peranan badan dakwah di IPT

Post by insyirah on Sat Oct 17, 2009 8:17 am

Assalamu'alaikum Smile

Nak tambah sikit Embarassed kalau kita nak mendekati orang jangan terlalu serius, dakwah ni konsepnya terbuka jangan terlalu rigid. Tak semestinya halaqah (usrah) dilakukan semuanya berbaju kurung, duduk bersila dalam bulatan dan dengar tazkirah dari naqib/naqibah (ketua usrah) tetapi boleh juga memakai t-shirt labuh dan berseluar sambil bermain bola jaring kemudian sewaktu TAKE 5 tu boleh la naqibah menerangkan semangat perpaduan dan kerjasama dalam kumpulan (semasa bermain) dikaitkan dalam kehidupan seharian. Dalam melakukan gerak kerja amal islami, kita mestilah bersatu dan bekerjasama antara satu dengan yang lain. Very Happy

Saya tak gemar method usrah yang terlalu serius, semua khusyuk mendengar tetapi tak ada respon langsung. Macam cakap sorang-sorang je... Hehehe, yang nak bercakap pun boleh jadi bosan apatah lagi mendengar. Lagipun sangat kelihatan syok sendiri. Saya suka bercerita, bersembang (huhu) dari cerita yang santai itu lah kita lebih mudah nak dekati orang lain. Lagi satu memang kita perlu dalam jemaah tapi jangan assobiyah (terlalu taksub atau bersifat ke'aku'an dalam kumpulan). Maksudnya kalau kita dalam kumpulan usrah A, maka kita hanya bergaul dengan ahli A tanpa nak kenal-kenal dengan kumpulan usrah B sebaliknya bergaullah dengan semua dan usrah kumpulan kita tetap juga usrah (keluarga) kita. Maksud usrah itu sendiri ialah keluarga dimana kita boleh berkongsi masalah.

Kadang-kadang kita perlu mengisi slot untuk berkongsi masalah, contohnya A ada masalah dan diajukan kepada naqibah, kemudian sesi usrah berikutnya setelah selesai pengisian maka naqibah inilah yang perlu memulakan perbincangan mengenai masalah A kerana dalam usrah tiada sifat "nafsi-nafsi" sebaliknya setiap masalah akan dibincangkan bersama. Smile Itulah kemanisan dalam ukhuwah, bukan setakat nak terangkan apa itu islam, macammana nak solat, macammana nak istiqamah jemaah, luaskan skop dan jadikan ia satu yang menyeronokkan.

Masa bergaul dulu, saya ni kurang pandai bersembang dengan orang yang baru dikenali jadi kekok sangat. Tetapi saya suka melihat kerenah mereka, bila dah boleh agak orang ni pendiam, maka saya la akan berusaha mencetus supaya dia jadi cakap. Soalan pula jangan la terlalu 'skema', lebihkan santai... Smile

Dik Nor, jangan jadikan sesuatu itu MASALAH sebaliknya tukarkan kepada CABARAN Wink

Wallahua'lam.


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

azizul
Admin
Admin

Male Number of posts: 197
Age: 21
Location: Kajang
Registration date: 2007-12-29

Re: Peranan badan dakwah di IPT

Post by azizul on Sat Oct 17, 2009 10:42 am

Assalamualaikum, hari ini dapat satu hadiah... dapat wifi drpd bilik sendiri, walaupun sangat....lambat... itupun maybe hari ini je.. hurm...

azizul seronok baca perbincangan tentang usrah dan jemaah ini, azizul setuju pendapat kalian, masalah utama dlm usrah ialah komunikasi, azizul baru je berpeluang "minum pagi" dengan seorg prof. yang paling azizul ingat bile dia sentuh bab pensyarah2 yang rigid dlm kelas, komunikasi yang paling bagus ialah dengan bahasa yang paling difahami,every term and jargon must be introduce slowly yet effectively ...

nak memperkenalkan "agama islam" kepada seseorg kena lihat siapa mereka.. kena kenali dahulu, dan fahami mereka...

hurm,.. mcm melalut je pagi2 ni..


_________________

umaruddin
Moderator
Moderator

Male Number of posts: 600
Age: 40
Location: Seremban
Registration date: 2008-01-03

Re: Peranan badan dakwah di IPT

Post by umaruddin on Sun Oct 18, 2009 7:27 am

insyirah wrote:Assalamu'alaikum Smile

Nak tambah sikit Embarassed kalau kita nak mendekati orang jangan terlalu serius, dakwah ni konsepnya terbuka jangan terlalu rigid. Tak semestinya halaqah (usrah) dilakukan semuanya berbaju kurung, duduk bersila dalam bulatan dan dengar tazkirah dari naqib/naqibah (ketua usrah) tetapi boleh juga memakai t-shirt labuh dan berseluar sambil bermain bola jaring kemudian sewaktu TAKE 5 tu boleh la naqibah menerangkan semangat perpaduan dan kerjasama dalam kumpulan (semasa bermain) dikaitkan dalam kehidupan seharian. Dalam melakukan gerak kerja amal islami, kita mestilah bersatu dan bekerjasama antara satu dengan yang lain. Very Happy

Saya tak gemar method usrah yang terlalu serius, semua khusyuk mendengar tetapi tak ada respon langsung. Macam cakap sorang-sorang je... Hehehe, yang nak bercakap pun boleh jadi bosan apatah lagi mendengar. Lagipun sangat kelihatan syok sendiri. Saya suka bercerita, bersembang (huhu) dari cerita yang santai itu lah kita lebih mudah nak dekati orang lain. Lagi satu memang kita perlu dalam jemaah tapi jangan assobiyah (terlalu taksub atau bersifat ke'aku'an dalam kumpulan). Maksudnya kalau kita dalam kumpulan usrah A, maka kita hanya bergaul dengan ahli A tanpa nak kenal-kenal dengan kumpulan usrah B sebaliknya bergaullah dengan semua dan usrah kumpulan kita tetap juga usrah (keluarga) kita. Maksud usrah itu sendiri ialah keluarga dimana kita boleh berkongsi masalah.

Kadang-kadang kita perlu mengisi slot untuk berkongsi masalah, contohnya A ada masalah dan diajukan kepada naqibah, kemudian sesi usrah berikutnya setelah selesai pengisian maka naqibah inilah yang perlu memulakan perbincangan mengenai masalah A kerana dalam usrah tiada sifat "nafsi-nafsi" sebaliknya setiap masalah akan dibincangkan bersama. Smile Itulah kemanisan dalam ukhuwah, bukan setakat nak terangkan apa itu islam, macammana nak solat, macammana nak istiqamah jemaah, luaskan skop dan jadikan ia satu yang menyeronokkan.

Masa bergaul dulu, saya ni kurang pandai bersembang dengan orang yang baru dikenali jadi kekok sangat. Tetapi saya suka melihat kerenah mereka, bila dah boleh agak orang ni pendiam, maka saya la akan berusaha mencetus supaya dia jadi cakap. Soalan pula jangan la terlalu 'skema', lebihkan santai... Smile

Dik Nor, jangan jadikan sesuatu itu MASALAH sebaliknya tukarkan kepada CABARAN Wink

Wallahua'lam.
Assalamualaikum...
Cara ni le paderi2 dapat mengkristiankan ramai pribumi sabah satu ketika dulu..
Seperti yang ditekankan sebelumni.. Islam sebenarnya mudah.. Ikut Hadith Rasulullah SAW.. kita kena permudahkan.. Islam juga AdDin ilmu.. jadi masa berdakwah... menyampaikan ... selit juga apa yang tersirat dan tersurat..
Jangan kita asyik tekankan Islam larang itu.. Haram.. Makruh... Wajib... tapi kita terlepas pandang yang dalam Islam Terlalu banyak yang sunnat.. dan harus..
Manusia terutama yang belum kukuh iman.. bila dengar haram.. makruh.. wajib... makin dia jauh dari ugama suci kita.. kan ke mudah kalau kita guna kaedah... 'Tahu tak.. yang anda buat tadi sunnat.. dalam Islam kita digalakkan buat macam tu... Cuma kalau niat lillahi ta'ala.. baca Bismillah... dapat pahala'...
Kalau sehari dia dengar lebih dari 5 perkara positif.. yg dilakukan tu sunnah.. Yg Islam tu sebenarnya teramat mudah diamalkan.. Islam tu selari dengan fitrah.. tabii manusia.. InsyaAllah.. mereka akan cuba mendalami lagi ugama suci kita.
Kaedah yg sama juga saya gunakan pada rakan2 dan student2 kafir.. Alhamdulillah rata2 makin hormat dan memahami Islam..

normyislam
Ahli Senior
Ahli Senior

Female Number of posts: 58
Age: 18
Location: malaysia
Registration date: 2009-05-31

Re: Peranan badan dakwah di IPT

Post by normyislam on Sun Oct 18, 2009 2:34 pm

seronok baca komen2 yang bermacam2 ni..huhuhu. Sukalah baca ayat ni:

. kan ke mudah kalau kita guna kaedah... 'Tahu tak.. yang anda buat tadi sunnat.. dalam Islam kita digalakkan buat macam tu..
.

Dalam kalangan kawan2, memang banyak rakan saya yang saya sangat kagumi. Hati bersih, kuat beribadah, murah hati... memang saya respect..hehe. Hati2 ni seolah2 tak dicemari. Berkenaan method usrah tadi, alhamdulillah saya perhatikan kaedah yang dilaksanakan senior kami sebelum ni hampir sama dengan apa yang dikatakan kak Insyirah itu, dan saya suka. Akak2 usrah sangat sporting. Usrah pun tak dibuat di surau, tapi di meja2 tepi jalan...hehe, tempat bersantai.
Em, memandangkan saya ni punya kelemahan dalan menegur perkara yang terang2ngan salah..huuu.. jadi saya buat cara lain yang saya tak tahulah berkesan atau tak.. Di board depan meja study saya saya tampalkan hadis2 berkaitan pentingnya solat dan mesej seumpama tu... err, sebab rumah kami ni kecil saja, jadi ulang alik sana sini akan lalu belakang meja study saya..huhu. Xpelah, kalau orang lain x dapat manfaat peringatan tu, sekurang2 saya boleh dapat manfaatnya...huhu, mengingatkan diri sendiri.

p/s:maaflah kalau saya lama x dapat menjenguk thread ni dan luangkan lebih masa kerana agak sibuk dengan aktiviti dan peperiksaan..huuu..

umaruddin
Moderator
Moderator

Male Number of posts: 600
Age: 40
Location: Seremban
Registration date: 2008-01-03

Re: Peranan badan dakwah di IPT

Post by umaruddin on Mon Oct 19, 2009 10:33 pm

Assalamualaikum... Normy... salah baca kot... yg punya saranan tu saya punya... Very Happy
Tak perlu ilmu begitu mendalam sebelum mula dakwah... ingat wasiat Baginda Rasulullah semasa haji widak ... pada yang ada... sampaikan pada yang tiada.. Ada yang menafsirkan yg ada tu.. ada ilmu.. sampaikan pada yg belum berilmu..
Ingat juga pesanan... sampaikanlah kamu walau sepotong ayat... Macammana nak sampaikan.. satu ayat boleh ke? Tapi.. kalau difikir2kan...
'Elok'... 'Teruskan'...'Elakkan'....'Jangan'.... Banyak lagi.. bukankah itu satu ayat..
Ingat.. kalau nak berdai' bukan susah.. cuma perlu kena gaya..

normyislam
Ahli Senior
Ahli Senior

Female Number of posts: 58
Age: 18
Location: malaysia
Registration date: 2009-05-31

Re: Peranan badan dakwah di IPT

Post by normyislam on Tue Oct 20, 2009 12:28 pm

hehe... maaf atas kekeliruan 'quote' di atas. (^_^)

umaruddin
Moderator
Moderator

Male Number of posts: 600
Age: 40
Location: Seremban
Registration date: 2008-01-03

Re: Peranan badan dakwah di IPT

Post by umaruddin on Wed Oct 21, 2009 12:39 pm

normyislam wrote:hehe... maaf atas kekeliruan 'quote' di atas. (^_^)
Assalamualaikum...
Normy... tak perlu minta maaf... saya beri saranan.. kongsi pendapat.. Ikhlas.. Lillahi Ta'ala.. so salah quote tak pe.. bukan kerana nama..
Harus diingat.. ni cara saya berdakwah... kalau nak guna kaedah ni.. Alhamdulillah.. Mana tahu kalau Allah terima ini sebagai ilmu yang bermanafaat.. yang pahalanya tak putus walaupun kita sudah tiada.. MasyaAllah... InsyaAllah... Alhamdulillah...
  • Post new topic
  • Reply to topic

Current date/time is Wed Nov 25, 2009 7:47 am