• Post new topic
  • Reply to topic

Peperiksaan, adakah masih lagi releven?

Share

Poll

Releven?

[ 2 ]
66% [66%] 
[ 1 ]
33% [33%] 

Total Votes: 3

azizul
Admin
Admin

Male Number of posts: 194
Age: 21
Location: Kajang
Registration date: 2007-12-29

Peperiksaan, adakah masih lagi releven?

Post by azizul on Tue Oct 27, 2009 12:18 pm

Assalamualaikum, semalam saya berkesempatan berdiskusi ringkas dengan seorang sahabat, penuntut ijazah undang2. antara topik yang kami perbualkan ialah peperiksaan, adakah masih lagi releven dalam kalangan penentut pengajian tinggi?

"hanya 40% sahaja peratusan student master yang berjaya, bakinya gagal berpunca daripada tiadanya peperiksaan. sekiranya tiada peperiksaan sebagai sebahagian daripada assessment, saban tahun, kita akan kehilangan 60% daripada student kita"

begitulah lebih kurang kata - kata lecturer saya, yang berstatus Prof Madya. ketika kuliah Management of Organization , berkenaan OBE(outcome based education).

mungkin ramai yang meyangka, yg gagal dalam ujian belum tentu gagal keseluruhannya (penilaian) selain daripada peperiksaan, adakah kedatangan(yg selalu ditipu), assignment(yg selalu ditiru) dan quiz (pun sama, ditiru juga) mampu menjadi kayu pengukur dalam menilai seseorang pelajar?

pendapat peribadi saya, yg diuji dalam peperiksaan bukanlah kefahaman kita semata - mata, tetapi juga diri(jasad,jiwa, dan ruh) yg dinilai bukan sekadar pada hari peperiksaan, tetapi perjalanan kita ke arah menduduki peperiksaan.

seperti kata Dr. Tengku Asmadi, Exam ni bukan uji berapa banyak kita belajar, (input). tetapi berapa banyak yg kita boleh keluarkan (output).

apa2pun, mcm mana pendapat kalian? Smile


_________________

dheadz
Admin
Admin

Male Number of posts: 845
Age: 31
Location: Shah Alam
Registration date: 2008-01-04

Re: Peperiksaan, adakah masih lagi releven?

Post by dheadz on Tue Oct 27, 2009 10:09 pm

Ya, peperiksaan masih lagi relevan, masih lagi diperlukan dalam menilai tahap kefahaman para pelajar. Kalau tiada peperiksaan, bagaimana hendak tentukan mereka di tahap mana? Kala inilah, keputusan peperiksaan amat bernilai di mata ramai pihak.


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink


normyislam
Ahli Senior
Ahli Senior

Female Number of posts: 58
Age: 18
Location: malaysia
Registration date: 2009-05-31

Re: Peperiksaan, adakah masih lagi releven?

Post by normyislam on Fri Oct 30, 2009 10:15 am

Em, selain peperiksaan, saya merasakan cara lain masih belum ada yang cukup relevan.. Dulu saya pernah terfikir juga, penilaian ni seharusnya mengambil kira semua aspek. Misalnya sesetengah orang tidak cemerlang dalam peperiksaan, mungkin atas faktor2 tertentu...namun tak semestinya mereka tidak mempunyai kualiti tersendiri, kemahiran misalnya. Huu..sebab tulah saya bersetuju sangat bila pusat-pusat kemahiran dibanyakkkan..hehe.
Mungkin juga dengan peperiksaan penilaian terhadap individu itu benar2 dapat dilakukan.. hee~ tanpa campur tangan dan bantuan orang lain.
Apapun, ada juga sesetengah peperiksaan ni pelik2 sikit..huhu. Misalnya apa yang saya ambil di kolej ni.. subjek yang dipelajari sebahagian besar macam tiada kaitan pun dengan kos yang bakal diambil di ijazah nanti..InsyaAllah. Namun, untuk melayakkan kami teruskan dengan kos tersebut, kami perlu lepasi tahap ni dulu (^_^)

umaruddin
Moderator
Moderator

Male Number of posts: 600
Age: 40
Location: Seremban
Registration date: 2008-01-03

Re: Peperiksaan, adakah masih lagi releven?

Post by umaruddin on Mon Nov 02, 2009 8:59 am

Asssalamualaikum...
Maaf saya agak kurang setuju.. walaupun saya dari bidang akademician..
Penilaian sekarang lebih menjurus pada akademik.. Malah kalau tak silap saya pandangan ProF Khoo Kay Khim pun menjurus pada ni...
Saya rasa cara penilaian berteraskan Kompetensi.. dinilai bila mana pelajar bersedia dan mampu dinilaikan adalah lebih tepat berbanding cara sekarang.
Cuba bayangkan UPSR, PMR, SPM, STPM... dan final exam.. dibuatnya masa tu kita kurang sihat.. ada masalah peribadi yg tak dapat dielakkan.. kematian dalam keluarga.. dsb.. mampukah mereka dapat menjawab dengan tepat.. adakah mental dan emosi mereka stabil untuk jawab..
  • Post new topic
  • Reply to topic

Current date/time is Mon Nov 23, 2009 5:53 am