Kalam Hikmah

    Share

    insyirah
    Moderator
    Moderator

    Female Number of posts: 631
    Age: 19
    Location: ~ Ardhullah ~
    Registration date: 2008-01-15

    Kalam Hikmah

    Post by insyirah on Mon Mar 17, 2008 8:06 am

    First topic message reminder :

    Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan, tetapi hanya Allah saja yang tahu rahsia di dalamnya, begitu jugalah dengan kehidupan manusia: riang ketawa tapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya. Andai kau rasa kecewa, lihatlah ke sungai, airnya masih mengalih biarpun berjuta batu menghalang. Andai kau rasa sedih, pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu. Andai kau gembira, sujudlah ke bumi tempatmu berpijak sebagai tanda syukurmu kepadaNya. (",)

    Salam :)
    Tajuk lama posting ini ialah AYAT-AYAT CINTA dan ana menukarkan kepada KALAM HIKMAH yang bermaksud kata-kata yang berhikmah/manfaat. Semoga ruangan ini menjadi inspirasi kepada kita semua dalam menempuh kehidupan yang banyak onak dan duri. Sebagai kembara sang abid menuju ke arah pengabadian kepada SANG KHALIQ.


    Last edited by insyirah on Tue Sep 15, 2009 9:37 pm; edited 1 time in total


    _________________


    "Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

    .:: HaRuMaN MaWaR ::.


    insyirah
    Moderator
    Moderator

    Female Number of posts: 631
    Age: 19
    Location: ~ Ardhullah ~
    Registration date: 2008-01-15

    Re: Kalam Hikmah

    Post by insyirah on Mon Sep 28, 2009 8:47 am

    TaZkiRah :

    Sesiapa yang mempertahankan maruah saudaranya diluar pengetahuan saudaranya maka ALLAH pasti menjaga maruahnya diluar pengetahuannya. Sebaliknya jika sesiapa menyebar aib seseorang maka ALLAH akan menyebar aibnya didalam rumahnya sendiri.


    _________________


    "Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

    .:: HaRuMaN MaWaR ::.

    umaruddin
    Moderator
    Moderator

    Male Number of posts: 600
    Age: 40
    Location: Seremban
    Registration date: 2008-01-03

    Re: Kalam Hikmah

    Post by umaruddin on Mon Sep 28, 2009 12:12 pm

    insyirah wrote:Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan, tetapi hanya Allah saja yang tahu rahsia di dalamnya, begitu jugalah dengan kehidupan manusia: riang ketawa tapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya. Andai kau rasa kecewa, lihatlah ke sungai, airnya masih mengalih biarpun berjuta batu menghalang. Andai kau rasa sedih, pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu. Andai kau gembira, sujudlah ke bumi tempatmu berpijak sebagai tanda syukurmu kepadaNya. (",)

    Salam Smile
    Tajuk lama posting ini ialah AYAT-AYAT CINTA dan ana menukarkan kepada KALAM HIKMAH yang bermaksud kata-kata yang berhikmah/manfaat. Semoga ruangan ini menjadi inspirasi kepada kita semua dalam menempuh kehidupan yang banyak onak dan duri. Sebagai kembara sang abid menuju ke arah pengabadian kepada SANG KHALIQ.
    Assalamualaikum..
    Maaf tak ke sini sejak dulu.. Alhamdulillah baru ada kesempataan..

    Cuba renungkan.. kenapa hendak mencari ketenangan.. ada yang ke pulau.. pantai.. laut.. mahupun sungai.. ada juga mendaki gunung.. ada yang berkhemah di hutan.. Apa yang sebenarnya mereka cari..

    Jika laut.. sungai.. pantai mahupun pulau dapat menenangkan.. lihat ajelah air.. mahu pun pasir di mana2.. kan itu lebih mudah.. senang.. tapi adakah kita lebih tenang bila buat begitu.. begitu juga bagi pendaki.. panjat aje banggunan.. bukankah juga banggunan tu pun batu.. kalau berkhemah.. nape perlu ke hutan.. tanam aje pokok banyak2.. ataupun tengok kehijuan kat mana2.. adakah itu meyebabkan kita lebih tenang?

    Pengisiannya.. sebenarnya.. mereka bila ke sana.. secara tidak langsung dalam sanubari mereka mengagungkan pencipta alam semesta.. Pencipta kita juga.. Meraka cuba kembali ke fitrah.. mencari asal kita...
    Cara yang paling senang.. jika kesuntukan masa untuk kembali pada fitrah... cubalah baca sekurang2nya al-fathiah 17 kali sehari..
    Nape 17.. bukan angka lain.. tu kan jumlah rakaat solat setiap hari...
    Dalam fathihah kan ada doa minta Allah tunjukkan jalan yang lurus dan diredhai..

    Wassalam

    insyirah
    Moderator
    Moderator

    Female Number of posts: 631
    Age: 19
    Location: ~ Ardhullah ~
    Registration date: 2008-01-15

    Re: Kalam Hikmah

    Post by insyirah on Thu Nov 05, 2009 11:12 am

    Bulan tak pernah melanggar hukum. Malam tak pernah cemburukan siang. Bumi tidak merungut tentang kedudukannya rendah dari langit. Namun manusia sering melanggar batasan, cemburu pada kelebihan insan, mengeluh tentang kekurangan. Wujudkan sifat-sifat makhluk Allah ini, biarpun tanpa akal mereka lebih 'berakal' dari kita dalam mentaati Pencipta.


    _________________


    "Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

    .:: HaRuMaN MaWaR ::.

      Current date/time is Mon Nov 23, 2009 9:20 am