• Post new topic
  • Reply to topic

Fahami Makna Taufiq dan Hidayah

Share

insyirah
Moderator
Moderator

Female Number of posts: 631
Age: 19
Location: ~ Ardhullah ~
Registration date: 2008-01-15

Fahami Makna Taufiq dan Hidayah

Post by insyirah on Sat Aug 22, 2009 8:09 am

Oleh : Ustaz Farid

“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh berusaha di dalam agama Kami, nescaya Kami akan beri petunjuk kepada mereka akan jalan-jalan kami.” (Al-Ankabut: 69)

Seringkali kita berbicara soal taufiq dan hidayah kurniaan Allah SWT kepada manusia. Lancar bibir menitipkan doa ke hadrat Ilahi memohon agar selalu mendapat taufiq dan hidayah. Namun sedarkah kita apa maksud sebenar dua perkataan itu?

“Mereka tak dapat hidayah Allah SWT, sebab itulah buat maksiat (merujuk kepada muslim yang melakukan kemungkaran)..” Bicara seseorang seingat saya.

“Moga mereka mendapat hidayah Allah SWT.” Doakan rakannya menyambung ayat.

Pengertian Taufiq Dan Hidayah

Menyelami maksud sebenar antara kedua-dua perkataan adalah sewajarnya bagi seseorang bergelar muslim. Agar memanifestasikan makna sebenar kepada khalayak umum, lantas menyemai taufiq yang diharapkan.

Berdoa biarlah faham.

“Allahummahdini fiman hadait, wa’afini fiman ‘afait..” Doa seorang Imam dihadapan makmum dengan lafaz individu. Bukannya secara jamak (banyak/ramai). Bagaimana mungkin mengharapkan sesuatu dimakbulkan jika apa yang didoakan kita juga tidak mengerti maksudnya.

Begitu juga dengan pengertian taufiq dan hidayah.

Menurut kitab Jauharah Tauhid, pengertian taufiq ialah sesuatu yang diciptakan oleh Allah SWT yang mendorong seseorang itu untuk melakukan kebaikan jika perkara tersebut berada di dalam dirinya.

Taufiq tidak akan diberikan oleh Azza Wajalla melainkan hanya kepada mereka yang bersungguh-sungguh mengabdikan diri dengan rasa kehambaan demi mendekatkan diri kepadaNYA. Ianya berdalilkan ayat 69 surah al-Ankabut yangs saya catitkan di perenggan atas entri ini.

Secara ringkasnya ia memberi faham kepada kita bahawa dengan adanya taufiq, manusia akan cenderung untuk melakukan kebaikan terus menerus sehingga ke akhirnya. Amin.

Kita terus kepada makna hidayah pula. Taufiq dan hidayah adalah mempunyai makna yang berbeza. Apa yang dimaksudkan dengan makna hidayah ialah, Allah SWT telah memasukkan iman ke dalam seseorang. Ini bermakna, semua manusia yang menganut agama Islam adalah mendapat hidayah Allah SWT tetapi tidak semua dari kalangan mereka mendapat taufiq untuk mengerjakan amal soleh.

Ayuh berdoa dengan kefahaman di hati mengekalkan hidayah dan disuntik rasa taufiq berpanjangan!

11:49 PM, 19 Ogos 2009,
Siberbay, Tanta.


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

dheadz
Admin
Admin

Male Number of posts: 848
Age: 31
Location: Shah Alam
Registration date: 2008-01-04

Re: Fahami Makna Taufiq dan Hidayah

Post by dheadz on Sat Aug 22, 2009 12:07 pm

insyirah wrote:
Kita terus kepada makna hidayah pula. Taufiq dan hidayah adalah mempunyai makna yang berbeza. Apa yang dimaksudkan dengan makna hidayah ialah, Allah SWT telah memasukkan iman ke dalam seseorang. Ini bermakna, semua manusia yang menganut agama Islam adalah mendapat hidayah Allah SWT tetapi tidak semua dari kalangan mereka mendapat taufiq untuk mengerjakan amal soleh.

Terima kasih atas artikel ini, saya dah faham sekarang. Kedua-dua taufiq dan hidayah mempunyai makna yang berbeza. Kebiasaannya kita dengar: "semoga si polan mendapat taufiq dan hidayah dari Allah swt...".


_________________
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tapi tak heboh utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa… Mari kita persiapkan diri dengan bekalan yang sepatutnya dibawa ke alam sana nanti. Wink


insyirah
Moderator
Moderator

Female Number of posts: 631
Age: 19
Location: ~ Ardhullah ~
Registration date: 2008-01-15

Re: Fahami Makna Taufiq dan Hidayah

Post by insyirah on Sun Aug 23, 2009 10:30 pm

Iya Dheadz Smile

Sebelum ni pun saya pernah ikut usrah, haritu ada tazkirah dari seorang ustaz (student Mesir), dia cakap; "Sebenarnya kita berhajat pada taufiq Allah kerana setiap dari kita (ahli usrah) sudah mendapat hidayah dari Allah. Kadang-kadang kita kata 'belum sampai seru' apabila mahu melaksanakan hukum Allah, sebenarnya seru tu dah ada sejak dari Rasulullah s.a.w. sampaikan risalah Islam tetapi yang belum sampai adalah taufiq Nya."

Wallahua'lam. Smile

Masa tu baru la saya terfikir, rupanya kita semua memang sudah mendapat hidayah dan kita sangat berhajat kepada taufiq Allah. Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

normyislam
Ahli Senior
Ahli Senior

Female Number of posts: 58
Age: 18
Location: malaysia
Registration date: 2009-05-31

Re: Fahami Makna Taufiq dan Hidayah

Post by normyislam on Fri Oct 09, 2009 2:55 pm

huuu... bagus entry ni, baru tahu...(^_^). kadang2 saya berdoa dalam bahasa melayu sebab tak berapa pandai bahasa arab ni.. takut tersalah maksud pula.. Em, tumpang tanya, benarkah berdoa dalam bahasa arab itu lebih baik?

insyirah
Moderator
Moderator

Female Number of posts: 631
Age: 19
Location: ~ Ardhullah ~
Registration date: 2008-01-15

Re: Fahami Makna Taufiq dan Hidayah

Post by insyirah on Mon Oct 12, 2009 8:24 am

Assalamu'alaikum dik Nor Smile

Berdoa dalam bahasa apa pun difahami Allah. Berdoa bukan pada bagaimana kita menyusun ayat nak jawab peperiksaan tetapi kualiti doa yang lahir dari hati yang benar-benar mengharap pada Allah. Bahasa Arab (fusha - standard) adalah bahasa Syurga tetapi bukan semua orang arab menggunakan bahasa arab, malah ada yang langsung tak boleh bertutur menggunakan bahasa arab fusha sebaliknya mereka menggunakan bahasa arab ammi (daerah/negeri). Jadi, adik berdoa saja dalam bahasa melayu tetapi doa yang penuh pengharapan, doa yang penuh tawadhuk.. Insya Allah. Smile

... Dan berdoalah kepada KU nescaya akan KU perkenankan...

Wallahua'lam Smile


_________________


"Kalau kita sayangkan kekasih kita, pastikan kita dapat selamatkan kekasih kita itu dari azab api neraka"

.:: HaRuMaN MaWaR ::.

indah
Ahli Aktif
Ahli Aktif

Female Number of posts: 301
Age: 25
Location: Perak
Registration date: 2008-01-12

Re: Fahami Makna Taufiq dan Hidayah

Post by indah on Thu Oct 15, 2009 5:03 pm

boleh ke indah bertanya dalam thread ni... 'Wabillahi taufiq wal hidayah... ' maksudnya?? untuk kepastian....


_________________
HiDuP TidaK SelaLunyA IndaH
  • Post new topic
  • Reply to topic

Current date/time is Tue Nov 24, 2009 4:58 am